ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Necmettin Erbakan : Sufi Haraki

Prof Dr Necmettin Erbakan adalah merupakan seorang pemimpin ulung gerakan Islam di Turki pada zaman moden. Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga tahun 1997 dan dianggap sebagai Al-Mursyid Al-Ruhiy kepada gerakan Islam Turki. Pada tanggal 27 Feb 2011 yang lalu beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 85 tahun .


Latar belakang kehidupan
Prof Dr Necmettin Erbakan dilahirkan pada 29 Oktober 1926 bersamaan 22 Rabi`ul Awwal 1345H di bandar Sinop berdekatan dengan Laut Hitam. Iaitu
dua tahun selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniah yang terakhir, Sultan Abdul Hamid II.

Pada tahun 1948 beliau belajar di peringkat pengajian tinggi di Universiti Istanbul di Fakulti Kejuruteraan sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan doktor falsafah di Aachen, Fachhochschule Aachen (University of Applied Sciences Aachen, Germany)dalam bidang Termodynamic dan Atom.
beroleh ijazah kejuruteraan mekanikal pada tahun 1948 di Turki dan menamatkan Ph.D dibidang kejuruteraan engin di University of Ukhon, Germany pada tahun 1956

Beliau membabitkan diri dalam aliran 'Tareqat Naqsyabandiah' pimpinan Syeikh Muhammad Zaheed Kotko yang menyokong Gerakan an-Nursiah (nisbah kepada Badi`uzzaman Sa`id an -Nursi) membantu Perti 'Nizam al-Watani' iaitu sebuah parti politik pertama di Turki yang berhaluan Islam secara menyeluruh. Beliau juga seorang bermazhab Hanafi.

Beliau pernah menjadi ketua jurutera-jurutera penyelidik di kilang engin Clovez. Di situ beliau berjaya merekacipta kereta kebal yang boleh bergerak dengan menggunakan apa sahaja jenis bahanapi. Pihak di German cuba agar beliau terus menetap di sana kerana kepintarannya, namun beliau tetap mengambil keputusan untuk pulang berkhidmat di negara asalnya lalu mengajar sebagai pensyarah di Universiti Istanbul. Beliau menjadi Professor Madya ketika berumur 27 tahun dan Professor ketika berumur 29 tahun dan merupakan professor yang termuda di Turki ketika itu. Beliau juga mengasaskan kilang engin diesel bersama dengan 300 orang kenalannya. Kilang tersebut masih beroperasi hingga ke hari ini dan mengeluarkan kira-kira 30,000 engin diesel setiap tahun. Dalam satu projek yang lain beliau bersama dengan 22 orang jurutera kenalannya berjaya membuat kereta nasional pertama bagi Turki.

Setelah menamatkan pengajian dalam Fakulti Kejuruteraan, beliau menceburi bidang politik. Beliau bertanding dan menang dalam piihanraya di Bandar Quwineh atas tiket Parti 'Nizam al-Watani' dan menjadi ahli parlimen termuda ketika itu. Namun, beliau terpaksa menubuhkan parti baru berteraskan Islam setelah dihalang berpolitik menerusi kerajaan campuran kerana menentang keras konsep sekularisme. Pada tahun 1970 beliau mengasaskan Parti Badan Nasional. Ia adalah parti bercorak Islam yang pertama di zaman Turki moden sejak runtuhnya Khilafah Uthmaniah yang berpusat di Turki. Beliau menggariskan objektif partinya dengan jelas dalam kata-katanya seperti berikut, “Umat kita adalah umat Iman dan Islam. Freemason dan Komunis berusaha terus menerus untuk merosakkan umat ini dan telah mencapai banyak kejayaan. Kuasa, media, perniagaan dan ekonomi berada di tangan mereka. Dalam berhadapan dengan taufan yang dahsyat ini, kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja keras dengan satu hati dan satu barisan, sehingga kita dapat mengembalikan Turki kepada sejarahnya yang pertama dahulu, dan kita dapat menghubungkan sejarah kita yang gilang gemilang dengan Turki hari ini yang berpotensi tinggi”.

