ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Hubungan Ulama' al-Azhar di Malaysia

Hubungan Ulama Al-Azhar Di Malaysia:
Satu Tinjauan Sekitar Abad Ke-21.


Abstrak

Al-Azhar merupakan sebuah institusi Islam yang terulung dan tertua di dunia. Ia telah berjaya melahirkan ulama yang muktabar dan bertaraf dunia. Kedudukan ini menarik kedatangan para pelajar dari seluruh pelusuk dunia untuk datang belajar di Mesir khususnya di Universiti al-Azhar. Penuntut lepasan al-Azhar seterusnya telah membentuk satu hubungan yang berterusan antara al-Azhar dengan lepasannya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Artikel ini merupakan suatu kajian tentang hubungan yang terbentuk, manhaj, pengaruh, perkembangan dan kesan kepada umat Islam di Malaysia. Daripada kajian ini, dapat dianalisis bahawa hubungan ini memberi faedah kepada agenda dakwah Islamiah, pemerkasaan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah dan juga sebagai jaringan strategik kepada pihak kerajaan Malaysia bagi kepentingan agama, negara, dan ummah.

Pendahuluan

Al-Azhar yang berada di Mesir 'ardu kinanah' mewarisi barakah dan muncul sebagai pusat ulumuddin serta menjadi paksi aliran sunni kepada umat Islam sedunia. Semenjak kewujudannya yang diasaskan pada tahun 970, al-Azhar1 terus unggul dan menjadi tumpuan para penuntut kalangan warga Mesir dan seluruh dunia. Para ulama al-Azhar mempunyai ilmu yang holistik dan bersifat moderat. Mereka menjadi tumpuan dan rujukan dalam bidang agama serta bertaraf alami (global) dan muktabar.

Penuntut al-Azhar

Penuntut lepasan al-Azhar merupakan pelopor kepada jaringan dan hubungan dengan al-Azhar atau ulamanya sejak berzaman, sama ada melalui hubungan keilmuan, karya kitab, amalan dan pengaruh pemikiran. Ia memberi kesan kepada perkembangan dakwah Islamiah, kebangkitan fahaman kesedaran beragama, politik Islam serta mencetuskan jaringan yang lebih formal. Lepasan al-Azhar mendapat tempat dalam masyarakat hasil penglibatan aktif mereka dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, dakwah, politik, pentadbiran, akademik dan perniagaan.

Sehingga kini Universiti al-Azhar telah dipimpin oleh 43 orang ketua yang memakai gelaran Syeikh al-Azhar:

