ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

PERSEPSI DAN PENILAIAN TERHADAP TAREKAT SUFI & TASAWUF: ANTARA CABARAN & SOLUSI
















PENILAIAN DAN PERSEPSI AGENSI HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA TERHADAP TAREKAT SUFI : ANTARA CABARAN DAN SOLUSI

Disediakan oleh: Rizhan el-Rodi


PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG RINGKAS

1.         Sufi/Tarekat/Tasawuf merupakan sebahagian teras pengamalan Islami ad-Din (Islam,Iman,Ihsan) menurut al-Quran dan as-Sunnah.

2.         Pembangunan kerohanian adalah penting diseimbangkan dengan pembangunan material atau fizikal bagi memberi impak positif yang besar kepada pembangunan negara dan masyarakat.

3.         Sumbangan dan peranan golongan Sufi/Tarekat/Tasawuf dalam sejarah dunia dan alam Melayu memainan peranan dalam dakwah Islamiah termasuk penyebaran Islam ke alam Melayu.

4.         Sumbangan ini memberi pandangan hidup baru di alam Melayu dari sudut akidah, syariah, muamalah, keilmuan dan ketamadunan Melayu Islami.

5.         Kewujudan golongan Sufi/Tarekat/Tasawuf yang bergerak secara bersendirian atau bersama secara tidak rasmi wajar digemblengkan bagi mengerakkan secara bersepadu dalam penghayatan dan pengamalan Islami secara efektif bagi agenda agama dan watan.

6.         Kewujudan fenomena ajaran sesat serta penyelewengan yang bertopengkan atau berunsur Sufi/Tarekat/Tasawuf serta kekeliruan, salahfaham serta persepsi terhadap Tarekat/Tasawuf ini wajar diperbetulkan, diperjelaskan secara positif, ilmiah dan rasional kerana membiarkan ianya berterusan tanpa menanganinya amatlah merugikan kepada masyarakat dan watan. Ianya boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam yang memberikan kesan kepada pembangunan modal insan dalam sesebuah negara.

7.         Oleh itu, pertemuan dan perbincangan oleh ahli/pendokong dalam bidang tersebut perlu diadakan untuk memperbetulkan setiap kekeliruan, salahfaham dengan ajaran Islam yang sebenar dan berdasarkan disiplin dan ahli bidang ini.

            8. Teras Strategik Tarekat Tasawuf (2011-2015) Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (Seperti di Lampiran)





INSTITUSI & ORGANISASI TAREKAT
Tarekat Tasawuf telah menjadi landasan bagi penyatuan hati umat Islam. Melalui kaedah penyucian jiwa dan penyemaian sifat-sifat mahmudah yang mantap mereka telah berjaya memayungi dan mempertahankan umat Islam daripada pelbagai anasir yang tidak sihat. Bahkan golongan ini telah memainkan peranan yang penting bagi menjaga kebajikan umat dan memberikan didikan dan tarbiah. Melalui para sufi dakwah Islamiah tersebar luas dipelusuk dunia.


INTISARI TAREKAT
1. Guru atau Mursyid
2. Zikir, Wirid
3. Murid atau Salik
4. Talkin dan Bai’ah
5. Silsilah
6. Izin


INSTITUSI RASMI TAREKAT SUFI :
Mesir: MAJLIS A’LA TURUQ SUFIYYAH
(77 Tarekat Sufi)
Indonesia: JAM’IYYAH THORIQOH MUKTABAROH NAHDILIYYAH
(81 Tarekat Sufi)
Malaysia: JILSAH TURUQ SUFIAH, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
(9 Tarekat Sufi)










JILSAH TURUQ SUFIYYAH , JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN 2011-2013
Pengerusi
S.S  Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus.   
                                
Anggota:
Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
Mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus

Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady
Fellow Amat Utama ISTAC,UIAM

Y.Bhg. Dr. Hj Jahid bin Hj Sidek
Mantan Pensyarah APIUM,UM

Y.Bhg. Dr. Sulaiman bin Ibrahim
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam

Y.Bhg. Dr. Abdul Manam bin Mohammad
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

Yg. Bhg. Dato’ Hj. Borhan bin Hashim
Ahli J/Kuasa Fatwa MAINS


AGENSI HAL EHWAL ISLAM DI MALAYSIA
JAIN – Jabatan Agama Islam Negeri
MAIN- Majlis Agama Islam Negeri
JAKIM- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


MAKNA AJARAN SESAT
Suatu Pengajaran atau Amalan yang dibawa  oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ianya berdasarkan kepada ajaran Islam atau ianya tidak berlawanan dengan ajaran Islam tetapi sebenarnya amalan tersebut adalah berlawanan dengan Akidah dan Syariah Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. (Jakim) .

