Metod
faham Sejarah
Sejak
menjelang sambutan kemerdekaan dan hari Malaysia tahun ini, sejarah
dan perkara berkaitannya mendapat perhatian media massa dan individu
di seluruh negara. Hatta di pejabat, kampung, kedai-kedai kopi ianya
diulas dan ditafsir dengan cara tersendiri sama ada oleh individu,
akademik, pengkaji, ahli sejarah, peminat sejarah, penjawat awam,
swasta, ngo, pimpinan parti politik dll.
Sejarah
negara mula mendapat perhatian pelbagai pihak dan peringkat lapisan masyarakat Nampaknya
kepentingan sejarah dan kesedaran masyarakat mula
mendapat perhatian walaupun selama ini subjek pengajian sejarah dan
hal sejarah kurang mendapat perhatian apatah lagi dalam pengkajian.
Walhal al-Quran sendiri banyak menukilkan sejarah umat terdahulu
sebagai iktibar, pengajaran dan panduan semasa umat.
Para pejuang kemerdekaan tanah Melayu sewajarnya dinukilkan dan diketahui masyarakat umum di negara ini tanpa menyorotnya tidak kira latarbelakang ideologi, fahaman politik agama dan bangsa. kerana matlamat sama cuma berbeza pendekatan dalam menentang musuh penjajah dan memerdekakan negara. Label golongan kiri tidak perlu disembunyikan bagi berpegang kepada fakta sejarah perlu dinukilkan tokohnya dalam agenda watan tersebut seperti Burhanuddin el-Hilmy, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakob dll. Begitu juga pahlawan-pahlawan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Hj Abd Rahman Limbung, Mat Salleh, Rentap, dll.

amat penting dikaji dan dihayati untuk kepentingan masa kini dan akan
datang. kalau di Amerika Syarikat subjek sejarah menjadi subjek wajib
dan sesiapa yang memohon kewarganegaran AS semestinya mengetahui dan
membaca tentang sejarah AS. Dimana mengetahui usul sejarah sesuatu
bangasa, tempat dan watan boleh membangkitkan semamangat patriotik
dan kefahaman sebagai warganegara seseorang individu di sesebuah
negara.
Namun
jangan lupa dalam membaca bahan karya berunsur sejarah, sebagai
pembaca juga perlu bijak dan perpengetahuan kerana ianya mungkin
diselewengkan faktanya, kadang kala tafsiran terhadap sejarah
berbeza, bias, prejudis dan tidak adil. Suatu fahaman dan aliran
ideologi boleh mempengaruhi sesorang bahkan penulisan sejarah kadang
kala dipengaruhi aliran fahaman dan aliran seseorang penulis.
Dalam
mengkaji sejarah adalah elok jika dibaca metod pendekatan Ibnu
Khaldun dalam karyanya 'al-Muqaddimah', karya-karya Malek Bennabi. Karya-karya S.M.N. al-Attas dalam karyanya
'Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu' serta karya terbarunya 'Historical fact
and fiction', karya Sheikh Ahmad al-Fatani 'Hadiqah al-Azhar',karya Seyyed Hossein Nasr 'A young muslim's guide to the modern world & Islam Agama, sejarah dan peradaban, karya Tatiana A.Denisova 'Refleksi Historiografi Alam Melayu. Pengkajian sejarah harus bebas daripada bias, proses
penelitian seperti neuristik, verifikasi, interprestasi,
historiografi. dimana perlunya suatu metod dalam memahami bahan
sejarah. Bahkan sesuatu fakta perlu dilihat secara seberapa banyak
untuk diteliti dan dinilai secara menyeluruh dan saling kaitan antara
fakta sejarah bagi membentuk rangkaian kesimpulan yang bermakna dan
jitu. iaitu suatu kefahaman mendalam dalam memahami fakta sejarah
dengan mendalam dan tepat. Menilai sejarah dengan kritis terhadap
fakta dan teks sejarah bahkan menganalisis penulis serta sumbernya.
Sejarah
perlu dilihat secara objektif dan ilmiah tanpa bias dan
kepentingan tertentu dalam mentafsirnya. Ilmu
sejarah adalah ilmu yang menggunakan pendekatan ilmu sosial. hasil
daripada metodologi kajian sejarah itu membolehkan ahli sejarah
melakukan interpretasi sejarah terhadap peristiwa yang dikaji. Interpretasi itu pula bergantung kepada dari segi mana sejarawan itu
melihatnya, dimensi mana yang diperhatikan serta macam mana yang
diungkapkannya. misalnya, jika ia menggunakan pendekatan
politikologis sudah pasti sejarawan itu akan meneliti atau menyoroti
pertentangan kekuasaan, ideologi politik, struktur politik dan jenis
pemerintahan serta kepemimpinan.
Apa jua pendekatan yang digunakannya, pengkaji sejarah memerlukan pengetahuan mengenai konsep dan teori ilmu sosial seperti antropologi, sosiologi, geografi, politik, ekonomi, bahasa, kesusasteraan, falsafah dan ilmu sosial yang lain. malah, dalam keadaan tertentu pengkaji sejarah memerlukan bantuan ilmu sains untuk membuat penilaian mengenai bahan berkaitan fosil, batu bata, bahan purba dan dokumen lama yang dikajinya itu. Sumber peristiwa sejarah itu jugalah kita dapat memahami dan mengenali hukum sebab akibat daripada sesuatu peristiwa supaya boleh diambil pengajaran daripadanya. al-Quran dan al-Hadith serta sanad-sanad kedua-duanya adalah autoriti penentu. ini bermakna mana-mana kaedah sains sosial lain masih bersifat sekunder. Metod tradisi Islam mementingkan sanad, kesahihan sumber, periwayat dalam mengabsahkan sesuatu bahan atau perkara.

Penyelidikan keislaman pada hari ini terutama dari segi persejarahan menerima pakai kaedah sains sosial dan kemanusiaan yang masih dipertikai latarbelakang pembinaannya. Dikatakan kebanyakan persejarahan dan sains sosial pada hari ini dipengaruhi metod barat dan seumpamanya. Perkara ini antara yang dibangkitkan oleh pemikir Melayu S.M.N. Al-Attas.
Umpamanya memahami sejarah aliran fahaman Islam sama ada aliran akidah atau aliran
pemikiran tertentu. Aliran akidah seperti Muktazilah, Syiah, Wahabi dan Sunni. Seterusnya ia berkembang dari sudut pendekatan dari sumber
tadi kepada suatu aliran fahaman daripada aliran tersebut mungkin
menggunakan dengan pelbagai pendekatan dan penjenamaan atau dilabel
antaranya seperti fundamentalis, konservatif, ortodoks, liberal,
progresif,modenis, moderat, islah, tajdid, neo dll.
Warga
sesebuah negara yang buta sejarah dan tidak celik budaya akan
selamanya tidak tahu menghormati prinsip-prinsip hidup berbangsa dan
bernegara . Nilai-nilai murni sesungguhnya terdapat dalam pendidikan
berasaskan sejarah kerana sejarah mengajar kita kekuatan dan
kelemahan silam, sejarah adalah intipati ketamadunan atau peradaban.
Melalui sejarah, kita sedar mengenai kewujudan atau keberadaan
identiti sesebuah negara, masyarakat, kebudayaan dan manusia. Sejarah
memperkatakan hakikat asal-usul. Sejarah perlu dilihat kembali dengan
adil dan kepentingannya dalam arus kehidupan massa sebagai insan
berperadaban dan bertamadun serta mempunyai nilai manfaat
sebagai iktibar dan panduan.
oleh; Rodi@Rizhan
oleh; Rodi@Rizhan