ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

KEAGUNGAN SEJARAH MELAYU SULU, KESULTANAN & KEPINCANGANNYA

KEAGUNGAN SEJARAH MELAYU SULU, Kesultanan & KEPINCANGANNYA

KEAGUNGAN BAHASA & BANGSA MELAYU
Di Asia Tenggara hari ini atau yang kita panggil Nusantara, bangsa yang bahasanya paling berjaya mendapat tempat ialah bangsa yang menutur Bahasa Malayu @ Melayu. Ini kerana selama dua milenium (dua ribu tahun) bahasa ini berkembang seiring dengan perkembangan Hindu-Buddha dan Islam, menjadikan Bahasa Melayu begitu berjaya sebagai alat penyampai atau perantara antara bangsa-bangsa yang menutur pelbagai bahasa dan dialek di seluruh Asia Tenggara. Bahasa Melayu begitu sangat penting pada ketika itu kerana sifatnya yang mudah dipelajari dan mudah pula menerima pengaruh bahasa luar.

Sifatnya yang sederhana dan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat serta mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang kemudian dikenal pasti menjadi menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

  • Pengaruh agama Hindu.
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat Bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.


Kegemilangan Bahasa Melayu mula dikesan dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua-franca dan bahasa rasmi pentadbiran kerajaan ketika itu. Penutur utamanya berada di sekitar Semenanjung Tanah Melayu-Siam, Kepulauan Riau dan Sumatera pada awalnya dan setelah kedatangan Islam ia terus berkembang sehingga ke Kepulauan Sulu kemudiannya.

Kedatangan Islam menjadikan tulisan Sanskrit mula ditinggalkan dan diganti oleh tulisan Arab pula. Budaya keilmuan, akhlak dan budaya Hindu-Buddha yang sudah dikira cukup baik sebelum ini menjadikan orang Melayu semakin bertambah baik dan berakhlak mulia dengan kedatangan Islam. Candi-candi dan kuil yang banyak dibena sebelum ini bertukar kepada sekolah-sekolah pondok dan masjid-masjid sehingga banyak menghasilkan ulamak dan cendekiawan Melayu menyebabkan Bahasa Melayu semakin berkembang penggunaannya di seluruh Asia Tenggara.


KEPINCANGAN BANGSA MELAYU
Para pengkaji sejarah Melayu hari ini telah mula menyedari kepincangan susun atur, penerimaan dan penyampaian sejarah semasa menyebabkan mereka terpaksa menyelongkar candi-candi dan prasasti purba semata-mata mahu mencari identiti dan jati diri Bangsa Melayu. Segala data dikumpul dan dianalisis sehingga menemukan apa yang dipanggil "Altar-Altar Terahsia" yang pada mereka telah berjaya menemui "Siapa Melayu Yang Sebenarnya". Penemuan demi penemuan, catatan demi catatan sehingga sebahagian dari penemuan para pengkaji ini dapat dimanfaatkan oleh para pengkaji yang lain pula.

Kami yang juga sebagai pengkaji sejarah, yang walau pun secara khusus mengkaji sejarah Sulug namun sejarah Melayu adalah sebahagian dari kajian wajib kami. Kerana nama MALAYU begitu terkenal malah pada lidah Sulug sendiri MALAYU begitu hebat hinggakan tanpa kewujudan MELAYU Sulug tidak akan menjadi seperti Sulug yang dikenali hari ini. Malangnya Sulug begitu asing buat Bangsa MALAYU hinggakan nama-nama pahlawan Sulug yang pernah membantu Tanah MALAYU sendiri tidak tertulis dan dilupakan. Bagi kami, Bahasa Sulug sangat penting dikaji dan ditelusuri oleh para pengkaji MALAYU tanpa prejudis kerana sehingga hari ini ERTI dan MAKSUD sebenar nama MALAYU @ MELAYU itu masih gagal ditemui. Para pengkaji "Altar-Altar Terahsia MELAYU" hingga hari ini, sekali pun dapat membongkar timbunan prasasti purba dan pelbagai data namun masih tertanya-tanya apa maksud sebenar nama MALAYU? Pada akhirnya nama Melayu itu sendiri masih rahsia yang masih tersimpan dalam "Altar" (pengertian dan maksud Malayu telah kami terangkan pada posting yang lepas).

Inilah kepincangan yang melanda Melayu yang kehilangan punca. Dengan mengklasifikasikan bahasa Melayu lama yang ditulis dalam tulisan Sanskrit yang juga bernada Sanskrit itu sebagai BAHASA MELAYU PURBA (bahasa kitab kuning dipanggil Bahasa Klasik dan bahasa Melayu hari ini sebagai bahasa moden) maka apa pula istilah bahasa Melayu sebelum muncul Bahasa Melayu Purba? Ini memerlukan kerja keras secara bersepadu mengkaji dari mana asal bahasa itu diambil. Kajian linguistik bukan sahaja pada Sistem Numeral (angka) tetapi perlu mengkaji adat budaya, sifat dan sikap sesuatu bangsa. Sebagai contoh Prof. Nik Safiah Karim walau pun beliau seorang Melayu Kelantan namun telah berjaya menyenaraikan bahasa dan pengucapan Bahasa Sulug dengan tepat malah lebih tepat berbanding sebutan Sulug sendiri. Jurnal linguistik beliau telah berjaya membuka minda dan menambah pengetahuan kami terhadap bahasa Sulug tidak lama dulu.

Maka sejak itu kami mula mengetahui bahawa kebanyakan akar bahasa Melayu berasal dari lidah Sulug (Bahasa keseluruhan Filipina-Taiwan sehingga Borneo dan Sulawesi). Antara perkataan yang berasal dari bahasa Sulug yang sempat kami senaraikan ialah,

  • Bera-pa (Berapa), dalam bahasa Bugis Luwu' disebut "Pera", bahasa Sulug pula menyebut "Pila". Manakala Tagalog menyebut PERA sebagai hitungan wang atau langsung dimaknakan sebagai wang.

Dalam bahasa Sulug biasanya menyebut PILA-PA yang bermaksud "berapa lagi". Kata dasarnya ialah Pera atau Pila sedangkan dalam bahasa Melayu hanya menggunakan sebutan Sulug iaituPilapa @ BERAPA. Sebutan Sulug klasik sebenarnya ialah Pira-pa (tanpa bunyi E pepet).

  • Sembahyang, dalam bahasa asalnya ialah Sumba-ha-Yang dalam bahasa Sulug bermaksud "Sembah-lah-Tuhan" atau menyembah Tuhan. Dalam bahasa Sulug "ha" bermaksud suruhan atau tempat dan arah manakala "Yang" adalah sebutan klasik Sulug bagi Tuhan. Hari ini "Yang" hanya disebut sebagai Hayang yang membawa makna senang-lenang (Ma-Hayang, salah satu sifat Tuhan ialah Maha Berkuasa yakni Raja segala Raja yang senang lenang). Bahasa Bugis & Tagalog-Visaya juga turut menyebut sembah dengan "Sumbah".
  • Laut, kata asalnya ialah LAUD kerana kebiasaan lidah Melayu meminjam bahasa tetapi gagal membunyikan huruf "D" manjadi "T". Sama dengan sebutan SULUG ia akan jadi Suluk atau Solok pada sebutan Melayu.

Berkenaan dengan laut, Sulug lebih banyak istilah yang digunakan iaitu Laud (lautan), Tawid (laut dalam), Timbang (lautan tersangat dalam), Dagat (air masin), menunjukkan penguasaan laut mereka.

