Waqaf di zaman Othmaniah
Oleh
Prof. Mehmet Maksudoglu
WAKAF
Sebagai salah satu institusi
islam, wakaf adalah harta atau suatu nilai kekayaan yg dikhususkan untuk
memberi manfaat kepada makhluk untuk mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Harta
yang dikhususkan diletakkan atas nama Allah yang abadi, iaitu penyumbang wakaf
tidak lagi mempunyai hak ke atas kekayaan atau harta tersebut. Alasan untuk
mewujudkan wakaf adalah sepenuhnya untuk mendapatkan keredhaan dan restu
Pencipta, dan berharap semata-mata kepada ganjaran daripadaNya.
Orang yang membuat wakaf
disebut wakif. Wakif mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:
1. Mestilah dewasa, tidak gila
dan bukan hamba
2. Tiada paksaan: wakif
mestilah menyerahkan haknya dengan rela hati
3. Tujuan dan maksud mestilah
hanya untuk mendapatkan keredhaan dari Allah s.w.t
Harta atau kekayaan itu pula
mesti mempunyai syarat-syarat berikut:
1. Harta yang diwakafkan
mestilah dipunyai oleh si wakif ketika ia diserahkan
2. Harta tersebut tidak dalam
keadaan berhutang
3. Harta yang diserahkan
mestilah dalam jenis yang boleh memberikan hasil atau manfaat seperti rumah,
kedai, padang, kebun dan sebagainya
4. Harta yang hendak diwakafkan
seperti pokok, bangunan dan sebagainya hendaklah tidak dalam perintah roboh
5. Penerima manfaat dari hasil
wakaf hendaklah dinyatakan dengan terang
Surat amanah wakaf dipanggil
waqfiyye. Pemberi wakaf (waqif) meletakkan syarat-syaratnya di dalam surat
amanah (waqfiyye). Waqfiyye menjadi sah apabila didaftarkan dalam Sijil
(pendaftaran) oleh Kadi (hakim).
Waqfiyye mengandungi
puji-pujian kepada Allah, doa dan selawat ke atas Rasullullah, ayat-ayat Quran
dan hadis-hadis yang menggalakkan berbuat baik dan bersedekah jarriyah.
Kadangkala disertakan juga syair – syair bersangkutan dengan amalan berbuat
baik di dalamnya.
Dan waqfiyye juga menyatakan:
1. Harta kekayaan yang
diserahkan, dengan senarai jumlah setiap harta
2. Bagaimana ia akan diuruskan
3. Bagaimana hasil kekayaan
akan dibelanjakan dan siapakah penerima hasil tersebut
4. Siapakah yang akan
menguruskan harta wakaf (pemegang amanah)
a. Berapa orangkah yang akan
bekerja bagi menjalankan harta wakaf
b. Berapakah upah yang akan
diberikan kepada pekerja ini
c. Barang yang akan digunakan
untuk membayar upah ini
d. Jenis barang yang akan
digunakan, dan sebagainya
5. Pengesahan dari Kadi, cop
dan tandatangannya.
Kita tahu Rasullullah
(saw),telah menyerahkan kebun kurmanya di Madinah Al-Munawwara sebagai harta
wakaf untuk Hawadlithud Dhar, iaitu untuk melindungi Islam dan kegunaan ketika
kecemasan. Baginda juga telah mewakafkan kebun kurmanya di Fedek untuk kegunaan
para musafir.
Umar ibn al-Khattab
(ra),mewakafkan hartanya kepada pejuang islam (mujahiddun) dan juga kepada para
hamba yang memerlukanuntuk memerdekakan diri mereka dan juga untuk para tetamu.
Dan juga keluarga Osmanli,
mereka telah menyerahkan banyak harta untuk tujuan wakaf bermula dari
pemerintah yang kedua Orhan Gazi (1326-1362). Kita tahu dengan nyata yang
beliau telah menyerahkan bandar Makaja dengan semua hasilnya kepada hanikah,
atau zawiyya dalam tahun 724 Hijrah /1324 Masihi. Ahli sufi, orang-orang miskin
dan musafir miskin akan mendapat manfaat dari hasil wakaf, mendapat makanan dan
tempat tinggal tanpa sebarang bayaran. Waqfiyye-nya berbunyi:
“Shujauddin Orhan anak kepada
Fakhruddin Osman, menjadikan seluruh bandar Makaja kepada wakaf khalisan
mukhlisan li wajhillah untuk mendapat keredhoan Allah, dan sempadannya
adalah...
Aku telah melantik hamba yang
ku merdekakan Tawashi Sharafuddin Muqbil sebagai mutawalli untuk memberikan
makan dan tempat tinggal kepada ahli sufi yang bermusafir, orang-orang miskin,
orang asing, orang yang kesempitan dan para pelajar. Apa saja hasil dari wakaf
hendaklah digunakan untuk tujuan yang dinyatakan tadi, dan orang yang tidak berhak
tidak akan mendapat tempat perlindungan di zawiyya (hanikah). Supaya semua yang
membaca waqfiyye ini tahu pada masa hadapan, bahawa sesiapa yang terbaik dari
anak pesuruhku (hambaku) untuk menjadi mutawalli. Aku melantik Sharafuddin
Muqbil menjadi mutawalli bermula hari ini untuk menjaga sesiapa yang datang dan
pergi. Semoga beliau memberikan perkhidmatan yang terbaik. Beliau akan menerima
satu per sepuluh dari hasil wakaf untuk perkhidmatannya. Tiada seorangpun dari
anakku dan keturunannya berhak ke atas harta wakaf ini. Hanya yang terbaik dari
anak pesuruhku dari zawiyya ini akan dilantik menjadi mutawalli untuk wakaf ini
pada masa hadapan, generasi ke generasi.
Jika sesiapa menyanggah
syarat-syarat ini, sanggahan beliau tidak diterima berdasarkan undang-undang
yang telah digariskan oleh Nabi (saw). Seperti yang termaktub, aku telah
memberikan surat ini kepada anak lelaki kepada zawiyya yang terbaik, supaya
beliau dapat menunjukkan kepada sesiapa apabila perlu, untuk mengelakkan
sebarang makhluk dari mengganggu dan mengubahnya. Sesiapa saja yang menyanggah,
laknat Allah jalla jalaluhu dan laknat Rasullullah (saw) akan jatuh ke atasnya.
