Tulisan
sarjana barat meminggirkan sumbangan Islam
Sejarawan
di negara ini bertanggungjawab mempersoal dan menilai kembali sejarah
kedatangan Islam di Gugusan kepulauan Melayu yang selama ini
didasarkan pandangan sejarawan dari barat untuk mengelakkan
kekeliruan berpanjangan.
Pandangan
yang keliru itu wajar diperbetulkan dengan tafsiran dan penerangan
secara rasional kerana sebahagian besar sejarah agama, intelektual
dan budaya Melayu di rantau ini tidak didokumentasikan dalam bentuk
penulisan sejarah moden.
'Kekurangan'
itu membuka peluang kepada sejarawan Eropah untuk membina kerangka
sejarah dan proses Islamisasi berdasarkan paradigma dalam bentuk
kronologi dengan bukti dan dokumen pegawai kolonial, transaksi
dagang, penjelajahan ketenteraan serta travelog.
Ini
merugikan citra Islam kerana kedatangan bangsa Eropah ke rantau ini
berbanding penyebaran Islam oleh pendakwah muslim, tetapi proses
Islamisasi tidak dielakkan dalam KERANGKA yang dibina sejarawan
barat.
Apatah
lagi bukti yang dikemukakan oleh sejarawan barat tidak 'dibaca'
bersama-sama teks Melayu seperti Hikayat Raja Pasai dan difahamai
dalam konteks kebudayaan masyarakat setempat pada masa itu, sekaligus
menjadikan usaha meletakkan tarikh penyebaran Islam jauh tersasar.
Tanggungjawab
baru sejarawan Muslim inilah yang diisyaratkan pada siri syarahan
perdana Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), UTM,
Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tokoh
intelektual Tan Sri Prof Dr Syed M. Naquib al-Attas berkata,
sejarawan bukan sahaja perlu mempersoalkan methodologi barat , bahkan
mempunyai keupayaan menganalis, dan interpretasi yang baik serta
penguasaan bahasa dalam mengkaji proses Islamisasi di rantau ini.
'Susunan
peristiwa sejarah termasuk penjelasan dan penerangan mengenai
kedatangan serta penyebaran Islam di kepulauan melayu diletakkan
dalam kerangka kronologi yang dibina berdasarkan data yang dikumpul
oleh kolonial barat yang tiba pada kurun ke-16.
'Bgaimanapun
Islam datang dan disebarkan ke rantau ini lebih awal dari
kedatangan barat , sekaligus tidak memungkinkan ia dapat dimasukkan
kedalam kerangka kronologi itu',. Katanya pada syarahan perdana fakta
sejarah dan Cereka oleh tokoh intelektual yang dipengerusikan
Pengasas CASIS-UTM, Prof wan Mohd Nor wan Daud.
Seperti
yang ditegaskan dalam bukunya 'Fakta Sejarah dan cereka )Historical
fact and fiction ), kerangka kronologi sejarah yang salah dan
kekurangan maklumat menyebabkan sejarawan barat untuk mengabai dan
menangguhkan beberapa aspek penting dalam penulisan dan penyelidikan
sejarah Islam.
'Sejarah
tidak hanya memberi tarikh yang dianggap oleh sejarawan dapat
memulakan penyelidikan untuk mantapkan peristiwa yang sah dengan
memberikan interpretasi dan penjelasan'.
'Mengetahui
tarikh yang tepat terhadap peristiwa penting hanya menjelaskan
bilakah sesuatu peristiwa itu berlaku tetapi tidak semestinya
bagaimana dan mengapa ia berlaku'. Katanya kepada syarahan yang turut
dihadiri Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Zaini Ujang.
Bagi
Prof Naquib , kekurangan maklumat dan ketiadaan tarikh tidak
sepatutnya menghalang daripada sejarawan untuk mengemukakan
penerangan yang munsabah bukan saja terhadap persoalan bila , bahkan
bagaimana dan mengapa ia berlaku ketika itu dan bukannya pada masa
lain.
