ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

SOLUSI DAN RESOLUSI BENGKEL ‘MENGENAL UNSUR-UNSUR TASAWUF YANG MENYELEWENG DALAM BUKU-BUKU AGAMA’.

SOLUSI DAN RESOLUSI BENGKEL ‘MENGENAL UNSUR-UNSUR TASAWUF YANG MENYELEWENG DALAM BUKU-BUKU AGAMA’.


1. 1. ISI-ISI PENTING

1.1.Permasalahan tasawuf dan teosofi mistik yang menyeleweng bukan hanya dalam buku tetapi menyeluruh di dalam masyarakat.

1.2.Tasawuf ialah al-ihsan dan suatu disiplin yang sah di dalam Islam.

1.3.Sumber akidah dan amalan sufi bukanlah akidah baru yang dicipta tetapi ianya adalah berdasarkan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan amalan yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah yang disusun oleh ulama’ pewaris Nabi SAW (imam-imam Tasawuf).

1.4.Metodologi ilmu tasawuf ialah amalan yang didekati secara mujahadah dan suluk. Bahan rujukan yang digunapakai adalah berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Alat yang digunakan ialah kalbu dengan tujuan untuk membersihkan diri. Hasilnya ia akan memperoleh ilmu, asrar, haqaiq, dan adab (akhlak). Tasawuf adalah merupakan produk dari amalan tersebut.

1.5.Tabi’i ilmu tasawuf ialah dzauqiyyah yang akan memberi pelbagai pengertian, antaranya ialah makrifah yang akan terhasil daripadanya tajalli, kasyaf dan waridah. Tabi’i ilmu Tasawuf juga adalah vertical ialah Tabi’in ilmu yang turun atau melimpah dari atas ke bawah (wahbah).

1.6.Penyelewengan dalam ilmu tasawuf berlaku dalam tiga perkara iaitu akidah, amalan dan dapatan amalan (dzauq) . Berlakunya penyelewengan ini adalah disebabkan oleh kejahilan dan tipu daya syaitan.

1.7.Piawai yang digunakan untuk menyelesaikan penyelewengan yang berlaku ialah dengan berpandukan akidah ahli Sunnah wal Jamaah dan roh faham al-Quran dan sunnah .

2. 2. SYOR

2.1 Amalan tasawuf yang dikaitkan dengan tariqat, lazimnya menjadi sumber ajaran sesat di negara ini. Persoalannya adakah disiplin ilmu atau disiplin amalan yang telah disesatkan? Asasnya tasawuf memang disiplin ilmu dan hasilnya adalah disiplin amalan. Tariqat adalah jalan dan didalam jalan itulah dicanai segala amalan.

22. Tasawuf sebenarnya boleh dibahagikan kepada tasawuf umum dan khusus. Tasawuf umum ialah menggabungkan al-Takhalli, al-Tahalli dan , manakala tasawuf khusus menggabungkan ketiga unsur iaitu, Takhalli, Tajalli dan Tahalli.

2.3. Banyak hujah yang digunakan oleh golongan tasawuf contohnya hadith didakwa tidak mengikut disiplin ilmu yang diperakui (tiada sumber). Banyak bahan-bahan penulisan yang dihasilkan dalam ilmu tasawuf juga didakwa tidak bersumber dari Rasulullah SAW.

2.4. Suatu pengiktirafan terhadap suatu tariqat yang benar-benar boleh diamalkan(muktabar) perlu dibuat oleh pihak berkuasa agama. Mengharamkan kesemua tariqat akan menimbulkan masalah dan ketidakadilan. Pendekatan yang terbaik ialah dengan mendekatinya secara ilmiah dan profesional.

2.5. Metodologi ilmu hadith dalam ilmu tasawuf perlu diteroka kerana timbul persoalan adakah semua hadith telah dijumpai.

2.6. Persoalan salasilah adalah penting dalam disiplin tariqat. Contohnya zikir yang diamalkan akan dikaji silsilahnya dan dipastikan puncanya dari dan izin Rasulullah SAW. Kemunculan tariqat adalah selepas Rasulullah SAW dan istilah tariqat tidak digunakan kerana ia diguna dalam bentuk yang lain.

2.7. Penulisan ilmu tasawuf yang bercampur dengan amalan tariqat yang sesat adalah berbahaya kepada masyarakat dan ianya perlu dihindarkan.

2.8. Suatu Garis panduan dalam penulisan ilmu tasawuf perlu disediakan untuk mengelakkan kecelaruan.

2.9. Senarai nama tokoh-tokoh ahli tasawuf dan tariqat yang muktabar perlu disediakan sebagai rujukan dalam tapisan dan penyelidikan.

Langkah-langkah yang diperlukan bagi menangani penerbitan ilmu tasawuf yang menyeleweng:

1. 1. Aspek ketulenan ilmu tasawuf hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum sebarang unsur penyelewengan dapat dikenalpasti.

2. 2. Mengenalpasti karya tasawuf yang muktabar dalam bidang ilmu tasawuf dan tokoh-tokohnya.

3. 3. Mengenalpasti tafsiran ahli Sufi dan membezakannya dengan tafsiran batiniah yang ditolak.

4. 4. Memastikan mereka yang menulis ilmu tasawuf dan amalannya adalah mereka yang ahli dalam bidang tersebut.

5. 5. Menyediakan panduan yang tepat mengenai ilmu tasawuf dan tariqat yang sahih sebagai alternatif.

6. 6. Mengadakan seminar dan bengkel tasawuf bagi mengupas isu-isu yang berkaitan tasawuf oleh pakar dalam bidang tasawuf dan tariqat.

7. 7. Mengeluarkan risalah dan buku berkaitan dengan ilmu tasawuf.

8. 8. Mengadakan modul dan kursus jangka masa pendek dalam bidang ilmu tasawuf, tariqat dan amalannya kepada pegawai penyelidik.

9. 9. Bekerjasama dengan institusi tariqat Tasawuf yang muktabar seperti Majlis Sufi Indonesia dan Majlis Sufi Mesir dalam menangani penyelewengan yang dinisbahkan dengan ilmu tasawuf dan tariqat Sufi.

10. 10. Mengenalpasti team pakar (ahli jilsah turuq sufiah/tasawuf) dalam menapis bahan penerbitan berunsur tasawuf dan sebagai rujukan (Panel Kajian Tariqat Tasawuf). Penilaian terhadap sesuatu ilmu tasawuf dan tariqat hanya layak dinilai oleh ahli dalam bidang tasawuf dan tariqat.

11. 11. Memberi penerangan kepada masyarakat awam tentang ilmu tasawuf yang sahih melalui media, khutbah, wacana dan lain-lain.

12. 12. Penerangan dan kefahaman kepada pegawai penyelidik dan pengkaji tentang ilmu tasawuf yang sahih dan tariqat yang muktabar.