RANGKAIAN ULAMA’ DAN IKHWAN SUFI (ASWJ) DI MALAYSIA:
SUATU PENGAMATAN UMUM
Malaysia merupakan tanah Melayu (alam Melayu nusantara)
berada di kedudukan strategik dan menjadi tumpuan sejak berzaman. Islam
datang ke tanah Melayu melalui pendakwah sufi sebagaimana direkodkan dalam
sejarah.
Pendekatan ulama sufi adalah pendekatan qalbiah,
berhikmah, wasatiyyah dan berpaksikan ilmu muhaqiq. Islam telah Berjaya membawa umat Melayu
Islam sebagai umat bertamadun dan berperadaban. Bahasa Melayu telah diangkat menjadi
bahasa ilmu dan pertuturan (lingua franca). Alam Melayu menjadi pusat perdagangan,
pentadbiran kesultanan Melayu yang bersistematik, wujudnya perundangan Islam, lahirnya
seni bina dan persenjataan serta seni dan teknologi, wujudnya pusat pengajian
agama dan karya-karya ilmu kalangan ulama dan ilmuwan.
Para pemerintah sentiasa merujuk dan mendapatkan
nasihat ulama. Hebatnya hubungan umara’ dan ulama suatu ketika dahulu. Sebagaimana Kesultanan Othmaniyah dibawah nasihat ulama-ulama Sufi seperti Sheikh al-Kurani dan Sheikh Aq Shamsudin, Sultan Salahuddin al-Ayubi di bawah Ulama-Ulama Sufi seperti Sheikh Abu al-Hassan as-Syazuli dan lain-lain. Ulama muhaqiq (warisan nabawi) merupakan dan menjadi penasihat dan rujukan pemerintah. Wujudnya di alam Melayu Kesultanan Melaka, Acheh, Mataram, Sulu, Maguindanao, Pattani, Johor Riau, Demak, Kedah, Terengganu,Banten Ternate, Brunei, Perlak Pasai, Pontianak, Perlak, Cirebon, Madura, Buton, Tidore dan lain-lain. Kegemilangan dan kemakmuran alam Melayu inilah diketahui dan membawa kepada tarikan penjajah
barat ke nusantara disamping agenda hasil bumi dan agama.
Manhaj umat Islam di rantau ini semenjak menganut Islam
adalah berpaksikan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ), amalan fiqh bermazhab (Syafei), amalan tasawuf
bertariqat atau bermanhaj al-Ghazali. Majlis zikir dan selawat serta maulid sebati
dengan umat Melayu Islami dan di rantau ini. Pendekatan Islam, Iman, Ihsan sebagaimana dinyatakan
hadis nabawi dijadikan tuntutan para penuntut ilmu dan amal Islami.
Kegemilangan pengajian agama di Tanah Melayu adalah dengan guru
mursyid bersanad secara talaqi dan wujudnya zawiah, pondok dan pesantren di
pelosok rantau ini. Lahirnya ilmuwan Melayu Islami seperti Hamzah Fansuri, Abd
Rauf Singkel, Raja Ali Haji, Syekh Yusuf Makasar, Sheikh Daud al-Fathani Syekh
Ahmad al-Fathani, Sheik Ahmad Arsyad al-Banjari, Syekh Abd Samad al-Palembani,
Shekh Wan Sidek Kedah, Tok Pulau Manis, Tokku Paloh, Wali Songo dan lain-lain. Gelaran al-Fathani,
al-Banjari, al-Palembani, al-Kalimantani, al-Jawi, al-Kelantani, al-Kedahi dll. al-Haramain merupakan pusat ibadat dan keilmuan ilmu warisan nabawi (ASWJ) suatu ketika dahulu. Disanalah pusat, keilmuan, tarbiah dan pengkaderan ulama ke seluruh pelosok dunia termasuk ke alam Melayu dikalangan bangsa rumpun nusantara sendiri.
Gelaran kepada ilmuwan seperti Kiyai, Habib, Tok Guru, Sheikh
dll. Golongan ahli bait diaspora dr Hadramaut ke nusantara dan tersebar ke
seluruh pelosok alam Melayu. Sehinggakan ramainya keturunan ahli bait di
nusantara ini.
Kurun ke-21, rantaian dan rangkaian sufi ini kembali
semarak dengan kedatangan mereka ke Malaysia khususnya bagi rihlah ilmiah, ziarah,
program maulid, wacana ilmu dan sebagainya. Sehinggakan membentuk rangkaian
antara ulama dan muridnya serta hubungan sesama ulama dan sesama murid. Jabatan
Mufti Negeri Sembilan mewujudkan Jilsah Turuq Sufiah bagi mengiktiraf tarekat
Sufi sejak 2005 serta dengan mengadakan wacana seminar tahunan. Pusat Pengajian dan NGO-NGO Islam bersama menggerak kerjasama dengan ulama senusantara, timur tengah dan
dari eropah serta US. Pihak IPT tempatan dan agensi kerajaan serta pemerintah turut bersama-sama
mengambil peluang ini. NGO-NGO seperti Yayasan Sofa, Yayasan al-Wareseen, Yayasan
al-Jenderami, ITMAM, ITHAF, HaRUM, Hawi Khairat, MUAFAKAT, HAKIM, ISMA, Darul Hasani,
dan lain-lain. Yayasan Sofa melakar sejarah kerana Berjaya mewujudkan IPT Universiti as-Sofa
yang berpaksikan Manhaj ASWJ dan mempunyai hubungan baik dengan Institusi ASWJ di seluruh dunia.
Sejak kebelakngan ini juga Hizmet (gerakan Islam ASWJ
yang berpengaruh dan memberi banyak jasa khususnya di Eropah) membina hubungan
ilmiah dan sosial dengan NGO di Malaysia. Hizmet merupakan kesinambungan kepada gerakan Nurcu Iaitu warisan daripada Sheikh Said
Nursi.
Fenomena baru dimana sambutan Maulid semakin semarak sehingga melangkaui ke
bulan-bulan lain. Tokoh ulama dari Pesantren ( kiyai dan habib) dan Pondok (tok
guru, baba), sheikh, habib dan seumpamnya. Tokoh-tokoh seperti Habib Omar dari Yaman,
Habi Ali dari UAE, Shekh Mahmud dari Madinah, ulama Mekah,Ulama dari Syam, dari Maghribi, Iraq, Singapura,Indonesia, Pattani dari Mesir dikalangan ulama al-Azhar dan ulama Sufi seperti Shekh Usamah, Sheikh
Ahmad Omar Hashim, Sheikh Ibrahim al-Kattani,Sheikh Ali Jumaat, dan ramai lagi, Dari eropah
seperti Sheikh Abd Qadir as-Sufi, Sheikh Abdal Hakim Murad, Sheikh Abdullah
Schleifer, dari US seperti Sheikh Hamzah Yusuf, Imam Zakir Naik, Imran Hossein dan dari Turki juga Sheikh al-Qadiri dan lain-lain sekadar beberapa nama yang sempat dinyatakan.
Fiqh al-Harakah dan Fiqh Tamadun suatu gagasan
aulawiyyat mestilah berpaksikan manhaj Nabawi dari sudut akidah, syariah dan akhlak. Rangkaian ini perlu disemarakkan, diperkasakan, dikesatuankan,
bagi agenda agama, bangsa, watan. Gerakan ini merupakan agenda khidmat agama dan ummah,
mahabbah Rasulullah SAW dan ahli bait, ukhuwwah, wasatiyyah, fiqh ad-din, bagi
mendaulatkan Islam dan khidmat ad-din.
Bacaan berkaitan:
http://hanputra.blogspot.com/2011/03/hubungan-ulama-al-azhar-di-malaysia.html
http://hanputra.blogspot.com/2009/03/delegasi-ilmiah-dan-ruhiyyah-sufi-mesir.html
http://hanputra.blogspot.com/2011/05/thariqah-sufi-muktabar.html
http://hanputra.blogspot.com/2009/03/delegasi-ilmiah-dan-ruhiyyah-sufi-mesir.html
http://hanputra.blogspot.com/2011/05/thariqah-sufi-muktabar.html