  • Ma-Lam (malam), sebutan asalnya ialah Ma-Dum dan kata dasarnya ialah Dumsedangkan Ma adalah imbuhan. Ma-Dum bermaksud "akan masuk waktu malam" yang kadang-kadang disebut Ma-Rum dan kebiasaan lidah Sulug "R" menjadi "L" maka sebutannya berubah jadi Ma-Lum. Kemudian disebut Ma-Lem (E pepet) oleh lidah Sulug Lucoes @ Taguimaha yang pernah menduduki Melaka-Johor-Riau yang pada akhirnya menjadi Ma-Lam hingg hari ini.
  • Hari, sebutan asalnya dalam bahasa Sulug ialah Adaw (sebutan Sulug Buranun Addaw @ Adlaw) yang kemudian disebut oleh Tagalog-Visaya dengan "Araw", kebiasaan sebutan "R" menjadi "L" maka akan berbunyi "Alau". Alau @ Allau adalah sebutan pada lidah Bugis dan Orang Laut. Arau @ Haru adalah sebutan pada lidah Mesir Purba. Hari ini di sempadan Kedah dan Perlis terdapat nama daerah yang dinamakan ARAU yang sebenarnya dianamakan berdasarkan nama Datu Arau yang pernah duduk di situ. Datu Arau adalah Sulug menurut keturunannya yang masih duduk di sekitar Arau. Di pintu masuk kawasan kampung Datu Arau terdapat gerbang batu bertulis "Sung kamu manga taimanghud"(Dipersilakan wahai saudara-saudara ku).
  • Jalan, sebutan asalnya bahasa Sulug klasik ialah Dalan kemudian dalam bahasa Sulug moden "L" dibuang secara kebiasaan menjadi "Dan" sahaja. Da'an pula sebutan Tagalog manakala Visaya kekal menyebut Dalan. Dalan disebut Jalan sebenarnya lebih kepada lidah Bugis kerana kebiasaan lidah Bugis menyebut "D" menjadi "J". Contohnya "Dulu" pada lidah Bugis ialah "Julu @ Jolo". Sulug menyebut Duhul @ Dohor (bermaksud hujung)pada lidah Bugis berubah menjadi "Juhur @ Johor" pula.
  • Cabul, sebutan Sulug juga sama hanya "C" menjadi "S" iaitu Sabul. Perbezaannya hanyalah pada interpretasi. Pengertian dalam Bahasa Melayu cabul lebih kepada salah laku sexual sedangkan dalam bahasa Sulug bermaksud kotor dan jijik merangkumi semua samada pengotor atau "penggatal" sexual.

Berkenaan kata "Cabul" seorang cendekiawan Bani Israel Yunani bernama Josephus Flaviuspada abad pertama selepas Masihi yang menulis sejarah Bani Israel didalam Antiquity of the Jews beliau menjelaskan bahawa Raja Orang Laut Phoenisia Meditranian yang bernama Raja Hiram @ Huram dari Kota Tyre telah menolak beberapa kota pemberian Raja Sulaiman a.s.. Beliau menolak pemberian tersebut dengan alasan bahawa kota tersebut adalah kota "Cabul" yang bermaksud kotor dan jijik. Interpretasi Raja Hiram dengan interpretasi Sulug adalah sama.

  • Tuah, tuwa atau tuah dalam bahasa Sulug bermaksud "tinggalan" (kapin-kapin) sebagai contoh seseorang yang sedang makan kemudian beliau berhenti makan sedangkan nasinya masih bersisa. Maka sisa tersebut disebut TUAH. Atau pun ketika dalam peperangan hanya seorang yang terselamat atau tertinggal maka orang tersebut disebut "Tuah".

Kelihatan para penyokong pahlawan Tuwa sedang berkumpul bersedia berperang dengan Tentera Amerika walau pun mereka hanya bersenjatakan Barung, Sundang dan tombak sahaja. Nama Tuah @ Tuwa ketika dulu tidak asing bagi Sulug.

Hang Tuah bagi tradisi lisan Sulug adalah berketurunan dari Kepulauan Sulu kerana pada abad ke-14 para pahlawan Melaka diketuai oleh para pahlawan Sulug Locoes (Lugus) @ Taguimaha. Hingga hari ini pun negeri Melaka masih wujud 16 buah kampung Solok bermula dari bandar Melaka sehingga negeri Sembilan (sila rujuk Google map, cari "Solok").


Berkenaan sejarah Hang Tuah mengapa ia dikatakan bukan setakat seorang yang dinamakan Tuah dalam sejarah Melayu sebenarnya memang pun bukan hanya seorang pahlawan yang pergi berperang kemudian tertinggal seorang sedangkan yang lain sudah mati. Pengkaji Melayu gagal menemui pertalian Sejarah Melayu dengan Sulug dan Sulug pernah membela mereka bermati-matian. Melayu gagal menemui bahawa perkataan HANG sebenarnya hanya disebut pada lidah Sulug sebagai kata nisbah (Hang Dupa, Hang Gatus, Hang ka tau, Hang Tuah, dll). Melayu gagal menemukan bahawa yang memberi nama MALAYU pada Melayu hari ini ialah orang-orang Sulug yang pernah menjaga Laut Selat Melaka bersama orang Laut mereka.


Dalam bahasa Sulug MALAYU' bermaksud "Berjauh" salah sebut akan jadi "Bajau" kerana Bangsa Melayu hari ini asal-usulnya tidak lari dari Orang Laut Bajau. Bermula sejarahnya di laut dan akhirnya akan menemukan jati diri anda sebagai Melayu di laut jua. Orang Laut adalah Sulug yang tinggal di kepulauan dan menutur bahasa kepulauan sebab itu semua rumpun kepulauan disebut Austronesia oleh barat (Austris bermaksud kepulauan di selatan).

|

Ketika berlakunya peperangan MNLF melawan Marcos dulu telah muncul desas-desus berkenaan program penghapusan etnik terhadap Sulug @ Tausug di kepulauan Sulu yang kononnya dirancang oleh beberapa negara (termasuk Vatican). Menurut golongan tua Tausug di Sulu menyebut bahawa dendam bangsa Tagalog-Visaya terhadap sejarah masa lalu Kesultanan Sulu bahawa bangsa Sulug adalah satu-satunya bangsa "Jahanam" di Asia Tenggara (Nusantara) yang menyebabkan Tagalog-Visaya menjadi hamba abdi Sulug selama beberapa ratus tahun kini telah berbayar. Peperangan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Kristian Marcos hampir setengah juta jiwa terhadap Sulug menyebabkan kepulauan Sulu lengang dan orang-orang Sulug beramai-ramai menjadi pelarian ke negara jiran.

Bagi bangsa Tagalog-Visaya, bangsa Sulug adalah Bangsa Muklo' atau bangsa perompak laut yang sangat dahsyat pernah dilahirkan Tuhan di muka bumi ini. Sehingga kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu pada awal abad ke-20 pun Sulug masih mempunyai hamba beratus-ratus malah beribu hamba abdi dari kalangan Tagalog-Visaya. Kebijaksanaan Sulug mengislamkan Dayak Laut Tidung dari Kalimantan Timur kemudian mengambil Dayak Laut Iranun dari Mindanao yang sudah pun Islam lalu mengerahkan mereka merompak wilayah-wilayah naungan Spanyol menyebabkan kehidupan Tagalog-Visaya seperti dalam neraka.

Hari ini Tagalog-Visaya Kristian sangat bergembira kerana Sulu telah pun hilang dalam peta dunia malah telah "dilesapkan" menjadi "naungan Filipina" sehingga ke hari ini. Penghapusan Sulug dan identitinya telah terbukti bukan sahaja diperangi untuk dihapuskan malah dalam peta pelancongan Filipina yang diedarkan oleh Kementrian Pelancongannya "Sulu Sea" telah pun dihilangkan. Apakah hal ini berlaku juga di Malaysia? Iaitu sejarah dan identiti Sulug @ Suluk juga turut dimusnah ranapkan? Orang Suluk di Sabah boleh menilai sendiri dan memberi jawapannya. Secara jujur Sulug di Sabah tidak sama nasibnya sebagaimana Sulug di Kepulauan Sulu hari ini.Sulug di Sabah lebih beruntung dan sedikit terbela.


MEMBONGKAR KEJAHATAN SULUG?
Tajuk kecil ini diletak tanda soal, mengajak para pembaca berfikir sejenak sebelum meneruskan membaca satu persatu artikel ini. Kepada generasi Sulug di Malaysia yang membaca artikel ini, anda sebagai anak Sulug mempunyai tangggungjawab besar terhadap bangsa dan agama tercinta. Betapa pun kejahatan Sulug itu didedah namun masih tidak dapat mengatasi kebaikan yang ditaburnya selama lebih seribu tahun ke atas Likusantara (Nusantara) dan Bangsa Melayu. Artikel ini penting dalam menjelaskan faktor-faktor mengapa Sulug bertindak JAHANAM. Penjelasan ini penting bagi anda sebagai anak Sulug memahami bahawa Bangsa Melayu membenci Sulug ada sebabnya.

