Ilmu Falsafah
Makna serta intipati bagi falsafah. Dari segi bahasanya,
falsafah ini berasal daripada dua buah perkataan yang di gabungkan iaitu philo dan sophia. Philobermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia pula
bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini,
falsafah membawa maksud 'sukakan hikmah/cintakan hikmah'. Perkataan ini
diciptakan oleh Pythagoras. Manakala ahli falsafah pula bermaksud 'orang yang
menyintai hikmah'. Perkataan cinta melibatkan kesungguhan, kedalaman perasaan,
sentuhan hati, jiwa dan raga. Ia juga melibatkan tindakan yang bersungguh
terhadap objek yang dicintai. Perkataan hikmah pula membawa konotasi yang
berhubung dengan ilmu pengetahuan, pengalaman hidup dan keupayaan membezakan
nilai. Dengan kata lain, falsafah dari segi bahasa bermaksud seseorang yang
sukakan hikmah yang mengandungi pelbagai ilmu dan makrifat bagi tujuan
kefahaman diri dengan makna yang jelas.
Dari makna etimologi diatas, terdapat dua perkara yang menarik perhatian. Pertama, kemungkinan menyintai sesuatu walaupun tidak memilikinya. Cinta yang cuba dihuraikan disini bermaksud keinginan atau ingin memiliki. Ia tidak menjadi syarat bahawa seseorang itu mesti memilikinya. Dengan kata lain, seorang ahli falsafah merupakan individu yang mengejar dan mencari hikmah (wisdom) walaupun tidak berjaya memilikinya.
Kedua, hikmah digunakan dalam konteks aktiviti intelektual dalam apa jua bidang ilmu, pemahaman, pengamalan moral, percambahan sudut pandangan dan sikap yang membawa kebahagiaan. Maksudnya disini, hikmah itu merupakan suatu perkara yang membantu seseorang itu memahami ilmu dengan lebih mendalam sehingga ia benar-benar merasakan ketenangan.
Falsafah pula
perkataan yang berasal dari terjemahan bahasa arab iaitu dari perkataan
falasifah, falsafah dan failasuf. Perkataan ini telah di "tasrifkan"
menjadi masdar yang merupakan sebuah perkataan mendatang yang di serap masuk
dalam bahasa arab.
Dari sudut
istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna
sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya. Ini dapat di
lihat dari beberapa pandangan dan pendapat para ahli failasuf sama ada dari
kalangan failasuf Islam mahupun Barat. Selain dari itu, tidak terdapat makna
yang sepakat dari kalangan ahli falsafah tentang makna falsafah itu sendiri,
makna falsafah itu berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan waktu bagi para
ahli falsafah.
Apa yang boleh saya
simpulkan di sini, falsafah merupakan satu bidang ilmu yang penting dan tidak
semua manusia mampu untuk memahaminya dengan baik. Hal ini kerana, ia memerlukan
satu persediaan yang rapi bagi mempelajarinya. Bidang ilmu ini boleh dikatakan
sebagai satu bidang yang merangkumi segala bidang ilmu yang terdapat di dunia
ini. Ia meliputi segala ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini.
Sejarah dan falsafah
merupakan dua perkara yang sukar dan payah untuk di ungkapkan dengan makna kata
sebenar. Hal ini kerana, falsafah dan sejarah mempunyai bidang dan perbahasan
yang tersendiri dan rumit untuk di huraikan. Hanya insan yang mempunyai minat
dan tahap pemikiran yang tertentu sahaja mampu untuk menghuraikannya dengan
mudah dan memahaminya dengan baik.
Sejarah dan falsafah
bukan sahaja mempunyai hubungan rapat, malah merupakan intipati kepada
kedua-duanya. Jika ingin mempelajari sejarah, falsafah tidak boleh di tinggalkan.
Hal ini kerana, sejarah tanpa falsafah adalah seperti gula tanpa manisnya.
Itulah hubungan di antara falsafah dan sejarah. Kaitan sejarah dan falsafah ini
boleh dihuraikan seperti hubungan antara air dengan tebing, bagai buku dengan
ruas. Hanya gambaran sahaja yang boleh menjelaskan perkaitan rapat antara
sejarah dengan falsafah ini.