Salah satu aspek yang dihubungkan dengan fenomena ajaran sesat ialah tasawuf, kesufian dan tarekat. Ianya dikatakan menjadi faktor utama - 60% daripada ajaran sesat di Malaysia adalah berunsurTasawuf.





SENARAI AJARAN SESAT BERUNSUR TAREKAT/TASAWUF



Rekod terkini:
Sebanyak (21) kumpulan tarekat yang bergerak aktif di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut sebanyak (10) kumpulan Tarekat yang telah diputuskan menyeleweng oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri:.

Adakah memerlukan penilaian semula…?

Modus Operandi:
Terdapat kecenderungan pihak-pihak yang tertentu yang cuba membawa beberapa amalan tarekat yang mengelirukan ke dalam masyarakat Islam pada hari ini.

Menggunapakai nama tarekat Muktabar atau Ulama’ tertentu.

Modus operandi mereka dengan menganjurkan Majlis Sambutan Hol dan Sambutan Maulidurrasul yang diselitkan dengan zikir-zikir dan qasidah yang mengandungi unsur-unsur fahaman mereka yang meragukan!!?.

Mereka bergerak atas nama pertubuhan dakwah bukan kerajaan (NGO) bagi menganjurkan beberapa aktiviti yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh dari luar negara dan VVIP daripada dalam negara.


PERSEPSI DAN PENILAIAN

Terdapat 3 persepsi terhadap Tasawuf dan Tarekat

1. Menerima sepenuhnya: satu bidang ilmu dalam Islam
2. Menolak secara keseluruhan
3. Menerima sebahagian dan menolak sebahagian

Secara amnya, tasawuf sebagai suatu aspek ilmu dalam Islam tidak dipersoalkan
Yang menjadi persoalan ialah, “apakah tasawuf dengan segala ajarannya dan tarekat dengan segala kaedahnya itu berasal atau mempunyai asas daripada ajaran Islam@ menepati ajaran Islam?”

Tasawuf & Tarekat menjadi salah satu faktor kemunculan ajaran sesat, maka ia menjadi fokus utama kepada orang yang mahu memerangi ajaran sesat dan Tarekat Tasawuf.

Penyerangan terhadap ajaran sesat menyebabkan dua aspek itu turut dipersoalkan hingga sukar untuk memisahkan kedua-duanya- kadang kala menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam

Tarekat hanyalah kaedah yang disalah gunakan – ia tidak boleh ditolak hanya kerana ia dijadikan kuda tunggangan

Masyarakat perlu faham kedudukannya dalam konteks Islam

Produk Sahih (Asli) – Produk Palsu (tiruan)

Penilaian yang saksama adalah perlu – tidak boleh ditolak tasawuf semata-mata ia menjadi sumber kepada ajaran sesat

Tahap dan Perkara:
1. ada tarafnya,
2. berbeza ilmunya,
3. berbeza kefahamannya,
4. berbeza penghayatannya,
5. berbeza pengalamannya


SENARIO TAREKAT SUFI/TASAWUF
1. Sering menjadi tohmahan.
2. Terlalu eksklusif.
3. Diamalkan secara tertutup.
4. Disisihkan dari masyarakat.
5. Sering diragui pengamalannya.
6. Dialahkan oleh fahaman material.
7. Dirujuk kepada mereka Tiada keahlian@ kemahiran dalam hal ehwal tarekat tasawuf.


TERDAPAT JUGA FAKTOR BERLAKUNYA PENYELEWENGAN DALAM KUMPULAN TAREKAT ANTARANYA:
1. Pengamalan yang tidak berpaksikan ilmu Islam.
2. Taksub yang melampau.
3. Berlakunya campur-aduk dengan fahaman kebatinan.
4. Eksploitasi pihak yang mempunyai agenda peribadi.