1.Syeikh Muhammad al-Qurashi ( - 1690)
2. Syeikh Ibrahim al-Baramawi (1690 – 1694)
3. Syeikh Muhammad al-Nasharti (1694 – 1708)
4. Syeikh Abd al-Baqi al-Qillini (1708 – 1711)
5. Syeikh Muhammad Shannan (1711 – 1720)
6. Syeikh Ibrahim al-Fayyumi (1720 – 1724)
7. Syeikh Abd-Allah al-Shabrawi (1724 – 1757)
8. Syeikh Muhammad al-Hifni (1757 – 1767)
9. Syeikh Abd al-Ra'uf al-Sijjini (1767 – 1768)
10. Syeikh Ahmad al-Damanhuri (1768 – 1776)
11. Syeikh Ahmad al-Arousi (1778 – 1793)
12. Syeikh Abd-Allah al-Sharqawi (1793 – 1812)
13. Syeikh Muhammad al-Shanawani (1812 – 1818)
14. Syeikh Muhammad al-Arousi (1818 – 1829)
15. Syeikh Ahmad al-Damhuri (1829 – 1830)
16. Syeikh Hassan al-Attar (1830 – 1834)
17. Syeikh Hassan al-Quwaisni (1834 – 1838)
18. Syeikh Ahmad Abd al-Jawwad (1838 – 1847)
19. Syeikh Ibrahim al-Bayjuri (1847 – 1860)
20. Syeikh Mustafa al-Arousi (1864 – 1870)
21. Syeikh Muhammad al-Abbasi (1870 – 1882), (1882 – 1886)
22. Syeikh Muhammad al-Inbabi (1882 – 1882), (1886 – 1895)
23. Syeikh Hassouna al-Nawawi (1896 – 1900), (1909 – 1909)
24. Syeikh Abd al-Rahman al-Nawawi (1900 – 1900)
25. Syeikh Salim al-Bishri (1900 – 1904), (1909 – 1916), (1916 – 1927)
26. Syeikh Ali al-Biblawi (1904 – 1905)
27. Syeikh Abd al-Rahman al-Shirbini (1905 – 1909)
28. Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi (1928 – 1929), (1935 – 1945)
29. Syeikh Muhammad al-Ahmadi al-Zawahri (1929 – 1935)
30. Syeikh Mustafa Abd al-Raziq (1945 – 1947)
31. Syeikh Muhammad Ma'moon al-Shinnawi (1948 – 1950)
32. Syeikh Abd al-Majid Salim (1950 – 1951), (1952 – 1952)
33. Syeikh Ibrahim Hamrush (1951 – 1952)
34. Syeikh Muhammad al-KhiDr. Husain (1952 – 1954)
35. Syeikh Abd al-Rahman Taj (1954 – 1958)
36. Syeikh Mahmud Shaltut (1958 – 1963)
37. Syeikh Hassan Ma'moon (1963 – 1969)
38. Syeikh Muhammad Muhammad al-Fahham (1969 – 1973)
39. Syeikh Abd al-Halim Mahmud (1973 – 1978)
40. Syeikh Muhammad Abd al-Rahman Bisar (1979 – 1982)
41. Syeikh Jadul-Haqq Ali Jadul-Haqq (1982 – 1996)
42. Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi (1996 – 2010)
43. Syeikh Dr. Ahmed al-Tayyib (2010 – kini)

Al-Azhar juga mempunyai barisan ulama (Jabha Ulama) yang menduduki anggota Institut Penyelidikan al-Islamiah al-Azhar (Mujamma' Buhuths al-Islamiyyah)2 iaitu:

1. Prof. Dr. Syeikh Ali Jum’ah
2.Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq
3.Prof. Dr. Syeikh Mohamad Wasil
4.Dr. Syeikh Ahmad Omar Hashim
5.Prof. Dr. Nasr Farid
6.Syeikh Mahmud Asyur
7.Prof. Dr. Ismail al-Daftar
8.Prof. Dr. Syeikh Judah al-Mahdi
9.Dr. Mohamad Syahat al-Jundi
10.Dr. Mohamad al-Ahmadi Abu Nour
11.Prof. Dr. Abdul Fatah Syeikh
12.Dr. Mohamad Mokhtar al-Mahdi
13.Prof. Dr. Qasabi Mahmud Zilat
14.Dr. Mahmud Imbabi
15.Dr. Hamad Abu Talib
16.Dr. Abdul Aziz Ghanim
17.Dr. Mohamad Abu Fadl al-Qausi
18.Dr. Taha Abu Rish
19.Dr. Abdul Rahman al-Adami
20.Prof. Dr. Abdul Mo’ti Bayumi
21.Syeikh Abdul Fatah A’lam
22.Syeikh Ali Abdul al-Baqi
23.Syeikh Amr al-Dib
24.Syeikh Ali Fathullah
25.Syeikh Fauzi al-Zafzaf
26.Dr. Mohamad Rejab al-Bayumi
27.Dr. Mohamad Rafat Osman
28.Prof. Dr. Mohamad Imarah
29.Dr. Ibrahim BaDr.an
30.Dr. Ahmad Mal Abu Majd
31.Dr. Hasan Abas Zaki
32.Dr. Mohamad Syauqi al-Fanjari
33.Prof. Dr. Mahmud Imarah
34.Prof. Dr. Mustafa Sya’kah
35.Dr. Mustafa Mohamad Rajai Atiah
36.Dr. Abdullah al-Husaini Hilal
37.Prof. Dr. Mahmud Mohamad Mehna
38.Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi
39.Dr. Sayyid Ali al-Hashimi (U.A.E.)
40.Dr. Abdul Salam Ibadi (Arab Saudi)
41.Dr. Mustafa Abdul Wahid (Arab Saudi)
42.Dr. Syeikh Mohamad Rasyid Qabbani (Lubnan)
43.Syeikh Hamudah Abdul Hamid (Yaman)
44.Dr. Ahmad al-Imam (Sudan)
45.Syeikh Ahmad Saud (Oman)

