PENGAJIAN STRATEGIK KIAN PENTING
MUKADIMAH
DR.
KAMARULNIZAM ABDULLAH merupakan Penyelaras, Unit Pengajian Strategik dan
Keselamatan (UPSK), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ikuti temu bual dengan wartawan Utusan,
Siti Nor Shafinaz Sheikh Maznan mengenai unit itu yang semakin penting dan
popular.
SOALAN
(S): Boleh Dr. ceritakan serba sedikit latar belakang dan perkembangan UPSK
sejak diwujudkan di UKM pada 1981?
JAWAPAN
(J): UKM merupakan universiti pertama di
negara ini yang memfokuskan kepada pengajian seumpamanya. Program peringkat
diploma dalam pengajian Strategik dan Keselamatan, UKM, mula diperkenalkan pada
1981. Pada awalnya, ia hanya popular di kalangan polis dan tentera. Ia kemudian
menawarkan diploma lanjutan pada 1987. Pada 1994, ia dikenali sebagai Unit
Pengajian Strategik dan Keselamatan (UPSK). Pada tahun yang sama, UPSK
mengambil keputusan menawarkan sarjana dengan kerja kursus dalam Kajian Dasar
dan Keselamatan. Jumlah penuntut pertama ialah 12 orang.
Pada
tahun 1999, UPSK menawarkan pula sarjana dalam bidang Kajian Strategik dan
Diplomasi yang ditaja sepenuhnya oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar
(IDHL). Program berkenaan turut terbuka kepada penuntut di luar negara.
Sebanyak 18 pelajar perintis yang mendaftar dan sebahagian besar dari 40 %
pelajar luar negaranya datang dari China, Mesir, Brunei dan Kuwait.
Setakat
ini, jumlah pelajar yang mengikuti pelbagai program di UPSK adalah 600 orang
termasuk tiga di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D).
S:
Berdasarkan perkembangan politik dunia dan penglibatan aktif negara di dalam
hubungan antarabangsa, apakah Dr. mempunyai sebarang cadangan untuk
mempertingkatkan peranan UPSK?
J: Ya, di bawah penstrukturan semula FSKK, kami telah
mengemukakan usul bahawa UPSK patut menjadi pusat kajian strategik dan kawasan.
Kita
berharap dapat memberikan fokus bukan sahaja kepada pengajaran tetapi juga
penyelidikan.
Pusat
seumpamanya yang ada di negara kita hanyalah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS).
Berbanding di universiti, ia lebih kepada teori penyelidikan.
Jika
kita lihat, beberapa universiti di Asia Tenggara seperti University of Nanyang, Singapura dan University of Chulalongkorn,
Thailand masing-masing mempunyai Institut
Pengajian Strategik dan Keselamatan di dalam kawasan universiti. Tetapi di
Malaysia, kita masih belum ada pusat yang khas dan menjurus kepada penyelidikan
dan pengajaran dalam pengajian strategik antarabangsa.
Di
bawah penstrukturan itu juga nanti, kami merasakan bahawa teras bidang ialah
kepada kajian strategik dan antarabangsa
sementara sub bidangnya adalah seperti hubungan tentera dan masyarakat, kajian
keselamatan negara dan kajian konflik. Bagi bidang kajian diplomasi, sub
bidangnya adalah kajian dasar luar manakala satu lagi bidang utama iaitu kajian
kawasan, kita akan cuba mewujudkan beberapa kajian kawasan seperti di Asia
Tenggara, Asia Timur, Asia Barat dan beberapa lagi.
S:
Bagi rakyat biasa, mereka mungkin menyangka bahawa program seumpama ini hanya
bersangkutan dengan ketente-raan semata-mata. Jadi, apakah kepentingan program
ini yang sebenarnya?
J: Kalau kita lihat, Malaysia sejak akhir-akhir ini begitu
aktif membicarakan hal-hal yang bersabit hubungan antarabangsa. Pada masa sama,
masih kurang institusi pengajian tinggi yang menawarkan program-program di
dalam bidang-bidang yang berkaitan dengannya termasuk diplomasi. Kalaupun ada,
masih tidak menetapkan fokus ma-sing-masing. Justeru, kami merasakan bahawa
kita perlu mewujudkan satu pusat kajian atau sebuah jabatan di negara ini yang
memfokus kepada kajian diplomasi dan menganalisis hubungan antarabangsa dari
perspektif Malaysia.
Kalau
kita perhatikan, sehingga kini, para sarjana yang melihat dasar luar Malaysia
kebanyakannya adalah orang luar. Jadi, interpretasinya sudah tentu berbeza.
Sekurang-kurangnya, kalau kita nak buat kajian serantau di Indonesia, kita ada
kepakaran tersebut. Malangnya, kita masih lagi berkiblat kepada negara barat
untuk menganalisis isu Timor Timur, misalnya.
S:
Apakah bentuk kerjasama yang pernah UPSK adakan de-ngan mana-mana institusi
tempatan dan negara-negara jiran?
J: Setakat ini, UPSK mempunyai hubungan yang cukup baik dengan
universiti di seluruh negara. Tahun depan juga kita akan menawarkan program
kepada pelajar sarjana daripada Graduate school of International Studies,
Denver University. Setakat ini kita telah bekerjasama de-ngan Askar Diraja
Brunei di mana kita menawarkan kepakaran kepada kadet-kadet mereka, Maktab
Rendah Pertahanan dengan mengadakan syarahan dan sumbangan kepakaran selain
hubungan yang semakin erat dengan IDFR disebabkan program seumpama ini.
S:
Bagaimana pula dengan masa depan program seumpama ini di negara kita?
J: Fokusnya sentiasa berubah-ubah dan tidak statik.
Ini
kerana, konflik akan sentiasa berlaku antara negara-negara. Walaupun dikatakan
selepas perang dingin ini, hanya satu keluarga di mana keamanan akan wujud,
tetapi kita lihat sekarang ini keamanan tidak wujud juga. Konflik sentiasa
berlaku, dan konflik itu sejarahnya sejak manusia wujud lagi, ia sentiasa
berlaku. Jadi, kajian tersebut memang relevan untuk masa-masa akan datang
tetapi fokusnya adalah mungkin terhadap subjeknya. Dulu subjek konflik kita
adalah antara negara, sekarang subjek konflik
bukan sahaja antara negara tetapi antara masyarakat dan antara satu peradaban
dengan peradaban yang lain.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1014&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm#ixzz2fK8BZEuo
PERKEMBANGAN STRATEGI MODEN
1. Mengenalpasti asas-asas strategi
peperangan.
2. Menerangkan sejarah perkembangan
strategi peperangan.
3. Membezakan strategi peperangan
darat, laut dan udara.
4. Mengaplikasi prinsip-prinsip
strategi yang relevan dalam menganalisis isu keselamatan
SINOPSIS KANDUNGAN
perkembangan strategi peperangan
dari perspektif sejarah dengan
strategi serta pemikir strategi yang
utama. Ini termasuk strategi peperangan laut, udara dan darat serta pemikir
utama seperti:
Sun Tzu, Napolean, Mahan, Douhet, Clauswitz dan Hart. Strategi peperangan
revolusi, strategi nuklear, konsep cegah rintang, sistem pakatan dan budaya
strategik.
RUJUKAN UTAMA
1.Baylis, J. (2007).Strategy in the
Contemporary World.Oxford: Oxford University Press.
2.Gray, C.S. (1999).Modern Strategy.Oxford:
Oxford University Press.
3.Paret, P. (ed.) (1986).Makers of
Modern Strategy. New Jersey: Princeton University Press.