FAKTOR-FAKTOR DALAMAN
1. Dakwaan (Mudda’ei) dr sudut Ilmu, Mursyid Syeikh, Sanad, Salsilah.
2. Taklid/Taslim buta kepada Mursyid
3. Taksub Melampau
4. Agenda Peribadi (Kedudukan Mulia, Material dll)
5. Bertopengkan Tarekat/Tasawuf bg mengelabui org ramai
6. Amal tanpa ilmu/ Ilmu tanpa amal

FAKTOR LUARAN
1. Musuh bukan Islam bg lemahkan roh Islam.
2. Kejahilan ilmu
3. Propaganda/ Fitnah
4. Sumber rujukan tidak tepat & Tidak mengikut disiplin bidang
5. Merujuk kepada bukan ahli
6. Fahaman Wahabi, Liberal






PERSEPSI DAN PENILAIAN
Sukar memerangi Ajaran Sesat dalam konteks ini kerana banyak menggunakan kaedah dan istilah tasawuf dalam pengajaran

Penyebar menggunakan pendekatan tarekat seperti kumpulan kecil, peraturan dengan guru, izin guru, hubungan guru dan murid, rahsia ajaran, rabitah, tawassul,  ayat al-Qur’an dan hadis Nabi s.a.w. dll.

Penyebar mengguna istilah-istilah Tasawuf seperti maqam, fana, syariat, tarekat, hakikat, makrifat, wahdat al-wujud, ittihad, hulul, syatahat dll.
Penyebaran melalui buku/nota menyukarkan apabila tiada maklumat dan keseriusan.

Tiada keahlian@ kemahiran klgn mereka menangani isu ini.

Banyak hujah yang digunakan oleh golongan tasawuf contohnya hadith didakwa tidak mengikut disiplin ilmu yang diperakui (tiada sumber). Banyak bahan-bahan penulisan yang dihasilkan dalam ilmu tasawuf juga didakwa tidak bersumber dari Rasulullah SAW. Metodologi ilmu hadith dalam ilmu tasawuf perlu diteroka kerana timbul persoalan adakah semua hadith telah dijumpai.

Sesetengah pengamal tarikat tasawuf yang terlalu taksub sehingga mengatakan semua pihak yang mendakwa diri sebagai tarikat adalah betul dan tidak salah sama sekali.

Bertopengkan tasawuf serta menisbahkan diri kepada tasawuf.

mereka yang menabur fitnah yang berterusan kepada pengamal tasawuf dengan tohmaham-tohmahan yang tidak bertepatan. Mereka memburuk-burukkan tasawuf dengan berbagai-bagai cara sedangkan mereka ini tiada kaitan langsung dengan tasawuf.

Allah Taala menzahirkan penyelewengan pendakwa kesufian yang menyeleweng untuk membezakan dengan ahli sufi yang sebenarnya.


MUSUH TAREKAT & TASAWUF

Golongan yang mendakwa tasawuf dengan segala penyelewengan dan percanggahan bukanlah merupakan gambaran kepada tasawuf.

Menyerang dan menfitnah Tasawuf dan Tarekat Islam dengan pelbagai pendustaan dan rekaan cerita semata-mata. Mereka juga akan melontarkan berbagai-bagai tohmahan dan penyelewengan mungkin disebabkan oleh perasaan hasad dengki mereka ataupun mungkin juga disebabkan kejahilan diri mereka sendiri terhadap agama Islam.

Memusnahkan pokok pangkal Islam dengan menimbulkan pelbagai keraguan serta menyebarkan fahaman-fahaman untuk memecahkan umat Islam. Mereka mempelajari Islam secara mendalam tetapi bertujuan untuk menyeleweng dan memusnahkan Islam.

Mereka yang jahil dengan hakikat tasawuf Islam itu sendiri. Mereka tidak mempelajari daripada tokoh-tokoh ulama sufi dan mursyid yang sebenar..

Mengkaji sendiri kitab-kitab tasawuf sedangkan mereka tidak mempunyai asas dan tidak memahami maksud sebenar serta mereka juga tidak mengetahui tentang penyelewengan terhadap kitab-kitab tersebut oleh musuh-musuh tasawuf Islam. Maka akan timbullah pandangan negatif dan berburuk sangka terhadap tasawuf ini.

Tarekat yang sesat itu sebenarnya bukanlah dinamakan tarekat tasawuf bahkan mereka ini Pendakwa ‘mud’daei’ sebagai pengamal tasawuf, akan kerana mereka menyeleweng dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Golongan Salafi Wahabi, Liberal




KESAN
1. Tindakan undang-undang dikenakan.