Semenjak al-Azhar menubuhkan sistem pengajian universiti secara moden, seramai 11 orang Rektor al-Azhar telah direkodkan mengetuai pentadbiran Universiti al-Azhar, antaranya:

1.Prof. Dr. Mohamad Mohamad Amar al-Bahi (1961 - 1964)
2.Prof. Dr. Ahmad hasan al-Baquri (1964 - 1969)
3.Prof. Dr. Badawi Abdul Latif Iwad (1969 - 1974)
4.Prof. Dr. Mohamad Hasan Faid (1974 - 1979)
5.Prof. Dr. Iwadullah Jad Hijazi (1979 - 1980)
6.Prof. Dr. Mohamad al-Tayyib an-Najjar (1980 - 1983)
7.Prof. Dr. Mohamad as-Saadi Farhud (1983 - 1987)
8.Prof. Dr. Abdul Fattah Husaini as-Syeikh (1987 - 1995)
9.Prof. Dr. Ahmad Omar Hashim (1995 - 2003)
10.Prof. Dr. Ahmed Mohamed Ahmad al-Tayyib (2003 - 2010)
11.Prof. Dr. Abdullah al-Husaini (2010 - kini)

Ulama al-Azhar juga mendapat tempat di institusi-institusi hal ehwal Islam yang lain di Mesir seperti Dar al-Ifta'3, Majlis A'la Syuun Islamiah4, dan Majlis A'la Turuq Sufiah5. Bahkan kaitan kesemua institusi Islam tersebut dengan al-Azhar tidak dapat dipisahkan, dan saling berkaitan antara satu sama lain. Institusi tersebut terus mewarisi dan melahirkan para ulama yang ulung dan berwibawa dalam bidang masing-masing seperti hal ehwal fatwa, tasawuf dan tariqat sufi.

Kewibawaan Mesir terserlah apabila ia menjadi rujukan, khususnya berkaitan hal ehwal Islam. Ini menepati dengan firman Allah SWT :

...        
(Surah al-Anbiyaa’, ayat 7)

Terjemahan:
...Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu’dz-Dzikri jika kamu tidak mengetahui.

Kesempatan belajar di Universiti al-Azhar telah diambil peluang oleh para pelajar untuk menuntut ilmu dengan para ulama al-Azhar dan juga dengan ulama Mesir yang lain. Kepulangan mereka ke negara mereka membawa pulang karya kitab, pemikiran dan ilmu yang dipelajari di Mesir untuk disebar dan dikembangkan di tanah air. Justeru hubungan antara guru dengan murid terus wujud sama ada dari sudut ilmiah, amalan, dan pemikiran. Hasil daripada ini telah terbentuk suatu hubungan dan jaringan yang tersendiri di kalangan lepasan al-Azhar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia terus berkembang seiring dengan arus massa.

Firman Allah SWT :

                 

(Surah at-Taubah, ayat 122)

Terjemahan:
Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)

Manhaj Hubungan/Jaringan Ulama al-Azhar Sekitar Kurun ke-21

Pengajian di Mesir membuka ruang dan peluang untuk para pelajar Malaysia untuk mendalami ilmu-ilmu agama sama ada di kuliah, masjid, dewan, markas ataupun di rumah-rumah syeikh iaitu dengan talaqi kitab, menghadiri kuliah, catatan muhadharah, mengambil sanad ilmu, sanad kitab dan ijazah khususnya ijazah amalan zikir dan wirid. Kepentingan mempelajari ilmu adalah dengan berguru dan bersanad6. Bagi mengambil barakah, mengetahui rantaian perguruan sehingga empunya pengarang kitab atau sanad yang berkesinambungan sampai kepada Rasulullah SAW merupakan suatu kerangka tradisi warisan Nabawi. Ini bertujuan memastikan suatu ilmu khususnya ilmu agama dapat difahami dengan betul daripada sumber yang sahih dan dengan manhaj yang betul.

