ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Hadis Awal Khalq


Salinan kitab`Iqdul Jawaahirits-Tsamiin fi Arba`iina Hadiitsan min Ahaadiitsi Sayyidil Mursalin karangan al-'Alim al-'Allamah al-Muhaddith Sheikh Ismail al-'Ajluni yang ditulis dengan khat oleh al-'Alim al-'Allamah az-Zakiy Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthofa al-Fathani. Petikan daripada halaman 25 ini membicarakan tentang hadis Saidina Jabir yang bermaksud :


Aku (yakni Saidina Jabir) telah bertanya kepada Junjungan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam: "Wahai Rasulallah, demi ayah dan ibuku yang menjadi tebusan bagimu, khabarkanlah kepadaku mengenai apa yang awal pertama dijadikan Allah Ta'ala sebelum segala sesuatu."

Baginda bersabda: "Wahai Jabir, Allah Ta'ala telah menjadikan sebelum segala sesuatu nur nabimu daripada nurNya. Lalu dengan kudratNya berputar nur tersebut (yakni menjalani satu proses yang Allah sahaja Maha Mengetahui hakikatnya) menurut kehendakNya, dan pada waktu itu belum ada lauh, belum ada qalam, belum ada Syurga, belum ada neraka, belum ada malaikat, belum ada langit, belum ada bumi, belum ada matahari, belum ada bulan, belum ada jin dan belum ada manusia. Tatkala Allah Ta'ala berkehendak untuk menjadikan makhluk, dibahagikanNya nur tersebut kepada empat bahagian, maka dijadikanNya daripada bahagian pertama, qalam, dan daripada bahagian kedua, lauh, dan daripada bahagian ketiga, 'arsy. Kemudian dibahagikanNya bahagian keempat kepada empat bahagian lagi, lalu dijadikanNya daripada bahagian pertama akan malaikat penanggung 'arsy (hamalatul-'arsy), dan daripada bahagian kedua, kursiy; dan daripada bahagian ketiga, baki sekalian malaikat. Kemudian dibahagikanNya pula bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu dijadikan daripada bahagian pertama akan segala langit; dan daripada bahagian kedua, segala bumi; dan daripada bahagian ketiga, Syurga dan neraka. DibahagikanNya lagi bahagian keempat kepada empat bahagian, lalu dijadikanNya daripada bahagian pertama, nur abshoril mu'minin (nur pandangan orang-orang mukmin); daripada bahagian kedua, nur hati-hati mereka iaitu ma'rifatu bilLah Ta'ala (yakni ma'rifat akan Allah Ta'ala); dan bahagian ketiga, nur jiwa mereka iaitu tauhid "la ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam"...Hadith sebagaimana diriwayatkan dalam al-Mawaahibul-Laduniyyah tanpa menyebut sanad hadith dan tanpa disempurnakannya.

Nota : 

Dalam salinan kitab `Iqdul Jawaahirits-Tsamiin ini dilampirkan ijazah dan sanad ilmu hadith dan pelbagai bidang ilmu Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani yang diterimanya daripada Sayyid Abdul Qadir asy-Syibli ath-Tharablusi asy-Syami al-Hanafi, seorang ulama besar ahli hadith di Masjid an-Nabawi, Madinah al-Munawwarah [Kota Bercahaya]. 

Sumber: fbhafizfandani