PENDAKWAH MUSLIM SUNNI DI BARAT (EROPAH/US)
Islam agama paling berkembang dan mendapat perhatian
kalangan masyarakat barat dewasa ini. Warga barat yang memeluk Islam semakin
bertambah disamping peningkatan kadar kelahiran tinggi kalangan masyarakat
Islam disana. Amerika, Perancis, German, Rusia, UK, Itali, Sepanyol dan
lain-lain merekodkan pertambahan penganut Islam yang agak pesat. Islamfobia
yang dicanangkan oleh Barat membawa kepada sebaliknya. Mengikut kajian sekitar 2050 kelak umat Islam akan menguasai dunia dari segi bilangan dan sebagainya.
Di barat suatu perkembangan menabjubkan dimana
kalangan muallaf telah menjadi pendakwah bertaraf ilmuwan dan ulama. Mereka
tersebut datang ke Negara Arab untuk menimba ilmu dengan masyayikh secara
talaqi dan mengambil amalan tariqat Sufi. Manhaj Sunni menjadi pegangan ramai
umat Islam di barat iaitu dari sudut akidah ASWJ, fiqh bermazhab dan tasawuf
bertariqat. Kalangan sarjana muslim baru
tersebut Berjaya menjadi ulama melalui proses tarbiah, pengajian dan keilmuan
dan kini sebagai pendakwah dan ulama di sana.
Tradisi Sunni dimana amalan tariqat menjadi teras dan
penting dikalangan ulama secara khususnya dan orang Islam umumnya. Para pendakwah
dan ulama di barat ini beramal dengan tariqat Syazuliyah,Naqsyabandiyah,
Qadiriyah, dan lain-lain. Kurun ke-21 mewujudkan
kelahiran Beberapa pendakwah barat menonjol di arena antarabangsa dari sudut
ketokohan, kewibawaan dan keilmuwan di persada dunia. Dimana Islam mengangkat
kedudukan mereka di mata dunia sebagai pendakwah. Antaranya Dr Murad Hoffman, Syekh
Abd Qadir as-Sufi (Ian Dallas), Dr Martin Van Bruinessen, Syekh Hamza Yusuf (Mark Hanson), Syekh
Dr Umar Faruq (Wymann Landgraf), Syekh Abd Aziz Fredricks, Syekh Dr Abdal Hakim Murad (Timothy ), Imam
Zaid Shakir, Nuh Ha Men Kelley, Dr Abd Haq (Alan Godless), demikian juga tokoh muslim menetap di barat iaitu Syekh Hisham Kabbani, Syekh Nazim Haqqani, Syekh Dr Tahir al-Qadiri, Syekh Yusuf al-Bakhour, Syekh Gibril Haddad, Syekh Abdullah bin Bayyah, Syekh Muhammad al-Yakoubi, Hocaefendi Dr Fethullah Gulen dan lain-lain.
Berikut beberapa muallaf muslim yang berjaya sebagai Daei, Sarjana dan Ulama':
Berikut beberapa muallaf muslim yang berjaya sebagai Daei, Sarjana dan Ulama':
Syekh Abdul Qadir as-Sufi (Ian Dallas)
Berasal dari Scotland lahir pada tahun 1930, memeluk
Islam pada tahun 1963 kira-kira 46 tahun lalu di Qarawiyyin, Maghribi. Beliau berkelana
ke Maghribi, Algeria, Tunisia bagi menuntut ilmu agama. Ilmuwan dalam bidang
ekonomi dan tokoh dalam memperjuangkan bagi kembalikan sistem matawang
berpaksikan dinar dan dirham. Mursyid dan gurunya ialah Syekh Muhamamd al-Habib
Syekh Hamid al-Bashir dan Syekh Fudul al-Huwairi. Antaranya muridnya terkenal
Syekh Dr Umar Fadillo. Syekh Abd Qadir
mursyid bagi tarekat Syazuliyah Darqawiyah Qadiriyah. Mempunyai murid yang
ramai diserata dunia. Menubuhkan Yayasan Murabitun dan membangunkan masjid Granada,
Sepanyol dan pusat pendidikan Dallas kolej di Afrika Selatan. Pernah mendapat
ijazah kehormat doktor falsafah USM, Malaysia pada tahun 2001. Sekarang beliau
menetap Di Cape Town Afrika Selatan.