Situasinya sama dengan bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia hari ini yang dibenci oleh etnik India dan Cina kerana tampuk kekuasaan tertinggi dipegang oleh Melayu dalam Politik, ditambah dengan konsep Beraja (Sultan Agung) yang menjadi PENAUNG AGAMA dan NEGARA menjadikan etnik lain berasa seolah diperlakukan seperti hamba pula. Dengan slogan "Ketuanan Melayu" berlambangkan keris yang menjadi identiti kelangsungan Bangsa Melayu hanya akan menambah dendam di dalam jantung etnik-etnik lain sampai kiamat. Dalam situasi ini Bangsa Melayu terpaksa berkompromi dalam beberapa perkara terhadap kewujudan etnik lain dengan memberi kewarganegaraan dan kesamarataan sebagai warganegara ketika kemerdekaan Malaysia bermula, namun jenama "Bumiputra" yang hanya dimiliki oleh penduduk asal Tanah Melayu dan Borneo tidak termasuk etnik India dan Cina. Dalam hal inilah yang dikatakan etnik India dan Cina mempunyai sebab membenci Bangsa Melayu.

Situasi inilah juga yang berlaku kepada Bangsa Sulug ketika bermula kerajaan Srivijaya sehingga di zaman Islam pada awal abad ke-14 yang kemudiannya di mana era Kesultanan Sulu bermula. Kedatangan Portugis ke Melaka yang dibantu oleh pelaut Sulug sendiri (generasi pelayar Sulug yang tinggal di Portugal-Spanyol, menurut maklumat sejarah dari Russia, Sulu pernah menjatuhkan ekonomi Russia pada abad 14-15, menunjukkan Sulug memang berulang alik ke Laut Meditranian) kemudian Sulug turut membantu Portugis meneroka Asia Tenggara (buat pemetaan) sehingga ke kepulauan Sulu dan kerajaan kayangan China. Kemudian kembali keMelaka dan memeranginya dengan bantuan Sulug sendiri pada 1511.

Enam buah kampung SOLOK di sekitar Bandaraya Melaka yang masih wujud hari ini.

Lima buah kampung SOLOK lagi di sekitar Masjid Tanah, Melaka. Kampung Solok kesemuanya berjumlah 16 buah kampung sehingga masuk ke sempadan Negeri Sembilan. Ini tidak termasuk kampung Solok di Johor dan Pulau Pinang. Sebahagian kampung Solok hanya dinamakan mengikut nama Datu seperti di Arau Perlis yang diduduki oleh Datu Arau ketika dulu.



HUBUNGAN RAPAT PORTUGIS & SULUG DI MELAKA
Dalam catatan sejarah, Portugis dan Sulug memang berkawan rapat dan tidak pernah berperang secara ketenteraan.

  • "Kita sudah tahu sekarang bahawa Portugis tiba pertama kali di Mindanao dari Sepanyol yang mereka sebut Pulau Cengkeh. Satu kelompok Portugis dipimpin oleh Francisco Serrano yang menetap di sana selama tujuh tahun hingga lapan tahun sejak tahun 1512 Dan seorang Portugis, Tome Pires bercerita tentang orang-orang Luzon yang menetap di Melaka pada 1515 Dia berkata: "[The Luzones] hampir satu kesatuan, dan di Melaka, tidak ada pembahagian antara mereka ... Mereka telah pun membina banyak rumah dan kedai-kedai, mereka adalah orang yang berguna, mereka adalah pekerja keras ... Dalam minjam, dekat Melaka, harus ada lima ratus Luzoes, beberapa dari mereka orang penting ".The Portuguese Quest for Spices and Souls at Zaide wrote in the “Documentary Sources of Philippine History, Vol. 1, p.50


Sebutan Portugis terhadap Sulug ialah Luzoes atau Lucoes. Setelah kedatangan Spanyol dan berjaya merampas Kepulauan Sulu Utara maka mereka mula mengenali bahawa penguasa Sulu Utara sehingga ke Taiwan adalah para Datu Sulug dan Kesultanan Sulu. Setelah mengetahui orang-orang Sulug beragama Islam sebagaimana orang-orang Moro di Andalusia-Spanyol maka mereka pun turut menggelar Sulug dengan "Moro".

"...He said: “[The Luzones] are almost one people, and in Malacca, there is no division between them...[T]hey were already building many houses and shops. They are a useful people; they are hardworking...In Minjam, near Malacca, there must be five hundred Luzoes, some of them important men."



Sejarah kekalahan Melaka pada 1511 sebenarnya atas campur tangan para pedagang-pedagang Sulug sendiri yang sememangnya sudah lama menduduki Melaka sebelum kedatangan Portugis. Samada berlakunya perpecahan kepimpinan dikalangan pemimpin Sulug di Melaka ketika itu atau pun terdapat faktor-faktor lain hinggakan sebahagian Sulug memihak kepada Portugis untuk menentang Sultan Melaka tidaklah diketahui. Yang pasti Sulug sangat beroleh keberuntungan setelah penguasaan Portugis ke atas Melaka. Orang-orang Sulug yang menyokong Sultan Melaka juga bermati-matian membantu Sultan memerangi Portugis sebelum Melaka tumpas pada 1511.

Walau bagaimana pun Sultan Melaka yang tewas terpaksa menemui Sultan Sulu dan Brunei untuk memohon bantuan menghalau Portugis dari Negeri Melaka. Armada Sulug yang sudah tentu dibantu Kesultanan Brunei pun berangkat ke Melaka bersama Sultan dengan tujuan menghalau Portugis. Malangnya yang mempertahankan Portugis di Melaka ialah pahlawan-pahlawan Sulug sendiri yang sudah senang-lenang duduk di Melaka bersama Portugis. Hal ini sangat mengecewakan orang-orang Melayu dan Sulug sendiri ketika itu.

  • Ketika Portugis tiba di Asia Tenggara pada tahun 1500 M, mereka menyaksikan penglibatan aktif Luzon dalam urusan politik dan ekonomi dari mereka yang berusaha untuk menguasai lebuh raya ekonomi strategik ini. Misalnya, bekas SULTAN Melaka memutuskan untuk merebut kembali kota dari Portugis dengan armada kapal dari Luzon pada tahun 1525 AD.

"When the Portuguese arrived in Southeast Asia in 1500 AD, they witnessed LUZON's active involvement in the political and economic affairs of those who sought to take control of this economically strategic highway. For instance, the former SULTAN OF MALACCA decided to retake his city from the Portuguese with a fleet of ships from LUZON in 1525 AD".

  • Portugis tidak hanya menjadi saksi saja, tetapi juga mendapat manfaat langsung dari penglibatan Luzon. Banyak Lucoes, sebagai mana yang Portugis menyebut rakyat Luzon, memilih Melaka sebagai pangkalan operasi mereka kerana penting dan strategik. Ketika Portugis akhirnya mengambil Melaka tahun 1512 M, warga Lucoes berkhidmat dengan kedudukan penting dalam kerajaan di bekas kesultanan. Mereka juga pengeksport besar-besaran dan pemilik kapal yang secara teratur menghantar jung ke China, Brunei, Sumatera, Siam dan Sunda. Seorang pegawai Luzon dengan nama SURYA DIRAJA menghantar setiap tahun 175 tan lada ke China dan harus membayar Portugis 9000 cruzados emas untuk mempertahankan perkebunannya. Kapalnya menjadi sebahagian dari armada Portugis pertama yang belayar membuat lawatan rasmi ke empayar China pada tahun 1517 AD.

The Portuguese were not only witnesses but also direct beneficiaries of LUZON's involvement. Many Lucoes, as the Portuguese called the people of LUZON, chose MALACCA as their base of operations because of its strategic importance. When the Portuguese finally took the MALACCA in 1512 AD, the resident Lucoes held important government posts in the former sultanate. They were also large-scale exporters and ship owners that regularly sent junks to China, Brunei, Sumatra, Siam and Sunda. One LUZON official by the name of SURYA DIRAJA annually sent 175 tons of pepper to China and had to pay the Portuguese 9000 cruzados in gold to retain his plantation. His ships became part of the first Portuguese fleet that paid an official visit to the Chinese empire in 1517 AD.


