Huruf Ba
BismillahirRahmanir-Rahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang
BA (ﺏ)
...
"Ba" (ﺏ) adalah Harf Jarr (ﺣﺮﻑ ﺟﺮ) yang bertindak sebagai 'Amil (ﻋﺎﻣﻞ) ke atas Isim (ﺇﺳﻢ) katanama dengan menukarkan hal Isim tersebut dari keadaan Marfu' (ﻣﺮﻓﻮﻉ) kepada Majrur (ﻣﺠﺮﻭﺭ). Pada sudut lafaz, Harf Jarr berperanan menjadikan Isim Mu'rab (ﺇﺳﻢ ﻣﻌﺮﺏ) sebagai Majrur namun tidak berperanan terhadap Isim Mabni (ﻣﺒﻨﻲ ﺇﺳﻢ).
Manakala pada sudut pengertian makna, Harf Jarr berperanan sebagai katasendi bagi mempertemukan antara dua buah Kalimah (ﻛﻠﻤﺔ) ataupun dua jumlah Kalam (ﻛﻼﻡ). Huruf Ba (ﺏ) adalah bermaksud untuk memberikan pemahaman tentang Musahabat (ﻣﺼﺎﺣﺒﺖ) yang bererti kebersamaan ataupun kebersertaan, Isti'anat (ﺇﺳﺘﻌﺎﻧﺖ) yang bererti meminta pertolongan dan Tabarruk (ﺗﺒﺮﻙ) yang bererti bagi tujuan memperoleh keberkatan.

Ada diterangkan di dalam kitab Fadhail Al-Quran
karangan 'Allamah Rais Al-Muhadditsin Hadhrat Maulana Muhammad Zakariyya
Al-Kandahlawi Rahmatullah 'Alaih pada Bahagian Kedua dalam mensyarahkan Hadits
Pertama bahawa telah dikatakan oleh sese...tengah Asfiya
bahawa segala apa yang terkandung di dalam Kitab-Kitab Allah yang terdahulu
adalah dimasukkan ke dalam Surah Al-Fatihah, dan juga apa yang terkandung di
dalam Al-Fatihah adalah terkandung di dalam Bismillah, dan apa yang terdapat di
dalam Bismillah adalah terkandung pada huruf pertamanya iaitu Ba (ﺏ).
Sesetengah Asfiya mentafsirkannya dengan lebih mendalam lagi, bahawa apa sahaja yang terdapat pada Ba (ﺏ) adalah terkandung di dalam titik yang menggambarkan Keesaan Allah. Sesuatu itu tidak dapat dipecah-pecahkan sebagaimana titik tadi. Dan diterangkan juga bahawa huruf Ba (ﺏ) adalah penghujung yang menyelaras dan memberikan maksud pengesaan. Sesungguhnya matlamat yang terakhir ialah untuk mendatangkan pengesaan daripada seseorang hamba kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Hadhrat Imam Al-Qushairi Rahmatullah 'Alaih telah
menyatakan di dalam Tafsir Lataif Al-Isharat bahawa huruf Ba (ﺏ) di dalam ayat
Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ) adalah sebagai huruf Tadhzmin (ﺗﻀﻤﻴﻦ) yakni bagi menyatakan jaminan, bahawa
dengan Allahlah t...elah terzahirnya segala ucapan yang
bersifat baharu dan denganNyalah telah tercipta sekelian makhluk ciptaan.
Dikatakan juga bahawa, Huruf Ba (ﺏ) yang terdapat pada permulaan Basmalah adalah dikenali sebagai Ba Isti'anah (ﺇﺳﺘﻌﺎﻧﺔ ﺑﺎﺀ) yang bererti meminta pertolongan dan bantuan sokongan, bermakna bahawa seseorang hamba mencari bantuan Allah dalam perbuatan yang akan dilakukannya.
Para Mufassirin mengatakan bahawa telah dihimpunkan oleh Allah sekelian 'Ilmu pengetahuan di dalam huruf Ba (الباء) yang bermaksud bahawa,

"DenganKu telah berlaku apa yang telah berlaku dan denganKu akan berlaku apa yang akan berlaku, maka kewujudan sekelian alam adalah berserta denganKu dan tiadalah bagi segala sesuatu yang selainKu wujud secara hakiki melainkan dengan nama."
Dan pengertian Majaz adalah makna perkataan
golongan Sufiyyah ketika mereka berkata:
ما نظرت شياً الا ورأيت الله فيه او قبله
"Tiada daku memandang kepada sesuatu melainkan daku telah melihat Allah di dalamnya ataupun sebelumnya."
