MALEK
BENNABI
Malik Ben Nabi dilahirkan di Constantine, sebuah kota di Algeria Timur pada tahun 1906. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah Madrasah al-Quran di Perancis. Disebabkan kepintaran dan kepandaiannya, Malik mendapat biasiswa bagi meneruskan pengajiannya dalam kelas persediaan selama dua tahun di sekolah El-Djelis di Constantine.
Kemudian
beliau memasuki sebuah madrasah yang melatih bakal hakim, guru, dan
pembantu rumah sakit. Setelah memasuki madrasah berkenaan beliau
didedahkan dengan kesusasteraan Perancis khususnya hikayat
pengembaraan dan hikayat timur.
Beliau
berasal daripada keluarga yang sederhana, namun berjiwa besar. Semasa
melanjutkan pengajian diperingkat tinggi di Constantine, beliau
sempat bertemu dengan Syeikh Abdul Majid dan Profesor Martin. Tokoh
inilah yang banyak mempengaruhi pemikiran dan pembentukan sahsiah
diri.
Setelah
tamat pengajian, beliau pernah beberapa kali berkunjung ke Perancis.
Seterusnya pada tahun 1930 beliau melanjutkan pengajian di Kolej
Kejuruteraan. Setahun kemudian beliau berkahwin dengan wanita
Perancis yang telah memeluk Islam. Semasa belajar, beliau terlibat
dalam pelbagai Gerakan Pembaharuan. Di sinilah beliau banyak
mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam serta mengikuti
perkembangannya sama ada dari dalam atau luar Algeria seperti di
Mesir, Hijaz, dan Maghribi.
Malik
juga pernah menjawat jawatan Pegawai Pendaftar Mahkamah di Huran.
Dalam tempoh itu beliau berpeluang bertemu dengan masyarakat untuk
mengetahui masalah mereka yang berada di bawah penjajahan Perancis.
Setelah Algeria merdeka pada tahun 1963, beliau menyandang jawatan
Pengarah di Kementerian Pendidikan sehingga tahun 1967.
Berdasarkan
sejarah awalnya, Malik tidak berhasrat untuk menjadi seorang
ahli falsafah, namun perkembangan dan keadaan semasa mengubah
segala-galanya. Keadaan ketika itu telah memberi kesan mendalam dalam
diri dan keperibadian beliau. Pengalaman itu memberi inspirasi
kepadanya dalam memperjuangkan Islam dan meninggikan ummah dan
bangsa.
Sebenarnya,
perjalanan hidup beliau semasa penjajahan Perancis menyedarkannya
tentang kemunduran masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi mereka cuba
mengubah identiti dan thaqafah atau nilai-nilai kebudayaan Islam
dalam diri masyarakat Islam. Keadaan ini menyebabkan beliau mahu
membebaskan pemikiran penjajah dalam jiwa rakyatnya.
Malik
mempunyai minat yang mendalam dalam mempelajari dan membaca karya
yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh terkenal. Oleh sebab itu,
karya-karya tokoh Islam seperti Syeikh al-Maulud bin al-Mauhub, Ibn
Hasib dari Algeria, dan pemimpin Mesir telah mempengaruhi pemikiran
beliau.
Masalah
keruntuhan akhlak dan kemiskinan intelektual yang semakin ketara
perlu diselamatkan.
Beliau
banyak meninggalkan koleksi karya, buku, dan esei ilmiah yang dapat
menyumbangkan ilmu pengetahuan dan dimanfaatkan oleh dunia Islam
kini. Malik sering memberi tumpuan kepada persoalan Tamadun Islam dan
membuat perbandingan dengan urutan peristiwa semasa, isu-isu ekonomi,
dan sains kemasyarakatan.
Karya
beliau yang ditulis dalam Bahasa Arab telah diterjemahkan, antaranya
ialah:
Lobbdyk,
The Problem of Culture; The Ideological Struggle In Colonised
Countries; The New Social Editification; The Idea of an
Islamic Commonwealth.
Manakala
hasil tulisannya dalam Bahasa Perancis pula ialah:
The
Qur'anic Phenomenon; Vocation De Li Islam; Reflections; Memoirs
Malik; The Work of Orientalistes; Islam et Democratic; Islam In
History and Society.
Malik
telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. ciri-ciri keistimewaannya
tersendiri, iaitu pemikiran yang amat tajam dan mendalam dari segi
penghayatannya. Pandangannya tentang Islam sentiasa mendapat
tumpuan cendekiawan-cendekiawan Islam di Timur Tengah dan Eropah
kerana sering menyentuh sesuatu isu secara global.
Menurut
beliau, masyarakat Islam boleh membina tamadun dan peradaban di
persada alam Islam dengan kembali kepada fitrah diri mereka
sendiri. Mereka perlu menghayati Islam dan membina
akidah dalaman yang mantap. Kemudian mengangkat
diri mereka ketahap peradaban yang terkini dengan memperlengkapkan
diri dengan pengetahuan teknologi semasa.
Isu-isu
yang sering diutarakan oleh beliau adalah bersandarkan kepada nas-nas
al-Quran dan sirah Nabawi. Selain itu, beliau juga mengambil kira
usul-usul Islam yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
Oleh
hal yang demikian, Malik dianggap sebagai pemikir dan sarjana yang
paling menonjol di Algeria selepas Perang Dunia Kedua. Sebagai
seorang ahli falsafah, ketokohan beliau setanding dengan Iqbal. Nama
beliau mula dikenali ramai kerana kebanyakan karyanya berkisar
mengenai masyarakat Islam. Pemikirannya banyak menyentuh tentang
penderitaan dan gejala sosial yang dialami masyarakat Islam.
Cetusan
idea beliau tidak hanya dijadikan kajian oleh sarjana-sarjana Islam,
malah mula dipraktikkan oleh negara-negara Islam kini. Nama beliau
mula dikenali di kalangan graduan-graduan Islam sejak kebelakangan
ini.
Peranan
dan jasa beliau amat berharga kepada dunia Islam. Misi beliau adalah
memperjuangkan bangsa mereka daripada belenggu penjajahan. Tokoh
pemikir dan falsafah sejarah yang berkaliber dan berwibawa ini
meninggal dunia pada 31 Oktober 1973.
sumber;alhakelantan