ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Kecerdasan IQEQSQ

Kecerdasan IQ, EQ, SQ IQ iaitu tahap keintelektualan dari segi pencapaian akademik, pengajian atau pendidikan yang boleh diukur melalui tahap tertentu. EQ iaitu kecerdasan minda atau kecerdasan sosial. Iaitu keupayaan mengawal emosi memahami perasaan dan jiwa diri dan orang lain. Yang dapat membezakan dan kebolehan menggunakannya sebagai maklumat memacu fikiran dan apa jua tindakan. SQ iaitu tahap kerohanian yang terhasil daripada proses penyucian hati, bisikan hati yang suci amat berfaedah dan berguna didalam apa jua tindakan. Menjadikan bantuan ajaib anugerah Ilahi kepada insan mukmin dan memberi hakikat ketenangan kepada seseorang insan. Kebijaksanaan IQ tenyata tidak memadai dalam mencapai kejayaan tanpa adanya gabungan antara IQ, EQ dan SQ. Realiti ramai orang yang berjaya adalah mereka yang mempunyai EQ yang tinggi berbanding mereka yang hanya mempunyai IQ sahaja. EQ begitu penting bagi menjana kesepaduan bagi menghadapi segala rintangan dan cabaran kehidupan semasa. Ianya tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai dan dikesani akan kewujudannya. Yang merangkumi aspek kecerdasan sosial, kepotensian dan kebolehan mengeksploitasi kecerdasan minda. Kemahiran EQ adalah melalui proses pendidikan dan latihan berterusan serta dengan kefahaman fungsi keseluruhan otak bagi mencapai tuntutan fitrah dan nilai kemanusiaan. Kebolehan dan kemahiran tersebut membolehkan seseorang dapat mengawal emosi, mengurus emosi, kebolehan meningkatkan kecerdasan minda dan menjalin hubungan positif sesama manusia. Yang membolehkan minda dapat berfikir secara rasional dan bertindak dengan praktikal. Keupayaan mengetahui punca emosi yang tercetus membolehkan suatu permasalahan dapat diambil tindakan dalam menyelesaikannya. EQ merupakan suatu ilmu yang berkaitan dengan psikologi dan kemanusiaan. EQ dan SQ melahirka insan yang bertindak berdasarkan kesedaran dalaman diri manusia, menjadikan insan yang kreatif, kritis, mempunyai visi dan memahami perasaan orang lain. Sebagai insan muslim pendekatan SQ adalah suatu keistemewaan yang tidak terdapat dan berbeza dengan agama lain. Kerana Islam adalah menepati fitrah manusia dan keredhaan Ilahi. Kemajuan rohani merupakan pemacu kepada SQ yang dapat membina dan menjana kekuatan luarbiasa yang sukar difikirkan oleh akal manusia yang begitu terbatas. Gabungan IQ, EQ dan SQ akan dapat mepertingkatkan tahap motivasi, keupayaan, kejujuran , profesionalisme dan kerjasama yang menepati fitrah insani. Inilah wadah bagi mencapai hakikat kebahagiaan dan kesejahteraan. Integrasi antara ilmu, fikir dan zikir menjadi nadi yang penting iaitu antara akal dan rohani bagi membentuk jatidiri muslim yang menepati tuntutan duniawi dan ukhrawi. Iaitu gagasan Islam adalah suatu cara hidup. Suara hati yang suci menghasilkan suatu kejujuran, minda positif, optimis, proaktif, kreatif, keyakinan dan pengetahuan interpersonal dan intrapersonal. Dalam kaedah menyelesaikan permasalahan ianya harus dilihat dari pelbagai sudut dan persepsi serta mengesani puncanya agar suatu permasalahan dapat diselesaikan dengan sewajarnya. Konsep Asma Husna nama-nama Allah Taala hendaklah diaplikasikan didalam segala tindakan. Dengan memahami konsep nama-nama tersebut akan dapat memberi suatu petunjuk yang bernilai terhadap diri dan naluri manusia. SQ memberi kesan yang amat berfaedah kepada insan bagi menghayati konsep ibadat dan amal pekerjaan sebagai ibadat dan tuntutan agama. Iaitu mencapai hakikat mahabbah, ubudiah dan mengharapkan keredhaan Ilahi. IQ,EQ dan SQ membina insan berfikiran strategis dan berperancangan. Iaitu insan yang berkualiti dengan memahami konsep Habluminallah (hubungan dengan Allah) dan konsep Habluminannas (hubungan sesama manusia). Manusia merupakan makhluk yang diberi kuasa dalaman, kuasa minda dan kuasa kerohaniaan yang kompleks. Ilmu, minda dan rohani iaitu gabungan antara keilmuan, psikologi dan kesufiaan adalah rahsia kekuatan bagi seseorang insan yang inginkan kejayaan duniawi dan ukhrawi. Dengan akal dan minda positif hidup berpedoman menjadikan segala permasalahan dapat diselesaikan dan dihadapi dengan tenang dan mudah. Proses tersebut adalah bagi mengembalikan fitrah manusia yang inginkan kualiti hidup ketenangan, keberkatan, keselesaan dan mengharapkan keredhaan Ilahi. Membentuk keyakinan suatu latihan positif untuk berjaya dengan betul, rasional dan realistik. Pengaruh bisikan hati merupakan keajaipan yang dapat mempengaruhi tingkahlaku dan emosi. Minda sedar dan minda bawah sedar yang terdapat pada seseorang insan jika dapat dipraktikkan dengan betul akan menghasilkan kejayaan luarbiasa. Minda sedar ialah apa yang difikir, dirasai, dilihat dan dilakukan berdasarkan keadaan sekeliling. Ianya berdasarkan rasional dan merupakan tindakan tanpa menggunakan emosi perasaan minda. Manakala minda bawah sedar (minda kreatif) ialah minda yang secara tidak langsung daripada apa yang difikirkan atau dihajati. Ianya bertindak memberi nasihat pemikiran positif, membina dan berfaedah yang kadangkala ianya tidak dapat dikesan atau dirasai oleh manusia dan kadang-kadang membuatkannya tertanya-tanya. IQ, EQ dan SQ meransang minda untuk bertindak mencari penyelesaian bagi suatu permasalahan dan konflik yang berlaku. Ianya merangsang motivasi, kecenderungan, kesungguhan dan keyakinan luarbiasa serta meletakkan suatu ketenangan dan keselesaan kepada jiwa dan minda. Akal dan rohani jitu membina fikiran positif yang amat berguna , membolehkan berfikir secara bijaksana dan memahami realiti situasi dan permasalahan. Konsep IQ, EQ dan SQ menjana insan yang mementingkan hubungan kemanusiaan, sifat mahmudah, mengasihani dan bijaksana. Hati suci dapat memacu insan mempunyai idea bernas yang tidak dapat dipengaruhi hawa nafsu, membina prinsip abadi dan dapat mengubah paradigma berfikir yang mampu mengendalikan hati dan fikiran. Keajaipan suara hati adalah sentiasa bertepatan dan benar. Inilah tuntutan bagi mengembalikan kepada fitrah insani. Minda insan adalah suatu yang istimewa, dapat menilai sesuatu secara objektif dan realiti yang bebas daripada kejumudan dan terpesong daripada tuntutan sebenar agama. IQ, EQ dan SQ merupakan konsep hubungan komunikasi efektif diantara suara hati dan akal fikiran bagi pacuan kepada kebaikkan dan kemaslahatan sejagat. Inilah rahsia kekuatan dan kebijaksanaan manusia .




Disediakan oleh : Rodi @Rizhan