ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan


Sheikh Ahmad Zaini Dahlan

Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu
Kalangan penuntut ilmu dipondok atau pesantren, nama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sudah tidak asing lagi. Namanya harum dan masyhur dikalangan mereka kerana sebahagian besar daripada sanad keilmuan para ulama Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Fathoni) bersambung kepada ulama besar ini. Dan di kalangan para ulama ianya sangat terkenal sebagai ulama seorang pembela Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam pertembungan dengan Wahabi. Ulama besar ini amat dimusuhi oleh puak Wahabi atau kaum muda[h]. Maka banyak fitnah yang ditaburkan terhadap ulama besar ini agar orang-orang yang jahil macam kita menjauhinya.Ulama besar inilah yang telah memberi perlindungan kepada Syeikh Rahmatullah bin Khalilurrahman al-Kiranawi al-Hindi al-Utsmani (lahir 1226H/1811M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233H/9 Mac 1818M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308H/2 Mei 1891M) ketika diburu oleh penjajah British bahkan memperkenalkan kepada pemerintah Makkah. Seterusnya memberi laluan untuk Syeikh Rahmatullah membuka Madrasah Shaulatiyah.


Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Berdasarkan kepada kitab "Taajul-A'raas", juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-'Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib 'Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja'faar al-'Aththaas.

Nasabnya adalah seperti berikut:-Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin 'Utsman Dahlan bin Ni'matUllah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin 'Abdul Wahhaab bin Muhammad bin 'Abdur Razzaaq bin 'Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi 'Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin 'Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul رضي الله عنهم اجمعين.


Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada 1232H/1816M. Selesai menimba ilmu di kota kelahirannya, ia lantas dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki.Beliau sangat masyhur, dan daripada kemasyhuran inilah maka beliau diberi pelbagai gelaran dan julukan antaranya al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syeikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi - Shallalahu 'Alaihi wa Sallam - wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan Bintang-bintang langitnya), Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik).Murid beliau Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi [gambar atas - kanan] dalam "Nafahatur Rahman" antara lain menulis:-
“Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan رضي الله عنه hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab "asy-Syaathibiyyah" dan "al-Jazariyyah", dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”


Murid-muridnya Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-
Kiyai Nawawi Banten
Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat
Kiyai Muhammad Saleh Darat
Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi
Sayyid Utsman Betawi
Tuan Hussin Kedah
Syeikh Ahmad Yunus Lingga,
Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah,
Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei,
Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni,
Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II),
Syeikh Abdul Hamid Kudus,
Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri,
Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama,
Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani,
Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdur Rahman bin 'Utsman al-Fathoni
Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)]
Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh)
Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah - kanan]
Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.


Selain itu ramai ulama di Nusantara yang bersambung sanad keilmuan mereka kepada murid kepada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan iaitu Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syeikh Ahmad al-Fathoni. Bahkan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni juga merupakan murid kepada Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Dan murid kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni yang bertebaran di seluruh pelusuk Nusantara sangatlah banyaknya.KaranganSayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan karangan amatlah banyaknya antaranya adalah:-
al-Futuhatul Islamiyyah;
Tarikh Duwalul Islamiyyah;
Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
ad-Durarus Saniyyah fi raddi 'alal Wahhabiyyah;
Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul 'Abidin;
Hasyiah Matan Samarqandi;
Risalah al-Isti`araat;
Risalah I'raab Ja-a Zaidun;
Risalah al-Bayyinaat;
Risalah fi Fadhoilis Sholah;
Shirathun Nabawiyyah;
Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
Fathul Jawad al-Mannan;
al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
Manhalul 'Athsyaan;


KewafatannyaSetelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada 1304H/1886M dan dimakamkan disana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani.