Pengasas Wikileaks, Julian Assange dalam sebuah wawancara eksklusif
dengan RT(dahulu dikenali sebagai Russia Today) menyebut Facebook adalah alat perisikan terbesar dalam
sejarah. Menurut Assange, Facebook secara automatik mengutip data rahsia
dari pengguna berdaftar di laman itu, dan kemudian maklumat ini akan
dipindahkan ke perisikan AS.
Dia menambah
bahawa kita berurusan dengan pengkalan data (database) yang sangat terperinci tentang
manusia, kebiasaan mereka, hubungan sosial mereka, alamat, tempat tinggal, kaum
kerabat, dan semua data ini terletak di Amerika Syarikat dan sedia
diperolehi oleh perisikan AS.
Menjawab
soalan tentang peranan rangkaian sosial dalam membentuk revolusi baru-baru ini
di Timur Tengah, wartawan online terkenal itu mengatakan bahawa Facebook secara
khusus adalah yang paling menjijikkan dari segala peralatan perisikan yang
pernah diciptakan. Dia mengatakan bahawa pengguna harus menyedari bahawa
menambah kenalan di Facebook adalah seperti mereka bekerja untuk perisikan
Amerika, mengemas kini databasenya. Puak lain juga boleh hack Facebook, atau
mendapatkan maklumat ini dari orang Amerika sebagai ganjaran untuk beberapa
perkhidmatan.
Dia
menyatakan bahawa Facebook, Google dan Yahoo, semua syarikat besar Amerika, ada
antaramuka 'built-in' (bina dalam) untuk digunakan oleh perisikan Amerika.
Adakah ini bermakna bahawa Facebook adalah di tangan perisikan Amerika? Tidak,
itu berbeza. Ini bermakna bahawa badan-badan perisikan AS mempunyai sarana
undang-undang dan politik untuk menekan mereka.
"Para
ahli psikologi percaya bahawa rangkaian sosial yang paling popular adalah
berdasarkan prinsip piramid Maslow. Menurut teori, tahap tertinggi keperluan
individu adalah ekspresi diri. Seorang pengguna rangkaian tidak hanya dapat memberikan
maklumat tentang diri mereka sendiri, tetapi juga menampilkan kejayaan mereka,
membuat perpustakaan audio dan video, serta album sendiri.
Namun,
sedikit orang fikir tentang maklumat yang kita tidak fikir panjang menempatkan
di laman kita. Maklumat ini menjadi sasaran yang dikehendaki untuk perkhidmatan
perisikan dan sebagai pengalaman rangkaian sosial Amerika menunjukkan, cara
yang hebat bagi pengkredit untuk menentukan pendapatan sejati kita. Ada
tercatat pelbagai kes dimana individu yang tidak seimbang mentalnya mengesan
dan memeras-ugut pengguna," lapor 'Globalist'.
Pengguna-pengguna
Facebook sekarang ini seperti susah mahu berpisah dengan laman rangkaian sosial
paling top sekarang itu. Adakah ianya boleh dikategorikan sebagai ketagih?
Tentu anda sendiri yang ada pengalaman menjadi pengguna Facebook mengetahui
jawapannya. :)