Malaysia
perantara hingga termeterai perjanjian damai Filipina, MILF
Manila: Tepat jam 3 petang semalam, Dewan Rizal di Istana Malacanang menjadi saksi termeterinya perjanjian yang mengakhiri pergolakan lebih empat dekad di selatan Filipina.
Manila: Tepat jam 3 petang semalam, Dewan Rizal di Istana Malacanang menjadi saksi termeterinya perjanjian yang mengakhiri pergolakan lebih empat dekad di selatan Filipina.
Dokumen
kerangka perjanjian damai itu ditandatangani Pengerusi Panel
Rundingan Kerajaan Filipina, Dean Marvic Leonen, dan Pengerusi Panel
Rundingan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal dengan
disaksikan perantara Malaysia, Tengku Datuk Ab Ghafar Tengku
Mohamed.
Tepukan
gemuruh
Majlis yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, itu gemuruh dengan tepukan serta sorakan lebih 1,000 hadirin yang memenuhi dewan terbesar di istana berkenaan.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Majlis yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, itu gemuruh dengan tepukan serta sorakan lebih 1,000 hadirin yang memenuhi dewan terbesar di istana berkenaan.
Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
berita harian
Najib:
Kita berjaya jadi 'broker yang jujur'
|
|
Kepimpinan
Malaysia terserlah di rantau ini kerana negara dapat menyumbang
kepada keamanan dan kesejahteraan terutama bagi Bangsamoro dan
kawasan selatan Filipina, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak.
Najib berkata Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro yang ditandatangani antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam, susulan peranan fasilitator Malaysia sejak 2001 yang berjaya membuka lembaran baru bagi masa depan Bangsamoro di selatan Filipina, yang turut memberi kesan lebih positif dalam konteks hubungan dua hala Kuala Lumpur-Manila.
Namun Najib berkata bukanlah perkara mudah untuk sesebuah negara itu menjadi pemudah cara dalam konflik sebegini panjang dan Malaysia berjaya dalam hal ini sehingga mendapat pujian dan penghargaan tinggi dari Presiden Benigno Aquino III dan kerajaan Filipina.
"Kalau dua orang bergaduh biasanya tak boleh duduk semeja, jika ada dua pihak terbabit dalam konflik, mereka tidak boleh duduk keliling meja untuk mula bercakap dan berunding... melainkan ada pihak ketiga untuk memudahkan perkara itu. Pihak ketiga ini bukan sebarangan, tidak boleh sebarangan orang dan mesti berwibawa.
"Menggunakan istilah Aquino (Presiden Benigno Aquino III), kita berjaya menjadi 'honest broker' (broker yang jujur) antara kerajaan Filipina dan MILF sehingga kerangka perjanjian yang ditandatangani di Malacanang jadi realiti," katanya berucap di Majlis Mesra Bersama Rakyat Malaysia, di Manila, malam tadi.
- Bernama
Najib berkata Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro yang ditandatangani antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam, susulan peranan fasilitator Malaysia sejak 2001 yang berjaya membuka lembaran baru bagi masa depan Bangsamoro di selatan Filipina, yang turut memberi kesan lebih positif dalam konteks hubungan dua hala Kuala Lumpur-Manila.
Namun Najib berkata bukanlah perkara mudah untuk sesebuah negara itu menjadi pemudah cara dalam konflik sebegini panjang dan Malaysia berjaya dalam hal ini sehingga mendapat pujian dan penghargaan tinggi dari Presiden Benigno Aquino III dan kerajaan Filipina.
"Kalau dua orang bergaduh biasanya tak boleh duduk semeja, jika ada dua pihak terbabit dalam konflik, mereka tidak boleh duduk keliling meja untuk mula bercakap dan berunding... melainkan ada pihak ketiga untuk memudahkan perkara itu. Pihak ketiga ini bukan sebarangan, tidak boleh sebarangan orang dan mesti berwibawa.
"Menggunakan istilah Aquino (Presiden Benigno Aquino III), kita berjaya menjadi 'honest broker' (broker yang jujur) antara kerajaan Filipina dan MILF sehingga kerangka perjanjian yang ditandatangani di Malacanang jadi realiti," katanya berucap di Majlis Mesra Bersama Rakyat Malaysia, di Manila, malam tadi.
- Bernama
Kepimpinan Malaysia terserlah di rantau ini, kata Najib
MANILA
16 Okt. - Kepimpinan Malaysia terserlah di rantau ini kerana negara
dapat menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan terutama bagi
Bangsamoro dan kawasan selatan Filipina, kata Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Najib
berkata, Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro yang
ditandatangani antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam
Moro (MILF) semalam, susulan peranan fasilitator Malaysia sejak 2001
yang berjaya membuka lembaran baru bagi masa depan Bangsamoro di
selatan Filipina, yang turut memberi kesan lebih positif dalam
konteks hubungan dua hala Kuala Lumpur-Manila.
