ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Wakaf, Sosial (Hizmet) Majukan Turki


Wakaf, Sosial (Hizmet) Majukan Turki

Turki berjaya dalam pembangunan khidmat sosial, wakaf  (Hizmet)

Zaini Hassan

ISTANBUL 6 Julai - Turki, yang kini antara ekonomi terbesar di Eropah selepas Jerman, berjaya dalam pembangunannya atas budaya khidmat sosial dan wakaf.
Setiausaha Agung Persatuan Dialog Turki-Malaysia, Kursat Ciftci berkata, semangat itu diturunkan sejak zaman Othmaniah kira-kira 700 tahun dulu serta menerusi pembawakan tradisi Sufi.

"Itulah yang kami terapkan sehingga sekarang. Golongan kami dari atas sampai bawah bergerak atas semangat Hizmet atau khidmat dan kesukarelawan.
"Asas itu diterapkan bermula dari kecil lagi. Kami diajar mengenai sikap tolong menolong, berakhlak tinggi dan memberi," katanya yang turut mengikuti rombongan Yayasan Iqra' Malaysia yang dalam lawatan sambil belajar mengenai institusi wakaf oleh Pergerakan Hizmet di sini hari ini.
... Hizmet ialah sebuah  pergerakan sosial bukan politik yang terlibat mempromosi jalinan hubungan mesra antara masyarakat, ekonomi, kebudayaan dan agama.
Diasaskan sejak 1970-an oleh sarjana Islam terkemuka Turki, Fethullah Gulen, Hizmet kini dianggotai berjuta rakyat negara ini dalam kerja-kerja sosial.Kini satu daripada tiga penduduk bandar raya Istanbul ini menganggotai Hizmet. Istanbul dihuni oleh 25 juta penduduk.
Anggota Hizmet juga turut mengasaskan beberapa buah yayasan longgar yang mewujudkan institusi madrasah,pendidikan, kesihatan dan juga yayasan antara budaya, kepercayaan dan persefahaman.
Yayasan kewartawanan dan penulis turki misalnya diasaskan secara sukarela melalui dana wakaf  untuk menjalinkan hubungan antara etnik, antarabangsa.
 Puluhan siri forum telah dilaksanakn termasuk hubungan etnik Kurdis-Turki, Palestin-Israel, serta pernah menganjurkan iftar antara Islam Yahudi, yang lain sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Kursat inilah yang dilakukan di Turki dan berasaskan semangat inilah ia Berjaya.’Apa yang penting ia tiada kaitan dengan ideology politik atau agama, yang ekstrem tapi berasaskan morality, tolong menolong dan hormat menghormati’,katanya.
Semenatar itu Idris berkata, yayasan wakaf korporatnya cuba untuk mengasaskan semangat yang sama tapi  berasaskan acuan Malaysia.
‘Itulah yang saya maksudkan dengan agenda sektor ketiga. Iaitu selepas sector kerajaan, swasta, sector kesukarelaan dan wakaf meruapakan sektor yang terpenting.
‘Ia bukan sahaja membabitkan soal sosial dan keharmonian hidup terutamanya dalam konteks Malaysia. ‘,katanya.
Idris berkata tujuan lawatan ini diadakan untuk mempelajari bagaimana pergerakan Hizmet Berjaya membangunkan rakyat menerusi semangat kesukarelaan, dan wakaf. Dalam masa 12 tahun ahli-ahli Hizmet ini berjaya mewujudkan 1,000 buah sekolah di Turki, bekas tanah jajahan Soviet sehingga ke Amerika Syarikat. Pergerakan ini juga merancang membuka sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Sekolah-sekolah, kolej dan universiti ini telah melahirkan lulusan yang berjaya dan kemudian menyumbang semula kepada masyarakat.
......