...
Kenyataan ini adalah tersembunyi dalam makna sebuah sabdaan Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu Ta'ala 'Alaihi Wasallam:
لا تسبوا الدهر فان الدهر هو الله
"Janganlah kamu mencela Masa, kerana sesungguhnya Masa adalah Allah."

Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah
'Alaih telah menukilkan daripada Murshid beliau iaitu Hadhrat Qutub Al-Aqtab
Khwajah Shah 'Abdullah Ghulam 'Ali Dehlawi Rahmatullah 'Alaih telah berkata
bahawa Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallah...u Ta'ala 'Anhu
telah menyatakan bahawa,
"Seluruh himpunan 'Ilmu pengetahuan adalah tercapai di dalam huruf Ba (الباء) daripada Bismillah (ﷲ ﺑﺴﻢ), bahkan ianya ada dalam titik Nuqtah pada huruf Ba (ﺏ)."
Hadhrat Shah Rauf Ahmad Mujaddidi Rahmatullah 'Alaih telah berkata bahawa,

"Seluruh ilmu pengetahuan yang terhimpun di dalam satu titik Nuqtah secara zahirnya boleh juga diertikan dengan pengertian makna bahawa setiap garisan huruf Khat yang ditarik ketika penulisannya adalah bermula dan berdasarkan titik Nuqtah bahkan menjadi sebagai permulaan. Apabila ditarik daripada titik Nuqtah tersebut maka rupabentuk garisan Khat tersebut dapat diikhtiarkan. Maka dapatlah diambilkan ibarat daripada ilmu penulisan Khat dan ianya berada di dalam titik Nuqtah."
Hadhrat Maulana Sayyid Zafar Hasan Amruhi
Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan dalam Tafsirnya bahawa
Bismillahir-Rahmanir-Rahim kesemuanya berjumlah
sembilan belas huruf yang mana di dalamnya terkandung seluruh isi kandungan
Al-Quran. Belia...u telah menukilkan daripada mafhum
perkataan Amir Al-Mukminin Hadhrat Sayyidina 'Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu
'Anhu bahawa,
"Apa sahaja yang terkandung di dalam Al-Quran adalah terkandung di dalam Surah Al-Fatihah dan apa yang terkandung di dalam Al-Fatihah adalah terkandung di dalam Bismillah dan apa yang terkandung di dalam Bismillah kesemuanya ada terkandung di dalam huruf Ba Bismillah dan apa yang terkandung di dalam Ba Bismillah adalah terkandung di dalam titik Nuqtah yang berada di bawah huruf Ba dan daku adalah titik Nuqtah tersebut yang berada di bawah huruf Ba."
Daripada petunjuk yang dikhabarkan oleh Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu, Para Mufassirin telah memberikan berbagai-bagai huraian. Hadhrat Maulana Sayyid Imdad Husin Kazimi Rahmatullah 'Alaih, seorang dari kalangan Mufassirin golongan Syi'ah yang terkemudian telah mengemukakan sebuah huraiannya yang menarik seperti berikut, bahawa pada mensyarahkan tentang titik Nuqtah ini beliau telah mensarankan supaya membaca sebuah buku karangan Edward Clodd berjudul "Story Of The Alphabet" yang menyatakan punca pengambilan dan pembentukan huruf-huruf Hijaiyyah atau Tahajji. Beliau ada menyatakan bahawa penduduk Qainuqiyah dan penduduk Mesir pada masa yang lampau telah mengadakan hubungan perdagangan dan sebagai langkah untuk memahami komunikasi antara satu sama lain mereka telah menetapkan beberapa isyarat yang mana kemudiannya telah membentuk huruf-huruf Tahajji.