2. Tarekat tersebut diharamkan.

3. Istilah Tasawuf ditakuti dan disalah ertikan. ‘Sufifobia

4. Silibus ilmu Tasawuf dimansuhkan dalam pembelajaran.

5. Penerbitan bahan bacaan berkaitan tarekat tasawuf berkurangan.

6. Umat Islam ketandusan kaedah pengisian jiwa.

7. Islam terus dianggap jumud.

8. Umat Islam disuapkan dengan idealogi, pemikiran barat serta fahaman bukan ASWJ.

9. Tiada keahlian @ keilmuan kalangan mereka yang menilai/ menangani isu berkaitan Tarekat/Tasawuf & Tidak dirujuk kepada ahli Dalam Bidang Ini.

10. Satu keputusan dibuat bahawa agensi tertentu tidak boleh mengiktiraf tarekat-tarekat tertentu kerana dibimbangi ada berlaku penyelewengan dalam aspek tertentu.



SOLUSI DAN CADANGAN

1.    ASPEK KETULENAN ILMU TASAWUF HENDAKLAH DIKENAL PASTI.
a.    Meningkatkan kefahaman yang tepat mengenai tasawuf menurut pandangan syarak. Pengajian dan Irsyad. Mengembalikan kefahaman tasawuf sebagai metod tarbiah dan dakwah di dalam Islam. Memberi penerangan kepada masyarakat awam tentang ilmu tasawuf yang sahih melalui media, penulisan, wacana dan lain-lain.

b.    Menyediakan panduan yang tepat mengenai ilmu tasawuf dan tarekat yang sahih sebagai alternatif. Pengiktirafan Tarekat Sahih/Muktabar (Jab. Mufti Negeri Sembilan).

c.    Mengadakan seminar dan bengkel tasawuf bagi mengupas isu-isu yang berkaitan tasawuf oleh pakar dalam bidang tasawuf dan tarekat.

d.    Mengeluarkan bahan penerbitan berkaitan dengan ilmu tasawuf. Mengenalpasti karya tasawuf yang muktabar dalam bidang ilmu tasawuf dan tokoh-tokohnya. Membangun perkongsian maklumat dan sebaran berkenaan tarekat/tasawuf didalam media siber

e.    Senarai nama tokoh-tokoh ahli tasawuf dan tarekat yang muktabar perlu disediakan sebagai rujukan serta mewujudkan pangkalan data Maklumat lengkap rujukan tentang Tarekat dan Tasawuf.

2.    ASPEK DAN UNSUR PENYELEWENGAN DAN KEKELIRUAN ILMU TASAWUF HENDAKLAH DIKENAL PASTI .

a.    Mengenalpasti unsur dakwaan dan penyelewengan yang berunsur tarekat/tasawuf/kesufiaan. Isu-isu kontroversi dan pertikaian berkaitan tarekat/tasawuf bagi tujuan penjelasan, penerangan, penghujahan secara ilmiah. Dokumentasi dan pangkalan data.

b. Menyelesaikan permasalahan penyelewengan akidah yang bertopengkan ajaran tasawuf dan tarekat yang berleluasa di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

c. Bekerjasama dengan institusi tarekat Tasawuf yang muktabar seperti Majlis Sufi Indonesia dan Majlis Sufi Mesir dalam menangani penyelewengan yang dinisbahkan dengan ilmu tasawuf dan tarekat Sufi.


3.    STRATEGI
a.    Memandangkan wujudnya berbagai-bagai aliran dan kumpulan pengamal Tarekat Tasawwuf yang sering disalah fahami, dengan ini diseru supaya ditubuhkan satu ’KESATUAN’ atau ’RABITAH’ yang menyatupadukan semua Kumpulan Tarekat Dan Tasawuf yang sahih/muktabar bagi Gerak-kerja yang sistematik dalam mempertahankan dan mengembangkan Tarekat Dan Tasawuf.

b.    Mengenalpasti kumpulan pakar (Ahli Turuq Sufiah/Tasawuf) dalam hal ehwal tasawuf dan menyediakan senarai ahli sebagai rujukan (Panel Kajian Tarekat Tasawuf). Penilaian terhadap sesuatu ilmu tasawuf dan tarekat hanya layak dinilai oleh ahli dalam bidang tasawuf dan tarekat.

c. Bekerjasama dengan Institusi Tarekat Tasawuf yang Muktabar seperti Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Majlis Sufi Indonesia dan Majlis Sufi Mesir.