Sejarah secara ringkasnya, merupakan peristiwa yang sudah berlaku. Peristiwa tersebut terlalu banyak dan ada yang bersifat runcitan (tidak penting). Manakala falsafah pula, seperti yang dihuraikan sebelum ini, merupakan pemikiran-pemikiran yang pernah dan akan lahir dalam peradaban manusia. Dan falsafah juga membincangkan mengenai ilmu mengenai pemikiran. Maka, secara ringkasnya, falsafah itu merupakan ilmu yang membahaskan pemikiran-pemikiran manusia yang muncul dalam sejarah manusia.
Oleh yang demikian, untuk memahami falsafah, maka sejarah harus dipelajari juga. Hal ini kerana, dengan memahami sejarah, seseorang itu akan dapat memahami apakah, bagaimana, bila, siapa, mengapa dan sebagainya sesuatu pemikiran falsafah itu boleh lahir dan muncul dalam peradaban pemikiran manusia. Dengan sejarah juga, manusia boleh mengetahuai asal-usul sesuatu pemikiran falsafah itu muncul.

Perbahasan dalam
falsafah sejarah ini selalunya berkait rapat dengan persoalan sejarah itu
sendiri. Ini kerana, perbahasan yang dibincangkan oleh sejarah, termasuk dalam
perbahasan falsafah sejarah juga juga. Dengan kata lain, falsafah sejarah ini
cuba membahaskan intipati @ tujuan sejarah itu sendiri. Ianya bertujuan unutk
menyimpulkan @ menyebut sesuatu yang berguna daripada sejarah. Maksudnya untuk
mendapatkan dan mencari sesuatu yang bermakna daripada sejarah. Lantaran itu,
falsafah sejarah bolehlah dikatakan sebagai suatu percubaan sejarawan untuk
memahami dan menerangkan apakah sejarah itu.
Pada awalnya,
falsafah sejarah merupakan falsafah kehidupan itu sendiri. Kata mudahnya, para
sejarawan cuba membentuk satu kesimpulan tentang kehidupan iaitu untuk melihat
dan mengetahui bagaimanakah sejarah itu, yang menggambarkan perjalanan
kehidupan, dapat disimpulkan atau 'dibentuk' sehingga ia menjadi
natijah-natijah yang boleh dijadikan pengajaran, panduan dan iktibar.
Kemudian ia berkembang lebih luas lagi. Ia melihat falsafah sejarah dari sesuatu peradaban dan juga perkembangan peradaban tersebut. Setiap beradaban itu mempunyai natijah-natijahnya yang tersendiri berdasarkan kepada falsafah kehidupan masyarakatnya. Pada peringkat ini, ia menampakkan perkembangan dan juga perluasan skop falsafah sejarah itu sendiri, akan tetapi, ia juga menimbulkan perbagai kerumitan dan persoalan yang sukar dijawab.
Oleh yang demikian, falsafah sejarah pada zaman silam kerap dianggap sebagai satu bentuk spekulasi terhadap sejarah. Maksudnya, spekulasi itulah yang menjadi dasar dalam menghuraikan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku dalam sejarah. Kemudian, ia berkembang sebagai jawapan kepada persoalan apakah sejarah itu sendiri.

Cabang Ilmu Falsafah
Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang
mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktivi berfikir manusia,
dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain,
falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik.
Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang di fikirkan
oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang di lakukannya adalah apa yang di
fikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah
dikatakan sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta
akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang di cerminkannya menggambarkan keadaan
akal fikirannya.
Ramai
manusia tidak menggemari falsafah kerana ia di katakan satu ilmu yang susah dan
merumitkan. Sebenarnya, falsafah itu sudah ada pada diri mansuia ti sendiri.
Setiap dari manusia itu mempunyai falsafahnya sendiri. Falsafah yang di
maksudkan disini adalah corak serta aktiviti berfikir. Seseorang manusia akan
berfikir apa yang hendak di lakukannya sepanjang seharian dia bekerja. Ini
bertujuan agar segala kerja dan tanggungjawab yang di pikulnya berjalan lancar.