Sesiapa yang membaca surat ini
hendaklah tahu dengan nyata bahawa ia adalah benar asli dan telah ditulis
dihadapan saksi-saksi.
Saksi-saksinya:
Choban, anak Osman
Malik, anak Osman
Hamid, anak Osman
Pazarlu, anak Osman
Fatima, anak perempuan Osman
Mal Khatun, anak perempuan Omar
Bey
Malik, anak perempuan Malik
Efendi, anak perempuan Akbashlu
Sultan, anak Orhan
Suleyman, anak Orhan
Ibrahim, anak Orhan
Pada sesiapa yang membaca surat
ini, ketahuilah bahawa Makaja hartaku telah diwakafkan dan dengan izin Allah,
mudah-mudahan mereka menjaganya.
Pertengahan Rabiul Awwal 724
(March 1324)
Orhan Gazi telah menukarkan
sebuah gereja besar kepada masjid di Iznik (Nicae) apabila beliau membukanya
kepada Islam pada tahun 1331, dan telah menukarkan sebuah biara di situ kepada
madrasah. Beliau telah membina sebuah dapur umum (Imaret) berdekatan dengan
pintu Yenishehir, dan melantik Al-Hajj Hasan sebagai sheikhnya. Al-Hajj Hasan
adalah salah seorang ahli Edebali, ayah mertua kepada Osman Gazi. Orhan Gazi
menjamu makanan dan menyalakan lampu dapur umum (imaret) sendiri pada hari
pertamanya.
Nampaknya keluarga Osman tidak
puas sekadar memberi orang makan ketika membina dapur umum ini; mereka juga
telah menjaga kesihatan rohani mereka. Temujanji mereka dengan imam dapur umum
baru ini sudah cukup membuktikan niat mereka. Tidak perlu dinyatakan bahawa
harta juga telah dikhususkan untuk tujuan dapur umum ini.
Dalam kata lain, rakyat
Osmanli ketika era pemerintahan Orhan Gazi amat makmur sehingga dikatakan
hampir tiada lagi orang yang layak menerima zakat.
Anak Orhan Bey, pemerintah ke
tiga pemerintahan keluarga Osmali, Murad Hudavendigar (1362-1389) telah membina
dapur umum di Yenishehir dan juga sebuah zawiyya untuk para sufi yang
dipanggil Pustin-Push. Beliau telah membina masjid jamek di Bilejik, dan
sebuah masjid di benteng Bursa di dalam istana, berdekatan pintu pagar. Beliau telah
membina dapur umum di Bursa dan madrasah di atasnya. Semuanya adalah atas rasa
syukur kepada Allah yang melimpahkan kemenangan ke atas Serbia (kekalahan
Serbia, 1363)
Sudah menjadi amalan
Osmanli, bukan sahaja pemerintah tetapi juga sadrazams (menteri besar),
menteri-menteri, beylerbeys (tuan-tuan), sanjakbeys dan juga Muslim yang
hartawan berlawan-lawan untuk mewakafkan harta mereka. Ini adalah kerana
mereka tahu dan percaya selagi orang ramai mendapat manfaat dari harta wakaf
mereka –dikatakan setiap harta wakaf akan terus menerus berlangsung tanpa
dihalang sehingga hari kebangkitan; waqfiyye mengandungi ugutan laknat Allah
dan pesuruhNya ke atas orang yang cuba untuk menukar atau menghalang dan
menamatkan harta wakaf – dan catatan amalan kebaikan mereka akan berterusan.
Satu lagi alasan untuk mewakafkan harta adalah kerana waqif (pewakaf) telah
melindungi haknya dari ditarik atau disita kerana harta wakaf tersebut tidak
boleh diganggu oleh sesiapa saja. Sebaliknya, pewakaf telah menjanjikan hasil yang
baik untuk keturunannya, kerana telah melantik mutawallis ke atas wakaf mereka,
dan sebahagian peruntukan dalam waqfiyye (surat wakaf) adalah peruntukan upah
atau gaji para mutawalli(penjaga amanah). Hasil yang terbit dari harta, kedai,
rumah, kebun, padang, dan apa saja, patut dibelanjakan untuk memelihara harta
wakaf, pembelian barang keperluan, dan juga membayar mutawalli dan penolongnya,
pembantu dan juga fungsi-fungsi lainnya, semua yang dinyatakan dan disahkan.
Sebagai contoh, satu persepuluh dari hasil tanaman dari bandar Makaja yang
diwakafkan oleh Orhan Gazi adalah menjadi hak mutawalli, dan nilainya bukanlah
sedikit.
Semasa era pemerintahan
Osmanli, rakyat mewujudkan wakaf dan menghasilkannya untuk segala urusan dan
hal untuk apa saja yang terbayang atau terfikir oleh mereka. Harta wakaf telah
meliputi segala bentuk sehinggakan pada pendapat sesetengahnya, dua pertiga
dari bandar Istanbul adalah harta wakaf.
....................
Kepelbagaian harta wakaf
(awqaf) ketika era pemerintahan Osmanli boleh dikatogerikan seperti berikut:
1. Masjid-masjid Jamek (di mana
solat jumaat dilaksanakan), masjid-masjid (di mana solat lima waktu
dilaksanakan), dan musalla-musalla di dalam negeri yang melaksanakan solat hari
raya dan solat Jumaat.
2. Madrasah, sekolah,
perpustakaan, zawiyya, dergahs.
3. Pancutan air, sebils (air
pancut minuman), tadahan air, kolam, telaga, tasik, jalan raya yang baik.
4. Kafilah-kafilah,
hospital-hospital, kuburan dalam kawasan masjid dan di luar pekan, padang
rumput untuk lembu yang lemah dan kambing meragut.
5. Wakaf untuk para Haramayn
ash-Sharifayn, dikhususkan untuk membantu orang kesusahan di dua kota suci
dan juga untuk jemaah haji yang terkandas dan menjamu air dan sherbat (air
minuman tanpa alkohol yang manis) untuk para haji.
6. Wakaf yang dikhususkan untuk
lelaki yang mengajar di masjid-masjid, mengajar tafsir, hadis, fekah di dalam
masjid-masjid, untuk membaca Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Delailul
Khayrat di dalam masjid-masjid dan di kuburan orang-orang penting dan awliya,
untuk membeli suras Nebe’dan Mulkuntuk kanak-kanak miskin dan juga hadiah wang
untuk kanak-kanak yang berjaya menamatkan bacaan Quran (khatam).
7. Wakaf yang dikhususkan
untuk membaca selawat di dalam masjid-masjid dan zawiyya, untuk dibelanjakan
untuk lawatan dari sesetengah masjid ke Lihya-i Sa’adet (janggut Rasullillah
(saw)), untuk dibelanjakan bagi tujuan membuat dan memelihara / menjaga
lampu-lampu (lilin) di masjid-masjid, mencabut rumput di dinding-dinding masjid
dan zawiyya.
8. Wakaf yang dikhususkan untuk
menjamu kurma, buah zaitun, air kepada orang-orang mukmin di dalam masjid di
bulan Ramadhan dan di hari-hari suci (untuk buka puasa).
9. Wakaf (dalam nilaian wang
atau makanan) dikhususkan untuk diagih-agihkan pada orang miskin pada
waktu-waktu tertentu, khususnya ketika bulan Ramadhan dan di malam Ragaib dan
Berat, wakaf untuk membeli perkakasan rumah dan pakaian pengantin perempuan
miskin, menganjurkan majlis pemakaman untuk simiskin dan membeli pakaian untuk
kanak-kanak miskin dan janda-janda pada hari raya, wakaf (wang) khusus untuk
membeli perkakasan rumah seperti kaca dan jar tembikar menggantikan yang pecah
disebabkan oleh kanak-kanak dan pembantu bagi melindungi mereka dari
dicela/dimarahi.
10. Wakaf untuk membantu musafir,
memerdekakan hamba dan membayar kitibet yang diperlukan untuk memerdekakan
hamba.
11. Wakaf untuk menulis
Quran dan buku-buku agama, untuk membelinya, untuk membaiki dan mengikatnya,
serta untuk rumah-rumah amal.
Sejumlah wang yang besar,
kawasan-kawasan ladang yang luas, ladang-ladang dan hamba-hamba telah
diperuntuk dan dikhususkan untuk semua tujuan di atas.
Mari kita perincikan sebahagian
dari perkara yang memerlukan penjelasan:
1. Wakaf untuk masjid jamek dan
masjid-masjid lain: Waqfiyye mereka telah menyatakan berapa ramai orang,
termasuk imam, muazin, qayyums dan sebagainya, dilantik di situ, berapa upah
yang akan diberi kepada mereka, berapa banyak wang yang diperuntukkan untuk
memelihara dan membaik pulih bangunan, berapa upah mutawalli akan dibayar, dan
sebagainya.
Musalla dan Namazgah dibina di
luar kota dan di pekan-pekan untuk membolehkan para mukmin berkumpul
beramai-ramai untuk mengerjakan solat hari raya. Tempat tersebut akan dijaga
dan dibersihkan, menara dan mimbar akan dibina dan sejumlah hamba akan
ditugaskan di situ.
Sebagai contoh satu tempat yang
melaksanakannya harus diceritakan di sini. Tempat musalla di luar pekan Jizrah,
berdekatan Judi di tenggara Anatolia bersempadanan dengan Iraq, pernah menarik
sejumlah orang ketika era Osmanli untuk melaksanakan solat pada hari Hidrellez
(masa di mana Khidir dan Ilyas bersama). Tempat ini adalah tempat tambatan
dan tempat berlabuhnya kapal nabi Nuh (as). Orang Armenia mencarinya dan
hanya sia-sia di Agri (Ararat), mengingatkan kepada kata-kata lucu Nasreddin
Khoja: apabila orang-orang hebat ini kehilangan kunci di dalam bilik yang gelap
dan mereka mencarinya di dalam bilik yang lain, yang terang. Ia adalah mudah,
tetapi sia-sia, satu petunjuk kepada kelemahan dan psikologi manusia.
2. Wakaf untuk Madrasah: Para
pewakaf (waqif) menyatakan dalam surat wakaf (waqfiyye) sejumlah wang yang
patut dibayar kepada Muderris, berapa banyak wang-saku setiap pelajar patut
diterima, sayuran dan daging jenis apa yang patut dimasak untuk setiap hidangan,
berapa ramai pekerja untuk membersihkan madrasah dan untuk tujuan lain, berapa
upah mereka, dan sumber-sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan ini.
Madrasah pernah dipanggil mengikut jumlah yang dibayar kepada muderris:
sekiranya seorang muderris dibayar 30 akchas sehari, madrasah itu akan
dipanggil otuz akchali, atau otuzlu (menerima tiga puluh). Dan ia dipanggil
kirkh (menerima empat puluh), effil (menerima lima puluh) dan seterusnya.
Kerajaan tidak membayar satu
sen pun untuk pendidikan sehinggalah pada zaman Tanzimat (1839) menandakan
bermulanya peng’Eropah’an.
Para mukmin yang kaya membina madrasah-madrasah ini dan mewujudkan waqaf (kedai,
bangunan, padang, kebun) untuk institusi ini.
Dalam merancang pembinaan
madrasah, ia amat penting untuk memastikan pemencilannya dari dunia luar dan
menyediakan suasana untuk pelajar menumpukan pelajaran mereka tanpa gangguan.
Secara umumnya, bilik-bilik dibina dalam laman yang tertutup, sesetengahnya
mempunyai kolam kecil ditengah-tengahnya. Setiap bilik mempunyai dandang api
sendiri. Pintu bilik mengarah ke laman. Tingkap yang tinggi dan sempit mengadap
jalan, hanya untuk membenarkan cahaya masuk.
Madrasah-madrasah berada dalam
peringkat-peringkat akedemik yang berbeza-beza. Peringkat asas selalunya banyak
termasuklah ada di kampung-kampung. Sebaliknya, madrasah Fatih Sultan
Mehemmed (1451-1481) dan Kaanuni Sultan Suleyman (1520-1566) adalah diperingkat
universiti dan lebih tinggi, mempunyai jabatan-jabatan yang khusus.
Fatih telah membina empat
madrasah di timur masjid baginda dan empat lagi di barat masjid. Kelapan-lapan
madrasah ini dipanggil sahn-i seman atau madrasah semaniye. Kesemuanya
diperingkat universiti dan setiapnya mempunyai sembilan bilik. Di belakangnya
terdapat lapan peringkat madrasah yang lebih rendah, yang dipanggil tetimme. Ia
melatih pelajar untuk keperingkat lebih tinggi di semamiye.
Terdapat muderris (professor)
di setiap madrasah sahn-i seman, setiap daripadanya dibayar 50 akchas sehari.
Setiap madrasah mempunyai seorang mu’iyd (professor madya); setiap mu’iyd
dibayar 5 akchas sehari. Dalam setiap bilik, pelajar menerima sebanyak 2 akchas
sehari. Makanan datang dari dapur umum. Terdapat pembantu yang bertanggungjawap
menjaga kebersihan dan keperluan lain.
Madrasah yang dipanggil tetimme
mempunyai lebih dari seorang murid dalam satu bilik. Mereka menerima makanan
juga dari dapur umum. Suleymaniyye medresesi mempunyai pengkhususan dalam
matematik, perubatan dan darul hadis. Terdapat juga ahli kimia dan klinik.
Selain dari itu, terdapat madrasah
yang melaksanakan pengkhususan seperti:
Darul Qurra dimana pelajarnya
menghafal keseluruhan Quran dan mengkhusus kepada ‘ilmil qiraet.
Darul Hadis mengkhususkan
kepada kaedah-kaedah hadis dan al-Ahadithin Nabawiyya.
Wakaf perpustakaan: Termaktub
dalam waqfiyye berapa banyak bayaran pustakawan akan dibayar, berapa
pekerja-pekerja lain akan dibayar dan dari hasil mana ia akan mendapat sumber
pendapatan untuk perbelanjaan membaiki dan memelihara bangunan dan buku-buku.
Wakaf untuk zawiyyas dan dergahs:
Secara umum, pemerintah dan pegawai tinggi kerajaan akan membina
institusi-institusi ini untuk ditadbir oleh ahli sufi yang terkenal. Waqfiyye
menjelaskan secara terang jenis makanan yang akan dimasak dan dihidangkan, dari
sumber mana pendapatan akan diterima, berapa banyak upah imam akan dibayar, dan
sebagainya.
3. Pancuran Air: Mereka yang
membina dan mewakafkan pancuran air, adakalanya membawa air dari tempat yang
jauh, menyatakan dalam waqfiyye mereka bagaimana pancuran air ini akan
diselenggara dan sekiranya memerlukan pembaikan, dan juga berapa ramai pekerja
yang akan ditugaskannya.
Ada banyak wakaf untuk
mengambil air tadahan, membina kolam untuk menyiram pokok buah-buahan dan kebun
dan untuk menyelenggara kolam untuk kemudahan pengairan. Ada juga wakaf untuk
melicin dan menyelenggara jalan raya. Adalah berbaloi untuk menyatakan Devlet-i
‘Aliyye-i Osmaniyye mengecualikan beberapa ra’aya dari cukai yang diambil dari
golongan bukan Islam bagi menyelenggara dan membaiki sebahagian jalan raya di
kawasan mereka.
Sebagai contoh, Waqfiyye Air
Suleyman yang Hebat:
Termaktub dalam Waqfiyye Air
Suleyman yang Hebat, sesiapa yang membawa air minuman dari daerah Kagithane ke
Istanbul, bertarikh 23 Disember 1565, “Sultan yang menghiasi negara Islam dengan
dapur umum membawa air ke perbandaran Muslim, khususnya ke kawasan suci Al-Quds
dan Istanbul yang dijaga, orang yang membawa perubahan kurun ke 10 (Mujaddidul
Qarnil ‘Ashir al-Hiffi), penegas agama dengan izin ilahi.” Baginda telah
menyerahkan hasil pendapatan bandar Aydos dan lima kampung bagi menyelenggara
dan membaiki aliran air berdasarkan ayat dan hadis berikut:
“dan jika kamu menghitung
nikmat Allah nescaya kamu tidak mampu menghitungnya.”
(Surah Ibrahim, 34, An-Nahl 18)
Dan dirikanlah oleh kamu akan
sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan
untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.
Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan”
(Surah Al-Baqarah 110)
Dan:
“Bahagian kamu dari dunia ini
ialah apa yang kamu makan dan gunakan, apa yang kamu sarungkan dan pakai dan
apa yang kamu sedekahkan dan tinggalkan tanpa disentuh”
“Apabila anak Adam meninggal
dunia, kitab amalannya akan ditutup, melainkan tiga: anak yang soleh yang
mendoakannya, ilmu yang bermanfaat, dan sedekah jariah”
(Hadith Sharif)
Memandangan air yang dibekalkan
ke Istanbul melalui kawasan pergunungan, lembah dan perbagai, pengairannya
memerlukan penjagaan. Sekiranya hasil dari wakaf tidak mencukupi untuk tujuan
tersebut, telah dinyatakan bahawa wang yang diperlukan akan diambil dari sumber
wakaf Kaanuni yang lain.
Biar saya terangkan tentang
wakaf yang lain pula: Nasuh Chelebi, anak kepada Ahmed, menyerahkan kebunnya
kepada rakyat Karaja Focha di barat Anatolia dimana dia menjadi komander
Istana. Dia menyatakan, dari hasil wakafnya, sejumlah wang yang diperlukan akan
digunakan untuk membaiki dan memelihara rantai dan bakul telaga yang
berhampiran dengan kebun tersebut. Telaga tersebut akan dibersihkan dari masa
ke semasa. Dia menjadi mutawalli ketika hidupnya, dan menyatakan tugas tersebut
akan disambung oleh anak dan cucu selepasnya. Sekira keturunannya tiada lagi,
pentadbir wakaf akan melantik mutawalli yang sesuai. Hasil dari wakaf adalah
sebanyak 100 akchas.
Kita ketahui ais akan digunakan
di air pancur ketika hari panas di musim panas. Iaitu, ais akan diletakkan di
dalam air yang diberikan di air pancur. Selain dari itu, sesetengah air pancur
mempunyai wakaf yang juga mempunyai sarang lebah yang mana madunya akan
dicampurkan bersama air pancur tersebut.
4. Rumah Rehat Kafilah:
Kerajaan Osmanlis mengambil tradisi rumah rehat Seljuks, nenek moyang mereka.
Rumah Rehat Kafilah amat kuat, bangunannya seperti sebuah istana, mudah untuk
dipertahankan, memberi tempat berteduh kepada kafilah-kafilah dan para musafir
yang menunggang kuda dan unta.
