ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Hak Cipta Dan Hak Intelektual dalam Islam

Hak Cipta Dan Hak Intelektual dalam Islam

Agenda kapitalisme barat dengan pelbagai tujuan dan idea telah dipaksakan kepada Negara lain atas alasan ekonomi global dan globalisasi. Salah satu daripadanya adalah pengamalan system hak cipta dan hak intelektual.

Pada masa sama Negara barat telah membentuk penjajahan baru didalam dunia intelektual yang dikenali sebagai hak cipta (intellectual property right).

Apakah sebenarnya hak cipta? Bagaimana pula pandanngan Islam dalam perkara tersebut.

Suatu bentuk organisasi antarabangsa dibentuk bagi mengurus hak cipta iaitu World Intellectual Property Organization (WIPO). Organisasi ini bertanggungjawab mengawal dan menjaga hal ehwal berkaitan hak cipta dan disertai banyak Negara di dunia. Dalam hal ini AS pernah memaksa China supaya mengetatkan peraturan hak cipta, yang memungkinkan AS memasuki ekonomi China. Apatah lagi China juga ingin menyertai sebagai Negara ahli WTO. Pada tahun 1995 WTO telah mengesahkana adanya perlindungan hak cipta. Dan WIPO menjadi salah satu anggotanya . WTO mensyaratkan Negara-negara yang ingin menyertai harus terikat dengan perlindungan hak cipta. Sementara Negara yang telah menjadi anggotanya diharuskan membuat undang-undang tentang perlindungan hak cipta.

Undang-Undang hak Cipta

Undang-Undang hak Cipta memberikan hak kepada individu untuk melindungi hasil ciptaanya, sambil melarang orang lain untuk memanfaatkan ciptaan tersebut kecuali dengan izinya. Kerajaan bertanggungjawab menjatuhkan hukuman setiap orang yang melanggarnya. Undang-undang tersebut juga mencakupi undang-undang perlindungan bagi perusahaan yang memegang hak paten.

Jadi jika ada perusahaaan di AS misalnya telah mempatenkan pembuatan sesuatu produk sedangkan terdapat perusahaan di negara ini yang membuat, menjual serta mengeksport produk tersebut ke Negara lain maka harus meminta izin dan membayar sejumlah wang sebagai royalti terhadap perusahaaan As tersebut. Jika tidak perusahaan tersebut dianggap sebagai telah melakukan rompakan intelektual dan Negara terbabit mungkin dikenakan tindakan undang-undang.

Maksud hak cipta ialah pemikiran atau pengetahuan yang dicipta oleh sesorang dan belum ditemui oleh orang lain sebelumnya, termasuk pengetahuan yang dapat dimanfaatkan dalam bidang prerindustrian , pengeluaran barang dan teknologi.

Pihak di negara kapitalis menganggap bahawa pengetahuan individu itu sebagai harta yang boleh dimiliki. Siapa tidak boleh atau mepelajari dan memindah pengetahuan tersebut, kecuali atas izin pemegang paten atau pewarisnya.jika seseorang membeli sesebuah buku, cakera keras dan sebagainya yang mengadungi idea baru, maka dia hanya berhak menggunakan untuk keperntingan peribadi sahaja seperti membaca, atau mendengarnya. Dia dilarang untuk memanfaatkannya dalam perkara lain seperti mencetak, atau menyalinnya untuk menjual atau disewakan.

Dalam hal ini, apakah pandangan Islam tentang pemilikan individu terhadap barang-barang dan pemikiran?

Dalam Islam, secara umumnya pemilikan individu terkait sengan hukum syariat yang menetapkan sesuatu barang atau jasa yang disandarkan kepada individu yang memungkinkannya dimanfaatkan dan mengambil hak daripadanya. Pemilikan individu dalam Islam ditetapkan berdasarkan hukum syariat atas pemilikan tersebut dan sebab-sebab nya.Oleh itu hak untuk memiliki sesuatu tidak muncul dari sesuatu itu sendiri dan manfaatnya. Tetapi muncul ataz izin syarie untuk memilikinya. Berdasarkan salah satu sebab pemilikikan yang disahkan oleh syariat seperti jual beli, hadiah, warisan dan lain-lain.

Islam telah memberikan hak ke atas indiviidu atas apa yang dimilikinya yang memungkinkannya memanfaatkan sesuat dengan ketentuan syariat.. Islam juga mewajbkan kepada pihak kerajaan agar memberikan perlindungan individu atas pemilikan dan menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa yang melanggar hak cipta orang lain.

Pemilikan yang berkaitan dengan pemikiran baru merangkumi dua jenis pemilikan individu. Pertama sesuatu yang jelas dalam bentuk tertentu secara seperti tanda niaga Trade mark dan buku. Kedua sesuatu bukan dalam bentuk yang zahir seperti pandangan ilmiah dan pemikiran yang tersimpan dalam otak seorang pakar.

Untuk pemilikan jenis pertama seseorang itu boleh memlikinya serta memanfaatkannya dngan cara mengusahakannya atau memperdagangkannya. Kerajaan wajib menjaga hak individu tersebut agar tidak melanggar hak-haknya oleh orang lain. Hal ini kerana dalam Islam tanda niaga memilki nilai kebendaan kerana dengannya dan sesuatu perniagaan yang diperbolehkan oleh syarak.

