TERAS MEMAHAMI AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH
MAKNA ASWJ
|
|
Akidah berasal dari bahasa arab
iaitu daripada perkataan Al-‘Aqdu bererti: ikatan dan
simpulan yang kuat juga bererti pegangan, ketetapan dan kepercayaan. (Ibnu Manzur:Lisan al-Arab) .
Istilah syaraknya adalah beriman dengan kepercayaan teguh dalam hati kepada
Allah, ketuhananNya, keesaanNya, kesempurnaan yang layak bagiNya, kesucian
dari penyerupaan makhlukNya dan beriman dengan para malaikatNya,
kitab-kitabNya, para utusannya (Nabi&Rasul), hari akhirat dan beriman
dengan (qadr) ketentuan pada makhluk sama ada baik ataupun buruk.
Nama ilmu Aqidah
iaitu:
1- Tauhid,
2- Iman,
3- Usuluddin,
4- Ilmu Kalam dan
5- Fiqhul Akbar
Akidah – Simpulan Iman
Ahli –
Kumpulan/pengikut/pendokong
Sunnah – Jalan nabi,
perbuatan, perkataan, sifat ,taqrirnya
Waljamaah – Org ramai dr klgn
sahabt,tabiin,ulama warasah
|
|
HADIS
Ertinya: “Sesungguhnya
Bani Israil telah berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada
73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan sahaja. Para sahabat
bertanya: Siapakah golongan yang satu itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w
menjawab: Yang satu itu ialah orang yang berpegang dengan peganganku dan
pegangan sahabat-sahabatku”.
Riwayat
al-Tirmidhi
Ertinya: “Demi
Tuhan yang memegang jiwa Muhammad dengan kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah
kepada 73 golongan, maka satu golongan sahaja akan masuk syurga manakala 72
golongan lagi masuk neraka. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan yang
masuk syurga itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Ahli Sunnah wal
Jama’ah”.
Riwayat al-Tabrani
Seseorang
bertanya: “Wahai Muhammad, beritahu
kepadaku tentang Islam.” Jawab Rasulullah SAW: “Islam itu bahawa
sesungguhnya engkau naik saksi, Tiada Tuhan melainkan Allah dan
sebenarnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, engkau
tunai zakat, engkau berpuasa Ramadhan dan engkau berhaji di Baitullah
seandainya engkau berkemampuan menuju ke Baitullah.” Kata si penyoal: “Benar
katamu.” Maka kami hairan tentang diri penyoal itu, dia bertanya dan yang
membenarkan [jawapan yang Nabi Muhammad SAW berikan itu].”
Kata si penyoal:
“Maka, beritahu kepadaku tentang iman ?” Jawab Rasulullah SAW: “bahawa
sesungguhnya engkau beriman dengan Allah, para malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan engkau beriman dengan
Qadar, baiknya dan buruknya.” Jawab si penyoal: “Benar katamu.”
Kata si penyoal: “Maka,
beritahu kepadaku tentang Ihsan ?” Jawab Rasulullah SAW: “bahawa
sesungguhnya engkau sembah Allah seolah-olah engkau benar-benar
melihat-Nya, seandainya engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia
melihatmu.”
Kata penyoal: “Maka,
beritahu kepadaku tentang saat Qiamat ? ” Jawab Rasulullah SAW: “Apakah
orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. ??!!”
Lelaki itu berkata: “Maka, beritahu kepadaku tentang tanda-tanda hari
qiamat ?” Jawab Nabi Muhammad SAW: “Bila hamba perempuan melahirkan
majikannya dan bahawa engkau lihat orang-orang miskin papa, tidak beralas
kaki, telanjang, mengembala kambing, menjadi kaya raya dan berlumba-lumba
memperindah bangunan.”
Kemudian
Rasulullah r bertanya: “Wahai Umar, Adakah engkau kenal siapakah yang
bertanya tadi ?” Aku berkata: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui
(tentang siapakah dia).” Jawab Rasulullah SAW: “(Seandainya engkau mahu
tahu), maka sebenarnya orang itu ialah malaikat Jibril a.s., dia datang
kepada kamu, mengajar agama kepada kamu.”
|
|
GOLONGAN ASWJ
SALAF & KHALAF
Salaf – Tidak
mentakwil secara tafsili tetapi secara ijmali mensucikan Allah dari
menyerupai makhluk. ([300H)
Khalaf – menerima
takwil secara tafsili serta mensucikan Allah daripada menyamai makhluk.