KEKUATAN SULUG DI SELAT MELAKA DIHILANGKAN?
Dalam kajian kami menelusuri sejarah Sulug didapati jejak-jejak Sulug @ Suluk @ Solok diseluruh Nusantara telah dihilangkan dalam catatan-catatan Melayu. Kami berpandangan, penghilangan jejak Sulug ini bukannya dilakukan secara langsung oleh orang Melayu tetapi oleh para Kolonial British dan Belanda yang menguasai orang-orang Melayu ketika itu. Malah Spanyol juga turut sama menghilangkan identiti Sulug dengan bekerja keras menamakan Sulug dengan "Moro". Satu kemungkinan, orang Melayu sebelum kedatangan Kolonialis sangat tertekan dibawah naungan maritim Sulug yang menguasai lebuh raya perdagangan di sepanjang laluan India dan China. Menyebabkan orang Melayu memendam rasa dengan menunggu sokongan untuk menyingkirkan KEKUATAN dan TRADISI dagang Sulug disepanjang Selat Melaka.

Kedatangan Portugis dilihat tidak menguntungkan Melayu kerana masih berkolaborasi dengan Sulug malah menjadi pencatat utama kepada kekuatan Sulug pula sebagaimana yang kita boleh baca hari ini. Hanya setelah kedatangan Belanda dan Inggeris orang Melayu menarik nafas lega kerana penjajah tersebut bukan sahaja menguntungkan Melayu malah juga turut terancam dengan kekuatan Sulug lalu bertindak menghilang pengaruh dan kekuatan Sulug secara berdikit-dikit setelah itu. Kita akan lihat setelah masuk abad ke-18 sehingga 19 Belanda dan Inggeris telah berjaya mengekang dan seterusnya menghapuskan pengaruh dan kekuatan Sulug di sepanjang Selat Melaka.

Bangsa Sulug secara tradisi tidak berminat dengan pembinaan Empayar dan pembangunan sivilisasi di tempat sendiri. Mereka lebih suka belayar dan berdagang serta berseteru sesama sendiri. Kalau tempat dan usaha dagang mereka diganggu atau dihalang maka mereka akan berkerja keras malah bertumpah darah untuk dapatkan peluang perdagangan tersebut yang mereka anggap sebagai hak mereka. Sulug yang mengemudi kerajaan Srivijaya walau pun kelihatan bentuk pemerintahannya seperti empayar namun sekiranya diperhalusi ia bukanlah satu empayar secara hakiki. Antara sebab para pengkaji sejarah tidak menemui pusat sebenar pemerintahan Srivijaya adalah kerana seperti yang kami terangkan sebelum ini, Srivijaya berpusat di Kepulauan Sulu (Buansa dan Selurong-Manila) yang kedudukannya lebih dekat dengan China. Sulug hanya menjaga dua laluan utama perdagangan iaitu Selat Melaka dan laut di sekitar Kerajaan China samada Laut China Selatan atau Laut Sulu dan menumpukan kekuatan mereka di sini.

Penguasaan Sulug terhadap Selat Melaka tidak ditemui dalam catatan-catatan Melayu lama yang boleh dibaca hari ini menyebabkan orang-orang Melayu kehilangan "link" dengan orang-orang Sulug. Tetapi dalam catatan Portugis-Spanyol abad 15 hingga 16 berjaya mencatat kewujudan bangsa Penguasa Laut (Perdagangan & Ketenteraan) ini serta hubungan mereka dengan Raja-Raja yang menguasai daratan di sekitar Selat Melaka. Hubungan Raja-Raja Melayu, Burma, Thai dan Batak sangat bergantung kepada orang-orang Sulug untuk kelangsungan pemerintahan mereka. Setiap Raja sangat berbangga sekiranya negeri mereka dihuni oleh para pedagang-pedagang Sulug kerana dalam masa yang sama Sulug juga akan menjadi pelindung mereka sekiranya ada serangan dari kerajaan-kerajaan lain. Terdapat banyak catatan yang boleh dirujuk antaranya sebagaimana catatan Potugis-Spanyol ini,

  • Tahun 1529 M, Kesultanan Aceh di hujung utara Sumatera dikira sudah menjadi cukup kuat untuk mengawal Selat Melaka. Kapal-kapal Luzon merupakan sebahagian dari armada Aceh yang menyerang pusat penempatan disepanjang selat. Pada masa yang sama, askar Luzon merupakan sebahagian daripada tentera BATAK-Minangkabau menentang dan mengepung Atjeh atau ACEH.

In 1529 AD, the Sultanate of Atjeh on the northern tip of Sumatra became powerful enough to consider controlling the Straits of Malacca. LUZON ships formed part of the Atjehnese fleet that attacked key settlements along the straits. At the same time, LUZON warriors formed part of the opposing BATAK-MENANGKABAU army that besieged Atjeh or ACEH.

Bandar @ Kota Solok dan Kabupaten Solok serta nama tempat dalam istilah Solok sepertiPadang (Parang) dan Pariaman (Parianan). Pada awalnya pahlawan Sulug bernama Panglima Elidji mengalahkan Raja Batak dalam pertandingan laga kerbau. Kemenangan Solok menyebabkan mereka mendapat wilayah dan tinggal dengan membina kota dan perkampungan di Sumatera Barat. Sebahagian Solok menjadi Minangkabau (menang tanduk kerbau) dan berasimilasi dengan Bangsa Batak sehingga melahirkan beberapa suku Batak lainnya. Dalam bahasa Batak CURI disebut "Takaw" manakala PENCURI disebut "Panakaw", sama dengan bahasa Sulug di kepulauan Sulu.

  • Di daratan, pahlawan Luzon membantu Raja Burma dalam penaklukannya terhadap SIAM pada tahun 1547 AD. Pada masa yang sama, pahlawan Luzon juga berjuang bersama tentera bergajah Raja THAILAND menghadapi tentera gajah Raja Burma dalam mempertahankan ibukota Siam di Ayuthaya.

On the mainland, LUZON warriors aided the BURMESE KING in his invasion of SIAM in 1547 AD. At the same time, LUZON warriors fought alongside the KING OF THAILAND and faced the same elephant army of the Burmese king in the defence of the Siamese capital at Ayuthaya.

Kekuatan Sulug ketika itu sangat terkenal sehingga menjadi harapan kepada Raja-Raja Asia Tenggara agar senantiasa mendapat bantuan Sulug. Dengan itu hubungan diplomatik harus dilakukan ketika mana khidmat bantuan Sulug sangat-sangat diperlukan. Sesetengah Raja luar tidak mengetahui perkembangan semasa tanah asal orang-orang Sulug hinggakan seorang Raja Kemboja pada 1591 telah tersalah kirim hadiah ke Manila kerana masih menganggap Raja Luzoes @ Lucoes masih menguasai Selurong (Manila) ketika itu sedangkan ia sudah ditawan dan diambil alih oleh Spanyol. Spanyol terpaksa mengembalikan hadiah tersebut ke Kemboja.

  • Pada tahun 1591 Masihi, Raja Kemboja Phra Unkar Langara menghantar hadiah dua ekor gajah dari kerajaannya serta permata dan kuda kepada Raja Luzon untuk permohonan membantunya dalam peperangan melawan SIAM.

In 1591 AD, the CAMBODIAN KING Phra Unkar Langara sent a gift of two royal elephants, gems and horses to the lords of LUZON to petition them to aid him in the war against SIAM.

Walhal, pusat kerajaan Sulug sebenarnya berada di Buansa (Jolo) di Kepulauan Sulu bukannya di Selurong. Ini kerana, sekiranya ia benar-benar pusat Sulug sudah tentu Kesultanan Sulu mendirikan kerajaan di sana dan mempertahankannya habis-habisan. Sebagai contoh, Buansa di pulau Jolo yang disebut sebagai "Lupa' Sug" yang bermaksud Tanah Sulug oleh orang Sulug dan mereka pertahankan berabad-abad lamanya tidak pernah ditakluk oleh Spanyol walau pun dengan segala kekuatan menyerang dan memusnahkannya, namun Sulug tetap berdiri dan berkuasa sehingga kedatangan Amerika Syarikat pada penghujung abad ke-19.


