Nama tokoh
falsafah Islam diabadi di perpustakaan ISTAC
2012/05/22
KUALA
LUMPUR: Perpustakaan Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) kini
dikenali sebagai Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas bagi menghargai
sumbangan tokoh falsafah Islam dan Tokoh Melayu Terbilang 2011 itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sumbangan Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam kajian mengenai tamadun Islam sangat tinggi sehingga memberi idea kepada penubuhan Istac pada 1987.

"Tokoh
ini telah menghasilkan banyak karya berkaitan Islam sejak 1970 sehingga kini
dan hasil penubuhan Istac telah membantu penuntut universiti melakukan kajian
dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam serta memberikan respon
yang kritis terhadap Peradaban Barat," katanya pada sidang akhbar selepas
merasmikan perpustakaan itu di sini, hari ini.
Turut
hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk
Seri Zaleha Kamaruddin dan Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, yang mewakili
bapanya, Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas.
Selain sumbangannya dalam penulisan buku, Jamil Khir berkata, kerajaan juga amat menghargai jasa Prof Dr Syed Muhammad Naquib dalam membuat kajian dan menyelamatkan dokumen berkaitan Islam.
"Usaha Prof Dr Syed Muhammad Naquib menyelamat dan membaiki lebih daripada 10,000 manuskrip dan pelbagai dokumen serta rekod kandungan perpustakaan abad ke-16 iaitu Perpustakaan Gazi Husrev Beg di Bosnia dan dipindahkan dalam bentuk 'microfilm' menerusi kerjasamanya dengan seorang bekas pengajar Istac, Dr Mustafa Ceric, harus diberi pujian," katanya.
Sehubungan itu, Jamil Khir berkata, Istac dan UIAM harus memulihara bahan yang terdapat dalam perpustakaan itu dengan cermat kerana koleksi berkaitan tamadun Islam itu turut diiktiraf oleh tokoh akademik dari Universiti Oxford , Universiti Cambridge dan Universiti Harvard.
. - BERNAMA