ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

TATABAHASA SUFI (Syarah Ajurumiah) oleh Syekh Ibnu Ajibah




Buku ini wajar dimiliki bagi mereka yang meminati ilmu Tasawuf dan tatabahasa Arab (nahu Matan Ajurumiah) karya Syekh Muhammad bin Muhammad b Daud b Ajurum as-Sinhaji (672-723/1273-1323)berasal dari Fez, Maghribi.Ajurrum dalam bahasa Berber,Maghribi bermakna al-faqir as-sufi.  Karya beliau merupakan asas bagi mempelajari ilmu bahasa Arab. Karya ini dihuraikan menurut pendekatan ilmu tasawuf oleh ulama Sufi Syeikh Ibnu Ajibah iaitu Syekh Ahmad b Muhammad b al-Mahdi b Ajibah al-hasani(1160-1224/1747-1809)berasal dari Maghribi. Karya ini melihatkan kesepaduan dan kehebatan bahasa Arab yang mempunyai roh Islami. Dimana ilmu nahu sepakat dengan ilmu tasawuf dan saling berkait dan berhubung diantara keduanya. Golongan Sufi dan ulama’ Rabbani mampu melihat kesepaduan ilmu-ilmu dan ditulis bagi tatapan para pembaca dan umat Islam. Sehubungan itu, karya terjemahan ini sepatutnya dimiliki oleh para penuntut ilmu, ilmuwan dan lain-lain. Karya ini juga sesuai dinamakan Nahu al-Qulub.

Judul : TATABAHASA SUFI (Syarah Ajurumiah) 
Penulis :  Syeikh Ibnu Ajibah r.a.
Penterjemah : TGKH Abdul Aziz Sukarnawadi
Harga :  RM 25 
Penerbit :  Badan Penerbitan dan Penterjemahan Nahdatul Watan NW

Bagi pembelian secara pos termasuk kos pengeposan blh hubungi Pustaka al-Baqir, Kelantan. http://pustaka-albaqir.com/  hp: 0139363693 http://www.facebook.com/jamillangkasuka