GELARAN LUZON & LEMAHNYA KEKUATAN SULUG DI SELURONG (MANILA)
Selurong atau Manila berjaya dikuasai oleh Spanyol kerana yang memerintah Selurong ketika itu hanyalah para Datu dan Raja-raja Sulug bersama keluarga dari Brunei. Sulug dan Brunei baru peringkat awal mengislamkan orang-orang gunung Selurong dan suku-suku kaum pagan yang kebanyakannya masih menganut animisma. Hal ini telah disebut oleh Cesar Adib Majul dalam bukunya Muslim in the Philippines yang merujuk kepada catatan-catatan Spanyol bahawa Islam di Manila begitu lemah dan tidak terorganisasi sebagaimana Sulu dan Brunei. Ini menjadi satu bukti bahawa kekuatan Sulug berada di Kepulauan Sulu bukannya di Selurong-Manila.

Penggelaran Luzon kepada Sulug oleh Portugis dan Spanyol hanyalah berdasarkan lidah para pedagang China yang memanggil Sulug dengan Lu-Sung yang disebut terbalik dari kata Sung-Lu@ Sug-Lu (Lidah China tidak pandai menyebut SUG kecuali SUNG). Kata "Lu" bermaksud "Orang" dan "Sug" ialah Sulug sedangkan kata SULUG disebut SUG sahaja oleh orang Sulug sendiri kerana kebiasaan pada lidah mereka menghilangkan "L", maka ia disebut "Orang Sug" atau dalam bahasa Sulug ialah "Tau Sug".

Kekuatan maritim Sulug di Selurong sebenarnya tidaklah seperti yang berlaku di Selat Melaka dan Kepulauan Sulu. Keterlewatan Sulug dan Brunei mengislamkan keseluruhan masyarakat asli Selurong menyebabkan ia menjadi pelabuhan yang hanya dihuni oleh puak-puak asli tanpa pendirian jelas terhadap pemerintah. Sebeb itu setelah kedatangan Miguel Lopez De Legazpibersama armada Spanyol pada pertengahan abad ke-16 mereka mudah di adu domba dan ditakluki. Permainan politik Spanyol peringkat awal ialah memperlagakan Datu Lakandula dan Raja Sulaiman sehingga membawa kepada "Perang Sabil" Raja Sulaiman menentang Spanyol. Sama dengan apa yang dilakukan Ferdinand Magellan di Pulau Sug-bu atau Cebu hari ini (Sulug-bu @ Sugbu bermaksud alunan ombak pada arus laut) yang menyokong Raja Humabon yang sudah dikristiankan untuk menjadi raja yang menguasai keseluruhan pulau sekitar sehingga membawa kepada penentangan Raja Maktan iaitu Calipulaku @ Lapu Lapu.

(Calipulaku kemungkinan diambil dari nama "Salip Pula Ku", Salip adalah salah sebutan Sulug pada nama Sharif manakala Pula bermaksud merah "Sharif si merah ku" seolah-olah satu gelaran dari orang yang mengasihinya. Sesetengah catatan ditulis Caliph Pulaku menunjukkanCaliph @ Khalif dari bahasa Arab yang bermaksud pemimpin. Setengah catatan pula di tulis "Cali Pulaku" yang kemungkinannya sebutan Cali merujuk kepada Qadi yang pada lidah Sulug disebut Kari yang kemudian menjadi Kali kerana biasanya "R" berbunyi "L". Kali dalam bahasa Sulug bermaksud "yang tahu hukum-hakam Islam" yang kadang-kadang disebut MU-KALI).

Raja Lapu lapu sedang menebas kepala tentera Spanyol dalam pertarungan mereka di tepi pantai Pulau Maktan pada bulan April 1521. Tentera Spanyol antara 6 hingga 7 kapal habis dibunuh oleh Lapu Lapu termasuk Ferdinand Magellan. Hanya satu kapal dan beberapa kelasi sahaja yang sempat melarikan diri dan selamat sampai ke Spanyol.


Dakwaan bahawa Kalipulaku @ Lapu Lapu adalah seorang pagan yang badannya di penuhi tatu sebagai mana yang didakwa oleh pengkaji sejarah Tagalog-Visaya amatlah meragukan kerana tiada bukti jelas untuk menyokong dakwaan tersebut. Penentangan Lapu Lapu sehingga membunuh Ferdinand Magellan di tepi pantai Maktan adalah kerana Lapu Lapu sebagai Sulug yang beragama Islam sangat menentang campur tangan bangsa asing terhadap wilayah dan agama anutannya. Nama sahaja sudah berbunyi Sharif atau Qadi yang sudah tentu tidak boleh menerima "Murtad" dan tukang murtadnya sekali. Ini menunjukkan Islam sudah pun bertapak di Cebu sebagaimana Selurong. Penganut Islam tidak begitu kuat, kalau pun ada yang menganut Islam ia hanya sekadar Islam pada nama apatah lagi pergaulan mereka dengan Dayak pagan yang terkenal dengan tatu, tuak dan pemeliharaan babi menyebabkan orang Islam sukar dibezakan dengan pagan.

Keberanian Sulug iaitu Raja Sulaiman di Selurong (Manila) dan Raja Lapu Lapu di Sug-bu (Cebu) menunjukkan kewujudan kekuatan maritim Sulug di kawasan kepulauan Sulu Utara. Kekalahan Sulug di sana pada tahun-tahun seterusnya di tangan Spanyol menunjukkan bahawa kekuatan Sulug yang utama bukanlah di sana yang sebenarnya hanya menjadi naungan dagang orang-orang Sulug beratus tahun sebelum kedatangan Spanyol. Kekurangan penganut Islam di Sulu Utara (Luzon-Visayas) menjadi faktor kepada kelangsungan Spanyol terus menguasai. Sekiranya orang-orang Sulug di Sulu Utara ramai yang diislamkan sudah tentu peperangan orang-orang tempatan Luzon-Visayas menentang Spanyol akan berterusan dan akan mengundang bantuan orang-orang Sulug dari Buansa-Jolo pula secara berterusan sebagaimana yang berlaku antara Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei yang saling bantu membantu.


SULU ZONE: MEMBONGKAR PUNCA KEJAHATAN SULUG
Pada abad ke-14 sehingga 16 laporan-laporan Portugis tentang kehadiran Sulug di sepanjang laluan dagang Selat Melaka ke China begitu positif yang dengan jelas menyatakan kekuatan Sulug. Campurtangan yang bukan sahaja berlaku terhadap aliran perdagangan malah terhadap geopolitik negeri-negeri beraja di sekitar Selat tidak terlepas dari penglibatan Sulug. Kewujudan perkampungan Sulug @ Solok di Sumatera Barat dan Semenanjung Tanah Melayu menjadi bukti kehadiran Sulug malah nama-nama negeri seperti Palembang, Padang, Jambi, Pariaman, Riau, Johor, Melaka, Kedah, Pahang rata-rata berasal dari bahasa Sulug.

Pada permulaan abad ke-18 sehingga 19 dominasi Sulug terhadap Selat Melaka menghadapi dilema dan kebuntuan disebabkan dominasi perdagangan Inggeris dan Belanda. Kebijaksanaan Inggeris dan Belanda yang bersahabat dengan Kesultanan Sulu pada peringkat awal menyebabkan Kesultanan Sulu terikat dengan beberapa perjanjian yang walau pun longgar kepatuhan Sultan Sulu terhadap perjanjian tersebut namun menjadikan kuasa ketenteraan Kesultanan Sulu begitu terhad. Operasi percukaian Kesultanan Sulu hanya tertumpu di sekitar Laut Sulu yang dinaunginya secara langsung. Keadaan Kesultanan Sulu begitu terhimpit yang berada di tengah-tengah kuasa perdagangan tiga kuasa dagang iaitu Belanda, Inggeris dan Spanyol. Keperitan hidup Sulug dan para Datu yang biasanya sangat bergantung dengan perdagangan merentas laut telah sampai ke kemuncaknya iaitu setelah Spanyol semakin menekan dengan serangan demi serangan ke atas Buansa-Jolo sehingga membantutkan aliran perdagangan mereka.