Sektor Wakaf, Sosial majukan Turki
Berita Harian 7 Julai 2012

Yayasan Iqra' pelajari sistem wakaf Hizmet
Zaini Hassan
ISTANBUL 5 Julai - Yayasan Iqra', penggerak kepada agenda sektor ketiga berada di sini untuk mempelajari sistem institusi wakaf yang digerakkan oleh pergerakan sukarela, Hizmet.
Hizmet ialah sebuah pergerakan yang terlibat mempromosi jalinan hubungan mesra antara masyarakat, ekonomi, kebudayaan dan agama.
Diasaskan sejak 1970-an oleh sarjana Islam terkemuka Turki, Fethullah Gulen, Hizmet kini dianggotai berjuta rakyat negara ini dalam kerja-kerja sosial.
Kini satu daripada tiga penduduk bandar raya Istanbul ini menganggotai Hizmet. Istanbul dihuni oleh 25 juta penduduk.
Anggota Lembaga Amanah Yayasan Iqra', Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mempelajari bagaimana organisasi ini berjaya membangunkan rakyat menerusi semangat kesukarelawan dan wakaf.
Dalam masa 12 tahun ahli-ahli Hizmet ini berjaya mewujudkan 1,000 buah sekolah di Turki, bekas tanah jajahan Soviet sehingga ke Amerika Syarikat. Pergerakan ini juga merancang membuka sebuah sekolah di Kuala Lumpur.
Sekolah-sekolah, kolej dan universiti ini telah melahirkan lulusan yang berjaya dan kemudian menyumbang semula kepada masyarakat.
Idris yang juga Pengerusi Mara ialah penggerak organisasi sukarela dikenali sebagai wakaf korporat.
Turut hadir dalam rombongan itu ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Halipah Esa; Pengurus Besar Hubungan Strategik, Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank, Datuk Nik Mohd. Amin Majid; bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Ahmad Farid Omar serta ahli-ahli perniagaan swasta.
Menurut Idris, peranan sektor ketiga dalam aspek kesukarelawan ini mampu membangunkan ekonomi negara.
"Yayasan Iqra' mahu melihat peranan kerajaan, swasta dapat diserlahkan melalui peranan sektor ketiga dalam pembangunan negara.
"Contoh yang jelas ialah apabila kita melihat universiti-universiti yang dibangunkan dengan duit sumbangan rakyat, menerusi wakaf," katanya yang mengetuai rombongan itu di sini hari ini.
Hizmet bukan sahaja berjaya menubuhkan institusi pendidikan, juga hospital, perhotelan, perbankan dan juga penerbit akhbar terbesar Turki, Zaman. Zaman diedarkan sejuta naskah sehari.
Ditanya mengenai pengertian sektor ketiga, Idris berkata, sektor itu lebih memberi kepentingan kepada khidmat sukarela ke arah mensejahterakan masyarakat.
"Kita mahu peranan khidmat atau kesukarelawan ini menjadi suatu budaya kepada masyarakat Malaysia dan umat Islam. Budaya itu, sebagaimana di Turki ini, akhirnya akan menjadi satu institusi hebat yang berdamping dan berganding bahu dengan kerajaan dalam memajukan ekonomi negara.
Menurut Idris, Hizmet mengambil masa 30 tahun untuk mewujudkan budaya memberi dan bukan bersyarah dan berceramah semata-mata.
"Setelah masyarakat mulai suka dengan nilai-nilai moral yang tinggi dan murni ini, akhirnya ia menjadi budaya yang diikuti oleh semua," kata beliau.
Hari ini rombongan itu melawat Hospital Universiti Fatih yang diasaskan oleh pertubuhan itu, bertemu dengan penulis dan wartawan serta melawat ke institusi madrasah. Semalam mereka melawat ke sekolah tinggi yang merupakan model kepada sekolah bestari. - UTUSAN

Casis Saturday Night Lecture Series With Y. Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas 2012
Venue: Dewan Jumaah, UTM International Campus, Jalan Semarak, KL
Time: 9.00 - 11.45 PM
Dates:

9 & 23 June
13 & 20 October
14 & 28 July
10 & 24 November
11 & 25 August
8 & 22 December
8 & 22 September