ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Persidangan Anggota Jilsah Al-Turuq Al-Sufiyyah

Persidangan Anggota Jilsah Al-Turuq Al-Sufiyyah


21-23 Januari 2011, Seremban- Persidangan anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan bil 1/1432 telah diadakan di Klana Resort, Seremban. Persidangan ini adalah bertujuan untuk membuat kajian terhadap tarekat yang ingin berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005. Anggota jilsah yang hadir pada persidangan ini terdiri daripada S.S Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri selaku pengerusi, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad, Y.Bhg. Dato. Hj. Borhan bin Hashim, Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Y.Bhg. Dr. Hj Jahid bin Hj Sidek, Y.Bhg. Dr. Sulaiman bin Ibrahim dan Y.Bhg. Dr. Abdul Manam bin Mohamad.

Di dalam persidangan ini, dua tarekat telah dikaji dan disoal-selidik iaitu Tarekat Dusuqiyyah Muhammadiyyah yang diketuai oleh En. Mohd Fadil bin Ariffin sebagai Naib Am Tarekat Dusuqiyyah Muhammadiyyah di Malaysia dan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah Gemencheh yang diketuai oleh En. Mohd Anua bin Mohd Zin sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh. Hasil kajian dan soal-selidik ini telah menghasilkan dua kertas syor untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang akan datang.


Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan