ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

PENJELASAN & ANALISIS: MENGEMBALIKAN KEKUATAN KESULTANAN SULU

PENJELASAN & ANALISIS: MENGEMBALIKAN KEKUATAN KESULTANAN SULU


PERJUANGAN REPUBLIK BANGSA MORO

Apakah yang dimaksudkan dengan panggilan "Moro"? Moro secara istilah bermaksud "Orang Islam" dan secara bahasa bermaksud "Orang Islam Mauricenia di Andalusia yang pernah menakluk Spanyol". Maka apakah pula maksud "Bangsa Moro"? Nama "Bangsa Moro" hanya dijadikan "Istilah Kesatuan" oleh kumpulan MNLF (Moro National Libaretion Front) untuk menyatukan Orang Islam Mindanao dan Kepulauan Sulu agar berjuang secara bersenjata membebaskan kedua-dua wilayah tersebut dari pemerintahan Filipina. Perjuangan "Bangsa Moro" dirancang untuk menubuhkan satu negara kesatuan yang dipanggil "Republik Bangsa Moro". Persoalannya, di manakah kejayaan "Perjuangan Bangsa Moro" selama 40 tahun yang bermula pada 1972 itu?

Menunggu selama 40 tahun tanpa apa-apa kejayaan malah semakin terikat dan tertipu ketika MNLF menandatangani perjanjian damai 1996 menjadikan "Bangsa Moro" sudah tidak relevan lagi untuk dijadikan "landasan" memperjuangkan kemerdekaan "Republik Bangsa Moro" hari ini malah untuk selama-lamanya. Kecuali para bekas pejuang "Moro" tersebut meninggalkan perjuangan lama mereka dan mula mengkaji dan menggunakan taktik atau kaedah lain yang jauh lebih efektif. Ini kerana Republik Bangsa Moro sendiri setelah diteliti tidak mungkin akan terealisasi disebabkan persoalan "Bahasa apakah yang akan digunakan oleh Republik Bangsa Moro sebagai bahasa rasmi negara sekiranya mendapat kemerdekaan?", gunakan bahasa Sug (Tausug) atau bahasa Maguindanao? Pastinya Tausug tidak akan terima bahasa Maguindanao sebagai bahasa rasmi demikian Maguindanao yang sejak sekian lama "tidak sebulu" dengan Tausug. Kesimpulan yang menjadi persoalan ini ialah "Apakah sebenarnya bahasa BANGSA MORO?". Ternyata bahasa Bangsa Moro yang asli ialah bahasa orang Morocco di Maghribi (Afrika Utara) iaitu bahasa Berber-Arab yang sudah lama merdeka di tangan Penjajah Perancis.


Hingga hari ini para pejuang Republik Bangsa Moro itu sendiri sudah berpecah kepada dua kumpulan bangsa iaitu kumpulan Tausug (MNLF) dan kumpulan Maguindanao (MILF) bagaimana menyatukan dua etnik bangsa yang sudah berpecah ini. Hinggakan memeningkan kepala OIC serta anggota penaja perjanjian damainya yang terdiri dari Malaysia dan Indonesia. Nampaknya yang paling bingung terhadap perkembangan ini ialah Negara Malaysia sendiri dan Indonesia yang selama ini menjadi broker peribadi perjanjian damai antara MNLF-MILF dengan Filipina. Sekiranya kita perhalusi lambat laun Malaysia dan Indonesia suatu hari nanti akan dilihat sebagai "pemain" kepada perjanjian damai bersama Filipina atas dasar "Kepentingan Wilayah" yang menjadi "interest bersama" tanpa disedari. Inilah kebimbangan yang pasti akan berlaku terutamanya apabila perkara yang menjadi kebimbangan ini turut ditunggangi oleh "Kuasa Besar" suatu hari nanti.


PERJANJIAN DAMAI ADALAH TIPU HELAH, PECAH DAN PERINTAH?

Menurut Habib Zakaria Abdullah yang menjawat sebagai Penasihat Utama kepada Sultan Bantilan II yang juga pernah menjawat dalam Majlis Tertinggi MNLF ketika dulu telah mendedahkan perbualan antara pemimpin MNLF dengan Presiden Libya, Mu'ammar Ghadafy. Presiden Libya tersebut adalah antara penyokong kuat perjuangan MNLF ketika dulu tetapi setelah menyedari peperangan Filipina melawan MNLF dulu ada "udang di sebalik batu" maka segala bantuan kepada MNLF telah beliau hentikan. Mua'ammar Ghadafy melihat segala perjanjian damai yang diwujudkan dengan pemantauan OIC adalah "permainan" semata-mata. Maka nasihat terakhir Mu'ammar Ghadafy kepada Nur Misuari lebih kurang ialah,

  • "Gantikan perjuangan kalian kepada memperjuangkan Kesultanan Sulu insyaAllah kalian akan berjaya"


Manurut Habib Zakaria, memperjuangkan Kesultanan Sulu amat berat bagi Nur Misuari kerana sejak dahulu lagi pemimpin tertinggi MNLF itu berangan-angan menjadi presiden Republik Bangsa Moro sebagaimana Presiden Libya dan Presiden Cuba (Fidal Castro). Maka memperjuangkan Kesultanan Sulu menyebabkan beliau terpaksa berada dibawah pemerintahan para Datu dan Sultan Sulu dan hal ini sangat mustahil baginya.