Tahun 1971, Parti 'Nizam al-Watani' telah diharamkan. Sembilan bulan selepas itu Dr Necmettin menubuhkan Parti as-Salamat Nasional dan bergabung dengan Parti Rakyat Turki Beliau menjawat jawatan Naib Perdana Menteri dan memegang jawatan Menteri di tujuh kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri, Keadilan, Perdagangan, Kastam, Pertanian, Perindustrian dan Pemakanan.

Tetapi ianya hanya bertahan selama tujuh bulan kerana digulingkan oleh pihak tentera yang kuat berpegang dengan amalan sekularisme.

Pada tahun 1977, Dr Necmettin yang mendapat sokongan anggota pimpinannya bergabung dengan Parti Gerakan dan Parti Keadilan yang menang pilihanraya serta membentuk kerajaan campuran buat kali ketiga. Tetapi beliau diarahkan meninggalkan parti dan penglibatan politik oleh pihak tentera yang dapat menghidu kecenderungan beliau kepada Islam. Beliau telah dipenjarakan bersama 33 yang lain pada tahun 1981 selama 4 tahun. Pada tahun 1986 beliau menubuhkan Parti Refah.

Parti Refah bergerak di tengah medan masyarakat sekular Turki dengan mewajahkan sebagai gerakan cakna rakyat dan kebajikan. Ini adalah kerana perlembagaan Turki yang melarang sebarang bentuk aktiviti politik Islam dan politik langsung tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Parti Refah sentiasa dintip dan diawasi oleh pihak tentera, ditekan dengan mehnah dan tribulasi. Namun Refah tetap menunjukkan akhlaq yang baik dalam berpolitik, menyantuhi anak-anak yatim, ibu tunggal, mengadakan kelas-kelas al-Quran, perkhidmatan kesihatan percuma dan sebagainya. Ini dengan pantas menarik minat anak-anak muda yang cintakan Islam setelah melihat sistem sekular gagal dalam memberi kebahagiaan dan memusnahkan sendi-sendi aqidah umat Islam.

Selama 10 tahun dalam parti ini, sekali lagi beliau bertanding dalam pilihanraya umum pada tahun 1996, Parti Refah menang besar dan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri tetapi hanya bertahan selama 9 bulan iaitu pada tahun 1997 kerana digulingkan oleh tentera yang memang membenci terhadap Islam.
Sebaik Erbakan menjadi Perdana Menteri, beliau membuat lawatan demi lawatan ke negara-negara umat Islam, membentuk G-8 (Iran, Pakistan, Indonesia, Mesir, Nigeria, Bangladesh dan Malaysia) seperti langkah Barat yang telah lama membentuk G-7.
Pada tahun 1998, Parti Refah telah diharamkan dengan berbagai-bagai pertuduhan, manakala Dr Necmettin tidak dibenarkan aktif dalam arena politik Turki. Beliau dianggap pesalah yang harus dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun. Tetapi beliau dibebaskan memandangkan usianya yang telah tua dan dipantau segala aktivitinya oleh pihak tentera.


Pada tahun 1998, dengan menggunakan temannya Ismail Alib, Erbakan menubuhkan Parti Fadhilah yang kemudiannya dipimpin oleh Rajani Quthan. Pada tahun 2000, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun keatas Erbakan dengan tuduhan “mencetuskan kebencian agama dan puak” serta mengharamkan beliau terlibat dalam politik sepanjang hayat. Pihak Mahkamah menggunakan ucapan Erbakan dalam Pilihanraya Umum 1994 sebagai bahan bukti lapuk bagi mendakwa beliau. Pada tahun 2001 Parti Fadhilah diharamkan oleh Mahkamah dengan tuduhan “menentang sekular”.

Tanpa berputus asa, Erbakan mendorong Rajani Quthan sehingga tertubuhnya Parti Saadah. Muridnya dalam gerakan (usrah said Nursi) iaitu Presiden Abdullah Gul dan Rajab Tayyib Erdogan, menubuhkan Parti Keadilan dan Pembangunan yang sedikit sebanyak mempunyai hubungan dari sudut kecenderungan kepada Islam.