Kurun ke-20 dan ke-21 mencatatkan ramai pelajar Malaysia yang berkelana menuntut ilmu di al-Azhar. Dalam tempoh tersebut juga ramai pelajar tamat pengajian mereka dan kembali ke Malaysia. Mengikut rekod, orang Melayu pertama yang pernah menuntut di al-Azhar ialah Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fathani (seorang ulama Melayu yang tersohor di Nusantara dan Mekah) iaitu pada awal 1870-an.7Justeru kesinambungan tradisi ilmiah ini berterusan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, lepasan al-Azhar ini membawa ilmu yang dipelajarinya termasuk kitab yang dibeli dan dipelajari di Mesir untuk dijadikan bahan pengajaran dan rujukan. Terdapat juga di kalangan mereka yang menjadi pemimpin, bekerja di agensi kerajaan dan swasta, mengajar di sekolah atau institusi pengajian tinggi tempatan, dan berniaga.

Yayasan Islam Kelantan semenjak tahun 1994 sehingga kini menggunakan sukatan pengajian Maahad al-Azhar dalam subjek-subjek pengajian Islam bagi sekolah di bawah kelolaannya. Pada millenium ini, ramai usahawan dan syarikat tempatan yang membekal kitab-kitab Arab khususnya dari Mesir untuk pasaran tempatan. Kitab-kitab inisemakin mendapat perhatian orang ramai, perpustakaan awam dan institusi pengajian tinggi.8

Agensi seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Pejabat Menteri Besar Pahang, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sering mengadakan seminar, wacana dan multaqa sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Para ulama dari al-Azhar, Mesir dijemput hadir sebagai tetamu dan pembentang kertas kerja. Contohnya, Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar 2008 ialah multaqa pertama yang dianjurkan oleh al-Azhar di luar Mesir dan merekodkan kedatangan ulama al-Azhar yang paling ramai di Malaysia. Kerjasama dan penghantaran tenaga pengajar al-Azhar ke Malaysia juga diteruskan antaranya oleh Universiti Sains Islam Malaysia, Kolej Universiti Insaniah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tenaga pengajar tersebut juga dilantik sebagai panel oleh pihak pengurusan universiti masing-masing. Jabatan Perkhidmatan Awam juga menguruskan penghantaran penjawat awam di kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam untuk mengikuti kursus Dakwah dan Pengurusan Fatwa selama tiga bulan di Mesir.

Badan Bukan Kerajaan/Non-Governmental Organization (NGO) juga memainkan peranan penting dalam membentuk jaringan dengan menjemput ulama al-Azhar bagi seminar, wacana, multaqa, dan kerjasama ilmiah. Antara badan bukan kerajaan yang aktif berhubung dengan ulama al-Azhar ialah Yayasan Sofa,9 Yayasan al-Jenderami,10 dan Yayasan al-Warisin.11 Yayasan Sofa membina hubungan istimewa kerana dipilih oleh pihak pengurusan al-Azhar yang bersetuju untuk menjadikannya kampus cawangan Universiti al-Azhar di Asia Tenggara iaitu di Rembau, Negeri Sembilan.12 Pihak Yayasan bertindak sebagai pentadbir dan mengurus prasarana kampus tersebut. Ini merupakan kejayaan negara bagi mengembangkan manhaj al-Azhar ke Malaysia dengan agenda memperkasakan dakwah Islamiah dan membina kader ilmuan Islam berpaksikan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Laman-laman internet Institusi ulama Mesir khususnya al-Azhar sentiasa menjadi rujukan. Antaranya laman Universiti al-Azhar: www.alazhar.edu.eg laman alumni al-Azhar:www.waagalazhar.org, laman Jabha Ulama:www.jabhaonline.com, laman akhbar www.aqidati.net.eg dan laman Dar Ifta':www.dar-alifta.org.