Ia dibina di lebuhraya yang
selalu digunakan dalam jarak yang berpatutan. Kafilah boleh bergerak dari satu
rumah rehat di waktu pagi dan tiba ke satu rumah rehat yang lain ketika tengah
hari, atau sebelum matahari terbenam. Jarak di antara dua rumah rehat adalah
dalam lingkungan 22 ke 25 batu. Ia mempunyai bilik berasingan untuk tetamu,
setiap satunya mempunyai pendiang, dan ruang khas untuk menyimpan makanan, dapur,
kandang kuda dan unta untuk tetamu, makanan dan jerami untuk binatang, gudang
untuk barang jualan, masjid, shadirvan (tangki bersambung dengan masjid untuk
kegunaan berwuduk), bilik mandi, pembuat kasut untuk membaiki kasut para
musafir dan membuat kasut secara percuma untuk musafir miskin dan doktor
haiwan. Setiap musafir, sesiapapun mereka, tanpa mengira warganegara, bangsa
atau agama, boleh menjadi tetamu wakaf selama 3 hari tanpa sebarang bayaran.
Walaupun sekiranya musafir tersebut seorang hartawan, beliau tersebut tidak
perlu membayar apa-apapun. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh wakaf.
Cuma sebilangan rumah rehat
kafilah kecil yang tidak diwakafkan, menerima sedikit bayaran untuk menanggung
perbelanjaannya. Sebaliknya, rumah penginapan atau hotel di pekan dan bandar
akan mengambil bayaran perkhidmatan.
Setiap tetamu tidak dibenarkan
meninggalkan rumah rehat ketika malam hari. Pada waktu pagi, pegawai akan
menanyakan tetamu mereka sama ada semua barang-barang mereka dalam keadaan baik
dan tiada yang hilang. Apabila mendapat jawapan tiada yang hilang, pembantu
rumah rehat akan melihat mereka pergi sambil mengucapkan “Berhati-hati, jangan
terima sesiapa yang kamu tidak kenali untuk bersama kamu”. Tetamu kemudiannya
akan mendoakan pewakaf dan berlalu pergi. Tetapi, tetamu akan diterima walaupun
tiba di tengah malam oleh pembantu yang tidur di pintu, dan akan dijamukan
makanan sebaik sahaja tiba.
5. Hospital-hospital: Kerajaan
Osmanlis juga mengikut Seljuks dalam tradisi hospital. Hospital pertama di
Osmanli era dibina oleh Yildrim Bayezid (1389-1402) di Bursa. Ia juga tempat
pengajian pada masa yang sama, dalam kata lain disebut sebagai fakulti
perubatan dan juga hospital latihan pada masa kini. Yang kekal adalah tembok 1
meter tinggi di Darush Shifa ini. C. Niebuhr dari Denmark yang melawat Bursa
pada January 1767 mencatatkan para pesakit mental juga dirawat di hospital ini
(v.III, p. 145, Tab. XII).
Hospital yang dibina di
Istanbul oleh Fatih Sultan Mehemmed pada tahun 1471 sebagai sebahagian dari
kulliyye mempunyai 1 ketua doktor, 1 ketua operasi dan sekitar 200
doktor-doktor, para ahli-fungsi, pembantu dan sebagainya. Pesakit-pesakit akan
dijamu dengan daging ayam hutan berkaki merah dan pegar, dan sekiranya ia
tiada, daging burung bulbul dan pipit akan diberikan mengikut waqfiyyenya
(surat amanah). Pesakit mental akan dirawat menggunakan muzik. Diketahui ada
berbagai jenis rentak dan alunan muzik yang berbeza-beza yang digunakan
mengikut jenis penyakit mental tersebut.
Anak Fatih, Bayezid ke-dua
menyerahkan 90 kampung, banyak kedai di Istanbul dan Edirne, dan beberapa bilik
mandi awam, sebagai wakafnya untuk kulliyyenya yang dibina antara tahun 1484
dan 1488 di Edirne. Hospital, salah satu dari kulliyyenya, mempunyai 1 ketua
doktor, 2 orang doktor, 2 orang pakar bedah, 2 orang doktor mata, seorang ahli
kimia, 5 orang pembantu hospital, seorang tukang gunting rambut, seorang
pemandi mayat, seorang setiausaha, seorang pelayan, seorang ketua pelayan, 2
orang tukang masak dan seorang pembawa surat – kesemuanya berjumlah 21 orang
kakitangan. Dan hospital ini direka untuk mempunyai 50 orang pesakit. Jadi, 21
orang akan merawat 50 pesakit! Di bangunan pusat, pesakit-pesakit akan
diberikan selimut sutera dan pesakit mental akan didengarkan pada lagu-lagu
yang dimainkan oleh 10 ahli muzik 3 hari seminggu seperti yang diceritakan oleh
musafir terkenal Evliya Celebi. Makanan pesakit dan pesakit mental akan diberi
penjagaan rapi. Ahli kimia di hospital juga akan memberikan ubat-ubatan secara
percuma kepada orang-orang miskin.
Kuliyye Bayezid kedua
merangkumi sebuah masjid, sebuah hospital, sebuah pengajian (madrasah), dapur,
tempat memasak dan dapur awam telah dibina di sebuah padang rumput di tebing
Sungai Tunja di Edirne. Hospital tersebut mempunyai bangunan pusat dengan 12
kubah kecil dan sebuah kubah besar di tengah-tengahnya, dan 6 bilik klinik yang
mengelilingi sebuah taman kecil.
C. Niebuhr telah melawat Edirne
pada Jun 1767, dan beliau mencatatkan pesakit mental juga menerima rawatan di
hospital tersebut (v.III, pp. 163-164). Hospital tersebut digunakan sehingga
tahun-tahun sebelum Perang Dunia Pertama, dan ia diperbaiki baru-baru ini.
Isteri Yavuz Sultan Selim, ibu
kepada Suleyman yang hebat, menyerahkan sebuah wakaf di Manisa yang mula
berkhidmat pada tahun 1539. Dalam kuliyye-nya terdapat sebuah dapur umum,
didirikan bersebelah masjid dan tempat pengajian dengan sepuluh bilik dan
sebuah kelas. Terdapat juga sebuah hospital, sebuah zawiyya untuk ahli sufi
didirikan bersebelah dapur umum dan sebuah sekolah untuk kanak-kanak. Terdapat
juga bilik-bilik rehat yang dinamakan tabhane, dapur, ruang makan, gudang,
dangau kayu, kandang kuda dan beberapa bangunan di dalam dapur umum.
