Karya
Membongkar Penyelewengan Wahabi terhadap Kitab Ulama ASWJ
Karya Syaikh Idahram- ‘Mereka memalsukan
Kitab-Kitab Karya Ulama Klasik –Episod kebohongan Publik Sekte Salafi Wahabi’
terbitan Pustaka Pesantren, Yogyakarta,Indonesia, 2011.
Buku ini membongkar aktiviti jahat dan jenayah ilmiah
golongan ulama’ dan intelek wahabi bagi Pemalsuan, Pindaan, Penyelewengan, Pengubahan
dan seumpamnaya terhadap karya-karya ulama’ ahli sunnah wal jamaah. Antara
karya yang telah dikenalpasti :
1. Pemalsuan
Kitab al-Azkar –Imam al-Nawawi
2. Syarah
al-Aqidah al-Tahawiyah – Imam al-Subki
3. Aqidah as-Salaf
Ashab al-Hadith
4. Pemalsuan
kitab Hashiah as-Shawi
5. Kitab
al-Ibanah – Imam Asya’ari
6. Pemalsuan
Kitab Diwan Imam as-Shafei
7. PemalsuanKitab
Sahih Bukhari dan sahih Muslim
8. Pemalsuan
kitab Musnad Ahmad
9. Pemalsuan
kitab Tafsir Ruh al-Maani – Imam al-Alusi
10.
Hashiah – Ibnu Abidin
11.
Karya Ibnu Qudamah
12.
Kitab tarikh al-Yakubi
13.
Kitab ahwal al-Qubur ibnu Rajab
14.
Dan lain-lain
*Pengalaman peribadi saya pernah melihat Kitab al-Azkar-Imam
al-Nawawi dan Kitab al-Ibanah- Imam Asya’ari diantara versi asal dan versi yang
telah dilakukan penyelewengan dan pindaan. Mereka mendapat idea daripada
tatacara Orientalis bagaimana hendak mengubah sesuatu karya secara ilmiah tanpa
disedari pembaca. Demikianlah kebatilan tetap akan terbongkar bila masa sampai
masanya. Sejarah merekodkan golongan Orientalis menyeleweng karya ulama Islam
namun kalangan umat Islam sendiri juga banyak menyelweng karya ulama yang bertentangan
dengan mereka seperti golongan Syiah dan Wahabi yang gusar dengan karya ulama’
ahli sunnah wal jamaah (pegangan majoriti umat Islam). Golongan yang manjadi mangsa
ini sama ada secara sedar, secara halus dan tanpa sedari lantaran mencari ilmu
dengan pembacaan, apatah lagi membaca karya terjemahan dan karya baru serta
hanya satu versi terbitan...waspadailah...
Lantaran sistem Pengajian Islam sebenar adalah
dengan bertalaqi dan bimbingan Syeikh Mursyid adalah penting sebagaimana dinyatakan
mafhum daripada al-Quran dan sunnah, demikian juga sistem talaqi secara
bersanad dan salsilah bagi menjaga keasliaan karya ulama dan kesinambungan
barakah sampai kepada pengarang dan salsilah berkesinambungan kepada
Rasulullah SAW.