KURSUS
PANDANGAN ALAM ISLAMI (WISE,HAKIM) : KEARAH PENCERAHAN DAN FAHAM PEMIKIRAN
ISLAMI
MODUL KURSUS
MODUL KURSUS
Semester 1
Semester 2
3rd Semester
1st Semester
Module 1:
The Worldview of Islam: A Brief Overview
Module 2:
The Place and Role of the Holy Qur'an and Sunnah
Module 3:
The Nature and Reality of Man
Module 4:
The Cosmos as the Created Book
Module 5:
The Nature and Purpose of Knowledge
Module 6:
The Meaning and Experience of Happiness
2nd Semester
Module 7:
The External Problems of the Muslims: The Challenges of Western Culture
Module 8:
The Threats of Secularization towards the Natural World, Politics and Values
Module 9:
The Internal Problems of the Muslims: The Corruption of Knowledge, the Loss of
Adab and the Rise
of False Leaders
Module 10:
The Islamization of Contemporary Knowledge and the Dewesternization of Thought
and Language
Module 11:
Ta'dib as the Concept of Education in Islam
Module 12:
The Advent of Islam in the Histories of the Western and Malay Worlds
3rd Semester
Module 13:
Epistemology
Module 14:
Islamic Pyschology
Module 15:
Islamic Theology
Module 16:
The Study of Religion: Its History and Philosophy
Module 17:
Philosophy and Ethical Theory
Module 18:
The Philosophy of Science
Module 19:
Tafsir, Ta'wil and Hermeneutics
Module 20:
Usul Al-Fiqh: Siyasah Shar'iyyah
Module 21:
Usul Al-Fiqh: Maqasid Al-Shari'iyyah
Module 22:
Ethics and Leadership
Module 23:
The Study of Malay Civilization: Its Philosophy and The Role of Islam
Module 24: Contemporary Islamic Thought
Pandangan
Alam Islam : Tinjauan Ringkas
Sebagai mata
pengajian pendahuluan dan melalui perbandingan dengan Pandangan Hidup Barat
Moden yang Sekular, modul ini menerangkan secara umum makna Pandangan Alam
(atau Hidup) Islam, ciri-cirinya, dan unsur-unsur dasarnya yang terdiri
terutamanya daripada faham-faham teras berikut: Tuhan dan Ciptaan-Nya; Wahyu,
Qur`an dan Nabi; Agama; Insan; Ilmu dan Pendidikan; Akhlak dan Nilai; Kebebasan
dan Kebahagiaan. Turut akan dijelaskan perkaitan erat antara bahasa dan
pandangan alam serta kesan dan pengaruh pandangan alam terhadap cara hidup
insan.
Modul 2
Wahyu
(al-Qur`an dan al-Sunnah) : Kedudukan & Peranannya
Modul ini
mengupas ta'rif wahyu, kaitan antara al-Qur`an dan al-Sunnah serta kepentingan
wahyu, khususnya sebagai sumber ajaran Islam dan teladan penghayatannya.
Peranan wahyu dan bagaimana ia sepatutnya berperanan turut dibahaskan. Ia juga
menampilkan kerangka umum dalam berinteraksi dengan wahyu sebagai sumber
pandangan alam dan pedoman kehidupan. Faham-faham penting yang akan dikupas
termasuklah faham Tanzil terakhir, hidayah, kalamullah; khatamun nabiyyin,
kesejagatan Rasulullah sebagai rahmat Tuhan, uswah hasanah, dan yang
sebagainya.
Insan :
Hakikat & Sifat
Modul ini
mengupas secara jelas dan benar tentang hakikat diri insan menurut pandangan
Islam. Ia menyentuh pelbagai isu berkaitan kejadian insan, tanggungjawab dan
hala tuju kehidupan insan di dunia. Ini termasuk persoalan awal kejadian insan,
hakikat keruhanian insan dan hubungannya dengan jasad serta cabaran kewujudan,
matlamat dan tanggungjawabnya di dunia. Semua hakikat ini diperjelaskan
berdasarkan kerangka pandangan alam Islam secara perbandingan dengan tradisi
psikologi sekular Barat.