(]300H)
Imam al-Baghdadi Rahimahullah(w.429H) memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk dalam Ahli
Sunnah wal Jamaah
Akidah
Tauhid
Beriman Allah
& Nubuwwah
Ahli Hadis
Ahli Sufi
Ahli
Qiraat/Al-Quran
Ahli bahsa
Mereka yg
pertahankn & keselamatan orang ramai
Org awam yg ikut
& tidak ikut doktrin ajaran sesat
GOLONGAN AHLI
SUNNAH WAL JAMAAH
Memahami al-Quran
dan Sunnah dengan kefahaman yang sebenar berpaksikan kepada tiga komponen
utama dalam ajaran Islam. Ijma’ ulama’ bersepakat dari segi Aqidah, (manhaj
al-Ash’ari dan al-Maturidi) Syariah, empat mazhab fiqh yang muktabar iaitu
(Hanafi, Maliki, Syafi’i atau Hanbali). Tasawwuf pula, manhaj Imam
Junaid,Imam al-Ghazali atau mana-mana
tariqat Sufi yang muktabar.
|
|
PANDUAN UMUM DAN CIRI-CIRI/ PERKARA BERKAITAN ASWJ
•
Ilahiyyat
•
Nabawiyyat
•
Samiyyat
METHODOLOGI AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH
Mendahulu
dan mengutamakan nas al-Qur’an dan al-Sunnah terhadap sesuatu yang lain.
Menetapkan
hakikat dan segala keilmuan sebagai pengertian yang ada pada ulamak.
Mentafsirkan
al-Qur’an dengan al-Qur’an, al-Sunnah dengan al-Sunnah atau secara perkaitan
antara keduanya.
Mengutamakan
pendapat sahabat dan tabi’in.
Menggunapakai
kaedah Ijmak Ulamak.
Mengambil
kira kaedah bahasa arab dan penggunaan uslubnya .
Tanzih dan Taqdis ke atas ayat-ayat yang
zahirnya menunjukkan penyerupaan dan kesamaan sifat-sifat Allah dengan
sifat-sifat makhluk.
Mempunyai
kaedah/cara bagi beramal dengan fiqh,tasawuf
ASWJ
kekuatan/kelebihan
Wasatiyyah
– antara pendekatan Literal dan Rasional .
Al-Sawad
al-A’zam. Sabda Rasulullah SAW:(Sesungguhnya umatku tak akan sekata dlm
perkara sesat, apabila kamu melihat perbezaan pendapat maka hendaklah kamu
bersama kumpulan terbesar (kalangan ulama).
Pendekatan
bermazhab
Tasawuf
(roh Islam)
Keperluan
berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah :
Memenuhi
tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah dalam mengikuti kebenaran.
Ahlu
Sunnah Wa al-Jamaah merupakan pegangan dominan atau fahaman majoriti ummat
Islam (al-Sawad al-A`zham).
Menjamin
keseragaman dalam memahami, menyelaras dan menangani isu-isu agama.
Membolehkan
kita memahami ancaman terhadap fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Sama ada
ancaman yang bersifat dalaman mahupun luaran.
Mewujudkan
kestabilan dan keharmonian dalam sesebuah Negara. Seterusnya menjadi asas
dalam perkembangan tamadun.
Percaya
kepada sesuatu perkara merupakan fitrah semulajadi manusia. Kepercayaan
terhadap sesuatu membentuk pemahaman, menghasilkan pegangan dan diperhaluskan
dengan tindakan. Justeru, berpegang dengan kebenaran merupakan nilai tabi’ii
bagi manusia.
Metodologi
Ahli Sunnah yang jelas memudahkan kita memahami pegangan atau fahaman yang
menjadi ancaman terhadap pegangan murni kita selama ini.
Berasaskan
kepada Ahli Sunnah Wa al-Jamaah sebagai satu tanda aras yang kukuh membolehkan isu-isu agama
diselesaikan secara bijaksana.
|
|
TERAS ILMU AKIDAH BEZA
KHALIQ DAN MAKLUK
Berikut ialah 20
sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil bagi Allah Taala:
(وجود); ertinya ada, lawannya tiada (عدم).
(القدم); ertinya sediakala,
lawannya baharu (الحدوث).
(البقاء);
ertinya
kekal, lawannya binasa (الفناء).
(مخالفته
للحوادث); ertinya
berbeza Allah dari segala yang baharu, lawannya menyamai Allah dengan yang
baharu (مماثلته للحوادث).
(قيامه
بنفسه); ertinya
berdiri dengan sendiri-Nya, lawannya berhajat (الاحتياج والافتقار).
(وحدانية);
ertinya
ertinya Maha Esa, lawannya berbilang (التعدد).
(القدرة);
ertinya
Maha Berkuasa, lawannya lemah (العجز).
(الارادة);
ertinya
Maha Berkehendak, lawannya terpaksa (الكره).
(علم); ertinya ilmu,
lawannya jahil (جهل).
(حياة); ertinya Maha
Hidup, lawannya mati (موت).
(السمع); ertinya Maha
Mendengar, lawannya pekak (الصمم).
(البصر); ertinya Maha
Melihat, lawannya buta (العمى).
(الكلام);
ertinya
Maha Berkata-kata, lawannya bisu, gagap (البكم).
(كونه
قادرا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan berkuasa, lawannya sentiasa dalam keadaan
lemah (كونه عاجزا) .
(كونه مريدا);
ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan menghendaki, lawannya sentiasa dalam keadaan
terpaksa (كونه مكرها).
