ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

RAHSIA Surah Al-Fatihah – sebuah penelitian metamatika

RAHSIA Surah Al-Fatihah – sebuah penelitian metamatika

HIKMAH AL-FATIHAH

Al-fatihah (pembukaan)

Surah Ke 1 : 7 ayat

1. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai hari pembalasan.

5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

6. Tunjuklah kami jalan yang lurus.

7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi) dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

KEHEBATAN AL-FATIHAH

  • RUKUN BAGI IBADAT SOLAT

Sabda Rasul: “tidak ada solat bagi orang yang tidak membacakan Al-Fatihah di dalamnya (solatnya)”. – dari Anas bin Malik r.a

  • PENYEMBUH PENYAKIT

Adbullah bin abas r.a. telah berkata, : Pada suatu hari, Husain bin Ali iaitu cucunda Rasulullah telah mengalami satu kesakitan yang menyebabkan nabi berdukacita. Lalu nabi mengambil satu bejana yang berisi air dan terus membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali”.

  • SURAH TERISTIMEWA UNTUK NABI MUHAMMAD S.A.W.

“Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan kepadaku sebuah surah (Al-Fatihah) yang tidak diturunkanNya kepada sesiapa pun daripada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumku”. – riwayat Ibnu Abbas

  • SETARAF DENGAN DUA PERTIGA AL-QURAN
  • SURAH TERAGUNG DI ANTARA SURAH-SURAH AL-QURAN
  • SURAH YANG SECARA LANGSUNG MEMBENTUK KOMUNIKASI AGUNG ANTARA MAKHLUK DAN PENCIPTA ALAM.
  • TIADA PERSAMAAN DALAM KITAB TAURAT, INJIL, ZABUR DAN AL-QURAN.

KOD METAMATIKA AL-FATIHAH

AYAT

JUMLAH HURUF

JUMLAH NILAI HURUF

1

19

1

786

21

3

2

18

9

582

15

6

3

12

3

618

15

6

4

11

2

241

7

7

5

19

1

836

17

8

6

19

1

1073

11

2

7

44

8

6010

7

7

142

7

10146

12

3

YANG TERSURAT & TERSIRAT…

1. Al-Fatihah terdiri dari 7 ayat. Diturunkan di Mekah, sebelum Rasul berhijrah. Surah yang PERTAMA turun dengan kandungannya yang melengkapi satu surah.

2. Al-Fatihah terdiri dari 142 huruf (1+4+2=7). Dan Al-Fatihah terbina dari 21 (3X7) huruf-huruf yang berbeza-beza. Ada 7 huruf yang tiada dalam surah ini iaitu:fa , jim, shin, tha, thaw, kha dan zay.

3. Ayat ke 4 adalah ayat yang ditengah-tengah pada surah ini, jumlah nilai huruf pada ayat ini adalah 241 @ 2+4+1=7.

4. Ayat akhir iaitu ayat 7 memiliki jumlah nilai huruf 6010 @ 6+0+1+0=7.

5. Huruf Zay yang memiliki nilai huruf 7 tidak muncul dalam surah ini.

6. Huruf Dzal yang memiliki nilai huruf 700 muncul sebagai huruf ke 7dalam ayat yang ke 7.

7. Huruf Aliff adalah huruf yang paling banyak muncul dalam surah ini iaitu 25 (2+5=7) kali.

8. Surah ini dimulai dengan huruf BA (nilai huruf 2) pada ayat 1dan diakhiri dengan huruf NUN (nilai huruf 50) pada ayat 7. Maka 2+50=52 @ 7.

9. Al-Fatihah merupakan Surah Pertama di dalam Al-Quran (Pembuka Kitab). ‘Bismillahirrahmanirrahim’ merupakan ayat 1 dan terbina dengan susunan 19 huruf (1+9=10 = 1 @ ayat pertama).

10. Jumlah keseluruhan huruf ada 142 manakala jumlah nilainya adalah 10146, jika dihitung kesemuanya 1+4+2+1+0+1+4+6=19 @ 1 -Surah Pertama.

11. Selain ayat 1, pada ayat 5 & 6 bilangan huruf pada ayat-ayat tersebut juga adalah 19 huruf.

12. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah BOLEH dibahagi dengan 19iaitu 10146÷19=534 @ 5+3+4=12 = 3.

13. Ayat 1 dalam surah ini memiliki jumlah nilai huruf 786 @ 7+8+6=21= 3.

14. Jumlah nilai huruf keseluruhan surah adalah 10146 @ 1+0+1+4+6=12=3.

15. Ayat yang ke 3 terdiri daripada 12 huruf @ 1+2=3.

16. Huruf JIM yang memiliki nilai huruf 3 dan huruf SYIIN yang memiliki nilai huruf 300 tidak muncul dalam surah ini.

17. Huruf LAM yang memiliki nilai huruf 30 muncul 22 kali dalam surah ini. Maka 30 X 22 = 660 @ 6+6+0=12 = 3.

18. Nama “Al-Fatihah” terdiri dari huruf Aliff, Lam, Fa, Aliff, Ta, Haa dan HA memiliki nilai huruf 1+30+80+1+400+8+5=525 @ 5+2+5=12 = 3.

19. Terdapat 3 fasa penceritaan dalam Surah ini yang memiliki 7 ayat.3 ayat pertama untuk Allah, 3 ayat akhir untuk manusia dan 1 ayat (yang di tengah) untuk Allah dan manusia. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis Qudsi riwayat AlTabrani yang bermaksud:

“Wahai Bani Adam!…Aku telah menurunkan kepada kamu 7 ayat. 3 daripadanya untuk-KU. 3 lagi untukmu. Sedangkan 1 untuk kita bersama.

Wallahualam..

Master G