Hubungan al-Azhar dengan ulama Sufi tidak dapat dipisahkan, bahkan ramai di kalangan ulama al-Azhar juga ialah ulama sufi.13 Era Milenium memaparkan perkembangan pelajar Malaysia di Mesir yang berguru dan mengambil amalan tarekat daripada para ulama sufi tersebut seterusnya kembali ke tanah air bagi mengembangkannya dalam konteks dakwah. Mereka membentuk rantaian dari segi perguruan, keilmuan dan amalan kerohanian antara murid dengan syeikh dan sesama ikhwan. Tarekat-tarekat yang dibawa pulang kalangan lepasan pelajar al-Azhar antaranya Ahmadiyyah, Dusuqiyyah, Syazuliyyah, Naqsyabandiyyah, Khalwatiyyah dan Khaliliyyah.


Rehlah Ilmiyyah

Rehlah Ilmiyyah Ulama al-Azhar ke Malaysia bagi kurun ke-21 menunjukkan suatu perkembangan positif dalam konteks dakwah Islamiah dan pemerkasaan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah di negara ini. Antaranya kedatangan mantan Syeikh al-Azhar al-Imam al-Akbar al-Marhum Prof. Dr. Muhammad Sayyid Tantawi,14 Dr.. Hamdi Zaqzuq,15 Prof. Dr. Syeikh Ali Jum’ah,16 Prof. Dr. Syeikh Judah al-Mahdi,17 Prof. Dr. Syeikh Ahmad Omar Hashim,18 Syeikh Usamah al-Azhari,19 Syeikh al-Azhar Prof. Dr. Ahmad al-Tayyib,20 Dr. Syeikh Mahmud al-Hashimi,21 Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi,22 dan Syeikh Hasan al-Syinawi.23

Kedatangan para ulama tersebut sempena majlis Multaqa pada tahun 2002, Persidangan Menteri-Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf (2002), Multaqa Ulama Sedunia (2003), Seminar Sufi Kebangsaan (2002 dan 2004), Akademi Fiqh Islamiyyah Sedunia/International Islamic Fiqh Academy (IIFA) 2008, Multaqa Alumni al-Azhar (2008) , Maulid Perdana Masjid Wilayah (2007), Maulid Perdana Masjid Putra (2008), Maulid Perdana Masjid Negara (2009 dan 2010), Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah anjuran Pejabat Menteri Besar Pahang, wacana di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



Penutup

Jaringan dan hubungan antara lepasan al-Azhar, agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi dengan al-Azhar dan ulamanya dari semasa ke semasa merupakan suatu perkembangan baik dan strategik bagi agenda dakwah Islamiah, ukhuwah dan dapat memperkasakan fahaman Ahli Sunnah wal jamaah. Ini membuktikan kedudukan Malaysia yang menjadi tumpuan para ulama khususnya ulama al-Azhar, Mesir.

Hubungan sanad, keilmuan, perguruan, karya kitab dan multaqa menjadi nadi penting dalam kesinambungan dan rantaian berterusan antara ulama al-Azhar di Malaysia.

Agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dan dokongan berterusan bagi menjamin perkembangan hubungan ini. Kerangka warisan Nabawi harus dihayati dan diperjuangkan oleh umat Islam dengan kembali kepada hakikat leluhur, iaitu memahami tuntutan al-Quran dan Sunah. Dasar membudayakan sesuatu perkara adalah dengan dirujuk kepada ahlinya (ahli sesuatu ilmu). Perkembangan ini memberi nilai strategik kepada negara, pihak pemerintah, agensi kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan Badan Bukan Kerajaan.




Rujukan

Buku :

Abd Hamid Yunus (2006), Bagaimana Mengenal Ahli Sunnah Waljamaah, Putrajaya: JAKIM.

Abd Rahman Abdullah (1998), Pemikiran Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: DBP & USM.

Abdul Fattah Abu Ghuddah (Dr)(1992), al-Isnad min ad-Din, Damsyik: Dar al-Qalam.

Abdullah Basmeih (Sheikh), Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Abdullah Mohd Zain (Dr)(2005), Fiqh Aulawiyyat dalam Pengurusan Negara, Putarajaya: JAKIM.

Ahmad Sunawari Long, Zulazmi Yaakub (2006), Budaya dan Pemikiran Islam Mesir-Malaysia, sunt. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM.

Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H.Schwartz, Peter Sickle (2007),’Building Muslim Moderate Network, Pittsburgh: Rand Corporation.

As’ad al-Khatib (1996), al-Butulah wa al-Fida’ ‘inda Sufia, Damsyik: Dar al-Fikr.