Namun
Najib berkata, bukanlah perkara mudah untuk sesebuah negara itu
menjadi pemudah cara dalam konflik sebegini panjang dan Malaysia
berjaya dalam hal ini sehingga mendapat pujian dan penghargaan tinggi
dari Presiden Benigno Aquino III dan kerajaan Filipina.
"Kalau
dua orang bergaduh biasanya tak boleh duduk semeja, jika ada dua
pihak terbabit dalam konflik, mereka tidak boleh duduk keliling meja
untuk mula bercakap dan berunding...melainkan ada pihak ketiga untuk
memudahkan perkara itu. Pihak ketiga ini bukan sebarangan, tidak
boleh sebarangan orang dan mesti berwibawa.
"Menggunakan
istilah Aquino (Presiden Benigno Aquino III), kita berjaya menjadi
"honest broker" (broker yang jujur) antara kerajaan
Filipina dan MILF sehingga kerangka perjanjian yang ditandatangani di
Malacanang jadi realiti," katanya berucap di Majlis Mesra
Bersama Rakyat Malaysia, di sini, malam tadi. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121016/dn_30/Kepimpinan-Malaysia-terserlah-di-rantau-ini-kata-Najib#ixzz29RHWR21w
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bangsamoro: Peranan Malaysia masih diperlukan, kata Najib
MANILA
16 Okt. - Peranan Malaysia masih diperlukan dalam beberapa aspek dari
segi penentuan masa depan dan perjalanan Perjanjian Rangka Kerja
Mengenai Bangsamoro yang ditandatangani di sini semalam, kata Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Menurut
Perdana Menteri, ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dan
apa juga persefahaman dalam rangka kerja itu antara kerajaan Filipina
dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang hendak diterjemahkan
nanti memerlukan pemantauan rapi.
Katanya
perjanjian kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan
Moro (MNLF) dulu gagal kerana tiada pasukan pemantau dari segi
pelaksanaan perjanjian yang dibuat antara kedua-dua pihak.
"Jadi
pada kali ini dengan adanya perjanjian dengan MILF, amat penting ada
pihak ketiga untuk memantau perjanjian ini yang diyakini kedua-dua
pihak.
Nampaknya
kedua-dua pihak begitu yakin dengan Malaysia dan peranan kita.
"Jadi
kita perlu teruskan peranan ini dan bentuknya...butirannya kita akan
adakan perbincangan berterusan dengan kedua-dua pihak dan kita akan
cuba tentukan satu struktur dan kaedah yang sesuai untuk kita
lanjutkan peranan kita sehingga satu bentuk kerajaan baru itu menjadi
kenyataan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, malam
tadi. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121016/dn_29/Bangsamoro-Peranan-Malaysia-masih-diperlukan-kata-Najib#ixzz29RHbFhFd
© Utusan Melayu (M) Bhd
MANILA
15 Okt. - Proses penubuhan entiti baru wilayah autonomi Bangsamoro
secara rasmi bermula hari ini apabila Perjanjian Rangka Kerja
Mengenai Bangsamoro dimeterai antara kerajaan Filipina dan Barisan
Pembebasan Islam Moro (MILF) di Istana Malacanang di sini tepat pukul
3 petang ini.
Detik-detik
penuh bersejarah itu yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Presiden Benigno Aquino III, merupakan tanda
persetujuan kedua-dua pihak untuk menamatkan konflik berdarah lebih
40 tahun di wilayah selatan Filipina itu yang telah meragut lebih
120,000 nyawa.
Perjanjian
Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro setebal 13 muka surat itu
mengandungi sembilan fasal utama iaitu mengenai penubuhan,
undang-undang asas, kuasa kedua-dua pihak, hasil dan pembahagian
kekayaan; persempadanan wilayah, hak asasi penduduk, peralihan dan
pelaksanaan; normalisasi dan lain-lain.
Mengenai
penubuhan entiti baru itu, Bangsamoro akan menggantikan Wilayah
Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan ia diharap menjadi realiti
menjelang 2016, iaitu sebelum penggal pemerintahan Aquino III
berakhir.
Berkaitan
kuasa kedua-dua pihak, perjanjian itu antara lain mengakui keperluan
mengukuhkan Mahkamah Syariah dan membenarkan Bangsamoro
menguatkuasakan sistem keadilan Syariah kepada umat Islam di wilayah
itu.
Turut
menyaksikan upacara itu bagi pihak MILF mewakili penduduk wilayah
selatan Filipina yang majoritinya beragama Islam adalah pengerusinya,
Murad Ebrahim.
Perasaan
gembira Murad bersama sekumpulan pemimpin dan perwakilan lain MILF
yang turut dijemput pada upacara di dalam Dewan Rizal di istana itu
dengan sebahagiannya menitiskan air mata kesyukuran, pasti dikongsi
penduduk wilayah baru Bangsamoro yang mengimpikan kehidupan lebih
selamat, sejahtera dan terbela.