SYOR
1.    Mengarusperdanakan Tarekat Tasawuf.

2.    Memantapkan Pengamalan Tarekat Tasawuf dan IRSYAD.

3.    Pembangunan Dan Penyemarakkan Pengajian, Majlis Zikir, Selawat, Hadrah, Maulid DLL.

4.    Mewujudkan Pangkalan Data Dan Dokumentasi Bahan Penerbitan Berkaitan Tarekat Tasawuf.

5.    Merungkai Permasalahan, Kekeliruan Dan Isu Berkaitan Tarekat Tasawuf bagi membetulkan persepsi & Penilaian terhadap Tarekat dan ilmu Tasawuf.

6.    Memperkasakan Medium Rujukan Dan Kemudahan Bagi Hal Ehwal Tarekat Tasawuf. Penyebaran ilmu dan maklumat melalui medium media dan program.

7.    Kerjasama Dan Hubungan Strategik Antara Tarekat Dalam Negara, Serantau Dan Antarabangsa:
a.    Kesatuan atau ‘Rabitah’ Abnaa’/Ikhwan Sufi /Tasawuf bagi Gerak Kerja Dan Pemuafakatan Kerjasama.Berikut Cadangan Objektif dan Fungsi Rabitah:

OBJEKTIF

1.    Menyuburkan pengamalan Islami dan penghayatan Ilmu Warisan Nabawi.
2.    Membentuk kesatuan hubungan sesama pengamal,pendokong dan muhibbin.
3.    Menyemarak majlis-majlis berkaitan Sufi/Tarekat /Tasawuf melalui pelbagai medium secara bersepadu.
4.    Memberi kefahaman, penjelasan yang betul mengenai Sufi/Tarekat /Tasawuf sebagai aspek penting dalam agama, pengamalan,keilmuan dengan mekanisme yang betul dan saluran pelbagai medium.
5.    Sebagai platform menjadikan pusat rujukan muktabar dan pangkalan data maklumat  berkaitan Sufi/Tarekat /Tasawuf di Malaysia.
6.    Menyebarluaskan dan  Mengambil intipati khazanah ulama dan karya turas Islami (Arab/Jawi) kepada masyarakat sama ada melalui pengajian, sebaran maklumat, wacana, program dan sebagai teras memperkasa jatidiri Melayu Islami.


FUNGSI

1.    Menjana pemikiran dan merancang strategi untuk memartabatkan kerohanian Islam dan pemerkasaan ad-Din menurut kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) .
2.    Mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang efektif untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan;
3.    Mengenal pasti isu-isu semasa dan mengkaji isu  yang dilontarkan melalui semua saluran media massa oleh mana-mana pihak bagi menangkis salah faham yang ditimbulkan;
4.    Penjelasan, Penerangan dan Menangkis salah faham dan tohmahan dan memperbetulkan yang timbul di kalangan pihak terbabit agar masyarakat awam tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir salah yang diuar-uarkan;
5.    Menyampaikan maklumat yang betul dan keilmuan kepada masyarakat melalui media massa dan program-program seperti seminar, wacana ilmu, maulid, hadrah zikr, selawat, qasidah dan sebagainya;
6.    Menyediakan pengajian berkonsep ilmu warisanan Nabawi dan program-program berkaitan dari masa ke semasa.
7.    Mewujudkan pusat maklumat, pangkalan data dan bahan rujukan serta media sama ada media cetak, media siber dan media elektronik.
8.    Membentuk jalinan dan kerjasama sesama pengamal, pendokong dan muhibbin di Malaysia, serantau dan antarabangsa dan Menjalin kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak yang boleh memberikan manfaat sama ada di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.

b. Aktiviti dan Program.

c. Hubungan Strategis: Mesir (Majlis A’la Turuq Sufiyyah), Indonesia (Jam’iyyah Thoriqoh Muktabaroh Nahdiliyyah), Jilsah Turuq Sufiah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan Dll.


* NOTA MUZAKARAH IJTIMA’ TAREKAT SUFI (MITAS) KALI PERTAMA 2013

Disediakan oleh:
Rizhan el-Rodi