Berikut laman portal berkaitan beliau :
Syekh Hamzah Yusuf (Mark Hanson)
Berasal dari Washington,
US. Memeluk Islam pada tahun 1977 ketika berumur 17 tahun di Santa Babra,
California. Berkelana menuntu ilmu di UAE, Madinah, Maghribi, Algeria dan Mauritania.
Antara gurunya Syekh Murabit al-Haj, Syekh Baba Salik, Syekh Muhammad Syaibani,
Syekh Ahmad al-Wali dan Syekh Muhammad al-Fatrati. Salik mengiku tarekat as-Syazuliyah.
Tahun 1966 menubuhkan Institut Zaytuna di California. Muslim berpengaruh di Amerika syarikat dan warga
Amerika pertama pernah mengajar di Universiti al-Qarawiyin, Maghribi.
Portal berkaitan :
Syekh Abdal Hakim
Murad (Timothy
Berasal dari UK, Mendapat pengajian di Univeristi al-Azhar, PHD
Oxford University, pengajian bersama Syekh Ahmad al-Haddad, Beliau merupakan pensyarah
Universiti Cambridge. Dilantik Tuanku Negeri Sembilan sebagai Panel Penasihat
Universiti as-Sofa. Memperjuangkan pengajian Islam ASWJ di UK dan bertarekat
as-Syazuliyah.
portal berkaitan:
portal berkaitan:
Imam Zaid Shakir
Lahir di Berkeley, US
dan memeluk Islam pada tahun 1977 ketika dalam perkhidmatan tentera udara US. Berkelana menuntut ilmu di Mesir, Syria,
Maghribi selama hampir 10 tahun. Antara gurunya Syekh Ahmad Kiftaru al-Naqsyabandi
mantan Mufti Syria di Damsyik, Syria. Seorang Muslim berpengaruh di US dan
banyak berceramah dan berwacana di media US.
portal berkaitan:
portal berkaitan:
Dr Nuh Ha Men Kelley
Lahir pada tahun 1954 di Noth Western, US. Memeluk Islam
pada tahun 1977 di al-Azhar, Mesir. Berkelana lama menuntut ilmu di Mesir,
Syria, Jordan bagi keilmuan dengan masyayikh dan ulama Sufi. Salik dalam
tariqat as-Syazuliyyah.
Dr Martin Van Bruinessen
Berasal dari Schoonhoven,Belanda, lahir tahun 1946.
Sarjana di Universiti Utrecht, Belanda. Berkelana melakukan kajian berkaitan bidang antropologi di Turki, Indonesia, Iran, Kurdis, Syria. 8 tahun berada di
Indonesia justeru fasih bahasa Melayu disamping bahasa Parsi, Turki, Kurdis.
Pernah mengajar di IAIN, Yogjakarta. Memeluk Islam di Turki dan mendapat
bimbingan Tarekat Naqsyabandiyah pimpinan Syekh Muhamamd Nurullah Varol di Cizre,
Turki.
Antara karya beliau dalam bahasa Melayu ;’ Kitab
Kuning: Tarekat dan Pesantren’ dan ‘ Tarekat Naqsyabandiyyah di Indonesia’.
Portal berkaitan:
Demikian beberapa
tokoh kurun ke-21 di barat (US dan eropah). Bahawasanya Islam agama alamiah. Sesiapa
sahaja boleh diangkat oleh Islam untuk berdakwah dan sebagai ulama. Manhaj ASWJ
dan kesufiaan menjadi pegangan para pendakwah tersebut. Dimana roh Islam dan
faham sahih agama dimana pendekatan khidmat agama mereka berhikmah dan sepakat
dengan kehendak agama sebagaimana Rasulullah SAW dan para pewarisnya.