Cabang
ilmu falsafah secara dasarnya mempunyai tiga cabang utama iaitu Kosmologi,
Antropologi dan Teologi. Secara umumnya kosmologi adalah satu bidang ilmu
falsafah yang mempelajari mengenai pengetahuan ahli falsafah (failasuf)
mengenai peraturan-peraturan alam ini.
Manakala bidang antropolgi pula adalah satu ilmu yang membicarakan mengenai manusia. Perkara yang di bincangkan adalah mengenai hakikat manusia itu sendiri bukannya tubuh badan manusia seperti dalam bidang perubatan. Soal manusia ini sentiasa menjadi pertanyaan dalam sejarah falsafah. Ini kerana, falsafah itu melibatkan mengenai aktiviti akal fikiran manusia secara langsung yang mana akal itu hanya di miliki oleh manusia sahaja. Pertanyaan mengenai hakikat ini jugalah yang cuba di huraikan oleh akal manusia untuk mencari kebenarnnya.
Bidang teologi pula merupakan sebuah bidang yang membincangkan mengenai pemikiran failasuf mengenai ketuhanan. Dengan kata mudahnya, teologi ini adalah bidang yang cuba membahas mengenai hal-hal yang berkait dengan Tuhan. Failasuf cuba memahami sifat-sifat Tuhan dengan menggunakan pelbagai cara dalam usaha mereka memahami mengenai Tuhan.
Oleh yang demikian, secara ringkasnya, cabang ilmu falsafah itu ada tiga yang utama seperti yang dihuraikan diatas. Tidak dinafikan bahawa, cabang ilmu falsafah ada banyak antaranya etika, politik, ekonomi dll. Maka dengan itu, pelajaran falsafah ini akan dapat membantu manusia untuk berfikir dengan lebih terstur dan sistematik dalam usaha untuk mencari kebenaran dan ilmu.
Kepentingan Falsafah
Kebanyakkan
mahasiswa apabila menyebut mengenai falasah akan merasa ia merupakan suatu mata
pelajaran yang sungguh berat dan susah. Bila sahaja perkataan falsafah ini di
sebut, ia seolah-olah menjadi satu mimpi ngeri yang mesti di jauhi dan di
elakkan. Sebenarnya, ia bukanlah seperti yang di nyatakan. Falsafah akan
menjadi penting serta terlalu berharga bagi insan yang menyukainya bak kata
pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Falsafah hanya akan datang serta
di fahami oleh individu yang mempunyai cukup serta kuat akal pemikirannya.
Sama ada secara sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari beberap aliran pemikiran/falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah secara ringkasnya, merupakan aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari ini. Dengan kata mudahnya, kita mempunyai atau mengikut kaedah-kaedah berfikir yang ada dalam dunia.

Ia memerlukan satu
ruang, kebiasaan dan kelaziman seseorang individu untuk sentiasa melakukan
aktiviti berfikir yang mendatangkan kebaikan serta peningkatan akal fikiran.
Falsafah tidak boleh di pelajari seperti mana perkara lain. Ia memerlukan
persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal, rohani dan juga jasmani.
Persediaan yang cukup serta mapan ini akan menjadikan seseorang itu bersedia
untuk menggarap segala macam pemikiran yang ada serta membuat perhitungan yang
sewajarnya terhadap sesuatu pemikiran yang melanda masyarakatnya.
Selain itu, ahli
falsafah juga memainkan peranan yang sungguh penting dalam kelompok
masyarakatnya. Hal ini kerana, ahli falsafah memberikan sumbangan yang mendalam
dalam memberikan tunjuk ajar serta membimbing masyaraktnya ke arah jalan yang
benar. Ahli falsafah boleh di katakan sebagai "pemberi cahaya" kepada
masyarakat agar memahami makna sebenar sesuatu perkara yang berlaku dan
sebagainya.
Pada masa sama, tujuan mempelajari falsafah adalah untuk mengelakkan diri dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Oleh yang demikian, secara ringkasnya, falsafah ialah ringkasan dari pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami hakikat alam sekelilingnya.

