AKAR PERMASALAHAN UMAT ISLAM DAN SOLUSINYA
Sahib as-Samahah Maulana Sheikh menyatakan bahawa antara permasalahan umat Islam kontemporari
yang dihadapi adalah:
1.
Nassun Sahih wa Fahmun Khati’ Linassin Sahih (Tidak Tepatnya Pemahaman
terhadap Teks/Nas)
Al-Quran dan as-Sunnah merupakan sumber utama
dalam Islam dan sebagai panduan umatnya. Pemahaman
teks yang kurang tepat dalam menyingkap hakikat makna. Iaitu memahami teks dengan
benar dan tepat, kemudian mengaplikasikan agama sesuai dengan
zamannya, bukan terikat dengan nostalgia
lama. Agar teks/nas selalu hidup dan dinamis, maka
harus difahami tepat dan sesuai dengan zamannya. Ketahuilah jua karya turath
sesetengahnya sudah tamat tempoh(expired) untuk dipraktikkan namun boleh
dijadikan sebagai maklumat dan thaqafah) bukan untuk diamalkan dalam
konteks dan waqi’ zaman ini.
2.
Ihtikam
Ligair Arbab al-Huda (Memohon Petunjuk Kepada Bukan Ahlinya)
Untuk memahami nas (al-Quran dan sunnah) secara tepat, maka harus
merujuk kepada ahlinya (pakar). Kerana teks yang hanya didekati melalui teks itu
sendiri, baik secara tafsir linguistik, dirayah
ataupun riwayat masih tidak mampu memahami secara tepat. Ramai
muslim memahami nas dengan meraba-meraba melalui hipotisis sebenarnya dan
terikat dengan karya-karya lama atau kononnya sudah berilmu lalu faham dengan
akal terbatas.
Umat Islam alpa saranan al-Quran dan sunnah supaya merujuk kepada pewaris
para Nabi yakni ulama hakiki. Lantaran ramai beranggapan sudah belajar dan
mendapat pendidikan tinggi pengajian Islam atau mengingati nama kitab-kitab
secara ilmiah atau penulisan ilmiah sudah boleh dianggap ulama.
3.
Ta’mim
al-Khas (Mengumum yang bersifat khusus)
Sesuatu yang bersifat khusus atau spesifik, tidak boleh dijadikan umum. Kekeliruan
Bila semua manusia merasa punya hak sebagai Polisi dan serba tahu dalam
pelbagai bidang, maka dunia keberagamaan kita pun akan kacau bercelaru. Maknanya
sesuatu bidang ada ahlinya.
Muslim yang ideal, maka memiliki kemahiran dan pengkhususan bidang
tertentu adalah suatu yang tepat, untuk menjawab permasalahan kontemporari yang
kompleks. Pendekatan mencari dan mengislah punca amat perlu dan sebagai
keutamaan.
4.
Giyab
Madlulat al-Alfaz (Hilangnya Makna Setiap lafaz)
Mengkaji teks suci al-Qur’an dan as-Sunnah, maka penguasaan terhadap
bahasa Arab, baik dari segi sejarah, budaya, kaedah tatabahasa dan sebagainya,
mutlak diperlukan. Walaupun bahasa Arab kedudukannya di bawah bahasa al-Qur’an,
umpamanya mengetahui perbezaan kata sanam
(arca), timsal (patung), dan wasan (berhala), adalah tugas seorang pakar
bahasa yang tidak terbatas dengan bahasa Arab saja, tetapi juga bahasa kalbu.
Sebab, al-Qur’an adalah cahaya, tidak satu pun yang mampu mengungkap, kecuali
yang dianugerahi kelebihan bahasa kalbu dan yang mempunyai nur bercahaya.
Membaca teks kitab suci, tidak ubahnya membaca huruf-huruf ilahi yang
hanya dapat didekati dengan cahaya. Hermeneutik,
Semiotik, Balagah, Badi', Bayan, dan sebagainya hanyalah saranan untuk
memahami teks tertulis atau secara tekstual. Bukan teks yang dinamik. Bahasa
yang tersimbolkan dalam titik-titik dan huruf-huruf kitab suci, baik al-Qur'an
atau al-Hadis adalah bahasa keimanan.
Ahl al- Qur'an wa Khassatuhu (Para kekasih Allah Swt. yang dianugerahi keajaiban-keajaiban memahami
kitab suci).
Bila dengan menguasai sedikit disiplin ilmu sudah dapat mentafsirkan teks al-Quran
sudah pasti mencelarukan walaupun dirujuk kitab-kitab itu ini, lantas dimanakah
letaknya I'jaz al-Qur'an?.
5.
Giyab
at-Ta’rif (Tidak Adanya Definisi)
Sebab tidak ada definisi yang jami’ mani’ tentang kata-kata tersebut
umpamanya Bid’ah,syirik, kufur .Sedangkan dalam bidang lain umpamanya para ahli
muzik memiliki bahasa sendiri, para doktor seluruh dunia memiliki kod etika
sendiri. Sewajarnya bagi membincangkan sesuatu perkara atau istilah perlu
difahami makna sebenar terlebih dahulu bagi perbincangan lanjut supaya titik
faham dapat dicapai. Maksud ta’rif atau takrif al-ta’rif: iaitu mendatangkan
makna yang betul menurut ahli (pakar) sesuatu bidang tersebut.
Standard istilah adalah sebuah keniscayaan untuk menerjemahkan
nilai-nilai dan makna yang terkandung. Para ilmuwan agama mempunyai pelbagai
pentafsiran dan definisi. Perselisihan tersebut lahir, karena tidak adanya
standard istilah yang jelas, serta belum ditemukannya seorang ahli pakar yang
sebetulnya. Lantaran mengabaikan atau tak jumpa saranan al-Quran dan hadis
supaya merujuk ahl zikr, khabir, wali mursyid, ulama warasah. Sekiranya perkara
tersebut dapat diketemukan sudah pasti mudah bagi menyatukan umat Islam.
Kuncinya ialah:
‘Tanyalah
Ahl Zikr Sekiranya Kamu Tidak Mengetahui’.
dan 'sesiapa diberi Allah petunjuk........seorang wali mursyid..'
Sumber:
Kalam Dars Maulana Sheikh / Dipetik dari ‘Tasawuf Revolusioner’ oleh Husni
Hidayat.