Modul 4
Alam Semesta
sebagai Ayat-Ayat Allah
Modul ini
bertujuan menjelaskan Alam Semesta sebagai Kitab Kejadian (al-kitab al-takwini)
dan seterusnya meninjau kesan kefahaman yang sedemikian itu terhadap hala-tuju
pelbagai disiplin ilmu dalam Masyarakat Islam, terutamanya Sains Tabii (natural
sciences). Antara perkara-perkara utama yang akan disentuh adalah: kefahaman
bahawa sebagai suatu Kitab, Alam Semesta turut mengandung Ayat-Ayat Allah yang
bersifat muhkamah dan juga yang bersifat mutashabihah; pendekatan tafsir-ta'wil
sebagai kaedah utama Qur`ani dalam mengkaji dan meneliti Alam Semesta demi
untuk mencapai makna dan kefahaman yang benar; dan peranan kefahaman yang
sedemikian itu dalam pembasmian pensekularan sebagai ideologi pada dasarnya,
dan pensekularan sains sebagai rantaiannya.
Ilmu : Faham
& Pembudayaannya
Modul ini
memberikan pendedahan mengenai hakikat, sifat dan tujuan ilmu,
sumber-sumbernya, pembahagiannya, adab terhadapnya, dan pembudayaannya. Turut
akan disentuh hubungan antara ilmu dengan hakikat-kebenaran; perbezaan antara
ilmu dan ma`lumat; hubungan ilmu, insan dan Tuhan; serta pelbagai penghalang
dan lawan ilmu (khususnya, yang terbit tersebar dari Keperibadian dan Tamadun
Barat, dahulu dan semasa).
Kebahagiaan
(al-sa-adah) & Tragedi (al-shaqawah) : Makna & Pengalamannya
Kebahagiaan
dalam modul ini selain dibahaskan secara yang berangkaian dengan faham
'kebaikan' (virtue) dan 'kebebasan' (freedom) yang semuanya kembali pada diri,
sifat, dan perlakuan insan, juga akan ditinjau secara yang bertentangan dengan
lawannya iaitu kesengsaraan (al-shaqawah) yang mencapai kemuncaknya pada
tragedy sebagaimana yang dimaknai dan dialami dalam Tamadun Barat, baik yang
purba mahupun yang moden-sekular. Turut akan dijelaskan adalah segi-segi,
jenis-jenis, dan martabat-martabat kebahagiaan; hubungan kebahagiaan dengan
tujuan hidup dan diri insan; dan kaitan kebahagiaan dengan keyakinan insan akan
Hakikat-Kebenaran Muktamad serta perangai-perbuatannya yang menepati keyakinan
tersebut.
Masalah
Luaran Kaum Muslimin & Cabaran Kebudayaan Barat
Cabaran kaum
Muslimin kini adalah dari tamadun Barat, dan untuk menghadapinya kaum Muslimin
perlu memahami cabaran tersebut secara yang tepat. Modul ini menjelaskan
cabaran luaran kaum Muslimin ini, merangkumi takrif Tamadun Barat dan ciri-ciri
utamanya. Pertembungan dengan Barat dalam bentuk agama sejagat, ketenteraan
atau politik global, dan penjajahan ilmu dan pendidikan, akan dikupas.
Ancaman
Sekularisasi terhadap Alam Tabii, Politik & Nilai
Modul ini
akan membincangkan mengenai takrifan dan makna sekularisasi sebagai program
falsafah. Sekularisasi alam tabii dan sejarahnya di Barat akan diteliti
semenjak zaman Yunani purba hingga ke masakini. Berlandaskan unsur tersebut,
pensekularan politik dan sekularisasi nilai yang menidakkan kewibawaan dan
kemutlakan agama juga akan disorot. Bagaimana Kristian Barat semasa menjawab
permasalahan sekularisasi akan diselidiki untuk dijadikan iktibar.
Masalah
Dalaman Muslimin: Kekeliruan Ilmu, Kehilangan Adab & Disiplin, Kepimpinan
Palsu
Modul ini
memperjelaskan masalah dalaman utama kaum Muslimin yang merangkumi kekeliruan
ilmu, kehilangan adab dan kepimpinan palsu yang merupakan antara sebab
kemunduran kaum Muslimin kini. Faktor-faktor yang menyumbang kepada lahirnya
masalah dalaman ini turut dibahaskan, seperti sikap anti-madhhab, anti-tasauf,
penyempitan ilmu Islami, dan salah-urus negara.
