TAJDID PENGUKUHAN AKIDAH DAN PENCERAHAN FAHAMAN
Islam agama massa dan sepanjang zaman serta pembawa rahmat lagi menepati tuntutan fitrah manusia. Akidah merupakan teras agama Islam dan insan muslim, justeru akal harus diberi kefahaman yang betul dan tepat agar akidah tetap kukuh dan tidak goyah. Begitu juga Kecelaruan dalam pelbagai perkara kalangaan umat Islam lantaran disebabkan pelbagai definisi diatas sesuatu perkara serta tidak tepat didalam memahami makna sesuatu lantaran pelbagai andaian tafsiran dan makna tersendiri.
Sahib as-Samahah menekankan pentingnya makna sesuatu definisi agar dapat difahami akal dengan betul dan tepat. Dalam hal ini beliau memberikan apa itu ta’rif al-ta’rif sebelum melangkau jauh kedalam perbahasan ilmiah dan seumpamanya. Perselisihan berlaku kerana tiada kesepakatan dalam makna sesuatu perkara. Kenapa kalangan ilmuan agama tiada sepakat dalam memberi makna dan ta’rif. Kalangan ulama bagaikan tiada bahasa persekutuan bagi menyatukan makna sebenarnya dalam perkara agama. Saranan Quran dan Hadis sekadar slogan dan laungan bacaan sahaja. Intipati dan panduan keduanya tidak dihayati namun terus bersuara agar kembali kepada al-Quran dan sunnah dengan fahaman sendiri, sungguh pelik…
Ta’rif al-Taarif iaitu (mendatangkan sesuatu makna dengan tepat kalangan ahli pakar sesuatu bidang).
Dalam hal ini banyak sesuatu perkara dihukumkan tidak tepat lantaran kejahilan ilmu atau ketiadaan mengetahui makna dengan tepat seperti tuduhan sesat, bidaah, kufur, syirik dan sebagainya. Justeru umat Islam terus bertelingkah dan bercelaru dalam perkara tersebut dan memecahbelahkan lantaran pelbagai fahaman dan tafsiran .
Umpamanya membahagikan tasawuf sunni dan tasawuf falsafi walhal apa yang difahami dari nas dan daripada Rasulullah SAW Tasawuf adalah perkara amali dan zauqiah , perkara yang dikatakan falsafi sebenarnya pengalaman zauqiah yang sukar dibicarakan melainkan kalangan ahlinya. Lantaran tokoh sufi Syeikh Ibn Arabi dan Syekh Mansur al-Halaj dituduh sesat dan menyeleweng dikalangan musuh Islam dan kalangan yang mengingkarinya. Syeikhul al-Azhar Dr Ahmed al-Tayeb menulis khusus bagi menolak tuduhan golongan yang memfitnah dan menuduh kesesatan kedua mereka. Perkara yang disabitkannya diselewengkan makna dengan makna tersendiri dan bertentangan dengan makna sebenarnya. Justeru pesanan Hadis Qudsi agar umat Islam tidak memusuhi para wali Allah telah menjerat kalangan umat Islam yang jahil dengan makna sebenarnya atau secara sengaja terjerumus memusuhi para auliyaa’ .
Begitu juga perkara tasawuf tidak dirujuk kepada ahlinya walhal dalam perkara lain begitu cepat ingin mencari ahlinya lantaran anti atau mencari pasal atau secara tidak sengaja. Tuduhan Wihdat al-Wujud dengan fahaman Pantheisme atau percantuman tuhan dengan makhluk walhal makna sebenarnya ialah merujuk kepada wujud hakiki dimana semua makhluk daripadanya iaitu Nur Muhammad (al-aql al-Awwal). Begitu juga tuduhan wihdah al-Adyan sebagai pluralisme walhal makna sebenarnya ialah kesatuan agama ilahi samawi iaitu Islam sebagaimana Firman Allah Taala ‘sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam’. Begitu juga dalam surah al-Zumar :4
Banyak kecelaruan seperti ayat yadullah dinisbahkan sebagai ju’iyyah atau ainiyyah walhal makna sebenarnya milkiyyah begitu juga AllaHu Akhbar dengan maksud Allahu akhbar min an Yu’raf. Asma’ Husna menghimpunkan antara Jalal dan Jamal kecuali ar-Rahman bagi memaparkan Kamaliah Allah Taala.