Serangan-serangan Sepanyol pula adalah disebabkan desakan para Padri Jesuit yang sangat ghairah mengkristiankan orang-orang Sulug di Kepulauan Sulu kerana bagi Jesuit kejayaan mengkristiankan bangsa hebat seperti Sulug akan menjadikan bangsa Spanyol hebat dan terbilang. Desakan kedua datangnya dari rakyat Tagalog-Visaya Kristian yang sangat takutkan serangan-serangan mengejut para Mujahidin Sulug di tempat-tempat tertentu yang mudah dibolosi. Kebanyakan serangan Mujahidin datang dari arahan langsung Sultan Sulu yang juga didesak oleh para Datu dan Sharif samada atas tuntutan Jihad Agama atau pun sebab perdagangan para Datu yang terhalang.

Sulug telah mengganas di seluruh Nusantara dengan merompak kawasan-kawasan naungan Inggeris, Belanda dan Spanyol. Tanda A menunjukkan kebenaran analisis Raffles tentang punca Sulug menjadi perompak laut. Manakala B menunjukkan bahawa satu-satunya kuasa rompakan laut adalah datang dari Kesultanan Sulu.


Keadaan Sulug semakin terhimpit dan tertekan hinggakan para pekerja dan pelaut dagang para Datu Sulug beralih kerja menjadi nelayan dan petani. Kepada pekerja Sulug yang tidak mahir bertani dan nelayan telah mengubah taktik menjadi PEROMPAK LAUT. Permulaan abad ke-18 perompak laut semakin bercambah dan mula merebak sehingga ke Laut China Selatan dan Selat Melaka. Para pedagang Sulug yang senantiasa berulang alik ke Melaka dan Sumatera sudah mengalami kerugian yang mungkin disebabkan cukai tinggi dan dasar tertutup yang dikenakan oleh Belanda dan Inggeris. Orang-orang Sulug mula terancam dan berasakan bahawa punca segala malapetaka ini adalah disebabkan monopoli dagang oleh Inggeris, Belanda dan Spanyol di kawasan dagang mereka. Maka bermulalah era keganasan Sulug dimasa-masa akan datang di seluruh Nusantara. Rompakan demi rompakan yang bukan sahaja merampas harta emas dan permata malah manusia turut mereka angkut untuk dijual dan diniagakan sebagai barang "komoditi".

Maka bermulalah titik hitam Nusantara iaitu munculnya satu zaman hitam yang dicetuskan oleh Sulug yang hingga hari ini dikenali oleh dunia barat sebagai SULU ZONE.


MELAYU, BUGIS, VISAYA & ORANG LAUT JADI HAMBA SULUG?
Tajuk kecil ini bertanda soal kerana perhambaan Sulug benar-benar berlaku yang tidak dapat disorok sebagai mana yang telah tertulis dalam sejarah. Perhambaan Sulug terhadap bangsa-bangsa lain di Nusantara perlu dilihat sebagai manefistasi dari dasar-dasar penjajahan bangsa Eropah terhadap perdagangan sehingga memisahkan umat Islam Nusantara menjadi terbahagi-bahagi. Bagaimana perkara perhambaan ini terjadi? Dalam buku James Francis Warren dalam bukunya Sulu Zone pada muka surat 221 tertulis,

  • Kebanyakan banyaga (hamba) menetap di komuniti Datu Tahel di pedalaman Jolo adalahBugis dan "Melayu". Komuniti (banyaga) yang lain telah diisi hampir seluruhnya oleh orang-orang Visaya. Keluasan penempatan sebenar tidaklah diketahui. Kampung Datu Tahel memiliki lebih dari seratus laki-laki banyaga penanaman jagung, padi, dan ubi manis. Kenyataan Pedro Antonio, Exp. 12, 4, October 1836, PNZ, Mindanao / Sulu 1830-1890.

Most banyaga settled in Datu Tahel’s community in the hinterland of Jolo were Buginese and “Malay”. Other communities were settled almost entirely by Visayans. The size of such settlement is not known. Datu Tahel’s village had more than a hundred male banyaga cultivating corn, rice, and sweet potaro. Statement of Pedro Antonio, Exp. 12, 4, Oct. 1836, PNZ, Mindanao/Sulu 1830-1890.

  • Pada tahun 1834, Brig Amerika, Margaret Oakley, ketika berada di pelabuhan Siassi:"Pada malam sebelumnya sentinel kami telah menemui sesuatu dalam air berhampiran buritan. Setelah memanggil tiga kali tanpa menerima balasan apapun, dia menembak senapangnya. Suara memanggil meminta bantuan. Kami menyelamatkan seorang Melayu telanjang, dengan keris di tangannya, dan ... dia berkata bahawa dia adalah seorang hamba, ... dia meminta kami untuk melindunginya dan membawanya ke negara di mana dia telah dicolek. Mujurlah, dia tidak terluka. Kami tidak tahu apakah perlu percaya dengan ceritanya atau tidak, tapi setengah dari kami mengagak bahawa dia telah berenang bertujuan mencuri bot kami, jika kami melakukan sesuatu kepadanya mungkin diri kami dalam kesulitan ... Kami beri dia sesuatu untuk dimakan dan minum lalu menempatkan dia di perahu dan mendayung berhampiran pantai di mana kami menyuruhnya untuk melompat ke laut. Dia melakukannya dan berenang ke tepi pantai. "

Dalam sejarah Nusantara tidak pernah wujud Malayu Zone atau Jawa Zone mahu pun China Zone tetapi Sulu Zone pernah wujud. Sebenarnya Sulu Zone bukan hanya pada abad ke-18 malah sudah lama bermula sejak zaman kerajaan Funan dan Srivijaya lagi. Hati besi yang dimiliki Sulug menyebabkan Kesultanan Sulu tidak pernah mengalami kekalahan secara hakiki dari mana-mana kuasa Penjajah. Kelangsungan kekuasaan Sulug terbukti dengan sistem perhambaan mereka yang masih berterusan sehingga abad ke-20.

  • Pieters menyatakan: "... Saya telah terikat selama lapan belas hari dan malam ketika kami sampai di Pulau Bangka, Likupang. Para tawanan yang seramai seratus orang jumlahnya berkongsi dengan para perompak laut di dalam sepuluh buah perahu. Di antara tebusan ini ialah orang asli Ternate, Tidore, Bouton, Banggai, Sangir, Makassar, dan Gorontalo."Pieters adalah tawanan berbangsa Eropah yang dicolek oleh Balangingi.

Pieters stated: "...I had been bound for eighteen days and nights when we reached the island of Bangka. Off Likupang, the captives who were on board the ten prahus and who amounted to one hundred in number, were divided amongst the pirates. Amongst these captives were natives of Ternate, Tidore, Bouton, Banggai, Sangir, Makassar, and Gorontalo."

  • "Demikian pula, dari 26 tawanan rakyat Belanda yang melarikan diri ke Menado dengan perahu layar kecil antara 1845 dan 1849, 17 telah ditawan selama kurang daripada tiga tahun ... Sistem Taosug itu seperti kuasa pemerasan yang sukar untuk menerapkannya, dan dari satu sampai dua ratus orang banyaga yang geram di bawah penindasan mereka melarikan diri setiap tahun dengan menaiki kapal asing di Jolo, samada ke bahagian Jolo atau beberapa pulau lain yang berdekatan, atau ke Zamboanga dan Menado " ms. 231-232.

Dari penjelasan kami di atas yang dipetik dari buku The Sulu Zone menunjukkan bahawa Bangsa Sulug adalah satu-satunya bangsa yang bukan sahaja berkerja keras berdagang dan dengan keras melawan pesaing atau penghalang perdagangan mereka, malah kemampuan mereka merompak dan memperhambakan bangsa-bangsa lain selama hampir dua ratus tahun telah menjadi identiti Sulug sehingga hari ini. Ternyata bukan sahaja Melayu, Thailand, Bugis, Visaya dan Batavia malah termasuk beratus-ratus warga kulit putih Spanyol dan Belanda telah berjaya dijadikan hamba abdi oleh Sulug.