Di dalam hospital terdapat
seorang ketua doktor, seorang pakar bedah, 2 orang doktor mata, seorang pakar
mental, 2 orang ahli kimia, 2 orang pembantu ahli kimia, 4 orang pembantu
hospital (2 orang bertugas pada siang hari dan 2 orang bertugas pada malam),
seorang pentadbir, seorang setiausaha, 2 orang tukang masak dan seorang tukang
basuh. Semua mereka berkhidmat untuk 20 orang pesakit sahaja!. Pes atau gula
yang dinamakan Manisa Mesiri atau Mesir Macunu disediakan mengguna 40 lebih
jenis herba dan rempah dan diedarkan kepada para pesakit dan orang miskin pada
permulaan musim bunga. Tradisi ini masih diteruskan sehingga kini. Mereka
membaling cebisan pes yang dikatakan mempunyai bahan penyembuh, dari kubah
masjid yang dikenali orang ramai sebagai Sultan Camii (Masjid Sultan).
A.Thevenot menyatakan (dalam
Reysen des Herrn v. Thevenots in Europa, Asia und Afric, Frankfurt 1963, II,
pp. 28-29) bahawa terdapat hospital di Damascus yang dibina oleh Suleyman yang
hebat. Mengikut keterangannya, institusi ini dibina untuk para jemaah dari
pelbagai agama oleh pembuka bandar Rhoder kepada Islam, iaitu Sultan Suleyman.
Beliau mencatatkan bahawa ia merupakan bangunan yang sangat indah dengan empat
buah kubah. Ia mungkin merupakan sebuah zawiyya Sultan Suleyman di Damascus,
dibina oleh ahli arkitek terkemuka Sinan.
117 kakitangan bekerja di kuliyye
Hafsa Sultan:
1. Seorang mutawalli. Beliau
akan menerima 50 dirhams (wang perak) sehari
2. Seorang nazir. Beliau akan
menerima 10 dirham sehari.
3. Seorang setiausaha. Beliau
akan menerima 6 dirham sehari. Beliau merupakan ketua setiausaha untuk wakaf.
4. Seorang setiausaha lain.
Akan merekod hasil wakaf dan akan menerima 6 dirham.
5. Seorang setiausaha lain.
Tugasnya merekod hasil wakaf di Urla. Beliau akan menerima 2 dirham sehari.
6. Dua orang pemungut hasil.
Setiap orang akan dibayar 2 dirham sehari.
7. Tiga orang pemungut hasil
dari kampung-kampung tertentu. Setiap orang akan dibayar 2 dirham sehari.
8. Seorang imam. Akan dibayar 5
dirham sehari.
9. Seorang khatib. Akan dibayar
5 dirham sehari.
10. Seorang tukang azan. Akan
dibayar 2 dirham sehari.
11. Seorang muvaqqit. Akan
dibayar 3 dirham sehari.
12. Sepuluh ahli hafiz. Mereka
akan membaca dan khatam Al-Quran setiap minggu. Mutawalli akan membayar mereka
100 dirham seminggu sebagai perbelanjaan makanan, selain dari menerima 2 dirham
setiap hari. Ketua hafiz akan menerima 3 dirham sehari.
13. Seorang meddah. Dia
mestilah seorang yang memiliki suara yang merdu. Tugas beliau adalah
mendendangkan qasidah dan na’ts sebagai puji-pujian kepada rasulullah, moga
Allah memberkati dan merahmatinya.
14. Seorang mu’arrif. Tugasnya
mendoakan Hafsa Hatun dan para mukminun ketika waktu solat. Dia akan menerima 3
dirham sehari.
15. 30 ahli hafiz. Setiap
mereka akan membaca satu juz (20 mukasurat) Al-Quran di masjid selepas waktu
solat zohor. Setiap mereka akan menerima 2 dirham (setiap hari khatam).
16. Sepuluh musebbih. Mereka
merupakan orang yang membaca tasbih setiap hari selepas waktu zohor di masjid,
untuk dihajatkan ke atas roh-roh yang ditujukan. Setiap mereka menerima 1
dirham sehari.
17. Dua orang qayyum untuk
menjaga dan membersihkan kawasan. Setiap seorang menerima 2 dirham sehari.
18. Seorang qandilji. Tugas
beliau menyalakan lampu masjid dan ‘menidurkannya’ (dalam tradisi Osmanli,
terutama zawiyya, lampu tidak ‘dipadamkan’ sebaliknya ‘ditidurkan’. Ia
kemudiannya ‘dibangunkan’ – uyarilir). Beliau akan menerima 2 dirham sehari.
19. Seorang muderris.
Beliauakan mengajar di pengajian (madrasah) setiap hari kecuali hari cuti.
Beliau adalah lelaki yang tinggi ilmunya, fasih dalam ‘Ulumul ‘Aqliyye dan
‘Ulumun Naqliyye. Beliau patut mampu menjawap soalan agama dan menyelesaikan
masalah.
20. Di sana akan terdapat 10
ahli bijak pandai, baik tingkah laku, pelajar yang kuat berusaha di tempat
pengajian. Setiap seorang dari mereka akan mendapat 2 dirham setiap hari.
21. Seorang penghantar untuk
madrasah. Beliau akan dibayar 1 dirham setiap hari.
22. Akan terdapat seorang
sheikh dengan 10 orang murid di zawiyya. 10 orang murid tersebut akan tinggal
di 10 bilik zawiyya. Mereka adalah dari golongan ahli sunnah wal jamaah dan
tidak dari golongan pengikut hawa dan bid’at. Mereka akan memenuhkan masa
dengan beribadat. Seorang sheikh akan dibayar 10 dirham dan murid-muridnya 2
dirham sehari.
23. Seorang qayyum untuk
zawiyya. Beliau akan menerima 1 dirham sehari.
24. Seorang guru untuk sekolah
kanak-kanak (sibyan mektebi). Dia akan menerima 5 dirham sehari.
25. Seorang kalfa untuk
sekolah. Dia akan menerima 3 dirham sehari. Orang miskin dan anak-anak yatim
boleh bersekolah di sekolah ini. Setiap hari 2 dirham akan diketepikan untuk
setiap orang anak yatim untuk membeli pakaian mereka pada hari raya
aidil-fitri.