OIC adalah kesatuan negara-negara Islam dibawah seliaan PBB (UN) yang tidak berkuasa mengiktiraf sesuatu negara menjadi merdeka kerana perkara tersebut berada dalam tangan PBB yang diselia oleh USA-Freemason (NWO). Perkara ini turut didedahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Baqi (Mufti Region 9) yang sekarang bertugas di pejabat OIC di Jeddah Arab Saudi yang menyatakan bahawa OIC tidak akan menerima Republik Bangsa Moro merdeka dari Filipina apatah lagi Kesultanan Sulu kerana bidang kuasa mengiktiraf kemerdekaan sesuatu negara hanyalah pada tangan PBB (UN). Walau bagaimana pun menurut Ustaz Abdul Baqi, kes Kesultanan Sulu adalah berbeza dari perjuangan Bangsa Moro MNLF dan MILF kerana perjuangan Bangsa Moro sudah berakhir pada tahun 1996 yang sudah menyerahkan "diri mereka" kepada kekuasaan Filipina sebagai wilayah Autonomi bukannya kemerdekaan.

Maka sebarang tindakan yang dinamakan sebagai "Menandatangani Perjanjian" yang ditaja oleh mana-mana broker perjanjian damai yang dinaungi OIC itu hanyalah sebagai "perjanjian menguatkan Autonomi" bukannya kemerdekaan. Jelasnya, perjuangan KEMERDEKAAN sudah tidak ada kecuali atas nama KESULTANAN SULU sahaja lagi. Menurut Ustaz Abdul Baqi yang disokong oleh Habib Zakaria, Habib Pang (Tapul), Habib Nukrie (Jolo), Hj Abdullah (Bungao), Komander Datu Jul Lutian (Sabah) para pejuang MNLF patut diheret masuk ke dalam perjuangan Kesultanan Sulu dan menjadikan mereka TENTERA DIRAJA SULU dengan demikian permainan perang dan aliran keganasan dapat dihentikan. Bagaimanakah caranya?


IMPAK KEMASUKAN PEJUANG BERSENJATA MENYERTAI KESULTANAN SULU

Kemasukan Habib Zakaria dan Kom. Datu Jul Lutian ke dalam perjuangan Kesultanan Sulu hari ini menjadi kekuatan baru untuk mendapatkan semula kepercayaan para Komander MNLF menyertai perjuangan kemerdekaan Sulu yang tidak pernah hilang di tangan Kesultanan Sulu. Nampaknya para wartawan Tausug yang menjalankan Road Show beberapa tahun lalu perlu diberi penghormatan kerana berjaya meyakinkan Habib Zakaria dan para Komander MNLF lain menyertai gerakan Kesultanan Sulu. Persoalannya sejauh mana kejayaan Habib Zakaria dan Kom. Datu Jul Lutian membawa masuk para komander MNLF?

Satu langkah terawal ialah perlunya pemusatan kepercayaan kepada SATU SULTAN yang diyakini benar, jujur dan adil untuk dijadikan simbol kesatuan. Hal ini menjadikan Sultan Muhammad Bantilan Muizuddin II menjadi pilihan para Habib dan Komander, Panglima, Datu dan Paduka kerana latar belakangnya yang dapat diterima. Kreteria Sultan Bantilan yang,

  • Diangkat oleh rakyat (bukan dia yang mengangkat dirinya sendiri) atas persetujuan para Datu dan Syarif (bukan hanya 60 orang),
  • Waris Kesultanan Sulu yang benar (Jelas Salasilah Kedatuannya).
  • Diangkat menjadi Sultan Sulu di Lupah Sug (Jolo) sebagai tanah Kesultanan (bukan di tempat lain seperti Tawi-Tawi, Manila, Sabah dan sebagainya).
  • Mengangkat bendera Kesultanan yang asal tanpa diiringi oleh bendera negara lain.
  • Berjaya memikat ribuan manusia memperjuangkan semula Kesultanan Sulu.
  • Miskin dan berpengetahuan (walau pun kurang pendidikan formal), kerana kalau dia memang kaya sudah tentu bila-bila masa boleh mengangkat dirinya jadi Sultan kerana kemampuannya, dan kalau pun berpendidikan tinggi tahap Doktor Falsafah (PhD) kalau tiada pengetahuan bagaimana memikat sokongan manusia malah terkenal dengan penipuan dan putarbelit sangatlah tidak layak diangkat menjadi "KETUA NEGARA SULU".
  • Menjadikan Agama Islam sebagai panduan bernegara.