SULUG JAUH LEBIH PINCANG BERBANDING MELAYU
James F Warren telah menelusuri segala-galanya tentang sejarah Sulug. Satu-satunya Professor yang arif dengan sejarah Asia Tenggara yang dapat menyebut dengan tepat nama "Taosug" dan membezakannya dengan gelaran Moro tidak seperti yang dilakukan oleh Spanyol dan orang-orang Filipina. Walau pun segala kejahatan Sulug telah beliau dedah tanpa berselindung namun beliau turut menyatakan sesetengah kebaikan Sulug dalam beberapa perkara. Sulug akhirnya sehingga hari ini telah "dihilangkan" dalam peta dan kalau boleh dihilangkan sama sekali dalam lipatan sejarah. Allah swt Maha Kaya, sesungguhnya kejahatan Sulug itu ada hikmah yang orang Melayu dan Sulug sendiri perlu merungkainya.

Mungkin orang Melayu begitu sangat berdendam dengan Sulug kerana bukan setakat orang-orang Kalimantan dan Jawa yang mereka berjaya colek jadi hamba malah Melayu Patani, Kelantan dan Terengganu adalah pihak yang paling ramai di colek. Kalau Datu Tahil sahaja punya lebih seratus hamba yang majoritinya Melayu bagaimana dengan Datu-Datu yang lain? Maka tidak hairanlah istilah-istilah bahasa Melayu begitu banyak dalam perbendaharaan kata Sulug sehingga hari ini. Walau pun beratus-ratus hamba berjaya melarikan diri namun beribu lagi masih tertinggal di Sulu yang kemudian setelah beberapa generasi telah berasimilasi dengan Sulug. Anak-anak mereka sudah menjadi Sulug atau Tausug hingga ke hari ini.

Hari ini, Tuhan telah menghukum Sulug dengan kehilangan negara dan bangsanya. Di Filipina, orang-orang Sulug sendiri telah menukar nama bangsa mereka kepada Bangsa Moro dan sudah gembiran menjadi Bangsa Filipino yang pernah mereka jadikan hamba ketika dulu. Identiti dan budaya mereka semakin hilang dan bahasa mereka (Bahasa Sulug) semakin tercemar kerana sudah tidak ditutur lagi dengan betul. Bangsa yang dijadikan hamba oleh Sulug seperti Melayu, Bugis dan Visaya jauh lebih maju dan mampu mentadbir negara sendiri berbanding Sulug yang tertindas, berperang sesama sendiri, berebut-rebut jadi Sultan Sulu sekali pun tiada hak dan kemampuan, dayus dengan sanggup diperalat orang kafir dalam politik. Ternyata, pincangnya Melayu, Sulug lebih teruk lagi kepincangannya.

Hanya tinggal satu jalan yang dapat kembalikan Sulug ke asalnya iaitu kembali kepada Islam. Bersatu dengan Melayu, Bugis dan bangsa-bangsa lain dengan mengadakan program integrasi budaya atas nama Islam. Melibatkan diri dengan persatuan kebudayaan dan menulis bahasa Sulug untuk di"Standard"kan sebagaimana bahasa Melayu. Mengadakan forum dan simposium Budaya Sulug dengan menjemput para pemimpin dan ulamak Sulug. Kerana sejarah Sulug menyatakan, hanya ulamak yang dapat menyatukan orang-orang Sulug dan seterusnya menjadikan Sulug lebih berakhlak untuk meneraju kebangkitan Islam akhir zaman dari sebelah timur.

SEJARAH SULUG YANG DIMANIPULASI
Generasi muda Tausug hari ini dengan penuh kehairanan bertanya "mengapa Tausug sehingga hari ini masih berperang dan tidak mahu menyerah menjadi sebagai RAKYAT FILIPINA yang mahukan keamanan dan kesejahteraan diri dan anak bangsa?" Persoalan ini nescaya akan di jawap dengan tegas oleh para pejuang bersenjata Tausug yang masih berkubu di atas pergunungan Jolo "Mana mungkin kami menyerah kepada orang kafir"?

Sementara Tausug yang lain telah menerima Filipina sebagai "Tuan" manakala yang lain masih mempertahankan perjuangan nenek moyang mereka di pedalaman Jolo, menunjukkan sifat sebenar Tausug yang berhati besi. Mereka ialah pejuang atau mujahid Islam dari kumpulan serpihan bekas peperangan MNLF vs Marcos dahulu yang hari ini mereka namakan MNLF, Abu Sayyaf serta kumpulan persendirian yang lain (ini bermakna mereka terdiri dari beberapa kumpulan yang berbeza). Matlamat pejuang bersenjata ini ialah mahukan kebebasan wilayah nenek moyang mereka dan memerintah sendiri sebagai negara Islam yakni mengamalkan undang-undang Islam.

Mengapa ia terjadi hanya kepada Tausug tidak kepada bangsa lain di Nusantara (Likusantara)? Walau pun dikatakan Orang Melayu Pattani masih berjuang melawan Thailand namun perjuangan Tausug dikira lebih lama iaitu bermula setelah kedatangan Spanyol, Belanda dan Inggeris lagi. Pattani tidak mengalami penghapusan etnik yang begitu lama sebagaimana yang dikenakan kepada Tausug yang bukan sahaja Spanyol, Amerika Syarikat malah Filipina sendiri. Tausug diumpan untuk membina kumpulan-kumpulan yang kemudian dibunuh secara membabi-buta dengan pengeboman artileri secara besar-besaran sehingga membunuh rakyat biasa yang tidak berdosa selama hampir seratus tahun. Perhatikan, inilah sebenarnya yang dinamakan penghapusan etnik. Apakah sebab Tausug dihapuskan dan bila program penghapusan ini bermula?

Seperti yang telah kami nyatakan sebelumnya, kekuatan dominasi maritim Sulug @ Tausug di perairan seluruh Asia Tenggara yang diketahui bermula semenjak zaman Srivijaya abad ke-7 sehingga abad ke-19 menjadi sebab Bangsa Sulug dihapuskan buat selama-lamanya. Sejarahnya juga telah diusahakan untuk dilupus dengan cara memanipulasi sejarah negara-negara Asia Tenggara seperti yang kita ketahui hari ini. Kebaikan dan kemurnian Sulug telah dihilangkan kerana yang tertulis hari ini hanyalah Sejarah Kesultanan Sulu yang diberi interpretasi buruk dengan memaksakan jenama "Bangsa Moro" kepada Tausug diterima umum. Akhirnya seluruh dunia hari ini tidak kenal Tausug atau Sulug tetapi kalau "Moro" mereka sangat kenal sebagai gerakan pemberontakan di Filipina Selatan.

Yang lebih memburukkan keadaan, orang Tausug sendiri telah terpedaya menerima penggelaran Moro ke atas diri mereka tanpa menyedari ia adalah program untuk menghapuskan nama dan identiti Sulug mereka di muka bumi. Terbukti bangsa Sulug yang sudah menerima gelaran "Bangsa Moro" ini sudah tidak mahukan nama "Kesultanan Sulu" sebagai identiti perjuangan mendapatkan negara nenek moyang mereka malah menukarnya kepada nama baru yang tiada kaitan iaitu negara "Republik Bangsa Moro". Inilah manipulasi sejarah yang sangat licik dan bijak untuk menghilangkan sejarah dan identiti bangsa berhati besi ini.


KEKALAHAN TAUSUG ADALAH KEKALAHAN ISLAM
Satu-satunya bangsa di Asia Tenggara yang masih bertahan mempertahankan Islam dan kekuatannya ialah Tausug di kepulauan Sulu. Kerana identiti Kesultanan Sulu masih membayangi perjuangannya sehingga hari ini. Walau pun dikatakan Nur Misuari berjuang atas nama Bangsa Moro namun ketika menubuhkan MNLF dahulu beliau telah mengangkat sumpah atas nama Allah swt dengan memegang Al-Qur'an bersama para Datu untuk berjuang mengembalikan Kesultanan Sulu. Setelah rakyat dan para Datu menyedari bahawa Nur Misuari telah melanggar Sumpah dengan merancang menubuhkan Republik Bangsa Moro pula, maka rakyat mula bangkit menyuarakan kehendak asal mereka mengembalikan Kesultanan Sulu dan undang-undang Islam.