PengIslaman
Ilmu & Dewesternisation dalam Pemikiran & Bahasa
Modul ini
bertujuan menyemai kefahaman mengenai kenapa cabaran terbesar sekarang ialah
cabaran faham ilmu. Ini menuntut agar dikenalpasti unsur-unsur yang membentuk
kebudayaan Barat, seperti rasionalisme, dualisme, sekularisme, humanisme, dan
tragedi. Ia akan disusuli dengan kajian perbandingan mengenai bagaimana Islam
mengelakkan permasalahan tersebut secara mengaitkannya dengan hakikat insan dan
ilmu yang sebenar.
Ta'dib
sebagai Faham Pendidikan Islam
Ta'rifan
Pendidikan Islam akan diteliti dalam konteks ta'dib. Isu dan permasalahan
berkaitan tujuan dan matlamat pendidikan Islam akan dikaji dalam rangka mencari
langkah penyelesaian konseptual yang sebenar. Ta'rifan ta'dib akan dihuraikan
dalam konteks susunan ilmu-ilmu Islami, yang kemudiannya diaplikasikan dalam
bentuk sistem institusi pendidikan Islam.
Islam &
Perubahan Hebat dalam Sejarah Barat & Alam Melayu
Modul ini
meninjau mengenai penyebaran Islam sebagai agama sejagat yang telah menimbulkan
peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Dunia amnya, dan Barat khasnya. Iaitu
perubahan dalam bidang agama (Kristian), bahasa dan peristilahan, sosio-politik,
kebudayaan, dan ekonomi. Kebangkitan Barat melalui revolusi sains, kuasa
ketenteraan, penguasaan ekonomi dan penjajahan akan dijelaskan dalam konteks
kawalan budaya Dunia amnya dan Islam khasnya. Proses pengIslaman Alam Melayu
akan disorot sebagai kajian kes.
Modul 13:
Epistemologi
Modul yang
terdiri daripada 2 bahagian ini memberikan gambaran umum mengenai
perkara-perkara penting yang dibahaskan dalam kajian dan penelitian terhadap
Ilmu sebagaimana yang terdapat dalam Tradisi Pengajian dan Kesarjanaan Islam.
Dalam bahagian pertama, tinjauan dibuat terhadap rencana perbahasan yang
terkandung dalam bahagian awal Sharh al-?Aqa'id al Nasafiyyah oleh Sa?d al-Din
al-Taftazani, bab pertama Kitab al-Mawaqif oleh ?Adud al-Din al-Iji, dan
beberapa fasal awal jilid pertama Kitab Abjad al-'Ulum oleh Siddiq b. Hasan
al-Qinnawji. Dalam bahagian keduan- ya pula, liputan ringkas akan dilakukan
terhadap daya kekuatan diri insan yang berkaitan dengan ilmu menurut rencana
pemikiran Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali.
Modul 14:
Psikologi Islami
Modul
pengenalan ilmu Psikologi Islami ini memaparkan perbincangan tentang jiwa dalam
Islam. Ini akan dikemukakan dari dua pendekatan; pendekatan pengantar dan
kajian kes terpilih. Dalam pengantar, modul ini mengemukakan maklumat asas
berkenaan ta'rif psikologi Islami, sumber dan sejarah pengkajiannya, kedudukan
perbincangan tentang jiwa dalam pelbagai ilmu Islam khususnya tasauf, ilmu
kalam, falsafah dan fiqh. Pengenalan terhadap beberapa karya agung berkaitan
Psikologi Islami akan diketengahkan. Manakala dalam kajian kes, isu-isu
terpilih berkaitan jiwa yang diperkatakan dalam tradisi tasawuf, kalam dan
falsafah akan dibahaskan. Teks dan pemikiran para sufi, mutakallim dan failasuf
terpilih seumpama al-Tusi, al Qushayri, al-Ghazali, al-Razi, Ibn Sina, dan Abu
al-Barakat al- Baghdadi akan dikupas.
Modul 15:
Teologi
Modul ini
akan membincangkan makna teologi dan perbezaannya dengan beberapa faham dan
istilah lain dalam tradisi Islam seperti akidah dan falsafah. Ia juga menghuraikan
perkembangan awal teologi Islam dengan menelusuri aliran-aliran utama yang
mendomi- nasi teologi Islam. Berdasarkan beberapa contoh teks-teks utama karya
ahli-ahli teologi Islam seperti al-Ibanah al-Ash'ari, Iqtisad fi al- I'tiqad
al-Ghazali dan al-Muhassal al-Razi modul ini juga akan menganalisa beberapa
mauduk utama dalam bidang ini seperti perbahasan tentang ilmu, ketuhanan dan
kerasulan. Ia juga akan mengkaji perkembangan mutakhir teologi Islam dan
saling-pengaruhnya terhadap disiplin-disiplin lain seperti tasawuf dan
falsafah.
