ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Strategi Risikan Menurut Perspektif Islam

Strategi Risikan Menurut Perspektif Islam

Nama-nama besar agensi risikan dunia antaranya CIA dan FBI (Amerika), Mossad (Israel), FSB (Rusia), MI6 (Britain, ASIO (Australia) dan lain-lain.Pihak barat dan orientalis sejak berzaman mengkaji orang Islam dan Negara Islam bagi agenda dan kepentingan mereka secara berterusan. Inilah hegomeni kuasa besar barat dan dunia terhadap Negara umat Islam sehingga membawa kepada penjajahan barat terhadap dunia Islam. Kajian orientalis dibuat pada asalnya bagi merosakkkan agama Islam dan umat dengan penyelewengan dan pendekatan kajian ilmiah.Justeru jalinan agensi risikan dengan orientalis begitu rapat. Pendekatan digunakan dengan pelbagai cara sama ada perdagangan, NGO, kebajikan, kemanusiaan, pendidikan dan sebagainya.

Konsep proaktif dan peka dengan persekitaran dan massa. Tugas risikan dibahagikan kepada dua bentuk antaranya merisik musuh luar negeri dan mematahkan cita-cita agenda jahat mereka, keduanya merisik rakyat sendiri agar jangan jadi tali barut dan memastikan rakyat sentiasa percaya dan setia dengan kerajaan atau pemerintah (Ulil Amri). Antara bidang yang menjadi risikan ialah keselamatan, politik, sosial, ekonomi dan agama, Dan inilah antaranya bagi memastikan perpaduan kaum sebagaimana termasuk dalam konsep HANRUH. Supaya negara terus aman dan makmur. Hasil risikan segala maklumat akan dianalisa sejauhmana kebenaranya dan kesannya bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang dan sama ada perlu kepada tindakan atau sebaliknya. Seterusya bagi perancangan dan kepentingan sewajarnya. Iaitu sama ada menyokong, membiarkan atau dimusnahkan akan sesuautu tersebut dari perspektif pemerintah dan Negara. Atatu tindakan memecahbelahkna atau perlunya kepada tangkapan atau propaganda.

Kebanggan dan ketangkasan perisik ialah bila ia berjaya mendapatkan maklumat awal,penting dan dari sumber yang pada kedudukan penting. Dalam kaedah mendapatkannya ada berbentuk menyusup masuk dan join bersama sesuatu kumpulan tersebut bagi menjadikan orang kepercayaan. Umpamnya jikalau intipakan ahli agama maka ia menjadi ahli cenderung agama, jikalau intipan politik maka ia menadi ahli parti tersebut dan orang kepercayaan pemimpin parti dan jikalau intipan pengganas maka ia turut menjadi ahli pengganas bagi tujuan mendampingi mereka.. Tugasan ini merupakan pengorbanan besar serta mempunyai risiko besar ada kala sehingga peringkat menggadai nyawa. Bahkan jikalau diketahui dia adalah perisik maka ianya dianggap pembelot dan dari kerjayanya menunjukan beliau bukan seorang yang cekap dan bijak dalam penyamaran. Kerana risikan mendapat maklumat daripada sesorang atau agensi tanpa disedari orang dan pihak lain.. dan ini memerlukan kepekaran dan kemahiran tinggi. Kerana bagi mengorek perkara rahsia dan perkembangan dalam sesuatu yang menjadi perhatian .

Antaranya mengintip kejatan musuh dan mendedahkannya kepada umum atau pihak berkuasa. Biasa pengintip diberi upah lumayan dan minat dengan tugasan tersebut.

Dizaman Rasulullah SAW juga terdapat paiukan risikan baginda SAW, kerana Rasulullah SAW adalah pakar strategi. Ada sahabat yang menyamar sebagai kafir musyrik dan bersama golongan kufar tersebut bagi mendapatkan maklumat. Apa yang dibawa Rasulullah adalah sebagai strategi dan contoh kepada sahabat dan umat berikutnya sebagai kaedah strategis.

Perisik harus cerdas dan bijak serta tangkas dapat mengingat dan menganalisa serta tajam pemikiran/ supaya aktivitinya tidak dapat dikesan musuh atau pihak yang menjadi intipannya.

