Sebagai seorang yang berkebolehan dalam ilmu Falakiah, beliau berjaya meramal akan berlakunya kejadian gerhana matahari dalam tahun 1928 melalui sebuah risalahnya berjudul "Risalah Nasihat Fasal Gerhana". |
|
Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek dilahirkan pada
tahun 1874 di sebuah desa pedalaman iaitu Kampung Pulau Tengah dalam Mukim
Padang Kerbau, Daerah Kota Star.
Setelah bapanya meninggal dunia, ibunya, Wan Tam
berusaha memberikan pendidikan asas yang secukupnya kepada anaknya seperti
membaca surat-surat jawi dan Muqaddam. Ketika usianya 9 tahun, Haji Wan
Sulaiman belajar Bahasa Melayu di sebuah sekolah kepunyaan Haji Din sehingga
lulus darjah tiga.
Apabila berusia 12 tahun, Haji Wan Sulaiman
dihantar pula belajar membaca al-Quran dan Pengetahuan Agama Islam kepada Tuan
Guru Haji Ismail berasal dari Kelantan. Selepas itu, Haji Wan Sulaiman dihantar
belajar Bahasa Inggeris dengan Doktor Gomez (peranakan Ceylon) yang membuka
klinik perubatannya di Pekan Melayu. Tetapi disebabkan kenakalannya, beliau
sering dimarahi dan dipukul oleh gurunya. Hal itu menyebabkan Haji Wan Sulaiman
enggan meneruskan pengajiannya kerana menganggap gurunya itu berbangsa kafir.
Sejak itulah beliau berazam untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah.
Haji Wan Sulaiman bertolak ke Mekah dengan dibiayai
oleh ibu dan saudara-saudaranya pada tahun 1887. Selama 17 tahun berada di
Mekah, Haji Wan Sulaiman berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu agama Islam
termasuklah bahasa Arab, Nahu, Saraf, Hadis, pembacaan dan pengkajian al-Quran
dan ilmu Falakiah. Dalam masa tiga tahun terakhir, beliau memberikan tumpuan
sepenuhnya terhadap Ilmu Tarekat Naksyabandiyah Mujaddiyah Ahmadiyah. Dari
gurunya iaitu Tuan Sheikh Fakir Muhammad Al-Bukhari, Haji Wan Sulaiman
ditauliahkan Khalifah Tarekat yang ke-34. Sewaktu masih berada di Mekah, Haji
Wan Sulaiman mengahwini Wan Kalsom (Wan Tom) binti Wan Abdul Hamid, anak bekas
Kadi Daerah Yan, Kedah dan dikurniakan 11 orang cahayamata.
Pada tahun 1904, Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menubuhkan Majmuk Ulama untuk membantu baginda mengatasi sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan agama Islam. Majmuk ini mengandungi 12 orang ulama dengan dipengerusikan olen Haji Wan Sulaiman sementara Haji Abdullah Fahim (Pak Him) selaku setiausahanya. Ulama-ulama lain yang menganggotainya termasuklah Sheikh Muhammad Khayat, Sheikh Jarum Derga (Haji Wan ldris Wan Jamal), Haji Ahmad Awang, Haji ldris Ayer Hitam, Haji Muhammad Saman (Keramat Serban Hijau), Haji lbrahim Paya Sena, Haji Muhammad Arif Sungai Nonang dan Haji Hussain Nasir Al-Banjari (Tuan Hussain Kedah). Majmuk ini berkumpul setiap malam Jumaat di Masjid Zahir untuk bermuzakarah hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.
Pada tahun 1904, Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menubuhkan Majmuk Ulama untuk membantu baginda mengatasi sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan agama Islam. Majmuk ini mengandungi 12 orang ulama dengan dipengerusikan olen Haji Wan Sulaiman sementara Haji Abdullah Fahim (Pak Him) selaku setiausahanya. Ulama-ulama lain yang menganggotainya termasuklah Sheikh Muhammad Khayat, Sheikh Jarum Derga (Haji Wan ldris Wan Jamal), Haji Ahmad Awang, Haji ldris Ayer Hitam, Haji Muhammad Saman (Keramat Serban Hijau), Haji lbrahim Paya Sena, Haji Muhammad Arif Sungai Nonang dan Haji Hussain Nasir Al-Banjari (Tuan Hussain Kedah). Majmuk ini berkumpul setiap malam Jumaat di Masjid Zahir untuk bermuzakarah hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.
Pada awal tahun 1906, Kerajaan Kedah melantiknya
bertugas sebagai Kadi yang kemudiannya menjawat jawatan Kadi Besar dalam tahun
1910. Bidang kerjayanya semakin bersinar apabila beliau dilantik selaku Syeikhul
Islam Kedah menggantikan Sheikh Muhammad Khayat pada tahun 1920.
Di samping tugas rasminya sebagai Ketua Pentadbir
Undang-undang dan agama Islam, beliau banyak mencurahkan segala ilmu
pengetahuan yang dipelajarinya di Mekah selama 20 tahun kepada orang ramai di
seluruh negeri. Selain daripada orang awam, para pelajarnya termasuklah guru
agama, imam dan Pegawai-pegawai Kerajaan. Beliau bukan sahaja menyampaikan
kuliah agama di Masjid Negeri, tetapi juga di madrasah tempat kediamannya di
Limbong Kapal, Alor Star secara bergilir-gilir pada waktu malam. Beliau juga
sering menyampaikan ceramah agama di beberapa buah masjid di daerah lain
seperti Bandar Baharu, Kulim dan Yan. Beliau berulang-alik ke tempat tersebut
pada mulanya dengan kereta kuda dan kemudiannya dengan motokar Austin bernombor
K 51.
