Ulamak Melayu Dan Sumbangannya
Ulamak adalah pewaris para nabi. Kedudukan dan kemuliaan ulamak serta tanggungjawabnya adalah besar di sisi agama Islam. Tersebarnya Islam ke Alam Melayu adalah antara sumbangan besar para ulamak silam didalam dakwah Islamiah. Kesebatian dan kesepaduan antara ilmu dan ulamak adalah tidak dapat dipisahkan, kalimah ulamak sendiri berasal daripada perkataan ‘ilm’ yang bermaksud ilmu.
Alam Melayu telah berjaya melahirkan para ulamak kalangan orang Melayu. Percambahan ilmu dan pemikiran telah memperkembangkan aspek keilmuan dan intelektual kalangan bangsa Melayu terutama dalam hal keilmuan Islam. Tradisi keilmuan silam adalah melaui pengajian secara halaqah, hafalan, menadah kitab, talaqi secara berguru dan membaca kitab, Dengan tuntutan keilmuan secara ikhlas dan mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi..
Sumbangan ulamak di Alam Melayu begitu besar terutama didalam hal keilmuan Islam dan dakwah Islamiah. Disamping juga dalam hal kemasyarakatan, menasihat para pemerintah, perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Hubungan anata ulamak dan umara’ (pemerintah begitu intim bagi kemaslahatan dan kebaikkan agama, bangsa dan tanahair.
Ulamak Melayu dikataka alim didalam pelbagai bidang ilmu-ilmu Islam sehinggakan kedapatan ramai kalangan orang Melayu yang diberi pengiktirafan untuk mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Para ulamak telah mewujudkan perkembangan bahan cetakan bertulis mengenai ilmu-ilmu Islam bagi tatapan dan pendidikan kepada masyarakat iaitu karya dan kitab agama berbahasa Melayu dan bertulisan jawi. Yang memperkayakan khazanah ilmiah nusantara bagi tatapan generasi Melayu sepanjang zaman.
Para ulamak telah berjaya mewujudkan sistem keilmuan kepada masyarakat antaranya institusi masjid dan pondok. Di mana ianya juga menjadi pusat kemasyarakatan, pusat ibadah, pusat keilmuan dan seumpamanya.
Khidmat menabur ilmu dan dakwah adalah begitu ikhlas demi agama dan anak bangsa .Kebijaksanaan dan hikmah para ulamak tekah menjadikan rantau nusantara majoritinya beragama Islam dan Melayu dan Islam menjadi sebati kalangan rumpun bangsa Melayu. Warisan Sunni Ahli Sunnah Waljamaah menjadi paksi pegangan masyarakat nusantara.
Hubungan baik antara ulamak dan pemerintah menjadikan kedudukan ulamak disanjung tinggi dan mendapat tempat sebagi penasihat pemerintah dan didalam hal ehwal agama Islam. Bahkan ulamakjuga menjadi tempat rujukan bagi permasalahan semasa masyarakat .
Di zaman penjajahan, [ara ulamak memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat Melayu, menentang kezaliman penjajah, mempertahankan agama, bangsa dan tanahair . Dimana ukhuwah Islamiah dibina dan semangat cintakan agama, bangsa dan tanahair menjadi teras perjuangan.
Sejarah telahmemaparkan kedudukan dan peranan ulamak dalam khidmat agama, bangsa dan tanahair yang begitu penting kepada masyarakat Melayu nusantara. Khazanah ilmiah para ulamak dan tokoh-tokoh ulamakMelayu harus dipaparkan dan diperkenalkan kepada masyarakat umum bagi agenda negara iaitu kesedaran cintakan agama, sayangkan bangsa dan cintakan tanahair. Lantaran dapat mewujudkan semangat ukhuwah Islamiah, nasionalisme, rasa bangga terhadap bangsa sendiri diatas peranan dan sumbangan ulamak silam. Karya-karya kitab mereka harus ditatapi generasi kini bagi agenda menghargai khazanah negara yang sangat bernilai.