Sebagai contoh bagi menyatakan mata, mereka telah melakarkan garisan yang berupa mata yang hampir menyamai huruf 'Ain (ﻉ). Dalam bahasa 'Arab, 'Ain (ﻋﻴﻦ) adalah bermakna mata. Huruf Jim (ﺝ) bermaksud unta kerana bentuk huruf ini adalah diambil dari bentuk unta. Jamal (ﺟﻤﻞ) adalah bermakna unta dalam bahasa 'Arab dan Jim (ﺟﻴﻢ) juga adalah membawa makna unta di dalam bahasa 'Ibrani. Rupabentuk huruf Jim (ﺝ) ini adalah seperti keadaan seekor unta yang sedang duduk manakala titik Nuqtah adalah menunjukkan kepada pemilik unta yang mengenderainya. Begitu juga huruf Syin (ﺵ) bermaksud Shajar (ﺷﺠﺮ) iaitu pokok yang terdapat haiwan menetap dan hinggap di atasnya. Begitu juga dengan huruf Ba (ﺏ) yang bermaksud Bait (ﺑﻴﺖ) yakni rumah dan titik Nuqtah yang berada di bawah huruf Ba (ﺏ) bermaksud kepada pemilik rumah yang berada pada Bab (ﺑﺎﺏ) iaitu pintu rumah tersebut. Maka, apa yang dapat difahami daripada keterangan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu bahawa segala apa yang terkandung di dalam Al-Quran adalah terkandung pada permulaan huruf Ba (ﺏ) dalam (ﷲ ﺑﺴﻢ), yakni sebuah rumah yang terdapat pintu dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu diibaratkan sebagai orang yang berada pada pintu tersebut.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya,
ﺃﻧﺎ ﻣﺪﻳﻨﺔ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻭ ﻋﻠﻲﱞ ﺑﺎﺑﻬﺎ
Ana Madinatul-'Ilmi Wa 'Aliyyun Babuha.
..."Daku adalah Kota 'Ilmu dan 'Ali adalah pintunya."
Dan mafhum sabdaannya lagi,
ﺃﻧﺎ ﺩﺍﺭ ﺍﻟﺤﻜﻤﺔ ﻭ ﻋﻠﻲﱞ ﺑﺎﺑﻬﺎ
Ana Darul-Hikmati Wa 'Aliyyun Babuha.
"Daku adalah Rumah 'Ilmu Hikmah dan 'Ali adalah pintuya."
Apa yang diperjelaskan daripada keterangan ini ialah bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam adalah seumpama kota bagi seluruh ilmu pengetahuan Al-Quran dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'Anhu adalah diumpamakan sebagai penjaga pintu kota tersebut. Maka, adalah lazim bagi mereka yang ingin menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan Al-Quran bahawa mereka hendaklah masuk ke dalam kota atau rumah 'Ilmu Hikmah tersebut menerusi pintunya. Jangan sekali-kali datang dari arah yang membelakanginya kerana kerana mereka yang datang secara demikian adalah dianggap sebagai biadab dan pencuri.
Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Baqarah pada ayat 189:
Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadat Haji, dan bukanlah kebajikan memasuki rumah-rumah dari belakangnya, akan tetapi kebajikan itu ialah kebajikan orang yang bertaqwa, dan masuklah ke rumah-rumah itu dari pintu-pintunya dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."
Pada masa Jahiliyah, orang-orang yang berihram di waktu haji, mereka memasuki rumah dari belakang dan bukan dari hadapan. Hal ini telah ditanyakan pula oleh Para Sahabat Radhiyallahu 'Anhum kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, lalu diturunkanlah ayat ini. Untuk menghasilkan ilmu-ilmu pengetahuan dan rahsia-rahsia yang dalam berkenaan isi kandungan Al-Quran hendaklah kita menempuhinya melalui pintunya kerana tanpa menuruti laluan pintu tersebut kita sekali-kali tidak akan dapat memperolehi limpahan 'Ilmu Pengetahuan yang sempurna daripada Al-Kitab Al-Quran.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman dalam Surah
Ar-Ra'd ayat 43:
Berkatalah orang-orang kafir: "Kamu bukan seorang yang dijadikan Rasul." Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dan kamu dan antara orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Ki...tab."
Manakala menurut Hadhrat Imam At-Tabari Rahmatullah 'Alaih dan kebanyakan tafsiran golongan Sunnah bahawa antara mereka yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab adalah Hadhrat 'Abdullah Bin Salam, Hadhrat Salman Al-Farisi dan Hadhrat Tamim Ad-Dari Radhiyallahu Ta'ala 'Anhum sepertimana yang diriwayatkan daripada Hadhrat Muhammad Bin 'Abdul A'la Rahmatullah 'Alaih, meriwayatkan daripada Hadhrat Muhammad Bin Tsaur Rahmatullah 'Alaih yang meriwayatkannya dari Hadhrat Qatadah Radhiyallahu 'Anhu:
حدثنا محمد بن عبد الأعلى قال : ثنا محمد بن ثور عن قتادة : ومن عنده علم الكتاب قال : كان منهم عبد الله بن سلام , وسلمان الفارسي , وتميم الداري
Tafsiran yang masyhur dikalangan Para Mufassirin Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa "Orang yang mempunyai 'Ilmu Al-Kitab" adalah Para 'Ulama Ahli Kitab Yahudi dan Nasrani yang telah memeluk Agama Islam.