Modul 16:
Kajian Agama: Sejarah Dan Falsafahnya
Penjelasan
mengenai ayat-ayat al-Qur'an, dan hadith-hadith, mengenai bagaimana Islam
menghadapi agama-agama lain dalam sejarah. Kajian kes dalam sirah Rasulullah,
dan sirah para sahabat, mana-mana yang berkenaan. Tinjauan bagaimana
penyelidikan dalam mauduk ini telah membentuk disiplin-disiplin ilmu tertentu
dan karya-karya mengenai kajian agama dalam tradisi falsafah, kalam dan tasauf.
Kupasan ma'na agama dan keimanan dan pelbagai tema berkaitannya. Meneroka isu
kontroversi kepelbagaian agama. Perbandingan dengan model Barat dalam disiplin
perbandingan agama turut disentuh.
Modul 17:
Falsafah Moral Dan Teori Etika
Modul ini
pada dasarnya akan berusaha menangani persoalan-persoalan berikut: (i) apakah
kaitan antara agama dan akhlak (morality)? (ii) Mampukah falsafah humanisme
sekular menggantikan dasar-dasar yang diletak- kan oleh agama? (iii) Jika
demikian apakah yang akan menggantikan Tuhan dan siapakah yang akan menjadi
pendeta kepada sistem yang baru ini? Dalam rangka menjawab persoalan-persoalan
ini suatu pengenalan ter- hadap asas-asas pemikiran akhlak menurut al-Ghazali
akan diberikan.
Modul 18:
Falsafah Sains
Modul ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian
pertama mengupas falsafah sains Islam sepertimana yang dihuraikan oleh Profesor
Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karya beliau Islam and the Philosophy
of Science dan The Positive Aspects of Tasawwuf, dan kaitan huraian tersebut
dengan program pengIslaman sains tabii dan sains insani. Kupasan akan turut
menghubungkaitkan perbincangan secara kritis dengan perkembangan-perkembangan
tertentu dalam wacana falsafah sains Barat. Modul kedua pula menumpu kepada
kupasan terperinci terhadap kes-kes tertentu (case studies) daripada sejarah
sains Islam dan sains semasa demi membantu para peserta melaksanakan
pengIslaman sains, ekonomi dan teknologi menurut kerangka faham Pandangan Alam
Islam (worldview of Islam).
Modul 19:
Tafsir, Ta'wil Dan Hermeneutika
Modul ini membincangkan tentang tafsir dan ta'wil
sebagai kaedah memahami kitab suci al-Qur'an. Turut dibincangkan sejarah
perkembangan ilmu tafsir beserta tokoh-tokohnya dan aneka ragam pendekatan
linguistik, tradisionistik, rasionalistik, dan sufistik. Ia juga akan
membahaskan konsep ta'wil menurut para ulama dahulu dan sekarang. Kemudian bagi
tujuan perbandingan dibincangkan pula hermeneutik dari segi sejarah, teori dan
aplikasinya dalam konteks kajian Bible (Biblical studies) maupun falsafah
bahasa dan ilmu pengetahuan. Matlamat modul ini ialah memberi maklumat ilmiah
yang jelas tentang hakikat dan kepentingan tafsir dan ta'wil dalam sistem
keilmuan Islam. Tinjauan akan dibuat terhadap karya-karya penting yang
berkaitan dengan tiap-tiap topik perbincangan.
Modul 20:
Usul Al-Fiqh: Siyasah Shar'iyyah
Kursus ini akan membahas ilmu pemerintahan/
ketatanegaraan Islam secara teori dan amalan. Perbincangan didahului dengan
dasar-dasar al-Siyasah al-Shar'iyyah dalam al-Qur'an dan al-Sunnah serta Qiyas
dan Ijma'. Pendedahan terhadap beberapa contoh amalan di zaman pemerintahan
al-Khulafa' al-Rasyidin khususnya Sayyiduna Umar al- Khattab r.a. Selanjutnya
pelajar akan didedahkan kepada karya-karya ulama besar dalam ilmu ini seperti
al-Kharij, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Nasihatul Mulk, al-Siyasah al-Syariyyah dan
al-Turuq al-Hukmiyyah. Selain itu perbahasan dilanjutkan dengan teori dan
amalan al-Siyasah al-Syari'yyah di zaman kesultanan Melayu Islam terutama
seperti diungkapkan oleh Raja Ali Haji (1873) dalam Thamarat al-Muhimmah.
