Penghayatan Kemerdekaan
Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita Malaysia telah mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Ianya sebagai petunjuk negara kita bebas dari penjajahan setelah sekian lama. Erti kemerdekaan ialah kebebasan dan mencapai kedaulatan.
Tanahair kita pernah dijajah selama lebih 400 tahun lamanya, iaitu daripada penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan British. Berkat kesungguhan dan pengorbanan anak bangsa dalam menuntut kemerdekaan, menentang penjajahan membuahkan hasil walaupun telah mengorbankan nyawa, harta dan tenaga demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.
Sejarah telah memaparkan susah peritnya di zaman penjajah. Betapa sukarnya para pejuang dalam memperjuangkan hak tanahair dan anak bangsa, mempertahankan agama demi generasi pewaris. Umat Melayu dapat bersatu dalam kebangkitan menuntut kemerdekaan, nasionalisme Melayu yang sebati dengan Islam menjadi faktor penting kepada gerakan perjuangan. Kesebatian antara Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan dan seharusnya dipertahankan dan diperkasakan.
Jasa dan sumbangan generasi silam harus dikenang dan diambil tauladan bagi generasi pewarisi negara kerana nilai murni mereka iaitu pengorbanan dan keberanian yang menjadi inspirasi kekuatan dan perpaduan Melayu. Dimana matlamat mereka adalah demi kedaulatan Melayu dan Islam. Para pemimpin orang Melayu dan pejuang-pejuang Melayu serta ulamak memainkan peranan penting kepada kebangkitan nasionalisme Melayu, perpaduan Melayu dan gerakan mendesak tuntutan kemerdekaan daripada penjajah.
Antara pimpinan Melayu yang banyak berjasa iaitu Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Burhanuddin Helmi dan ramai lagi manakala para pejuang Melayu seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Hj. Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat salleh dan ramai lagi. Mereka berjuang menentang kezaliman dan penindasan penjajah, menuntut hak pribumi dan kuasa pemerintahan sendiri tanpa pencerobohan penjajah. Semangat patriotisme para pejuang Melayu silam begitu tinggi kerana mereka berpandang jauh untuk masa depan anak bangsa dan tanah air dimasa depan di bumi sendiri.
Islam dan Melayu merupakan faktor kepada kebangkitan nasionalisme dan menyatukan umat Melayu Muslim dalam menuntut kemerdekaan dan menentang penjajahan.
Dengan tercapainya kemerdekaan, banyak perubahan dapat dilaksanakan, kedudukan Melayu dan Islam diletakkan ditempat yang sewajarnya. Islam dan bangsa Melayu di beri hak yang istimewa dalam negara Malaysia. Inilah nikmat kemerdekaan yang harus dipertahankan dan diperkasakan. Keamanan dan perpaduan menjadi faktor kestabilan dan pertumbuhan kemajuan negara.
Pelbagai perubahan terus berlaku darpada nikmat kemerdekaan, kemajuan infrastruktur, kemudahan awam, peluang pekerjaan, kemudahan pendidikan dan pengajian yang terus berkembang serta negara terus aman damai. Kemerdekaan tidak akan bermakna selagi Kemiskinan, kejahilan dan kemunduran terus melanda masyarakat dan rakyat, yang seharusnya anjakan kemajuan, pembangunan, keilmuan dan perpaduan menjadi nadi perkembangan rakyat.
Pengisian dan perubahan terus berlaku dalam agenda negara merdeka. Perkembangan sektor ekonomi teras iaitu pertanian dan perindustrian menjadi nadi ekonomi negara dan rakyat.
Dalam mengekalkan kemerdekaan adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat. Rakyat merupakan modal utama kepada negara. Aset kefahaman dan nilai patriotisme begitu penting bagi semangat berkorban dan berkhidmat untuk negara. Secara langsung ianya merupakan tuntutan agama. Keamanan, perpaduan, kemajuan pembangunan dan kestabilan politik begitu penting dalam agenda keutuhan negara.
Wadah Menambah Nilai Erti Kemerdekaan
Membentuk rakyat berpatriotisme amat penting bagi sesebuah negara yang berdaulat. Generasi pewaris bangsa dan nusa harus ditanam semangat cintakan, berkhidmat dan berkorban kepada negara. Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran patriotisme samaada melalui sistem pendidikan, aktiviti pusat pengajian dan aktiviti luar.
Rakyat merupakan aset terpenting yang merupakan modal insan sesebuah negara. Nikmat kemerdekaan begitu besar, justeru adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan. Perpecahan dan pertelingkahan rakyat membawa kehancuran dan kemusnahan.
Saban tahun menjelang musim kemerdekaan, bendera jalur gemilang dikibarkan, lagu-lagu patriotik berkumandang di tv dan radio, jasa dan sumbangan para pejuang silam harus diingati dan dikenang sepanjang zaman. Program dan aktiviti pelajar, belia dan masyarakat seharusnya ditanam nilai yang menjurus patriotisme. Membina jatidiri masyarakat yang berpatriotik menjadi agenda negara. Lagu negaraku yang berasal lagu “terang bulan’ negeri Perak mempunyai nilai sentimental yang berharga.
Bentengkan Ancaman
Penjajahan baru yang pelbagai dan begitu kompleks menjadi ancaman kepada negara dan rakyat. Kesedaran dan kebijaksanaan rakyat menjadi benteng kepada ancaman-ancaman tersebut. Lantaran kini pelbagai jenis bentuk penjajahan yang datang antaranya serangan pemikiran , budaya, media, akidah, kemunduran dan kejahilan. Memahami bentuk ancaman-ancaman adalah penting bagi wadah mempertahankan dan memperkasakan diri, bangsa dan negara. Iaitu dengan langkah-langkah yang bijaksana dan efektif.
Kedaulatan negara menjadi tanggungjawab semua rakyat yang harus dipertahankan dan diperkasakan. Kelemahan harus dibaiki manakala kekuatan terus dipupuk samaada dalam konteks diri, bangsa, agama dan negara.