ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Muzakarah Pengkajian Tauhid Tasawuf Sempena HaRUM Senusantara kali ke-2


HaRUM 

1.HaRUM adalah singkatan Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara yang  diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 13 hingga 15 April 2012. Ianya lanjutan program pertama di Acheh, Indonesia pada tahun 2010.

Muzakarah Pengkajian Tauhid Tasawuf:
Wakil oleh para Kiyai, Syekh, Tok Guru Ustaz dr Acheh, Cirebon, Surabaya, Medan, Sulawesi, jawa, Tanah Melayu, Pattani, dan lain-lain.

Agenda Muzakarah:
1. Tauhid Tasawuf Asas Kekuatan Islam di Nusantara
2. Sistem & Kerangka Pendidikan Makrifatullah di Nusantara
3. Asas dakwah & Pendidikan Tauhid tasawuf
4. Tauhid Tasawuf & Zawiyah
5. Tauhid Tasawuf & Imam al-Ghazali
6. Peranan Ulama dlm Membina Kekeluargaan & Memupuk Kerukunan Rumpun Nusantara Berteraskan Penghayatan Sebenar Tauhid Tasawuf.
7. Resolusi

Topik 1 :
- Apakah Tasawuf dan Tariqah serta kedudukannya dalam Islam.
- Hubungan antara Tasawuf, Tariqah dan Hakikat
- Makna Syariat, Tarekah dan Hakikat

Topik 2 :
-      Tauhid disisi Ulama Sufi (Tauhid Tasawuf)
-      Tuduhan Terhadap Tauhid Tasawuf dan Cara Pembelaannya.

Topik 3 :
Metod Pengembangan Tauhid Tasawuf kepada Salik


Himpunan ini antara lain bertujuan mengeratkan ikatan kekeluargaan rumpun Nusantara berteraskan penghayatan sebenar Tauhid-Tasawuf. Pengkajian tentang sejarah kedatangan ISLAM ke Tanah Melayu ini melibatkan susur galur yang panjang dan sejarah yang menarik; sebutkan CERIBON, PATANI, MELAKA, JAWA..dari satu rumpun sebenarnya kita bermula. Maka kita cuba tautkan kembali atas dasar cinta kepada UMMAH.
3.Maka digagaskan beberapa objektif yang dilihat memerlukan kerjasama ramai pihak bagi
-Mencetus kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai lapisan akan hubungan kekeluargaan rumpun Nusantara;
-Meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan (ulama’) dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di Nusantara sebagai satu rumpun;
- Memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan rantau Nusantara.mencapainya.
4.Temanya pada kali ini adalah  'Di sini bermulanya Cinta’
5.Himpunan kekeluargaan ini melibatkan ulama senusantara samada dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja, Singapura, Brunei.


Matlamat:
Mengeratkan ikatan kekeluargaan rumpun Nusantara berteraskan penghayatan sebenar Tauhid-Tasawuf 

Objektif:
Mencetus kesedaran di kalangan masyarakat pelbagai lapisan akan hubungan kekeluargaan rumpun Nusantara;

Meneladani sejarah dan kebijaksanaan para tokoh ilmuan (ulama’) dan pemerintah (umara’) yang telah membangunkan masyarakat di Nusantara sebagai satu rumpun; dan

Memahami nilai-nilai asas yang mengukuhkan kerukunan serta menjadi teras kesejahteraan rantau Nusantara.

Seminar Menelusuri Dakwah & Perjuangan Wali Songo

:Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Shah Alam, Selangor

Objektif: 
Memberi pendedahan tentang sejarah perkembangan Islam di Nusantara dan hubungkaitnya dengan peranan Wali Songo; 
Mengangkat kembali nilai dan prinsip yang menjadi asas kejayaan dakwah dan perjuangan Wali Songo;
Membawa dimensi baru dan perspektif yang lebih segar dalam dakwah dan pendidikan untuk Ummah di Nusantara.
Menelusuri Dakwah & Perjuangan Wali Songo
Matlamat Menyuburkan kembali pengamalan dan pegangan kepada nilai dan prinsip yang
menunjangi usaha dakwah dan pendidikan Wali Songo sebagai asas kekuatan
dakwah semasa di Nusantara

Objektif Memberi pendedahan tentang sejarah perkembangan Islam di Nusantara
dan hubungkaitnya dengan peranan Wali Songo;
2. Mengangkat kembali nilai dan prinsip yang menjadi asas kejayaan
dakwah dan perjuangan Wali Songo;
3. Membawa dimensi baru dan perspektif yang lebih segar dalam dakwah
dan pendidikan untuk Ummah di Nusantara.
Tema ‘Wali Songo – Teladan Sepanjang Zaman’
Kertas kerja 1
Tajuk: Wali Songo – Sejarah Perkembangan Islam di Nusantara
Kertas kerja 2
Tajuk: Prinsip Dakwah & Pendidikan Wali Songo
Kertas kerja 3
Tajuk: Pemikiran Wali Songo dalam Ketamadunan Rumpun Nusantara
Rumusan dan Penutupan
Oleh: Syaikh Abu Amran Waly, Pengasas Majlis Pengkajian Tauhid-Tasawuf,
Acheh, Indonesia.

Program HaRUM yang kali ke-3 akan diadakan di Jawa Barat, Indonesia.