Puisi & Pemikiran Sejarah - Syeikh Ahmad
al-Fathani
Ilmu Tarikh
itu, Daripada Sebesar-Besar Segala Ilmu Kadarnya.
Dan Terlebih Cemerlangnya
Di Dalam Segala Kelam Itu Qamarnya
Memberi Faedah
Ia Akan Yang Mempunyainya
Akan Cerdik
Dan Tajam Penilikannya
Dan Jauh Pandangannya,
Dan Luas Pengetahuannya
Hingga Meninggilah
Ia, Atas Segala Mereka Itu Sesamanya,
Dan Sama Taranya
Dan Mendapat Ia
, Akan Beberapa Martabat Yang Tinggi Di Dalam Dunianya.
Bahkan Membawa
Kepada Manfaat Bagi Ukhranya
Kerana Dengan
Dialah Jadi Ceraca
Bagi Taulannya
Oleh Afkar
Dan Dengan Itu
Pula Dapat Mengambil Iktibar
Dan Dengan Dia
Diketahuikan Segala Hawadis Didalam Segala Masa
Dan Didalam
Cerminnya Terlihat Barang Yang Mentadwinkannya
Oleh Segala
Mereka Yang Dahulu-Dahulu
Daripada Ulum
Dan Sanaii
Dan Nyatalah
Dengan Oleh Barang Yang Tersembunyi
Daripada Segala
Ehwal Kurun Yang Telah Lalu
Dan Sekalian
Khabar Segala Negeri
Dan Barang
Yang Didalamnya
Daripada Atsar
Dan Manafi’
Sumber:
Karya Agung Syeikh Ahmad al-Fathani ‘Hadiqah al-Azhar wa ar-Riyahin’ halaman
207.