Ihtifal Maulid 10 Muharam (Asyura)
Sambutan 10 Muharam merupakan perayaan bagi pengikut faham Sunni ASWJ kerana meraikan kesyahidan Saidina Maulana al-Imam al-Husin dan tentang peristiwa-peristiwa yang mulia dan kelebihan hari dan asyura tersebut. Kewafatan ahli bait dan solihin merupakan suatu kegembiraan kalangan pencinta solihin dan para muhib ahli bait yang sejati dan hakiki. Iaitu kembalinya kerahmatullah dan ketahuilah bahawa saidina al-Husin merupakan penghulu syurga sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW sabdanya (al-Hasan dan al-Husin adalah penghulu pemuda ahli syuga). Disisi auliyaa' Sidna al-Husin merupakan laluan 'bab' untuk sampai ke hadrat Rasulullah SAW, demikan salsilah jalan kerohanian dan turuq adalah berkesinambungan dengan Saidina al-Husin diantara para masyayikh sehinggalah Sidna Nabi SAW. Demikianlah para ahlillah dan auliyaa’ solihin yang faham Quran dan hadis merayakan hari asyura dengan barakah nafhah dan madad Saidina Husin. Malamnya diadakan sambutan memperingati kisahnya, majlis zikir dan selawat.
Manakala golongan pendakwa kononnya kasihkan ahli bait iaitu golongan syiah adalah tipu dan taqiyyah semata-mata, dan hai kesyahidan Saidina Husin pula diraikan dengan ratapan, kesedihan dan menyiksa badan kerana ahli syiahlah yang belot menyebabkan terbunuhnya Saidina Husin. Demikian bezanya sambutan Asyura antara golongan Sunni dengan Syiah, manakala golongan Wahabi langsung tiada apa-apa sama ada meraikan kegembiraaan atau kesedihan. Quran dan hadis bagaikan tiada apa-apa mengenai hari asyura tesebut lantaran tegar dengan doktrin bid’ah, syirik dan kufur.
Muharam selain sebagai permulaan kalendar Islam, tarikh 10 Muharam diingati sebagai sebuah sejarah kelam dalam pertembungan dua kelompok utama dalam Islam. Kelompok pertama yang dikenali sebagai Syiah dan kelompok kedua ialah yang menggelarkan diri mereka sebagai Sunni.
Kelompok pertama menjadikan Saidina Hussein bin Ali bin Abi Talib sebagai pemimpin mereka setelah Muawiyah mengambil alih kekuasaan khalifah Islam terakhir pada tahun 661M.
Setelah Muawiyah mengambil alih tampuk kekuasaan, kelompok Syiah melantik Hussein bin Ali sebagai ketua mereka berdasarkan kedekatan beliau dengan Rasullullah SAW. Saidina Muawiyah mengishitiharkan dirinya sebagai khalifah baru dan seterusnya mengasaskan Dinasti Umaiyah.
Apabila Saidina Muawiyah mati pada tahun 680M, berlaku satu pertempuran di antara pengikut Syiah dan pengikut Saidina Muawiyah.
Pengikut Syiah memberontak untuk menuntut kembali jawatan Khalifah kerana menganggap rampasan yang dilakukan oleh Muawiyah adalah tidak sah dan perlu dikembalikan kepada pewaris terdekat Rasullullah SAW iaitu Saidina Hussein bin Saidina Ali bin Saidina Abi Talib.
Selain mengingatkan sebagai Hari 'Asyura', 10 Muharam, umat Islam juga digalakkan berpuasa dalam sejarah Islam. Pada tarikh 10 Muharam, berdasarkan catatan Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mukasyayafultul Qulub bahawa terdapat sebanyak 13 lagi peristiwa besar dalam Islam dalam tahun-tahun yang berbeza.
Pada malam 10 Muharam, Nabi Adam a.s. diciptakan, kelahiran Nabi Ibrahim a.s., diciptakan seluruh cakerawala (langit bumi, bulan dan bintang), hari terselamatnya Nabi Ibrahim a.s daripada bahang panas unggun api Raja Namrud, hari kelahiran Nabi Isa a.s., hari kemenangan Nabi Musa a.s memusnah kekuatan rejim Firaun, Nabi Isa a.s diangkatkan ke langit, Nabi Idris a.s diberikan kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT, Nabi Nuh a.s terselamat dari gelora badai taufan, Nabi Sulaiman a.s mendapat mukjizat luar biasa, Nabi Yunus a.s keluar dengan selamat dari perut ikan nun, Nabi Yaakub a.s. yang buta dapat melihat, Nabi Yusuf a.s. bebas dari penjara, Nabi Ayub a.s. sembuh dari penyakit merbahaya dan hari pertama diturunkan hujan.