Beliau
turut menunjukkan contoh bagaimana pengetahuan terhadap budaya
setempat membantu dalam menyelesaikan kekeliruan identiti Raja
samudera Pasai yang dinayatakan dalam teks Ibnu Batutah dengan
merujuk kepada adat pertabalan Raja Melayu.
'Ini
kerana Ibnu Batutah berkunjung ke Pasai pada 1346 dengan menyatakan
sultan yang memerintah ketika itu adalah al-Malik Zahir sedangkan
baginda wafat pada 1326.
'Sebenarnya
berdasarkan adat pertabalan Raja Melayu, seseorang putera rajaya
hanya ditabalkan sebagai Sultan apabila berkahwin dan mendapat cahaya
mata lelaki dan selagi baginda tidak berbuat begitu, pemerintahan
masih dinasabkan kepada sultan yang mangkat'.. katanya.
Peranan
itulah yang seharusnya digalas oleh sejarawan tempatan dengan tidak
hanya menerima penerangan sejarawan oreintalis sehingga apabila Islam
dikatakan dibawa oleh pedagang dari India dan Parsi, mereka
menerimanya bulat-bulat tanpa mempersoalkan keabsahannya.
Apatah
lagi sebahagian bukti kedatangaan Islam itu boleh dipertikaikan
seperti kewujudan batu nisan di Pasai dan Gerisik yang hampir sama
dengan batu di gujerat, India sedangkan ia tidak boleh diletakkan
sebagai simbol yang mewakili Islam, selain Gujerat sendiri belum
menerima Islam ketika itu.
Prof
Naquib juga mengemukakan pandangannya terhadap kedatangan Islam yang
dibawa oleh pendakwah muslim dari Hadramaut, iatu daripada keturunan
Saidina Husain, cucu kepada Rasulullah SAW sekaligus menyangkal
penyebarannya berpunca dari pedagang.
Hal
ini berdasarkan teks dan salasilah yang sebelum ini tidak diambil
kira oleh sejarawan termasuk menganggap teks Melayu tidak lebih
sebagai bahan sastera semata-mata selain aspek bahasa, tulisan jawi
serta penamaan hari yang sangat penting dalam Islam kerana
membabitkan penentuan masa dan hari untuk solat .
Beliau
turut menjelaskan peristiwa pengislaman Parameswara sudah bermula
jauh lebih awal daripada kewujudan kesultanan Melayu sekaligus
mengesahkan namanya sebagai Muhammad sebagai tradisi penamaan orang
baru memeluk Islam. penamaan parameswara sebagai Iskandar Shah
seperti yang dicatat dalam teks sejarah Melayu pula dianggap rekaan
penyusunnya yang disesuaikan dengan sejarah keagungan kerajaan ketika
teks terbabit disusun.
Prof
Naquib turut menegur sejarawan tempatan yang tidak berani menjelaskan
kedatangan dan penyebaran Islam dengan tepat, sebaliknya hanyalah
membahagikan berdasarkan pelbagai teori dan pandangan.
Syarahan
perdana dalam dua siri dan buku pentingnya, fakta sejarah dan Cereka
itu sewajarnya mencetuskan perbincangan dan penyelidikan lanjut
daripada sejarawan dan ahli akademik di negara ini, sekaligus
memperbetulkan fakta mahupun kerangka sejarah yang menimbulkan
kekeliruan.
Penterjemahan
buku itu wajar ke dalam bahasa Melayu dilakukan secepat mungkin,
manakala pengedarannya keseluruh rantau ini khususnya Indonesia,
Brunei dan Filipina dan Singapura kerana penyebaran Islam mengubah
kerangka pemikiran orang Melayu yang suatu ketika dahulu tidak
dibataskan oleh sempadan politik seperti kini.
oleh :Nazmi Yaakub (Berita Harian 12 Disember 2011