(كونه
عالما); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan mengetahui, lawannya sentiasa dalam keadaan
jahil (كونه جاهلا).
(كونه
حيا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan hidup, lawannya sentiasa dalam keadaan mati
(كونه ميتا).
(كونه
سميعا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan mendengar, lawannya sentiasa dalam keadaan
pekak (كونه أصم).
(كونه
بصيرا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan melihat, lawannya sentiasa dalam keadaan
buta (كونه أعمى).
(كونه
متكلما); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan berkata-kata, lawannya sentiasa dalam
keadaan bisu (كونه أبكم).
Rumusan:
Muqtadayat
al-Uluhiyyah atau ketuhanan
ini mempunyai empat kriteria / sifat iaitu:
i)
السبق : لا أول له فهو الأول بلا ابتداء
yang bererti
sediakala / mendahului, Yang Maha Awal tanpa permulaan.
ii)
الاطلاق : لا حدود له
yang bererti tidak
terbatas sama ada dari segi masa, zaman, tempat, fikiran, ilmu manusia dan
sebagainya.
iii)
الذاتية : لا معلم له ولا ممد له
yang bererti Maha
Kaya, tidak berhajat kepada sesuatu bahkan selain-Nya yang berhajat
kepada-Nya
iv)
السرمدية : لا نهاية له فهو الآخر بلا انتهاء
yang bererti
berkekalan, Yang Maha Akhir tanpa pengakhiran.
|
|
ASPEK MEROSAKKAN
AKIDAH
Perkara Rosakkan
Akidah (Awhal Tauhid)
i)
الحلول : أن يدعى أحد أن الله قد حل فيه أو فى أي من
خلقه
ertinya mendakwa
bahawa Allah memasuki dirinya atau diri sesuatu. Contohnya seperti air yang
dimasukkan ke dalam gelas.
ii)
الاتحاد : أن يدعى أحد أن الله قد اتحد معه أو مع أي
من خلقه فينشأ كيان جديد يعبد من دون الله على أنه ابن الله
ertinya mendakwa
bahawa Allah bersatu dengannya atau dengan sesuatu yang lain. Contohnya
seperti air yang bercampur dengan gula lalu menjadi air gula.
iii)
التشبيه : أن يدعى أحد أن الله يشبهه أو يشبه أي من
خلقه فيعبد على أنه يشبه الله
ertinya mendakwa
bahawa Allah menyerupainya atau menyerupai mana-mana makhluk-Nya. Contohnya
seperti mentajsimkan Allah dengan mengatakan Allah mempunyai tangan,
jari, duduk bersila dan sebagainya.
iv)
التعطيل : أن يدعى أحد أن الله يفعل كل شئ بذاته
العلية معطلا بذالك فعل الأسماء والصفات
ertinya mendakwa
bahawa Allah melakukan sesuatu dengan zat-Nya dan mengabaikan perbuatan bagi
Asma’ dan Sifat-Nya. Hakikatnya Allah berbuat sesuatu dengan Asma’ dan
Sifat-Nya dan kedua-duanya adalah memberi bekas.
|
|
TOKOH-TOKOH ASWJ
& KARYA
Imam Abu al-Hassan
Ali b Ismail al-Asyaari (324)
Imam Abu Mansur
al-Maturidi (333)
Imam al-Tahawi
Imam al-Ghazali
Imam as-Sanusi
Imam al-Shafei
Sheikh Ahmad
ar-Rifaei
Sheikh Abd. Qadir
al-Jilani
Sheikh Abu
al-Hassan as-Syazuli
Sheikh Ibrahim
ad-Dusuqi
Sheikh Daud
al-Fathani
Sheikh Abd Samad
al-Palembani
Sheikh Ahmad
al-Fathani
Dan Lain-lain
KARYA-KARYA ASWJ
Risalah tauhid
Al-Ibanah
Ihyaa’ Ulumuddin
Faridah alfaraid
Jauharah Tauhid
Risalah al-Aqidah al-Tahawiyyah karya al-Imam Abu Ja’far al-Tahawi (w. 321 H),
Kitab al-‘Aqidah al-Nasafiyyah karangan al-Imam Umar al-Nasafi (w. 537
H),
Al-‘Aqidah al-Murshidah karangan Ibnu Tumart
Al-‘Aqidah al-Salahiyyah
Dan Lain-lain
|
|
RUMUSAN ASAS PERMASALAHAN
1.
Nassun Sahih wa Fahmun Khati’ Linassin Sahih (Nas
Sahih namun Tidak Tepatnya Pemahaman terhadap Teks)
2.
Ihtikam Ligair Arbab al-Huda (Memohon Petunjuk Kepada yang
Bukan Ahlinya)
3.Ta’mim al-Khass (umum yg. khusus)
4. Giyab Madlulat al-Alfaz (Hilangnya Makna Tiap
Kata)
Masalah Definisi:
Ta’rif Ta’rif: Ibraaz al-makna
al-Mustaqir inda Ahl Ikhtisas. Mendatangkan makna yg betul menurut ahli dalam
sesuatu bidang tersebut.
|