Ilmu Falsafah dan Peranannya Dalam Kehidupan
Dalam usaha untuk
memahami falsafah, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah ciri-ciri
utama atau komponen penting ilmu falsafah itu sendiri. Secara dasarnya, ilmu falsafah
memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia mempunyai enam asas, iaitu:
1. Masalah.
2. Sikap.
3. Kaedah.
4. Kegiatan.
5. Kesimpulan.
6. Kesan.
Masalah dalam
falsafah ialah masalah-masalah yang berkaitan dengan alam seperti asal usul
(dulu), perkembangan (sekarang) dan masa depan (akan datang). Malah, masalah
itu juga berkaitan dengan manusia, moral dan etika dan sebagainya. Ini kerana,
skop atau perbincangan ilmu falsafah adalah segala sesuatu yang ada wujud dalam
alam ini termasuklah persoalan Ketuhanan, Wahyu, Ilmu, Kebenaran dll.Usaha yang
berterusan untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti diatas melahirkan
beberapa bidang ilmu pengetahuan seperti epistemologi (perbahasan mengenai
ilmu), logik, sains, falsafah bahasa, metafizik, nilai dan sebagainya.
Sikap yang
dimaksudkan ialah sikap terhadap masalah falsafah itu tadi. Terdapat banyak
sikap yang berkaitan dengan falsafah. Akan tetapi hanya sebahagian sahaja yang
bersifat falsafah. Falsafah yang diertikan sebagai cinta kepada hikmah wujud
apabila seseorang itu berusaha untuk memahami sesuatu dengan hakikatnya.
Individu yang berusaha untuk memahami hakikat itu akan mengambil beberapa
sikap, iaitu:
Pertama: mencari
pandangan yang betul,
Kedua: bersikap
terbuka, bersedia mencari apa yang benar,
Ketiga: bersedia
untuk dibimbing oleh wahyu, pengalaman dan akal atau kesemuanya sekali dalam
membuat penentuan atau pemilihan,
Keempat: bersedia
menggantung keputusan disebabkan kekurangan bukti yang munasabah.
Sikap-sikap inilah
yang disebut sebagai sikap terhadap masalah falsafah tadi. Apabila seseorang
telah membina keyakinan kepada sesuatu kesimpulan terhadap masalah falsafah,
maka ia akan juga membentuk sikap pada dirinya mengenai masalah falsafah itu.
Keputusan yang diambil terhadap sesuatu-dalam kes ini masalah falsafah- maka
akan terbentuklah sikapnya terhadap masalah itu. Sikap mempunyai hubungan
dengan kerja-kerja akal (falsafah-pemikiran) dan jiwa atau hati
(keyakinan-agama). Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu berfikir tentang agama,
dan mengambil keputusan bahawa agama itu benar, maka sikapnya terhadap agama
itu adalah menerima dan mengikutinya. Sekiranya dia membuat keputusan bahawa
agama tidak penting, maka dia akan menolak agama. Begitu juga dengan
masalah-masalah falsafah yang lain. Dalam hal ini, falsafah digunakan sebagai
suatu alat pencarian kepada kefahaman supaya seseorang itu akan hidup lebih
baik.
Dalam kehidupan
seharian, manusia sudah tentu mempunyai kerangka tindakan atau kaedah tertentu
dalam menghadapi sesuatu situasi atau perkara. Apabila masalah dihadapi,
pertamanya, dia akan menentukan sikapnya terhadap perkara itu. Kemudian dia
akan mencari kaedah yang sesuai untuk menyelesaikannya. Begitu juga dengan
falsafah. Kaedah untuk menyelesaikan masalah falsafah itu banyak. Ia bergantung
kepada pendekatan dan cara individu itu sendiri dalam menyelesaikannya.
Pendekatan antara seseorang dengan seseorang yang lain sudah tentu berbeza
berdasarkan kepada pengalaman peribadi, keilmuannya dan keupayaannya. Oleh itu,
tanggapan dan tindak balas sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Apabila
sudah berbeza, maka ia akan membawa juga kepada perbezaan kesimpulan yang
dibuat dan kesan yang bakal ditinggalkan.
