ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

INFO :Ijtima' Ulama Senusantara Ke-2 2007

Ijtima’ Ulama Pondok Senusantara kali ke-2

Majlis di adakan pada 12-15 April 2007 di Kompleks Yayasan al-Jenderami, Sepang, Selangor. Majlis dihadiri oleh ramai ulama Ahli SunnahWaljmaah dari Negara serantau dan pembentangan kertas kerja oleh tokoh akademik, ulama Melayu dan tetamu dari Timur Tengah.
Tema majlis kali ini ialah “ Mengembalikan Warisan Nabawi Di Nusantara”. Fokus yang dibicarakan pada kali ini ialah bagi memepertahankan dan memperkasakan rantau nusantara sebagai rantau Sunni Ahli Sunnahwaljamaah yang menjadi teras umat Islam di Alam Melayu dan sedunia amnya.

Peranan sejarah begitu penting bagi mengimbau peradaban bangsa bagi mengingati sumbangan ulama-ulama Melayu dan pemerintah serta institusi kesultanan dalam dakwah Islamiah dan membina Peradaban Melayu. Hubungan erat antara Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan serta antara teras ketuanan Melayu ialah Institusi kesultanan.

Bagi menggali leluhur jatidiri Melayu dan Islam ialah pentingnya Islam yang berteraskan tradisi Sunni ASWJ. Peranan ulama dan umara begitu penting sejak berzaman dan sehingga kini bagi kepentingan nusa dan bangsa. Dan kepentingan kesepaduan antara mereka. Karya-karya ulama Melayu silam terus dijadikan rujukan bagi merasai bangga dengan anak bangsa dan teras kandungannnya ialah ilmu agama yang berpaksi fahaman Ahli Sunnah Waljamaah. Dan sejak berzaman institusi yang utuh dengan ASWJ ialah institusi pondok dan Institusi Tariqat Sufi. Justeru majlis Ijtima ini membicarakan akan kepentingan kedua-dua institusi tersebut kepada umat Islam. Serta kepentingan kitab-kitab Melayu Jawi hasil karya ulama Melayu Silam bagi melahirkan rasa bangga terhadap bangsa sendiri dan isu kandungannya yang berpaksi ASWJ. Justeru mewujudkan semangat nasionalisme dan patriotisme walaupun ianya tidak diwar-warkan sedemikian. Kerana rata-rata mereka yang mempelajari hasil karya ulama Melayu akan mempunyai semangat cintakan bangsa dan tanahair sendiri.

Khazanah perdaban Melayu harus dipaparkan untuk tatapan masyarakat generasi masa kini bagi agenda agama, bangsa dan Negara.
Apa yang dimaksudkan dengan fahaman Ahli Sunnah waljamaah ialah: Berpegang kepada Akidah ASWJ mengikut manhaj Asyairah dan al-Maturidiah, Feqah dalam mana-mana mazhab samaada Hanbali, Hanafi, Syafei dan Maliki. Dan mengikuti Tasawuf samaada manhaj Imam al-Ghazali atau mana-mana tariqat Sufi muktabar.


Kesimpulan

Majlis ini telah membangkitkan kembali rasa kesedaran terhadap kepentingan memperkasakan aliran Sunni AhliSunnah Waljamaah kalangan umat Islam khususnya di bumi Malaysia. Sejarah dijadikan peringatan dan pengajaran bagi membina peradaban bangsa yang berterasakan jatidiri Melayu dan Islam serta kepentingan mengkaji dan mempelajari karya-karya ulama Melayu Silam bagi agenda agama, bangsa dan Negara serta bagi membentuk jatidiri serta semangat nasionalisme dan patriotisme kalangan umat Melayu.

Institi pondok harus dipertahankan dan kepentingan institusi tariqat Sufi bagi membina peradaban hakiki mengiku lunas islam. Dan pendekatan sufi menjadi inspirasi penyelesaian masalah ummah kerana ianya bertepatan degan warisan nabawi. Kepentingan jalinan dan jaringan antara pemerintah dan ulama. Demikian kepentingan institusi kesultanan Melayu sebagai benteng ketuanan Melayu serta kepentingan pemerkasaanya bagi fungsi kepentingan rakyat dan Negara keranan ianya boleh menjadi sebagai menseimbangkan antara kuasa kepimpinan politik dan kuasa kesultanan Melayu bagi agenda Negara, bangsa dan agama tercinta.



Tarikh : 12-14 April 2007
Tempat : Kompleks Yayasan al-Jenderami, Sepang, Selangor
Hadirin : Ulama-Ulama Pondok serantau, NGO-NGO, JAIN Negeri Sembilan, JAIN Selangor, JAIN Pahang,JAIN Johor, JAIN Kedah.
Perasmian Oleh: Dato’ Seri Syed Hamid Albar

Penceramah:
1. Dato’ Harussani ( Mufti Perak)
Tajuk: Ulama Pewaris Para Nabi

2. Tn HjMuzaffar Dato’ Mohd. (Ahli Sejarah Johor)
Tajuk: Peranan Ahli Bait Rasulullah Dalam Pemerintahan Islam Di Nusantara

3. Tun Suzana Tun Othman (Ahli Sejarah Johor)
Tajuk: Peranan Ahli Bait Rasulullah Terhadap Perkembangan Tamadun
Melayu Nusantara.

4. Dr. Awang Sariyan (UM)
Drs Amirullah Hamzah ( Pakar Sejarah Acheh, Indonesia)
Syeikh Ismail Bandar ( Pakar sejarah Pattani, Thailand)
Tajuk: Penyebaran Islam Di Nusantara Melalui Madarasah Salaf/Zauwiah.

5. Syeikh Yusof b Mahyuddin al-Bakhur
(Pengetua Pusat Islam Kanada dan Mursyid Tariqat as-Syaziliah)
Tajuk : Madrasah Salaf: Kebangkitan, Keperluan dan praktis.
6. Habib Mohd b Alwi al-Attas
Tajuk: Asal-usul dan kelebihan Ratib

7. Syeikh Afeefuddin al-Gaylani ( Musyid Tariqat al-Qadiri)
8. Syeikh Isomuddin b Mohd Zaki Ibrahim ( Mursyid tariqat as-Syaziliah,
Anggota Majlis tertinggi Tariqat Sufi, Mesir dan Pengerusi Asyirah al-
Muhammadiah, Mesir.
-Tajuk: Keperluan Tariqat Dalam Menangani Masalah Ummah.

9. Habib Hassan b Mohd al-Attas (Imam Masjid Ba’lawi, Singapura)
10.Dato’ Syed Omar b Syed Abd Qadir al-Idrus
(Penasihat Agama Sultan Terengganu.
Tajuk : Untaian Mutiara Kisah Nabi Muhammad SAW