Dalam konteks Ilmu tauhid yang disusun Imam Asyaari (pengasas aliran Asyairah) iaitu sifat 20, terus diingkari golongan wahabi dengan tuduhan ianya daripada falsafah Yunani semata-mata dan ingin menggantikannya dengan tauhid 3 iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat serta mengiktiraf golongan musyrik bertauhid jelas bertentangan faham ASWJ dan pembahagiannya melemahkan akidah dan kecelaruan makna sebenarnya. Perdebatan ini terus menyelubungi kalangan umat Islam hari ini.
Justeru Sahib as-Samahah memberi makna kepentingan memahami makna tauhid agar selamat akidah dan kukuhnya akidah iaitu tauhid ialah( menafikan keesaaan Zat dari bilangan dan menafikan yang tunggal dari berbilang). Maknanya Ahadiah (keesaan) yang ada pada tuhan tidak sama dengan makhluknya dan wahidiah (sifat tunggalnya) pun sedemikian. Umpamanya menisbahkan sifat mahkluk dengan asma’ husna .
Sahib as-Samahah menyatakan Muqtadaiyyat al-Uluhiyyah (kriteria ketuhanan) yang bertujuan membezakan antara khaliq dengan makhluknya agar selamat dari segi akidah dan kefahaman.
1. As-Sabq (dahulu dan tiada yang mendahuluinya serta bebas dari ruang dan waktu) lawannya masbuq.
2. Al-Itlaq (Mutlak ) lawannya muqayyad.
3. Az-Zatiah (esa dan tiada yang membantunya) lawannya Muktasabah.
4. As-Sarmadiah (kekal berterusan ) lawanya terhad dan terbatas.
Keempat perkara diatas adalah bagi membezakan khaliq dengan makhluknya dan suatu kaedah yang dapat memantapkan akidah dan pencerahan fahaman akal muslim. Dengan memahaminya dapat membebskan daripada kerosakan dan penyelewengan seperti (awhal tauhid):
1. Hulul (yakni meyakini Allah taala berada dalam makhluknya.
2. Ittihad (kesatuan atau percantuman)
3. Tashbih (menyerupakan/ mensifatkan sama dengan makhluk)
4. Ta’til (menafikan fungsi asma’Nya) dengan anggapan Allah Taala melakukan sesuatu perkara dengan zatnya sendiri.
Apabila dikaji dengan akal dan kefahaman yang sebenar jelaslah bahawa umat Islam boleh selamat daripada penyelewengan, kesesatan, kesyirikan dan kekufuran sekiranya memahami makna sebenar ilmu tauhid dan ilmu akidah dan memahami perkara yang menggugatnya.
Selamat dan murni akidah, justeru jelaslah tawasul tiada apa masalah kecuali golongan akidah yang goyah dan masih was-was dengan konsep tauhid atau kerana tipu daya syaitan atau juga tidak merujuk kepada fahaman ASWJ atau menolak kalangan ulama hakiki. Para rasul dan wali adalah makhluk yang dipilih dan terpilih dan mempunyai barakah. Bagi insan muslim boleh merujuknya sebagaimana saranan al-Quran dan Hadis, Justeru pengukuhan akidah dan pencerahan fahaman dengan makna sebenarnya dengan faham Quran dan Sunnah adalah dengan merujuk kepada ulama Hakiki seperti saranan mencari wali mursyid dan ahli zikir, inilah kunci kepada umat Islam dalam memahami sebenar dengan tepat dan sahih dan bukanya dengan akal sendiri yang terbatas lagi banyak tipudaya kerana manusia tidak mampu memahami al-Quran dan Sunnah dengan tepat kecuali para ulama' pewaris kepada para anbiyaa'.
Kembalilah sebagaimana saranan nas kerana inilah jalan yang diredhai Ilahi dan waspadalah bahayanya penyelewengan akidah atau lemahnya akidah. Kerana dimaksudkan akidah ialah tauhid yang mantap dan kefahaman yang jelas. Semoga dengan penerangan Sahib as-Samahah menjadikan akidah kita semakin mantap dan kukuh serta jernih akal dan fahaman. Justeru pencerahan akal dengan kefahaman yang betul dengan pemantapan akidah yang sebenar dan hakiki menjadi suatu kemestian terhadap insan muslim. Sememangnya akidah adalah teras dan asas terpenting dan utama. Tajdid adalah diperlukan bagi memurnikan dan memberi nafas baru dalam memahami agama dan ulum ad-din serta penghayatannya. Wallahu a’lam.