Oleh yang demikian,
masalah yang dihadapi seseorang itu akan membuatkan seseorang itu mengambil
sikap tertentu dalam menghadapi masalah yang dihadapi. Dengan sikap itu, ia
akan menentukan kaedah atau cara untuk menyelesaikannya atau menghadapinya.
Seterusnya, Ia akan mengambil tindakan atau melakukan kegiatan/aktiviti yang
selaras dengan kaedah yang telah difikirkan dan sikapnya terhadap masalah
tersebut hasil daripada kesimpulan masalah, sikap, kaedah dan kegiatan tadi.
Kemudian, hasil dari itu akan memberi kesan. Inilah peranan ilmu falsafah itu
yang mana dalam menghadapi masalah-masalah kehidupan seperti persoalan
Ketuhanan, Kebenaran, Kebahagiaan dll akan memberi impak terhadap sikap,
kaedah, kegiatan-aktiviti- kesimpulan dan kesan yang bakal diambil dalam
kehidupan seorang manu
Aliran-Aliran Epistemologi
1. Skeptisisme
· Skeptisisme adalah
aliran yang secara radikal dan fundamental tidak mengakui adanya kepastian dan
kebenaran pengetahuan atau sekurang-kurangnya menyangsikan secara fundamental
kemampuan pikiran manusia untuk mendapat kepastian dan kebenaran.
· Skeptisisme
berasal dari bahasa Yunani, skeptomai: memperhatikan dengan cermat, teliti.
· Skeptisisme adalah
aliran atau sistem pemikiran yang mengajarkan sikap ragu sebagai sikap dasar
yang fundamental dan universal.
· Tokoh-Tokohnya:
Democritus, Protagoras, Phyrro, Montaigne, Charron, Bayle, Nietze, Spengler,
Goblot.
2. Relativisme
· Relativisme adalah
suatu aliran atau paham yang mengajarkan bahwa kebenaran itu ada, akan tetapi
kebenaran itu tidak mempunyai sifat mutlak.
· Istilah
relativisme diangkat dari kata relatif, berasal dari kata latin reffere:
membawa, mengacu, menghubungkan . dari situ timbullah kata relatio yang artinya
relasi: hubungan, ikatan. Relativisme: adanya ikatan, adanya keterbatasa,
nisbi.
3. Fenomenalisme
· Phenomenalism:
theory that knowledge is limited to phenomena including: (a) physical phenomena
or totally of objects of actual and possible perception; and (b) mental
phenomena, the totally of objects of introspection. ( Fenomenalisme: teori yang
memandang pengetahuan terbatas pada gejala (fenomena) yang mencakup: (a)
fenomena fisik atau seluruh object yang nyata dan dapat dipersepsi; dan (b)
fenomena mental, yakni seluruh object yang dapat diintrospeksi).
· Tokohnya: Kant,
Comte, Spencer).
4. Empirisisme
· Empiricism: (1) a
proposition about sources of knowledge: that the sole source of knowledge is
experience; or that no knowledge at all or no knowledge with existential
reference is possible independently of experience. (2) A proposition about
origin of ideas, concepts, or universals: that they or at least those of theme
having existential reference are derived solely or primarily from experience or
some significant part of experience. (Empirisme: (1) Sebuah dalil tentang
sumber pengetahuan: dimana sumber pengetahuan adalah pengalaman; tidak ada
pengetahuan yang eksistensial kecuali hal-hal mungkin dialami secara bebas. (2)
Sebuah dalil tentang sekitar asal mula ide-ide, konsep-konsep atau hal-hal
universal: dimana hal-hal acuan yang eksis adalah sesuatu diperoleh semata-mata
atau terutama didapatkan dari pengalaman atau beberapa bagian penting dari
pengalaman.
5. Subjektibisme
· Subjectivism: the
restriction of knowledge to the knowing subject and its sensory. Affective and
volitional states and to such external realities as may be inferred from the
mind’s subjection states. (Subjectivism: aliran yang membatasi pengetahuan pada
hal-hal (objek) yang dapat diketahui dan dirasa. Kecendrungan dan kedudukan
kemauan pada realitas eksternal sebagai sesuatu yang bisa ditinjau dari
pemikiran yang subjektif).