Sesetangah perisik ada yang mendapat maklumat palsu dan mereka cipta maklumat justeru pihak atasan perlu bijak menilai dan menapis maklumat antara dakwan atau data sahih.. Kerana maklumat tepat membawa kepada keputusan yang tepat demikian maklumat salah atau palsu membawa kesalahan membuat keputusan dan tindakan. Justeru perlunya kejujuran pencari maklumat tersebut. Sehingga perkembangan teknologi alat risikan yang canggih terutamanya kalangan Negara maju namun cara tradisional dan manual masih relevan, bahkan teknologi kini membolehakan pakar komputer dapat menngambil maklumat orang lain dari mana-mana tempat dengan teknologi internet. Dimana mana maklumat tersimpan dalam komputer dapatt dicuri melalui system internet. Dan inilah teknologi dan kebijakan seseorang menerokanya serta mecerobohnya.

Dalam masyarakat adanya perisik bagi mengumpul maklumat dan perkembangan semasa masyarakat dalam pelbagai bidang. Tabiat dan kebiasaan serta persepsi masyarakat sentiasa dipantau dan diambil perhatian kalangan petugas.. dalam hal ini sesuatu kesukaan dan kelemahan dikaji dan peluang diambil kira bagi petugas.

Begitu juga kajian dan risisikan apa keperluan masyarakat dan kesusahan rakya t perlu diambil kira.. dimana musuh perlu diketahui dan kekuatan dan kelemahan dikaji bagi tindakan seterunsya.. dimana perkembangan rakyat dan tempat diambil kira semuanya. Begitu juga konsep ini dalam dakwah bagi memastikan ianya berkesan dan Berjaya.. Semamanya bagi petugas ini perlu jatidiri yang mantap dan pertolongan justeru perlunya amalan zikr bagi memastikan mereka utuh. Kerana banyak berlaku perkara tersebut dieksploitasi dan dimanipulasi kerana pengetahuan dan pengalaman petugas.Disamping tipudaya habuan , nafsu dan syaitan Bahkan perlunya orang yangmenyimpan rahsia atau kerahsiaan, kepintaran dan pemikiran tajam perlu bagi menganalisa maklumat yang diterima bagi tindakan bijak dan seterusnya.perlunya pejuang yang ikhlas dan sedia berkhidmat demi agama bangsa dan negara. Disamping kerja dan mendapatkan upah.

Didalam konteks semasa musuh Islam sentiasa mecari peluang bagi lemahkan umat Islam denga mendapatkan maklumat dan penyusunan strategi. Juteru umat Islam harus curiga dengan bukan islam dan negara asing khususnya pihak barat. Kerana mereka ada kepenitngan dan agenda tersebut. Kisah Saidina KHidir dan nabi Musa a.s. dijadikan cotoh bagi mendapatkan ilmu awal atau petunjuk awal, begitu juga dalam risiskan. Dalam hal ini perlunya pihak ahli zikir yang mendapat ilmu anugerah dan pertunjuk yang tepat dalam pelbagai perkara sama ada hal agama, politik, sosial ,ekonomi keselamatan dan sebagainya.

Dalam konteks kedaulatan Negara perkara ini perlu dititiberatkan dengan petugas yang berdedikasi dan mahir serta cekap.

Rujukan lanjut risikan dalam Islam boleh dirujuk dalam buku ‘al-Tajasussus wa Ahkamuhu fi Syariah al_Islamiyyah’ yang merupaakan sebahagian kajian tesis sarjana master Mohaamd Rakan al-Duinmi yang diterbitkan oleh Darussalam Kaherah Mesir.

Sebagai rujukan pakar strategi dan perisikan. Dalam ruangan yang terbatas ini, memadailah jika diambil peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah pada 622M.

Ini kerana ia merupakan satu momentum dan titik tolak kepada kejayaan penyebaran Islam di seluruh tanah Arab dan seluruh dunia kemudiannya. Dalam peristiwa tersebut jelas betapa genius dan pintarnya baginda dalam mengatur strategi dan membuat perisikan sebelum tugas hijrah yang suci itu dilaksanakan.

Perkataan 'strategi' berasal daripada perkataan Greek strategos, iaitu istilah ketenteraan untuk menerangkan kemahiran seorang panglima perang.

Ia merujuk kepada perancangan seorang panglima perang mengatur pasukannya dengan matlamat menewaskan pihak musuh. Carl von Clausewitz, ahli teori seni perang di abad ke-19, menyatakan strategi sebagai usaha merangka perancangan perang dan membentuk kempen individu termasuklah membuat keputusan penglibatan individu tersebut (The Essentials of Strategy, 2006: xiii).