26. Seorang noqtaji mendapat 10
dirham sehari. Dia mestilah seorang yang amanah dan boleh dipercayai. Tugasnya
ialah untuk menmeriksa kedatangan setiap pekerja pada setiap hari. Sekiranya
terdapat pekerja yang tidak hadir, gaji mereka akan dipotong. Kedatangan tidak
diperlukan pada hari cuti.
27. Seorang jurutera sivil. Dia
akan dibayar 3 dirham sehari. Dia akan membaiki tempat yang rosak dan menyelenggara
laluan air.
28. 2 orang juru-teknik untuk
memeriksa laluan air di bilik mandi umum dan di pancutan air di perkampungan
Kirkagac. Setiap mereka dibayar 1 dirham sehari.
29. Seorang ketua akan
ditugaskan di dapur umum. Dia mestilah seorang yang baik hati, lemah lembut,
berlakuan baik. Dia akan menyediakan menu dapur umum setiap hari, hadir pada
masa pemberian makanan pada masa yang sesuai, menerima tetamu dengan gembira,
melayan mereka mengikut kedudukan sosial mereka, dan memastikan makanan mereka
diberikan tepat pada waktunya. Buah barli akan diberikan pada kuda-kuda 10
orang tetamu. Selepas 3 hari, dia akan melepaskan mereka pergi dengan senyuman.
Dia tak boleh bermasam muka dengan tetamu. Dia akan memeriksa daging dan
bahan-bahan masakan yang lain sebelum dimasak. Apabila masak, dia akan merasa
makanan tersebut, samada ia sedap atau tidak. Dia perlu melaporkan sebarang
masalah berkenaan petugaskepada mutawalli, kadang-kala termasukcadangan
penukarannya. Dia perlu mengajar para pekerja tentang perilaku yang baik.
Setiap mereka yang bekerja di dapur umum perlu menjalankan arahan yang
dikeluarkannya dengan baik. Beliau akan menerima 10 dirham sehari.
30. Seorang kepala pelayan akan
menerima 3 dirham sehari.
31. Dua orang qayyum untuk
dapur umum. Mereka haruslah seorang yang baik dan muslim yang bertanggungjawap.
Tugas mereka adalah membahagi dan memberikan makanan kepada setiap tetamu.
32. Dua orang ferrash. Tugas
mereka adalah menghampar dan melipat tutup meja di dapur umum dan membantu
tugas-tugas lain.
33. Seorang pembantu bilik air
(tandas). Dia akan memastikan baldi yang digunakan di tandas dan di tempat
wuduk adalah baldi yang berbeza, bersih dan kemas. Dia akan menerima 3 dirham
sehari.
34. 2 orang pakar tukang masak.
Setiap mereka akan dibayar 5 dirham sehari.
35. 2 orang pembantu tukang
masak. Setiap mereka akan dibayar 2 dirham sehari.
36. Seorang pelayan, dengan 4
dirham sehari.
37. 2 orang pembuat roti.
Setiap mereka akan dibayar 4 dirham sehari.
38. Seorang pegawai gudang. Dia
akan dibayar 2 dirham sehari.
39. Seorang penghantar surat.
Dia akan dibayar 3 dirham sehari.
40. Seorang penguli tepung.
Tugas beliau adalah menguli gandum yang akan dimasukkan dalam setiap makanan.
Dia akan dibayar 2 dirham sehari.
41. Seorang pengisar gandum di
kilang. Beliau akan dibayar 4 dirham sehari.
Hafsa Hatun menyatakan dalam
kertas waqfiyyenya keperluan untuk menukar pekerja yang tidak bekerja dengan
baik. Pekerja-pekerja tersebut boleh ditukarkan oleh mutawalli, tetapi
penukaran jawatan lain seperti Imam dan Muazin hanya boleh dengan kebenaran
Kadi. Hafsa Hatun menyatakan bahawa 2 kali dalam sehari, pada pagi dan selepas
tengahari, makanan akan disediakan kepada orang miskin, tetamu di zawiyya,
pelawat Syed (keturunan nabi Muhammad (saw), ulama dan soleha. Sipahis
(petugas tentera berkuda tempatan), para petugas dan mereka yang bekerja di
situ tidak boleh dikatogerikan sebagai tetamu di dapur umum, kerana mereka
telah menerima bayaran dan tidak perlu dibantu.
Untuk membiayai setiap perkara
di atas, Hafsa Sultan menyerah perkara berikut untuk wakaf beliau:
Bandar Urla berdekatan Izmir,
hasil pendapatan 13 kampung, sedikit hasil cukai tempatan, beberapa kedai di
bandar Sobije, hasil pendapatan dari tempat mandi umum di Manisa berdekatan
Istana Sultan Suleyman, 3 buah kampung di Manisa, kilang di bandar Korele dan
sebuah hutan berdekatan Manisa.
Osman Nuri Ergin, penulis
terpelajar, menulis tentang kuliyye yang merangkumi masjid, tempat pengajian,
hospital, restoran, rumah tetamu, makam, istana dan juga menara masjid yang
juga dipanggil dapur umum. Sebagai satu contoh terbaik, ialah satu darinya yang
dibina dan diserahkan oleh Mihirishah Valide Sultan, isteri kepada Sultan
Mustafa III dan ibu kepada Sultan Selim III di dalam bandar Ayyub Sultan dalam
daerah Istanbul. Dapur umum ini dan kuliyye telah digunakan pada tahun
1208/1793 dan masih berterusan berkhidmat untuk rakyat.
Apabila pesuruh Allah (saw),
berhijrah ke Madinah al-Munawwara, baginda adalah tetamu kepada Abu Ayyub
Khalid ibnu Zayd Al-Ansari (ra). Abu Ayyub menyertai peperangan pada 50H/670M
ke Konstantinapole (Istanbul), dimana beliau telah mati syahid dan dikebumikan
di luar tembok kota. Para Orientalis memanggil beliau sebagai askar arab. Pada
orang Turki, beliau adalah Eyub (Ayyub dalam bahasa Turki) seorang Sultan. Apabila
Sultan Osmanli Sultan Fatih Mehemmed membuka kota Konstantinapole (Istanbul)
kepada Islam, baginda sultan telah meminta ketua rohani Akshemseddin (ra)
menentukan tapak pengkebumian tersebut pada tahun 857H/1453M, dan telah
ditentukan di kawasan perjalanan mukishefe. Tapak perkuburan dan sebuah masjid
telah dibina dan dinamakan sempena Abu Ayyub oleh Fatih, dan daerah tersebut
dinamakan ‘Eyup’. Tapak perkuburan ini dilawati oleh Sultan Osmanli yang baru
dilantik dan upacara pemasyuran (julus merasimi) dilaksanakan di sana,
penganugerahan pedang Islam di hadapan para sahabat dan mujahid. Sultan,
perdana menteri atau menteri, yang keluar atas nama jihad (tentera diraja),
akan pertamanya menziarahi kuburan Abu Ayyub. Sehingga kini, kanak-kanak
yang akan berkhatan, dan pasangan yang baru berkahwin akan datang menziarahi
kubur beliau
Permaisuri yang dermawan ini
telah membina dapur umum di kawasan Eyup Sultanini.