A.Aziz Deraman & Mohd Taib Osman (2000), Tamadun Islam di Malaysia, sunt. Kuala Lumpur: DBP.

Azyumardi Azra (2005), Jaringan Ulama Timur Tengah dan Nusantara, Bandung: Mizan.

Burhanuddin al-Helmy (Dr)(2006), Simposium Tasawuf dan Tareqat, Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, cet ke-2.


Cheryl Benard (2005), Civil Democratic Islam: Partners, Resources & Strategies, Pittsburgh: Rand Corporation.

Haim Hilman Abdullah (2005), Pengurusan Strategik, Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Ibrahim Mohamad (2009), Membina Rantaian Berdasarkan Manhaj Tauhid Tasawuf, Kuala Terengganu: Unit Penerbitan ITHAF.

Jamiaah al-Azhar (2008), Jamiaah al-Azhar 2007-2008, Kaherah: Maktabah al-Azhar.

K.H. Sirajuddin Abbas (2006), I’tiqad Ahli Sunnah Waljamaah, Kota Bharu: PAP.

Mahmud Saedon (1992), Sejarah Perkembangan Tariqat/Tasawuf & Persoalan Mengenainya, Kuala Lumpur: BAHEIS.

Mohd Fuad al-Baqi (1996), al-Mu’jam al-Mufaras li al-Alfaz al-Quran as-Syarif, Kaherah: Dar al-Hadis.

Mohd Zaidi Abdullah (2004), Hikmah al-Isyraqi, Shah Alam: Kurnia Ilham.

Muhyiddin al-To'mie (1992), an-Nur al-Abhar fi Tabaqat Syuyukh al-Jamie al-Azhar, Beirut: Dar al-Jil.

Qasim Ali Saad (Dr)(2010), Qimah al-Isnad, Beirut: Darul Basyair al-Islamiyyah.

Redzuan Othman (Dr)(2006), Islam dan Masyarakat Melayu, Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit UM.

Roslin Syamsuri (1998), Islam Secara Global, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi.

Tun Suzana Tun Othman, Hj Muzaffar Dato’ Mohd (2003), Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu, KualaLumpur: Crescent News.

Wan Liz Wan Omar (1996), Pengurusan Islam Abad ke-21, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Wan Liz Wan Omar (2000), Gagasan Alaf Baru, Kuala Lumpur: Thinkers Library.
Yusuf al-Qaradhawi (Dr)(1984), Risalah al-Azhar bain al-Ams wa al-Yaum wa al-Ghad bi Munasabah Ihtifal bi ‘Id al-Alfa, Kaherah: Maktabah Wahbah.

Zainal Abidin Mohd (2002), Pengurusan Strategik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Kertas Kerja :

Majlis Ijtima Ulama Pondok SeNusantara Kali Ke-2 pada 12-15 April 2007 di Yayasan al-Jenderami.

Mohamad Redzuan Othman (Prof. Dr.), Transmission of Knowledge from Egypt: The Role of al-Azhar in The Early Intelectual Development of The Malay Society in Pre-Independent 1957, Bangi: Persatuan Mahasiswa Islam Timur Tengah.

Muhammad Said Chenaoui (Syeikh), The Role of Sufism in Islam, The 7th General Conference of of Islamic Call, Libya, 7 Disember 2004.

Said Abdullah Harib (Dr), Jalinan Hubungan di antara al-Azhar dan Alumninya', Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar pada 15-18 Februari 2008 di KLCC, Kulala Lumpur.


The Seventh Conference of The Minsters of Endowments and Islamic Affairs pada 6-8 Mei 2002 di Kuala Lumpur anjuran Jakim..

Laman Web :

www. eltsawofelislamy.com

www.alazhar.edu.com

www.aqidati.net.eg
www.dar-alftaa.com

www.islamic-council.com

www.jabhaonline.org

www.mindamadanionline

www.ns.gov.my/mufti

www.thereadinggroup.sg

www.uthman-elmuhammady.blogspot.com

www.waag-alazhar.com

www.yayasanaljenderami.com

www.yayasansofa.com

Disediakan/Susunan oleh: Rodi@Rizhan