Peristiwa-peristiwa penting 10 Muharam itu mengandungi aspek-aspek perjuangan yang menaikkan semangat kepimpinan dan kepahlawanan. Ia mengandungi nilai-nilai pendidikan dan memiliki pengaruh kejiwaan dalam kehidupan seseorang atau sesuatu bangsa.
Tujuan kita mengingat pelbagai peristiwa penting dalam bulan Muharam ini sebenarnya untuk memahami secara lebih berhemah perjuangan dan keikhlasan perjuangan para Nabi menegakkan agama Islam. Dan bertabaruk dengan para ahli bait dan solihin.
Para Nabi dan Rasul sentiasa mencari jalan untuk mengendalikan urusan berhubung sesama manusia dan bermasyarakat secara adil dan menghapuskan puak kuffar.
Peristiwa 10 Muharam diingati sebagai hari berkabung bagi kelompok Syiah atas terbunuhnya Saidina Hussein di Karbala. Pada hari perkabungan itu, kelompok Syiah akan memasak dua jenis bubur dalam bekas yang berlainan.
Sebuah bekas mengandungi bubur berwarna merah, mewakili simbol darah Saidina Hussein yang menjadi korban nafsu Yazid. Sebuah bekas lagi yang berisi bubur berwarna putih, melambangkan kesanggupan saudara Saidina Hussein, iaitu Saidina Hassan menerima rundingan damai dengan kelompok bani Umaiyah yang membunuh saudaranya.
Asyura bagi sesetengah orang dianggap sebagai sebuah hakikat penentangan kepada pemerintah.Bagi Al-Hajjaj Yusuf Al-Thaqafi, seorang panglima perang Bani Umaiyah, asyura dianggap sebagai perayaan di atas kemenangan menegakkan sebuah dinasti Umaiyah, sebagai hari kesyukuran.
Hakikatnya, asyura hanya layak dirayakan oleh ummah yang mementingkan perpaduan dan ia tidak layak untuk dirayakan oleh puak yang suka memecah-belahkan perpaduan kerana kekuasaan itulah yang benar (might is right), yang salah tentu sahaja yang kalah. Inilah keamanan dan keharmonian yang dicapai oleh masyarakat Islam negara ini hasil daripada perpaduan dan permuafakatan.
Jelas di sini bahawa cara yang ditetapkan oleh sunnah ialah merayakan atau membesarkan Hari Asyura dengan berpuasa dan melakukan perkara-perkara kebaikan atau amalan bersifat sosial yang diredai Allah, dan yang lebih utama dengan hadrah zikr dan selawat keatas junjungan agungan Agung Saidina Muhammad SAW..
Kita semua tahu bahawa ibadat puasa pada hari besar tersebut merupakan perayaan kaum Yahudi untuk mengingati peristiwa bersejarah kemenangan Nabi mereka (Musa a.s) daripada kepungan dan serangan Firaun.
Dalam hal ini Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Kami lebih berhak dengan Musa daripada kamu. Oleh itu kami juga ingin merayakan hari bersejarah tersebut dengan melakukan ibadat puasa pada hari itu, lalu diperintahkan umat Islam berpuasa." (Riwayat Bukhari)
Amalan ini (berpuasa) dianjurkan untuk diteruskan, di samping merayakan hari bersejarah ini dengan mengadakan jamuan sejenis makanan (bubur) yang terdiri dari bahan yang mudah diperoleh dan disediakan yang dilakukan secara bergotong-royong dalam usaha merapatkan lagi hubungan kemesraan dan kasih sayang dalam masyarakat.
Kerja gotong-royong seperti ini patut diteruskan sekalipun ada tuduhan yang mengatakannya bidaah. Walhal usaha begini boleh dinilai sebagai budaya makruf (bidaah hasanah) sebagai mana pernah ditegaskan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu mempersendakan perkara makruf sedikit pun." (Riwayat Muslim)
* Sempena 10 Muharam juga penulis meraikan ihtifal ulangtahun perkahwinan ... nafhah, madad yang Sidna wa Maulanal al-Imam al-Husin r.a.