Falsafah dan Sorotan kerumitannya
Falsafah merupakan
salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang terdapat dalam dunia masa kini dan
sejak dahulu lagi. Ia menjadi titik tolak kepada pembangunan dan pembinaan
sesebuah tamadun kemanusiaan. Di samping ia menjadi cabang kepada ilmu, malah
ia menjadi nadi dan pengerak kepada ilmu-ilmu yang lain.
Boleh di katakan,
falsafah merupakan ilmu yang membincangkan tentang asas-asas dan juga
dasar-dasar kepada ilmu yang terdapat di dunia kini. Sejak dari zaman Yunani
lagi, perbincangan falsafah ini merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti sains,
perubatan, matematik, fizik, metafizik, teologi, sejarah dsb. Bidang ilmu
falsafah ini bukan sahaja membincangkan mengenai soal fizikal semata-mata iaitu
dengan menjawab persoalan apa, bagaimana, siapa dan bila, akan tetapi ia
menjawab lebih dari itu dengan cuba menjawab persoalan mengapa dan kenapa.
Persoalan yang cuba dirungkaikan ini memerlukan kepada jangka waktu yang lama untuk memberikan jawapannya. Hal ini kerana ia cuba menghuraikan sesuatu perkara yang disebalik sesuatu. Sebagai contohnya, ilmu sejarah. Secara kasarnya, sejarah adalah bidang ilmu yang cuba menjawab memberikan maklumat tentang masa lampau. Ia merekodkan perkara-perkara yang berlaku yang dianggap penting. Akan tetapi, bagi falsafah pula, iaitu bidang ilmu falsafah sejarah, ia cuba menjawab persoalan, mana satu sejarah yang penting, apakah faedah memelajari sejarah, sejarah yang mana memberi kesan kepada kehidupan manusia dari pelbagai sejarah atau perkara yang berlaku, dan kenapa? Persoalan-persoalan yang sebegini yang cuba dirungkaikan oleh falsafah.
Oleh yang demikian, perbahasan bidang ilmu falsafah ini memang agak rumit dan memerlukan tenaga dan usaha yang kuat. Denan pemikiran yang mantap, serta kefahaman ilmu yang secukupnya, ia dapat membantu seseorang itu memahami dengan lebih baik sesuatu perkara. Dalam falsafah, perkara yang penting adalah mencari kebenaran dengan kekuatan yang adap pada manusia sekadar kemampuannya dan mencari kebahagiaan yang sebenarnya. Antara kebahagiaan yang cuba dicapai adalah mencari kebenaran.

Kebaikkan Mempelajari Falsafah
Setiap ilmu
pengetahuan, mempunyai kebaikkan dan kegunaannya masing-masing. Begitu juga
dengan ilmu falsafah ini. Walaupun ramai yang menganggap ilmu falsafah itu
sebagai suatu ilmu yang tidak penting, hanya spekulasi, bersifat angan-angan,
akan tetapi ia mempunyai kebaikkannya yang tersendiri.
Dengan mempelajari
falsafah, seseorang itu mampu memahami idea-idea dan pemikiran-pemikiran yang
pernah muncul dalam sejarah kemanusiaan dan dunia. Dengan kemampuan untuk
memahami pelbagai pemikiran yang muncul ini, samada individu itu terpengaruh
dengan idea tersebut atau menolak idea pemikiran itu dan membentuk sebuah idea
pemikiran yang baru. Selain itu, individu itu mampu untuk mengetahui kebaikkan
dan kelemahan sesebuah idea pemikiran yang diutarakan dengan mempelajari
falsafah.
Pada masa sama,
individu itu dapat memahami apakah dasar dan asas sesebuah idea pemikiran itu
dibuat. Dengan mengetahui dasarnya, ia dapat membuat kesimpulan dan keputusan
sama ada idea tersebut mampu memberi kesan dalam kehidupan atau sebaliknya.
