ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Aliran Fahaman, Pemikiran dan Akidah Islami

Aliran Fahaman, Pemikiran dan Akidah Islami

Islam merupakan agama yang terbaik dan sempurna, permasalahan kalangan umat Islam bukan bermakna permasalahan agama Islam. Ini kerana ramai orang Islam kurang mengamalkan tuntutan agama dengan kefahaman sebenar lantaran tidak mendapat panduan ulama’ pewaris Nabi sebagaimana dinyatakan oleh Quran dan hadis. Bahkan kedua sumber tersebut hanya dijadikan sandaran kononnya mengikuti dan faham agama, walhasil jauh daripada memahami agama dengan sebetulnya.

Umat Islam merupakan umat yang paling banyak memiliki nilai-nilai kemajmukan sama ada dalam bentuk etnik, bangsa, pemikiran politik (fundamentalisme, moderat, progresif, liberalisme, pluralisme, Ikhwanul-Muslimin, Jemaah Islamiah, Muhamadiyah, Ahmadiyah dan sebagainya), kelompok ilmu (tradisi, sekular, feminisme, hermenutiks, liberalisme dan sebagainya), aliran fahaman (Syiah, Sunni atau Wahabi), sektor , mazhab (Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi) dan gerakan politik atau kesatuan dan seumpamanya. Justeru wujudnya aliran akidah, fahaman, pemikiran, politik, gerakan dan mazhab. Tidaklah menjadi kesalahan besar dalam aliran-aliran lain kecuali perkara yang menjerumus penyelewengan akidah yang dipersoalkan oleh agama. Serta bahayanya akidah terseleweng atau tersasar dari landasan sebenar Islam.

Aliran ekstrim atau militant telah memberi inpak negatif terhadap umat islam yang mengikuti agama Islam yang sebenar sebagai pembawa rahmat. Penyelewengan akidah atau kefahamn yang tersasar daripada agama Islam yang sebenar adalah dianggap pelampau ‘ghuluw’. Dalam konteks massa golongan wahabi yang berpegang dengan doktrin takfir, bidaah, syirik telah membentuk suatu gerakan militant bagi agenda mereka sama ada menentang sesama Islam atau bukan Islam. Demikian wujudnya Jemaah Hijrah wa Takfir, al-Qaeda, Lashkar e Taiba, Jemaah Islamiah, KMM,Taliban dan lain-lain adalah berasas kepada akidah wahabi dan doktrin wahabi seperti tauhid 3t.

Kemunculan aliran ini bersumber sejarah lama dan perkembangan arus semasa, aliran muktazilah, qadariah, jabariah sudah berwajah dan bernama baharu. Agenda politik menjadi agenda agama termasuk akidah. Musuh insane seperti nufus, syaitan dilayani atau tidak disedari terus dinodai dan dituruti... Agenda muslihat musuh Islam dituruti secara sedar dan tidak sedar atau secara proksi.

Umat Islam tercermin dari pelbagai golongan, kelompok, dan aliran tersebut. Kemunculannya merupakan khazanah bagi perjalanan umat Islam, baik maju mahupun mundurnya ia. Sebahagian golongan, kelompok dan aliran ini secara sepintas lalu terlihat sebagai masalah sosial semata, namun dalam jangka masa panjang, ia berubah menjadi permasalahan politik. Namun masalah dan isu akidah tidak boleh dipandang ringan kerana aspek akidah merupakan teras utama dalam Islam. Kewujudan golongan batil member hikmah adanya golnan haq, antara kebenaran dan kebatilan merupakan suatu sunnatullah dan hikmah tersendiri.

Kita tidak perlu khuatir terhadap fenomena pelbagai golongan, mazhab, aliran, sektor, gerakan, mahupun parti. Kerana fenomena Islam ini sama halnya dengan pelbagai fenomena lain yang memiliki khazanah sejarah yang melimpah dan kekuatan gerakan yang besar di tengah-tengah masyarakat. Apa yang penting ikutilah panduan jalan yang betul ASWJ dengan panduan dan bimbingan ulama’ warasaht.

Oleh kerana agama Islam itu bersifat alami, walaupun pada awalnya diturunkan kepada keturunan Arab melalui perantaraan bahasa Arab, namun Islam mudah diterima tanpa sempadan etnik dan negara. Perkembangan itulah yang menjadikan Islam sebagai agama yang paling dinamik dan cepat berkembang berbanding agama-agama lain. Dalam catatan sejarah agama-agama dalam kehidupan manusia, setiap agama yang pernah ada dalam peradaban manusia juga mengalami perpecahan disebabkan oleh perbezaan mazhab aliran.

Dalam kemajmukan (dalam Islam dan di luar Islam), teladan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mendirikan sebuah peradaban madani di Madinah sepatutnya menjadi pedoman hubungan sesama manusia. Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Madinah, Rasulullah SAW mengambil peluang memahami susunan demografi penduduk dari pelbagai perspektif, kerana itu adalah langkah pertama untuk membentuk persefahaman.

Langkah baginda mengenali mereka yang bukan Islam dan keturunan yang berlainan bukan bermakna Rasullullah SAW telah meletakkan asas kepada perjuangan fahaman pluralisme agama, tetapi ia sebagai langkah strategik dalam menjalinkan hubungan kerjasama dan teladan terhadap toleransi terhebat dalam sejarah peradaban melalui kelahiran Piagam Madinah.

Kemelut perbezaan dan pertentangan pemikiran di kalangan umat Islam jika dibiarkan berterusan akan merugikan umat Islam itu sendiri. Jika selama ini kita mungkin menyalahkan sejarah atas timbulnya permasalahan ini, maka pada hari ini berilah peluang kepada sejarah untuk menyatakan kebenarannya bahawa tiada untungnya melanjutkan persengketaan aliran pemikiran. Namun kemelut akidah tidak boleh dipandang mudah dan enteng. Inilah sensitiviti keimanan sebagai insan muslim-mukmin-muhsin.

Gagasan Islam melalui panduan utama Quran dan hadis sudah menyatakan supaya mengikuti bimbingan ulama mursyidin pewaris nabi agar tidak terpesong menyeleweng atau sesat, amalan fardu dan sunat semuanya ada sebagai benteng diri dan pembawa kepada kebenaran dan hakikat. Pencerahan kalbu dan akal sebagai alat menuju kepada hakikat hadrat ketuhanan dalam perjalanan tariq menuju redha Ilahi sebagai hamba yang hakiki. Wallahuallam..