Perjanjian
itu ditandatangani Pengerusi Panel Perundingan MILF, Mohagher Iqbal
dan rakan sejawatannya daripada pihak kerajaan Filipina, Dean Marvic
Leonen. Ia turut ditandatangani sebagai saksi perjanjian oleh
fasilitator perundingan dari Malaysia, Datuk Tengku Ab. Ghafar Tengku
Mohamed.
Turut
menyaksikan peristiwa bersejarah itu adalah isteri Perdana Menteri,
Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri kabinet Filipina dan
Malaysia termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; dan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Hadir
sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin
Ihsanoglu dan Penasihat Presiden bagi Proses Perdamaian, Teresita
Quintos-Deles.
Dalam
pada itu, Najib dalam ucapannya menyatakan komitmen Malaysia untuk
membantu selatan Filipina khususnya menawarkan latihan dan pendidikan
supaya masa depan anak-anak di Bangsamoro lebih terjamin.
Beliau
memberi jaminan kepada keseluruhan rakyat Filipina bahawa Malaysia
bersama-sama negara ini ke arah merealisasikan pelaksanaan perjanjian
yang dimeterai hari ini.
Hari
ini, sesuatu telah berubah. Hari ini kita akan meninggalkan keganasan
dan beralih ke arah masa depan yang baru dan lebih cerah,"
katanya sambil diberi tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 tetamu yang
hadir termasuk diplomat asing.
Presiden
Aquino III dalam ucapannya selepas itu pula mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang telah membantu merealisasikan usaha
perundingan sehingga termeterainya perjanjian tersebut termasuk
kerajaan Malaysia yang sentiasa memberi komitmen tinggi. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121016/lu_01/Konflik-40-tahun-berakhir#ixzz29RHexHWz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kosmo
MANILA
- Ratusan penduduk bersorak gembira apabila pemerintah Filipina dan
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menandatangani perjanjian rangka
kerja untuk keamanan yang berharap akan menamatkan konflik selama 40
tahun di wilayah selatan negara itu.
Penduduk
itu bersorak di luar Istana Malacanang semasa perjanjian tersebut
ditandatangani.
Ribuan
anggota MILF mengangkat senjata api di sebuah kem di wilayah
Maguindanao 960 kilometer dari sini sebagai tanda menghormati majlis
menandatangani perjanjian tersebut.
Beberapa
wanita yang memakai tudung berwarna-warni menangis apabila Pengerusi
MILF, Murad Ibrahim menggambarkan perjuangan selama 40 tahun itu
sebagai penghargaan terhadap para pejuang yang terbunuh.
"Kami
mengabdikan rangka perjanjian ini sebagai penghargaan kepada para
pemimpin kami yang terbunuh. Mereka mengorbankan nyawa untuk Allah
dan Bangsamoro," kata Murad.
Perjanjian
itu ditandatangani antara perunding damai pemerintah, Marvic Leonen
dan Ketua Perunding MILF, Mohagher Iqbal.
Sementara
itu, seorang pensyarah kajian Islam, Profesor Julkipli Wadi dari
Universiti Filipina berkata, penduduk Moro gembira dengan perjanjian
itu.
"Namun,
kami perlu peka dengan cabaran pada masa depan," tambahnya.
Upacara
menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Benigno Aquino III.
Perang
di selatan Filipina meragut lebih 150,000 nyawa sejak awal 1970-an
dan pelbagai perjanjian damai yang dicapai sebelum ini, sama ada
tidak membuahkan hasil atau tidak dapat dilaksanakan.
Perjanjian
berkenaan dianggap sebagai 'perjanjian induk' yang menggariskan
rangka tindakan ke arah pembentukan entiti baharu bagi Bangsamoro
untuk menggantikan Wilayah Autonomi yang sedia ada di wilayah Islam
Mindanao.
Perjanjian
itu juga akan membuka jalan kepada usaha membangunkan semula
Mindanao, yang sejak empat dekad lepas, mengalami pelbagai kerugian
termasuk daripada segi prasarana, pelaburan dan masa depan.
Menurut
laporan Bernama, perjanjian itu dilihat mampu
mengurangkan dengan ketara kegiatan keganasan yang mencemari selatan
Filipina sejak beberapa dekad lepas sekali gus mewujudkan suasana
lebih kondusif bagi pelaburan dan pembangunan, di samping menyumbang
kepada keselamatan menyeluruh di Filipina, termasuk di wilayah
berkenaan.
Perjanjian
itu antara lain, menyebut bahawa Bangsamoro akan diwujudkan untuk
menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.
Ia
menyatakan bahawa Bangsamoro akan mendapat bahagian yang adil dan
saksama daripada hasil yang dijana melalui kerja cari gali,
pembangunan atau penggunaan sumber asli yang diperoleh dari semua
kawasan/wilayah, tanah atau air yang diliputi dan terletak di bawah
bidang kuasa Bangsamoro, sejajar dengan formula yang dipersetujui
kedua-dua pihak. - Agensi