Modul 21:
Usul Al-Fiqh: Maqasid Al-Shari'ah (Matlamat Undang-Undang Islam)
Permulaan Modul ini meninjau secara umum tentang
ta'rif dan hubung- kait antara 'Fiqh', 'Usul al-Fiqh' dan 'Syariah'. Tumpuan
kemudian diberikan kepada: ciri-ciri umum atau semangat maqasid al-shari'ah dan
akarnya dalam al-Qur'an; klasifikasinya; sejarah perkembangannya dan sumbangan
beberapa ulama terdahulu, terutamanya Imam al-Ghazali dan al-Shatibi; perbezaan
pendekatan ulama dalam mengenal-pasti maqasid; perkaitannya dengan
maslahah/masalih (kepentingan umum) dan ijtihad dan cara-cara bagaimana prinsip
maqasid begitu relevan dalam meluas- kan cakupan dan mutu ijtihad, khususnya
dalam konteks menangani isu- isu semasa atau baru yang dihadapi kaum Muslimin
hari ini. Pembaha- ruan dan penambahbaikan ke atas teori dan amalan maqasid ke
arah menjadikannya suatu disiplin ilmu oleh ulama mutakhir seperti Ibn Ashur
akan turut dibincangkan.
Modul 22:
Etika Dan Kepimpinan
Modul ini akan menelusuri faham etika sebagaimana
yang terkandung dalam kerangka Sains Sosial Barat dan kepelbagaian serta
percanggahan tafsiran mengenai faham etika dalam beberapa disiplin penting yang
terangkum dalam sains tersebut. Ia juga akan mengkaji secara empirikal mengenai
sistem etika dan kepemimpinan di samping meneliti konflik etika akibat daripada
pengaruh faham Sekular-Humanisme dan kesannya terhadap tingkah laku
kepemimpinan. Akhirnya ia akan meneliti faham etika berdasarkan pandangan alam
Islam dan sejauh mana ia menyumbang kepada pengislahan sistem kepemimpinan masa
kini. Dalam modul ini juga kaitan antara faham etika dengan hakikat dan sifat
insan juga akan ditekankan.
Modul 23:
Pengajian Melayu: Falsafah Sejarahnya Dan Peranan Islam
Modul ini akan menyorot dan menilai secara kritis perkembangan
pengajian Melayu tanah air dari dulu hingga kini dalam usaha me- martabatkan
pengajian Melayu sebagai pengajian yang menepati cita dan citra tamadunnya.
Dalam bahagian pertama, falsafah dan cara- gaya penelitian ke atas sejarah akan
dikupas dengan penekanan kepada fafsafah 'ibar sebagai lanjutan dari faham ilmu
dan makna dalam Islam. Beberapa pandangan sejarahwan Islam seperti Ibn Khaldun
dan al-Maqrizi serta sejarahwan Barat akan turut dimanfaatkan. Bahagian kedua
akan memberi kupasan lanjut terhadap kedudukan dan sifat pengajian Melayu yang
mencermin dan mewarisi keunikan sifat dan watak tamadun Islam terdahulu
terutama aspek sumbangan akliah rohaniahnya. Gagasan falsafah dan susunan
kuriku- lum IBKKM akan digunakan sebagai model terbaik pengajian Melayu.
Akhirnya, beberapa cuplikan dari teks-teks jawi berkenaan aqidah, fiqh dan
tasawwuf serta karya-karya pra-Islam akan digunakan sebagai kajian penelitian
dan perbandingan.
Modul 24:
Pemikiran Islam Semasa
Modul ini meninjau pemikiran islam semasa melalui
dua perspektif, iaitu (i) makna istilah-istilah tajdid, islah dan modenisme;
(ii) sejarah kemunculan gerakan-gerakan yang dikenali sebagai gerakan
Revivalis, Modenisme, Neo-Revivalis, dan Neo-Modenisme yang dikaitkan dengan
istilah-istilah tersebut serta tokoh-tokoh besar yang mempelo- pori
gerakan-gerakan ini di Mesir, Indo-Pakistan, Turki dan Rantau Melayu.
Perbincangan turut menilai secara kritis isu-isu, gagasan dan metodologi yang
menjadi tema utama gerakan-gerakan tersebut.