Haji Wan Sulaiman amat menentang keras segala
ajaran sesat yang menyeleweng dari segi iktikad dan ajaran agama Islam seperti
amalan khurafat dan bida'ah yang masih berkembang subur pada masa itu.
Amalan-amalan tersebut termasuklah memohon atau bernazar sesuatu pada kuburan
yang dianggap keramat, menjamu hantu jembalang dan berubat secara menurun
(melupakan diri). Satu-satunya amalan khurafat yang pernah dihapuskan oleh Haji
Wan Sulaiman di Bandar Alor Star ialah amalan berkenduri nasi kunyit dan
"mandi susu' di tangga atau perkarangan Balai Nobat kerana menunaikan
sesuatu niat atau nazar. Beliau juga tidak bersetuju masyarakat Melayu
mengadakan kenduri bubur asyura sewaktu menyambut "Hari Asyura" pada
10 Muharram setiap tahun tanpa mengadakan pengkisahan sejarah atau peristiwa
mengenainya. Beliau juga menolak "Adat Persandingan" dalam upacara
perkahwinan masyarakat Melayu yang menurutnya mencemar kesucian agama Islam
kerana bercanggah dengan ajaran agama Islam sebenar.
Dalam bidang pendidikan, beliau berusaha
memperbaiki kaedah pengajaran al-Quran yang ketika itu, diasingkan daripada
matapelajaran lain di sekolah Melayu. Kaedah baru yang disusun oleh beliau
telah diterima oleh pihak kerajaan Kedah dan ini membolehkan kanak-kanak
menamatkan pengajian al-Quran dalam masa yang singkat. Beliau juga menubuhkan
sebuah sekolah agama moden pada tahun 1916 yang diberi nama "Madrasah
Al-Hamidiah" mengambil sempena nama Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sebagai
sebuah sekolah agama Islam moden yang pertama di Kedah dan terawal di
Semenanjung, sudah pasti ianya mengikut sistem pendidikan moden dari segala
aspek seperti jadual waktu, buku teks, loceng, sukatan pelajaran, peperiksaan
untuk naik darjah, guru-guru yang berpengkhususan dan pemberian sijil kepada
pelajar yang lulus atau berjaya menamatkan pengajian sehingga darjah lima.
Madrasah Al-Hamidiah yang lebih dikenali sebagai
Madrasah Pak Wan Sulaiman atau Sekolah Arab Limbong Kapal itu telah berjaya
melahirkan ramai pelajar yang berkelulusan dalam pelbagai bidang seperti
menjadi pentadbir, kadi, guru dan pemimpin masyarakat. Antara tokoh-tokoh
terkenal termasuklah Dato' Sheikh Abdul Majid bin Mohd. Noor iaitu bekas
Pengetua Maktab Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Hal Ehwal Islam Kedah;
Allahyarham Sheikh Saad bin Said, Pengasas Sekolah Attarbiatul-lslamiah dan
bekas Kadi Besar Kedah dan Allahyarham Sheikh Salleh bin Shamsuddin, Guru
Maktab Mahmud. Haji Wan Sulaiman bersama dengan Tunku Mahmud kemudiannya
merancang untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah agama yang lebih tinggi
pengajiannya. "Al-Ma'hadil Mahmud" atau Maktab Mahmud yang terletak
di Simpang Kuala, Alor Star telah dibina pada 16 Jun 1936 iaitu setelah setahun
kematian Haji Wan Sulaiman. Maktab ini mengambil sempena nama Tunku Mahmud.
Dalam bidang karang mengarang, Haji Wan Sulaiman
sering digandingkan dengan Tuan Hussain Kedah. Kedua mereka banyak menghasilkan
karya-karya agama dalam bentuk kitab dan risalah. Sebagai pengarang yang gigih
Haji Wan Sulaiman telah menghasilkan sebanyak 20 buah karya yang mencakupi
pelbagai bidang. Beliau juga menghasilkan karya-karya bercorak pendidikan dalam
bentuk puisi iaitu syair atau nazam. Hampir semua judul karyanya yang lain itu
terdapat dalam bahasa Arab. Haji Wan Sulaiman banyak menyentuh tentang
pentingnya mempelajari ilmu Tarekat Naksyabandiyah yang mempunyai
kelebihan-kelebihan tertentu dalam karyanya. Perkara ini banyak dibicarakan
olehnya dalam beberapa karyanya seperti Putuhatul-Kadihiyat, Nihayatul-Matlub,
Haudhul-Maurud, Nursataak, Fakihatun-Janiah dan Mizanul-uklali wal-Udaba. Salah
sebuah karyanya yang berbentuk syair atau nazam berjudul "Nazam Qasidah
Lagu lbyari" telah dihasilkan olehnya di atas keretapi dalam tahun 1926
ketika turut mengiringi Tunku Mahmud ke Bangkok. Isi puisi tersebut mengandungi
huraian tentang "Aqaidul-Iman' di mana amat sesuai diajar kepada
kanak-kanak terutamanya di peringkat asuhan atau pra sekolah melalui lagu atau
nasyid.
Sebagai seorang yang berkebolehan dalam ilmu
Falakiah, beliau berjaya meramal akan berlakunya kejadian gerhana matahari
dalam tahun 1928 dan dapat menerangkan kejadian gerhana itu secara saintifik
melalui sebuah risalahnya berjudul "Risalah Nasihat Fasal Gerhana".
Sehubungan dengan ini, Haji Wan Sulaiman pemah mengeluarkan siaran pekeliling
untuk membantu para petani dalam hal mengerjakan sawah di mana mengandungi
jadual musim-musim piama bendang di negeri Kedah.
Haji Wan Sulaiman meninggal secara mengejut di
rumahnya di Limbong Kapal pada 28 Muharam 1354 bersamaan 2 Mei 1935 iaitu dalam
usia 61 tahun.