Disamping itu juga, ia dapat menilai hujah-hujah serta bukti-bukti yang
digunakan untuk membentuk sesebuah pemikiran itu.
Seterusnya, pembelajaran falsafah ini dapat mendidik minda dan akal fikiran manusia untuk berfikir dengan lebih sistematik. Hal ini kerana, dalam mempelajari falsafah dan memahaminya, ia memerlukan kekuatan logik atau mantik yang berdasarkan kepada hujah akal yang waras. Maksudnya, seseorang yang mempelajari falsafah akan berfikir dengan cara yang betul kerana dalam falsafah itu mempunyai suatu ilmu yang dipanggil ilmu logik yang membantu manusia untuk berfikir dengan lebih teratur. Dan setiap hujah yang dikemukakan mestilah mematuhi beberapa syarat agar hujah yang dikemukakan itu adal valid dan boleh diterima.
Lantaran daripada itu juga, tujuan utama falsafah adalah untuk mencari kebenaran atau hikmah. Kebenaran atau hikmah yang dicari ini adalah bersesuaian dengan kemampuan akal manusia sendiri. Kebenaran yang cuba dicapai tersebut adalah kebenaran yang bersifat umum dan bukanya bersifat khusus. Usaha-usaha ke arah ini memerlukan kepada suatu sifat dan peribadi yang berdisiplin tinggi. Ini disebabkan, jalan untuk mencari dan menuju kepada kebenaran atau hikmah tersebut menrupakan jalan yang amat mencabar dan memerlukan tenaga, masa dan upaya yang lama.
Oleh yang demikian, ilmu falsafah itu penting kepada manusia yang ingin mencari kebenaran. Kebenaran yang cuba dicapai tersebut tidak semestinya akan diperolehi. Ia memerlukan kepada beberapa syarat dan kemampuan untuk mencapainya. Akan tetapi, ini tidak menghalang seseorang untuk mempelajarinya. Dengan huraian seperti yang dinyatakan diatas, kewajaran untuk mempelajari falsafah ini perlu.

Sumber:ilmufalsafah
Komentar:
·
Dua bidang yang penting sebagai panduan dan mengasah
akal iaitu sejarah dan falsafah. Daripadanya lahir suatu teori, mencetus ilmu
dan idea praktik, dan melalui ilmu sejarah menjadi iktibar dalam memahami suatu
pengkajian, penyelidikan dan analisis kekuatan,kelemahan, peluang dan ancaman.
·
Ilmu falsafah amat penting untuk menjadi seorang
pemikir yang bijaksana, kerana ianya mengasah akal dan hikmah, namun
mempelajari ilmu falsafah dan apa jua ilmu tanpa suluhan ilmu teras agama iatu
Islam(Fiqh), Iman(akidah) dan Ihsan(tasawuf) yang diiktiraf sebagai ilmu fardu
ain adalah sia-sia kerana akal yang bijak tanpa suluhan agama tiada apa-apa. Bagi
mencapai hakikat ad-din hanyalah dengan tasawuf amali supaya ibadat mempunyai
roh dan mencapai hakikat iman yang sebenar. Dan tidak dapat dicapai hal
tersebut melainkan melalui jalan sufi (ulama pewaris nabi). Dengan ini akal
mencerah dengan jalan yang hakikat iaitu dengan panduan qalbu yang suci. Akal yang
bijak tanpa pencerahan qalbu boleh membawa bahaya bab kata Maulana syeikh
antara berhala besar di zaman ini ialah akal.
·
Justeru perlu pencerahan dalam mengasah kebijakan akal
dengan penyuciaan qalbu supaya insan tidak terpesona dengan kebijakan akalnya
langsung terseleweng kerana Islam agama taslim, siddiq dan hakikat penghayatan
agama adalah dengan keimanan dan bukan sekadar dengan akal yang begitu terbatas.
Lantaran jikalau inginkan pencerahan, tdqiq dan tahqiq sila rujuklah ‘ahl zikr’
yakni wali mursyid yakni ulama pewaris nabi dan seumpanya sebagaimana
dinyatakan dalam al-Quran dan hadis..