ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Bahasa Melayu Tunjang Tamadun Melayu Islami

Bahasa Melayu Tunjang Tamadun Melayu Islami

Suatu bangsa maju dan bertamadun mempunyai jatidiri dengan bahasanya, ianya memacu maju bersama bahasa dan budaya tersendiri. Justeru suatu tamadun dan kemajuan adalah berpaksikan acuan bangsa nya sendiri. Bahasa membentuk acuan berfikir dan berakal serta kebijakan. Kekuatan Tamadun Melayu dan di zaman kesultanan Melayu yang seiring dengan perkembangan bahasa Melayu.Bahasa Melayu yang diwarisi sejak zaman kesultanan Melayu sehngga kini sememangnya telah mantap. bahasa Melayu silam dapat dikenali dan difahami walau munkin gaya bahasanya telah berubah. Dan ianya ada tercatat dalam kamus. Bahaas Melayu baharu berakar daripada bahasa Melayu klasik. Kedatangan Islam telah membentuk tamadun dan peradaban Melayu. Islam telah menambah percambahan akal dan kosa kata dan perbendaharan bahasa dan istilah.. Dalam tamadun Melayu membentuk suatu wacana ketatanegaraan ( seperti dalam Tajul Salatin), wacana undang-undang (seperti Hukum Kanun Melaka) wacana persejarahan dan histiografi (seperti Sulatus Salatin, hikayat Raja Pasai, hikayat Hang Tuah) dan pelbagai bentuk sastera.

Bahasa Melayu menjadi tonggak ketamadunan Melayu dan digunakan dalam pelbagai aspek pentadbiran, undang-undang, diplomatik, perdagangana, ilmu dan pendidikan.Kehebatan Bahasa Melayu digunakan diseluruh alam Melayu dan difahaminya dalam rumpun ini. Bahkan ianya difahami dan sehingga ke timur jauh dan Parsi sebagaimana tercatat dalam sejarah.

Sumbangan besar ianya berjaya membentuk tulisan Jawi yang berdasarkan aksara bahasa Arab. Tulisan Jawi menjadi tulisan rasmi dan peradaban. Dan digunakan dalam pelbagai bidang keilmuan dan komunikasi massa. Gelaran bangsa Jawi berikutan mempunyai tulisan bergelar tulisan Jawi. bangsa Melayu mencakupi pelbagai etnik sama ada Jawa, Bugis, Minangkabau, Pattani, Semenanjung Tanah Melayu, Jambi, Sunda, Acheh, Mandailing, Banjar dan lain-lain.

Karya-karya Melayu oleh ilmuwan, pemikir dan ulama merentasi pelbagai bidnag ilmu dan termasuk ilmu agama. Khazanah karya sarjana Melayu telah dibawa dan berada dipelbagai pelosok negara bangsa serta dikaji dan diselidiki. Khazanah karya Melayu menjadi bukti keagungan dan ketamadunan bangsa Melayu dan bahasa Melayu tunjang kepada peradaban Melayu Islami. Budaya mengkaji, menyelidik, berakal, dan menulis dan membina peradaban tamadun perlu dikembalikan dan perkukuhkan bahawasanya bangsa ini bangsa bertamadun.