Dalam lain perkataan, jika hijrah ke Madinah menjadi objektif, maka di sini strategi ialah cara mana Rasulullah boleh melakukannya dengan jayanya.

'Perisikan' pula bermaksud hasil maklumat yang telah diproses dan boleh digunakan untuk sesuatu tujuan. Ia berbeza dengan 'maklumat' yang merupakan bahan mentah yang belum diproses bagi menghasilkan perisikan.

Ia mempunyai lima peringkat iaitu perancangan, pengumpulan data dan maklumat, pemprosesan bahan tersebut, penganalisisan dan akhirnya penyebaran hasil perisikan tersebut kepada pihak yang memerlukannya.

Apakah benar elemen-elemen strategi dan perisikan wujud dalam peristiwa hijrah tersebut?

Dari segi strategi, ia boleh dikesan menerusi analisis SWOT iaitu kekuatan (strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman (threat).

Faktor kekuatan di sini ialah kesediaan penduduk Madinah (ketika itu masih bernama Yathrib) menyambut kedatangan Baginda. Ini berikutan beberapa rombongan dari kota tersebut yang telah menemui Baginda di Aqabah, Mina pada 621M terdiri daripada 12 lelaki daripada suku Aus dan Khazraj. Ia dikenali sebagai Baiah Al-'Aqabah Pertama.

Ini diikuti oleh Baiah Al-'Aqabah Kedua pada Jun 622M di mana melibatkan kira-kira 70 orang Madinah yang menunaikan ibadah haji (Safiyyu Al- Rahman Al- Mubarakfuri, Sirah Nabawiyyah, 2008: 207 dan 211). Mereka berjanji tidak mempersekutukan Allah, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak mereka dan tidak menentang Baginda SAW.

Kekuatan yang lain ialah kebijaksanaan Rasulullah SAW memilih Gua Thur sebagai tempat persembunyian semasa berhijrah. Ini kerana posisi gua tersebut terletak di Selatan Mekah, bukan jalan menuju Madinah dan ia boleh mengelirukan pihak musuh. Lebih-lebih lagi gua tersebut agak tinggi, mempunyai jalan yang bengkang bengkok dan sukar didaki. Baginda juga menuju Madinah menggunakan jalan yang jarang dilalui oleh penduduk Mekah.

Dari aspek kelemahan hijrah ke Madinah ini ialah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar akan menempuh jalan yang sulit dan banyak rintangan. Ia bukan sahaja sukar dilalui, tetapi terdedah kepada risiko lapar dan dahaga serta penuh kegelapan. Mereka juga mudah terdedah kepada ancaman suku kaum yang tidak dikenali di sepanjang perjalanan.

Dari aspek peluang pula, Rasulullah telah menjangkakan Madinah adalah lokasi yang terbaik untuk memantapkan penyebaran agama Islam. Di situ, Baginda dan golongan Muhajirin akan kurang diganggu dan ditindas oleh kaum Quraisy Mekah.

Aspek ancaman semasa berhijrah datangnya daripada bangsa Yahudi di Madinah. Ini kerana mereka menganggap menjadi bangsa terpilih oleh Allah SWT. Sebaliknya Nabi Muhammad, daripada bangsa Arab. Ini menyebabkan mereka merasa iri hati. Mereka mengadakan konspirasi dengan golongan munafik dan Quraisy Mekah.

Bagaimanapun ancaman tersebut dapat ditangani apabila Rasulullah mengadakan perjanjian dengan mereka. Baginda bertindak tegas apabila berlaku perlanggaran syarat perjanjian. Peralatan perang mereka dirampas dan ini melemahkan kekuatan ketenteraan mereka.

Bagaimana pula dari aspek perisikan? Rasulullah sememangnya telah merancang hijrah ke Madinah secara teratur, walaupun tidak dinafikan ia memang merupakan perintah Allah. Baginda mempunyai fakta bahawa Madinah mempunyai keistimewaan dari segi geografi, politik, ekonomi, mahupun sosial.

Madinah terletak dalam kawasan perjalanan kabilah dari Sham dan Yaman. Dari arah timur, Madinah bercantum dengan padang pasir Najd sehingga ke Iraq. Dari arah barat pula, kota tersebut bercantum dengan Laut Merah. Ia dikelilingi oleh pokok-pokok dan tanaman yang rendang, dengan ini boleh menjadi pertahanan perang semula jadi. Kota itu juga mempunyai tanah yang subur dan mempunyai dua lembah yang dilimpahi air.

Rasulullah juga mempunyai sumber perisikan dan pembantu yang dapat melicinkan lagi pelaksanaan hijrah ke Madinah. Dalam istilah perisikan ia dikenali sebagai HUMINT (human intelligence).

Antaranya ialah Abu Bakar As-Siddiq r.a. yang menemani Baginda sepenuh masa sewaktu berhijrah. Begitu juga Ali bin Abi Talib r.a. yang menggantikan Baginda di tempat tidur pada malam hijrah. Pembantu lain ialah Asma' anak perempuan Abu Bakar yang menguruskan bekalan makanan.

Ini diikuti Abdullah anak lelaki Abu Bakar yang mencari maklumat perisikan. Pada sebelah siang beliau keluar mencari maklumat yang menjadi isu percakapan orang ramai, kemudian melaporkan kepada Baginda dan bapanya pada sebelah malam.

Ini dimantapkan lagi oleh Amir bin Fuhairah, hamba kepada Abu Bakar yang menjadi gembala ternakan. Beliau membantu persembunyian di Gua Thur, di samping mengelirukan pihak musuh. Pada sebelah siang beliau menggembala ternakan di Mekah tetapi pada sebelah petang membawa kambing ke tempat persembunyian untuk membekalkan susu kepada mereka.

Seterusnya mendapat perkhidmatan seorang penunjuk jalan yang mahir dengan situasi kawasan dan jalan untuk berhijrah. Walaupun Abdullah bin Uraiqit seorang musyrik, tetapi amanah dan taat menyimpan rahsia.

Rasulullah juga sentiasa menganalisis maklumat perisikan yang diterima. Beliau tidak mahu terbuai dengan kuantiti pengikut, padahal yang lebih penting ialah kualiti mereka. Bagi mempastikan pengikutnya berhijrah ke Madinah dengan niat yang ikhlas, bukannya disebabkan agenda tertentu sama ada tujuan keduniaan atau untuk menikahi seseorang perempuan.

Ini jelas daripada hadis Baginda, Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia diniatkan. Barang siapa hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Wanita yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah Ummi Qais yang memberi syarat kepada seorang sahabat bahawa beliau bersedia menjadi isteri sekiranya lelaki itu berhijrah ke Madinah.

Baginda juga sentiasa membuat tindakan follow-up dan follow-through terhadap sokongan yang telah dijanjikan. Contohnya, baginda mengutus seorang sahabat, Mush'ab bin Omar kepada rombongan dari Yathrib (Madinah) yang berjanji setia dengan Baginda, di samping mengajarkan al-Quran dan agama Islam.

Baginda juga sentiasa memantau pergerakan orang yang memeluk Islam bukan kerana ikhlas tetapi kerana muslihat tertentu. Golongan munafik ini diketuai oleh Abdullah bin Ubai.

Sebagai contoh Baginda mengetahui sepucuk surat sulit yang dihantar kaum Quraisy Mekah kepada Abdullah supaya memerangi Baginda dan golongan Muhajirin. Baginda berjaya mengagalkan konspirasi itu, hasil maklumat perisikan yang diterima.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas adalah jelas bahawa Nabi SAW menggunakan strategi dan perisikan semasa berhijrah ke Madinah.

Memang tepat kata Sun Tzu dalam buku The Art of War, "Raja dan panglima yang bijak boleh menewaskan musuh jika mereka bergerak dan mencapai kejayaan melebihi orang biasa kerana mempunyai maklumat awal. Maklumat tersebut tidak dapat diperoleh daripada makhluk halus, dewa atau pengalaman mahupun telekan nujum. Ia mesti diperoleh daripada orang yang mengetahui situasi musuh."

Lantas, sepatutnya umat Islam mencontohi Baginda menjadi umat kelas pertama yang menguasai bukan sahaja kedua-dua bidang tersebut. Bahkan merangkumi bidang lain seperti informasi, teknologi, politik dan ekonomi dalam dunia yang sentiasa bersaing dan mencabar ini.

Oleh ZAINAL A. JALIL - Utusan Malaysia