Tanda niga a adalah lambang produk yang dibuat oleh pedagang atau indistri untuk membezakannya dengan barangan lain,. Tanda niga tersebut dapat membantu pembeli atau pengguna mengenal produknya.Difenisi ini tidak mencakupi barang niaga yang telah sudah tidak digunakan lagi.Sesorang boleh menjual cap dagangnya. Jika dia telah menjual kepada orang lain, keuntungan dan kawalannya berpindah kepada pemilik baru.

Untuk jenis pemilikan kedua iaitu pemilikan pemikiran dan seperti pandangan ilmiah yang belum ditulis pemilkinya dalam kertas atau belum dirakamkan dalam bentuk cakera keras padat maka sesuatu itu adalah milik individu bagi pemiliknya. Dia boleh menjual atau mengajarkanya pada orang lain jika hasil pemikirannya tersebut memiliki nilai menurut pandangan Islam.

Apabila hal ini dilakukan, orang yang memperoleh ilmu tersebut dengan sebab sebagh syarei boleh mengelolakanya tanpa terikat dengan pemilik pertama. Sesuai dengan hukum hakam Islam. Hukum ini berlaku dengan bagi semua orang yang membeli buku , cajera padat atau sebagainya yang mengandungi pemikiran dan idea. Dia berhak untuk membaca dan memanfaatkannya maklumat yang ada didalamnya.

Dia juga berhak menyalin, menjual atau menghadiahkannya. Namun tidak boleh menamakan penemuan tersebut selain pemilk asalnya. Alasan penamaan kepada selain pemiliknya adalah tindakan dusta dan penipuan yang diharamkan secara syarei, Oleh itu hak perlindingan atas pemilikan pemikiran merupakan hak maknawi yang hak namanya dimilki oleh pemilkinya,. Orang lain boleh memanfaatkanya tanpa izin dari pemiliknya Jadi hak maknawi ini hakikatnya digunakan untuk mendapat nilai ilmu atau sebagainya daripada pemilik asalnya.

Kapitalis

Kapitalisme telah menjuruskan seluruh aktiviti dan undang-undang hanya untuk meraih keuntungan dan nilai kebendaan sahaja.Nilai kebendaan ini juga digunakan sebagai ideologi mereka dalam kehidupan bahkan mereka yelah meengabaikan nilai-nilai kerohanian, etika,, kemanusiaan, ahlak, yang mana fitrah dalam diri manusia. Untuk meraih keuntungan kebendaan. Mereka telah menengelamkan orang lain dengan keburukan dan kelemahan.

Syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh sistem kapitalis membolehkan seseorang pencipta program,,penulis buku, atau sebagainya untuk menetapkan syarat tertentu atas nama perlindungan hak cipta. Seperti hal mencetak dan perlindungan penemuan (paten) merupan syarat-syarat yag tidak syarei. Dan oleh sebab itu kita tidak wajib untuk terikat dengannya. Berdasarkan akad jual beli dalam Islam seperti juga hal pemilikan yang idéa kepada pembeli pembeli juga berhak untuk mengelolakan pada produk yang telah dibelinya. Setiap syarat yang bertentangan dengan syarak hukumnya haram. Walaupun pembelinya rela meskipun seratus peratus.

Oleh demikian dalam islam tiada larangan dan istilah mencetak, menyalin, atau memberi perlindungan atas sesuatu penemuan.Setiap individu berhak untuk atas hal itu (memanfaatkan produk intelektual)..Pemikir, ilmuwan atau pencipta sesuatu produk berhak memiliki pengetahuannya selama pengetahuan tersebut adalah miliknya. Dan tidak diajarkan kepada orang lain. Tetapi setalah mereka mengajar atau atau memberikanya kepada orang lain , menjual atau dengan cara lain maka ilmunya tidak lagi menjadi miliknya. Dalam hal ini pemilikannya telah hilang dengan penjualan ilmu tersebut. Sehingga meraka tidak wajar melarang orang lain iuntuk memanfaatkanya. Iaiatu setelah ilmu tersebut berpindah kepada orang lain dengan sebab sebab yang dibolehkan oleh syarak. Seperti jual beli dan seumpamanaya.

Undang-undang perlindung hak cipta merupakan salah satu cara penjajahan ekonoi dan peradaban yang telah direka oleh negara kapitalis melalui WTO, iaitu dengan penguasaan teknologi, ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan industri, penghasilan barang-barang, mereka membuat undang-undang agar menimbunkan segala pengetahuan tersebut dan mencegah Negara lain mengambil manfaat hakiki daripada penemuan tersebut. Hal in agar Negara lain tetap menjadi pengguna bagi produk mereka dan tunduk dibawah telunjuknya. Juga agenda mereka dapat mencuri kekayaaan dan sumber alam Negara-negara kecil dan miskin atas nama pelaburan dan globalisasi. Ketahuilah ’isme’ dan globalisasi ini adalah agenda pakatan zionis Yahudi bagi meneruskan kelangsungan penguasaan mereka terhadap ekonomi dunia dan secara berterusan tanpa digugat oleh pihak dan negara lain.