Apakah Tausug sebenarnya telah kalah kerana kekalahan MNLF? Sebenarnya yang kalah hanyalah perjuangan peribadi yang telah menyimpang dari perjuangan asal. MNLF telah kalah di meja rundingan pada 1996 sedangkan perjuangan asalnya masih bertahan tidak terkalahkan. Di tengah pergunungan Jolo tradisi Sulug masih dipertahankan oleh Ustaz Habir Malik, Kom. Khaid, Kom. Radulan Sahirun dan Kom. Dr. Abu sehingga hari ini. Slogan para pejuang ini ialah membebaskan Bangsa, Negara dan Agama tercinta dari pemerintahan kafir Filipina. Walau pun mereka menerima penggelaran Moro ke atas diri mereka namun mereka masih mengaku sebagai Tausug. Kekalnya mereka masih melawan secara militer bermakna Sulu masih tidak terjajah, oleh sebab itu kekuasaan Islam dan Tausug masih bertahan.

Kemunculan generasi baru yang memperjuangkan Kesultanan Sulu secara aman hari ini adalah alternatif kepada perjuangan militer para komander MNLF yang dilihat gagal mengangkat aspirasi rakyat Tausug sebelum ini. Generasi baru muncul dengan membawa pemahaman yang betul bagaimana mengembalikan Kesultanan Sulu ke asalnya seperti dahulu. Berkibarnya bendera Sulu yang dipacak ditengah-tengah Bandar Jolo tanpa gangguan Filipina membuktikan kaedah perjuangan yang dibawa oleh generasi baru ini adalah benar dan menepati undang-undang antarabangsa. Generasi muda adalah generasi terpelajar serta sangat memahami sejarah bangsa nenek moyang mereka. Cukup persedian dari segi mental dan kemampuan dalam perang saraf yang boleh bertahan dalam jangka masa panjang.

Nusantara masih bertuah kerana bangsa Sulug @ Tausug masih gigih mempertahankan Islam dan jati diri mereka sekali pun dihimpit oleh program-program pembunuhan dan penghapusan identiti. Allah swt Maha Kuasa menjadikan Tausug tetap berdiri tidak terkalahkan. Sesuai dengan sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. :

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat...(sehingga akhir Hadis)" Riwayat Muslim.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da­tang­nya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasu­lullah SAW:

“Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mere­ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter­paksa merangkak di atas salji.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)


TOIFAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH HADIS ADALAH SULUG?
Dalam penjelasan kami yang lepas, bukti-bukti menunjukkan Sulug pernah menduduki keseluruhan Asia Tenggara lama sebelum kemunculan kerajaan Funan dan Srivijaya. Nama-nama negeri dan daerah dalam bahasa Sulug @ Solok serta kewujudan perkampungan Solok samada di Indonesia dan Malaysia hari ini menjadi bukti nyata yang tidak dapat disangkal. Ditambah pula dengan catatan-catatan Portugis Sepanyol tentang kekuatan maritim Sulug awal abad ke-15 menjadikan Sulug satu-satunya bangsa berhati besi di Asia Tenggara. Mungkin pujian ini dianggap keterlaluan oleh pihak yang membenci Sulug namun itulah hakikat yang selayaknya bagi bangsa ini.

Hari ini Sulug atau Tausug telah diperangi dan dirancang dengan begitu licik untuk dihapuskan dan tiada seorang pun yang boleh mengagak sampai bila Tausug diperlakukan begini. Masihkah ada harapan untuk Sulug mendapat kemenangan mengembalikan kerajaan Kesultanan Sulu?

Dari Abdullah RA, dia berkata,

“Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, “Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?” Maka baginda menjawab, Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju. (Al-Hakim & Ibnu Majah)

Kalau benarlah Sulug adalah yang dimaksudkan sebagai pembawa panji hitam hari Timur maka insyaAllah Sulug akan berjaya mendapatkan semula kekuasaan yang mereka inginkan selama ini di masa akan datang iaitu menegakkan kerajaan Kesultanan Sulu semula.

Seperkara yang tidak diketahui oleh orang-orang Melayu hari ini ialah darah keturunan Sulug yang majoritinya adalah dari Ahlulbait Rasul SAW. Perkahwinan campur para Sayyid dengan wanita-wanita bangsawan Sulug di Kepulauan Sulu ketika dulu telah melahirkan generasi SYARIF yang hingga hari ini beranak pinak sehingga ke Borneo. Hinggakan untuk melantik Sultan Sulu tanpa persetujuan para Syarif (Sayyid) Sultan Sulu tidak boleh ditabal. Tausug menyebut bahawa keluarga Syarif adalah keluarga "Barakat". Ramainya keluarga Syarif di Sulu menyebabkan sambutan Malidurrasul setiap tahun dilakukan dengan meriah seolah-olah melebihi kemeriahan Hari Raya Puasa dan Aidil Adha.

Kemeriahan Maulidurrasul ialah pada malamnya, bermula selepas sembahyang Isyak hingga menjelang sembahyang Subuh. Acara bacaan Kitab Al-Barzanji dan persembahan berbalas pantun dan gurindam yang dimeriahkan dengan jamuan kuih muih, pulut kuning, ayam panggang dan gula-gula menjadi kegembiraan hadirin termasuk kanak-kanak. Setiap kampung melakukannya bergilir-gilir dalam masa hampir sebulan selepas 12 Rabiulawal setiap tahun. Tradisi kecintaan terhadap Rasulullah SAW ini menjadikan para Syarif @ Sayyid mendapat penghormatan tertinggi oleh Tausug sehingga hari ini. Sejarah peperangan Tausug memerangi kafir Sepanyol kebanyakannya didorong oleh semangat jihad para Syarif hinggakan para Syarif sendiri yang berada di bahagian hadapan ketika di medan perang.

Salah satu faktor keluarga Syarif menjadi ramai kemungkinan adalah kerana kaum lelaki generasi Sulug Buranun di Pulau Jolo yang berani mati kebanyakan telah gugur Syahid selama beberapa ratus tahun berperang dengan Spanyol sehingga era peperangan dengan Amerika Syarikat. Para balu Syuhadak Buranun kemudiannya dikahwini pula oleh para Syarif yang kemudian hasil perkahwinan tersebut melahirkan GENERASI SYARIF SULUG yang lebih berani dan ditakuti. Syarif dalam bahasa Sulug menurut kajian kami adalah bermaksud para "Sayyid yang berkuasa memandu pemerintah" sebab itu mereka dipanggil Syarif (Pemerintah Makkah Al-Mukarramah juga adalah para Syarif sebelum penaklukan Bani Sa'ud yang membunuh ramai para Syarif @ Bani Hasyim). Sesuai dengan Hadis Rasulullah SAW di atas bahawa Ahlulbaitnya diusir dan dibuang oleh masyarakat Arab ketika zaman fitnah (Antara penghujung zaman Khulafa-ur-rasyidin dan zaman Umayyah) dan akhirnya mereka para Ahlulbait diselamatkan oleh bangsa Sulug dari SEBELAH TIMUR. Dijadikan pemimpin dan dikasihi.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,
"Alangkah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku)." Terkejut para Sahabat lalu berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah berkata, "Tidak. Kamu adalah Sahabat-Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup ‘menjual' keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak berjumpa denganku tapi beriman denganku."

Kemungkinan toifah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah kembalinya satu kerajaan atau kekuasaan iaitu Kesultanan Sulu. Kalaulah Sulug @ Tausug yang mencintai para Ahlulbait itu sesuai digelar IKHWAN yang dirindukan oleh Rasul SAW malah menepati syarat sebagai "bangsa yang berhati besi" pula maka satu lagi syarat ialah GHURABA' seperti yang disebut oleh Hadis. Ghuraba' makna menurut Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah ialah "Ganjil, pelik, asing atau menghairankan".

Bersambung...

Oleh: Asreemoro