6. Wakaf Haramayn:Hasil
pendapatan dari jenis wakaf ini disalurkan kepada orang miskin di kedua kota
suci Makkah al-Mukarrama dan Madinah al-Munawwara, kepada mereka yang terkandas
dalam perjalanan ke atau dari urusan Haji, dan untuk memberikan minuman pada
para haji dan sherbet (minuman manis tanpa alkohol). Difahamkan jenis wakaf ini
adalah suatu perkara biasa pada era Osmanli. Mari kita nyatakan 2 darinya di
sini:
- Ketika dikepung oleh pasukan
musuh di Kanitza pada tahun 1601, Tiryaki Hasan Pasha menaikkan semangat
tentera-tenteranya dengan menyatakan “Kanije dan seluruh tanah sekelilingnya
adalah tanah wakaf untuk Madinah al-Munawwara, jadi Allah tidak akan
membenarkannya jatuh ke tangan kafir.” Kanitza merupakan kawasan yang terletak
di tengah-tengah Eropah, ini bermakna, Osmanli juga telah membuat wakaf di sana,
bahkan di mana saja mereka berkuasa.
- Oleh kerana Fatih telah
merobohkan empayar Rom Timur (Byzantine), baginda tidak pernah dimaafkan oleh
para orientalis apatah lagi dijadikan tajuk kajian penyelidikan mereka. Tetapi
menjadi sesuatu yang lebih besar dari umur kebijaksanaannya (baginda mengetahui
6 jenis bahasa dan merupakan seorang penyajak yang bijak dan terpelajar), para
orientalis kadang kala menyandarkan kepada beliau, dengan berpura-pura
mengatakan ibunya beragama Kristian bernama Mara, Stella atau sebagainya.
Sebaliknya, ibu baginda merupakan dari keturunan Jandaroglu Beglik dari wilayah
Kastamonu di Anatolia, dan nama ibunya adalah Halime Huma Hatun. Halime anak
kepada Ibrahim Bey. Apabila ibunya berkahwin dengan bapanya, Murad ke-2 dalam tahun
1424, dia telah menggunakan hamam (tempat mandi awam) dalam perjalanannya ke
rumah suaminya. Hamam ini dinamakan gelin hamami (Hamam Pengantin) terletak di
kampung Chayirjik berdekatan pekan Devrekani, dalam daerah kota Kastamonu. Pada
setiap bulan May, orang ramai akan meraikan peristiwa ini.
Hasil dari hamam ini disalurkan
kepada wakaf Haramayn. Orang ramai menggunakannya berabad-abad, dan wang yang
dibayar pergi ke tempat yang disalurkan.
...........................
Pendek kata, seperti yang dinyatakan
oleh Ibrahim Hakki, “Orang Muslim Turki telah menyerahkan wakaf dalam segala
bentuk untuk keperluan manusia; ia mengambil masa yang lama untuk menceritakan
setiap persatunya dan akan mengambil berbuku-buku untuk menerangkannya.”
Mereka memperuntukkan wakaf
untuk para janda, gadis-gadis miskin untuk membeli pakaian pengantin, untuk
para musafir, untuk upacara pengkebumian para miskin dan orang tanpa waris,
untuk para hamba, untuk memberi makan burung di musim sejuk dimana ia tidak
dapat mencari makanan di dalam salji, memperuntukkan pengasuh untuk kanak-kanak
bagi ibu yang bekerja, menjaga para miskin dan anak-anak yatim, juga untuk
pelajaran mereka, memberi gantian bagi balang yang dipecahkan oleh anak-anak
atau pembantu, dan melitupi lendir di atas jalan dengan debu-debu. Lelaki
dibayar oleh kul vakfi (wakaf abu) untuk menjaga jalan, jalan raya dan lorong
di dalam bandar dan pekan, mengikut ketetapan tugas yang diberikan. Apabila
mereka melihat orang meludah air liur atau kahak, tanpa mengatakan sesuatu
kepada orang tersebut, mereka akan melitupinya dengan abu yang dibawa di dalam
beg sandang yang digantung di atas bahu mereka yang diambil menggunakan
penyodok kayu.
Waqif akan membina sesuatu yang
indah untuk burung-burung di tembok-tembok masjid dan bangunan-bagunan lain.
Murseli Aga yang tertentu telah memperuntukkan wakaf di Odemish, barat
Anatolia, kepada burung-burung bangau yang tertinggal kawanannya akibat sakit
dan sebagainya. Dia memperuntukkan hasil wakaf ini untuk memberi makan burung
di hati, paru-paru dan babatnya. Setengah wakif memperuntukkan hasil wakaf
mereka kepada burung yang datang ke pekan atau bandar ketika musim sejuk untuk
mencari makan. Ramai yang meletakkan bekas kecil di atas kubur mereka untuk
memberi minum kepada burung-burung.
Bagi menutup topik ini, mari
kita menyentuh tentang sadaka tashlari (batu/tiang untuk si-miskin). Sadaka
tasi adalah merupakan batu atau tiang setinggi satu setengah meter dengan
permukaan licin atau berpahat di atasnya. Untuk bersedekah, orang ramai akan
meletakkan wang atau barang sedekah di atasnya. Selepas waktu Isha, ketika
semua orang pulang ke rumah masing-masing, sesiapa yang memerlukan boleh datang
dan mengambil wang sedekah tersebut tanpa perlu risau tentang maruah dirinya,
tanpa perlu bersama mengambilnya dan tanpa perlu diketahui oleh orang lain.
Sesetengah sadaqa tasi mempunyai penutup atau bumbung untuk tidak
memperlihatkan siapa yang meletakkan wang atau mengambilnya.