NGO harus menjadi kelompok semak imbang kepada mana-mana parti dan juga menjadi kumpulan pendesak ( pressure group ) yang mewakili kelompok masyarakat sivil.NGO yang sihat pembawa kebaikan dalam perkembangan demokrasi negara. NGO tidak boleh dirantai dengan perjuangan parti politik kerana ia akan menyempitkan lagi perjuangan sesebuah badan tersebut.Signifikan kalau dilibatkan NGO dalam komponen pentadbiran kerajaan supaya pembuatan keputusan juga ada suara dari NGo yang boleh diketengahkan.
NGO akan sentiasa memantau padang permainan demokrasi yang ada. berfungsi sebagai third force dalam masyarakat sivil mahupun kerajaan bagi memastikan matlamat yang ingin capai iaitu melihat wujudnya masyarakat madani yang berintegriti pada suatu masa akan datang.
Norma masyarakat demokratik memandangkan dalam sistem masyarakat demokratik, selain kewujudan organ politik dan peniaga, peranan organ masyarakat sivil atau perjuangan menerusi pentas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) “tulen” adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan sebagai medan penerus pembangunan masyarakat.
Tujuan utama ditubuhkan NGO adalah sebagai wadah yang membawa suara marhein untuk “semak dan imbang” terhadap setiap satu dasar yang digubal pihak pemerintah bagi memastikan ia benar-benar memenuhi kepentingan masyarakat umum. NGO sebagai pusat roda yang dikelilingi parti politik. Walau siapa yang berada di atas atau siapa yang berada di bawah, NGO tetap utuh sebagai pusat di tengah-tengah yang bertanggungjawab memastikan roda secara keseluruhannya bergerak dengan lancar.
Lantaran itu, pendekatan “non-partisan” dan “independent political force” harus dijadikan sebagai prinsip yang fundamental dalam menggerakkan agenda perjuangan “civil society” ini. Sebagai aktivis dan pimpinan NGO, seharusnya bebas dari keterikatan mana-mana parti politik dan ketaksuban politikus yang akhirnya akan mencengkam idealisme perjuangan NGO itu sendiri.
Suara NGO adakalanya senada dengan parti pemerintah dan adakalanya bersama parti pembangkang dalam sesuatu isu berlandaskan kepentingan mendalam demi melanjutkan prioriti kepentingan masyarakat umum.
Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih besar berbanding kerajaan dalam membantu mensejahterakan kehidupan masyarakat dunia. golongan NGO yang akan berfikir sekali gus mencipta atau mewujudkan resolusi bagaimana wang kerajaan perlu dibelanjakan dalam usaha mensejahterakan masyarakat tanpa mengira bangsa, pangkat, keturunan dan agama.
Kepentingan NGO sebagai rakan pembangunan negara atau “smart partnership building” dengan senantiasa mendengar pandangan dan kritikan NGO, serta menghormati prinsip dan pendirian sesebuah NGO dalam sesuatu isu.
Malah NGO juga berpendapat keputusan tidak menjadi ahli gabungan adalah satu pilihan tepat kerana ia tidak akan menyekat usaha mereka untuk memberikan pandangan dan pendapat.
NGO adalah sebagai wadah yang membawa suara marhaen untuk ‘semak dan imbang’ terhadap setiap satu dasar yang digubal pihak pemerintah bagi memastikan ia benar-benar memenuhi kepentingan masyarakat umum. NGO bersifat Islamik perlu mempunyai jatidiri dengan teras utama agama dari sudut terpenting akidah sunni, dalam hal lain tiada masalah jika perlunya diliberalisasikan namun bab akidah perlu diutuhkan tanpa digugat. Kerana dalam pemikiran harus keterbukaan begitu juga dalam pendekatan dan perlaksanaan.
NGO harus digerakkkan supaya menjadikuasa ketiga bagi kebaikan Negara dalam membina perpaduan, idealisme dan ketamadunan. Namun ahlo NGO sewajarnya bebas partisan dan bijaksana dalam mengenengahkan idea, pandangan dan kritikan membina. NGO tidak harus menjadi alat mana-mana pihak yang berkepentingan sama ada bagi tujuan pollitik dan kemashuran kedudukan dan pangkat serta kepentingan peribadi. Keutuhan NGO adalah kerana kerjasama dan pimpinan yang bijaksana dan berkaliber.Konsep syura pati utama kejayaan halatuju sesebuah NGO serta implementasi.
Dalam arus massa NGO bersifat kemanusiaan, kebajikan, pendidikan, sosial, keilmuan, ekonomi adalah perlu ditekankan kerana setiap NGO mempunyai fokusnya tersendiri. Khidmat dan semangat kesukarelawan ahli NGO perlu disuburkan serta jalinan sesama NGO glokal. Gerakan NGO yang menjadi model dunia hari ini antaranya pimpinan Fethullah Gulen yang menekankan ekonomi, pendidikan, dialog, wacana ilmiah, media, perniagaan, sosial, kebajikan dan dikatakan melibatkan pelbagai bidang yang banyak telah berjaya namun tradisi agama,ilmiah dan hikmah terus diutuhkan.