ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Pattani


PATTANI : Isu sebahagian Tanah Melayu

Pattani merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu dan pernah dibawah pemerintahan kesultanan Melayu Pattani, namun sejak sekian lama bumi Melayu tersebut terus dijajah oleh Siam sehingga ianya menjadi sebahagian daripada negara Thailand hari ini. Pattani berkongsi dengan bumi Melayu lain sebagai sebangsa dan seagama dimana melayu dan Islam sememangnya sebati dikalangan masyarakat mereka.

Islam mesuk ke Pattani dikatakan pada abad ke-12 oleh para pendakwah sufi dan pedagang muslim. Kedatangan Islam merancakkan perkembagan masyarakat dari segi sosial, ekonomi, budaya, pendidikan dan sebagainya. Pattani mencapai kegemilangan sebagai tempat yang melahirkan banyak institusi pondok bagi pengajian agama Islam yang merupakan nadi kepada jatidiri dan kelangsungan Islam dan Melayu di sana. Kerana sejak sekian lama Siam meneruskan agenda bagi mengasimilasikan masyarakat disana agar dikenali Thai Muslim. Institusi pondok menjadi benteng terakhir dalam mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam disana walaupun sentiasa diasak dan didiskriminasikan oleh kerajaan Siam.

Masyarakat disana dipaksa supaya menerima budaya Thai dan nasionalisme Thai, perpindahan besar-besaran kalangan masyarakat Siam ke Pattani bagi mengurangkan peratusan masyarakat Melayu disana. Bahasa Siam menjadi bahasa rasmi di pejabat/ urusan pentadbiran dan di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu hanya sekadar bahasa pertuturan dan dipelajari di pondok sahaja. Institusi pondoklah memberi sumbagan penting kepada umat Islam dan bangsa Melayu disana agar ianya tidak terus lenyap diganyang oleh Siam. Antara tokoh ulama tersohor disana ialah Syeikh Wan Daud, Syeikh Wan Ahmad, Syeikh Wan Abdul Kadir, Tok Bermin, Tuan Guru Hj Sulong dan ramai lagi.

Pattani terletak di Selatan Thai dan bersebelahan Malaysia, bahkan masyarakat melayu Pattani berkongsi adab dan budaya yang sama serta dialek percakapan hanpir sama dengan orang Melayu Kelantan. Pattani kini dipecahkan kepada 4 wilayah iaitu Yala (60% Melayu), Pattani (75% Melayu), Narathiwat (76% Melayu dan Satun (64% Melayu). Dan jumlahnya kini melebihi 7 juta orang.

Agenda Siam:
Asimilasi – Melalui perpindahan dan pendidikan kebangsaan Thai.
Bahasa – Bahasa Siam sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran dan pendidikan.
Birokrasi – Orang Melayu kurang mendapat jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan Thai.
Institusi Pondok - sebagai ganti mewujudkan sekolah agama kebangsaan dan dimasukkan pendidikan bahasa Siam sebagai cara beransur-ansur melenyapkan institusi pondok.
Gerakan pemisah – mengharamkan gerakan pemisah.
Kemerosotan akhlak – masalah sosial dan dadah.
Kemiskinan dan buta huruf – kadar kemiskinan dan buta huruf kalangan masyarakat Melayu begitu tinggi.
Diskriminasi dalam bidang sosial, politik ,ekonomi, dan pekerjaan.

Gerakan Pejuang

Atas faktor diatas dan sejarah, melangsungkan kewujudan para pejuang Melayu walaupun ada pasang surutnya. Gerakan pemisah ini bergerak dalam pelbagai kumpulan dan nama antaranya:
BIPP (Barisan Islam Pembebasan Pattani)
BRN (Barisan Revolusi Naisonal)
PULO (Pattani United Liberation Organization)
GMP (Gerakan Mujahidin Pattani)
BERSATU (Gabungan Barisan Bersatu Kemerdekaan Pattani) yangmerupakan gabungan kalangan kumpulan tersebut bagi tujuan yang sama iaitu menuntut kemerdekan bagi tanah Melayu kepada orang Melayu, walaupun pendekatan mereka berbeza dan pernah dipimpin oleh Dr Wan Abdul Kadir Che Man

Kesan Gerakan Pemisah Ini:
- Masyarakat Melayu semakin mendapat tempat, peluang daripada pemerintah Siam walaupun sedikit dari segi sosioekonomi dan sosiopolitik.
- Melambatkan kelancaran proses asimilasi Siam.
- Membuka minda masyarakat Melayu serumpun dan masyarakat antarabangsa.
- Perjuangan Pattani suatu perjuangan berasaskan kepada faktor sejarah, agama, bangsa dan bumi Melayu.

Bangsa Melayu Pattani: hidup dan mati bergantung kepada:
i. Polisi asilimilasi kerajaan Thai
ii. Peranan perjuangan pembebasan
iii. Peranan Golongan Melayu dalam birokrasi Thai.
iv. Peranan Alim Ulama.
v. Peranan Rakyat Pattani sendiri.