Dari sedikit kisah Al-Marhum kita dapati sijil, karier, penjara, tekanan, umur dan penyakit tidak sedikitpun dapat menghalang beliau dari berkerja dan berjihad mengembalikan kegemilangan Islam di Turki dan Dunia Islam. Seorang wartawan pernah mengemukakan soalan sebab atau rahsia beliau meninggalkan dunia intelektual yang telah beliau kuasai khususnya dalam bidang kejuruteraan dan beralih ke bidang jihad masyarakat. Beliau menjawab, “Allah telah mengurniakan saya sehingga saya dapat memberi khidmat intelektual kepada negara saya dan dunia amnya. Selepas itu Allah telah memberi petunjuk kepada saya kearah jalan yang lebih baik melalui amal dan jihad demi kebaikan umat seluruhnya. Mungkin sahaja seseorang itu mendapat gelaran Dr di universiti, bahkan mendapat hadiah Nobel, akan tetapi jika kehidupannya sempit, rendah dan kurang akhlak, apa menfaat yang dia perolehi dari gelaran dan hadiahnya itu ? Oleh itu bekerja dan berjihad demi umat dan negara adalah tugas yang sebaik-baiknya.

Kini giliran anak-anak muridnya pula menyambung perjuangan politik beliau di fasa yang seterusnya.Walaupun sentiasa diberi amaran supaya tidak mengulangi sikap dan tindakan Islamis di Turki, AKP diterima Barat sebagai model bagi gerakan Islam dan peranan Islam dalam politik. Ketokohan dan kebijaksanaan pimpinannya Abdullah Gul dan Recep Tayeb Erdogan serta ahlinya.

Di peringkat antarabangsa, usaha AKP mendekatkan Turki dengan Kesatuan Eropah dengan tindakan-tindakan yang menyelaraskan amalan di Turki dengan Eropah menerima pujian dari Barat.

Strategi bagimengurangkan kuasa tentera yang sentiasa menyekat kebebasan di Turki. Dan juga bagi melonjakkan ekonomi rakyatnya. Dasar luar Turki sekarang kearah lkerjasama dan perdamaian adalah melihatkan suatu kebangkitan kuasa Turki bari sebagaimana dahulu empayar Osmaniah.Terbaharu, tindakan melibatkan Israel melonjakkan lagi nama AKP dan Turki, menyumbang kepada peningkatan dan pengukuhan kedudukan Turki sebagai kuasa serantau di Timur Tengah.

Dalam suasana pasca-Islamisme dilihat sebagai pilihan yang tidak dapat dielakkan lagi untuk gerakan Islam, Erbakan telah memperlihatkan kelangsungan hidup Islamis, yang terus mengambil bahagian dalam politik Turki.

Perjuangan panjang politik Erbakan telah mencatat sejarah dalam perjuangan Islamis menghadapi sekularisme Turki.

Erbakan telah mencatat sejarah sebagai Islamis yang terus menjadi pencabar utama fahaman Kamalisme Turki yang meletakkan sekularisme sebagai asas utama negara.

Pendekatan hikmah dan strategis dan pembentukan pelapis gerakan Islam oleh beliau terus dengan warisan leluhur dan tradisi Turki yang berpaksi kepada manhaj Sunni ASW dan tradisi sufi. Dimana turath dan moden adalah asas tajdid dan islah dalam meneruskan kehidupan massa. Kepelbagaian bidang diutamakan, ekonomi dan kesjahteraan serta pendidikan disamaping teras utama ilmu Islam tetap diperkasakan (Akidah ASWJ, mazhab Fiqh dan tarekat Sufi). Dalam acuan halaqah gerakan Islam Turki menjadikan karya-karya Said Nursi al-Naqsyabandi merupakan rujukan dan panduan utama. Inilah model pendekatan dan teras Negara baru Turki. Pendekatan Islam yang moderat dan progresif. Akar leluhur agama terus dibangunkan dan dipertahankan dalam arus perdana kenegaraan dan massa.