=Perkara di atas yang menjadi kreteria Sultan Sulu dan menurut pemerhatian para wartawan Tausug, pulau Tawi-Tawi adalah tempat yang sesuai menarik para Komander MNLF dengan bermodalkan kreteria Sultan Bantilan II selepas pulau Jolo. Baru-baru ini, Habib Zakaria dan Kom. Datu Jul Lutian dengan sokongan Raja Bandahara Hj Abdullah Imao di Bungao berjaya memberi keyakinan kepada seorang Komander MNLF lagi iaitu Habib Achmad yang mempunyai 500 pejuang MNLF terlatih di bawah seliaannya di pulau Tawi-Tawi. Habib Achmad adalah seorang saudagar yang aktif yang senantiasa mengekalkan kemanan dengan Filipina selama beberapa tahun yang lalu dan kini telah menyertai dan mendokong Sultan Bantilan II.

Beberapa Komander MNLF lagi sedang diusahakan untuk diberi kefahaman tentang perjuangan Kesultanan Sulu. Kefahaman amat perlu kerana perjuangan ini tidak mempunyai dana atau bantuan kewangan dari luar maka kegagalan memahami perjuangan ini akan menyebabkan pembelotan dan pengkhianatan di masa akan datang. Sebagai contoh, Albi Julkarnain Ahmad masuk dalam perjuangan Kesultanan Sulu yang diselia oleh Sultan Bantilan II gagal diberi kefahaman sehingga Albi keluar semula menjadi pembelot kerana mendapati perjuangan Kesultanan Sulu Sultan Bantilan II tidak punya wang atau dana untuk beliau gunakan membeli ubat penyakit kencing manis dan darah tingginya.

Menurut Habib Zakaria, Kesultanan Sulu hanya akan berjaya mengembalikan kekuatannya sekiranya Tausug yang ikut serta terdiri dari mereka yang KEBAL dari lapar dan dahaga, KEBAL dari cemuhan dan penghinaan, KEBAL dari gertakan dan ugutan, KEBAL dari kecewa dan kecil hati, KEBAL dari rasa takut dan kecut, KEBAL dari tawaran harta dan wanita oleh pihak yang mahu mensabotaj perjuangan ini. Persoalannya, apakah impak kepada perjuangan ini sekiranya para pejuang MNLF berjaya ditarik masuk? Satu kemungkinan yang tidak dapat dielakkan ialah "KEMBALINYA KEKUATAN PERANG TAUSUG" seperti mana kegemilangan sejarahnya yang lalu. Kerana, kekuatan KETENTERAAN TAUSUG dibawah perjuangan Republik Bangsa Moro MNLF dahulu adalah berbeza dengan kekuatan TENTERA TAUSUG dibawah nama KESULTANAN SULU. Apakah yang menyebabkannya berbeza?


KELEBIHAN KEKUATAN TENTERA DI BAWAH KESULTANAN SULU

Mengikut penelitian para komander MNLF yang telah menyertai perjuangan Kesultanan Sulu Sultan Bantilan II, Filipina tidak akan melawan berperang dengan para pejuang bersenjata Tausug (Tentera Diraja Tausug) sekiranya berlaku pertembungan ketenteraan Kesultanan Sulu dengan Tentera Filipina. Hal ini sekiranya ditanggapi sebagai hanya angan-angan sahaja oleh sebilangan penganalisis namun mengikut pengalaman dari rakyat Sultan Bantilan II sendiri, perkara tersebut adalah benar. Ia telah diakui oleh tentera Marin Filipina sendiri,

  • "Kalian sekiranya sudah kuat, kami tidak perlu memerangi kalian, kami hanya berundur keluar dari wilayah kalian kembali ke Luzon-Visaya".


Ini bermaksud, kekuatan Kesultanan Sulu hanya akan diakui sekiranya kekuatan ketenteraan kembali semula kepadanya. Perlulah diperjelaskan, kekuatan tentera Sulu tidak boleh disatukan dengan "Sumbangan Wang atau Harta" semata-mata sebagaimana yang telah dinyatakan di atas tetapi dengan iman dan taqwa serta semangat Tausug itu sendiri. Perjuangan adalah amat berbeza natijahnya antara yang didorong oleh WANG @ HARTA atau perjuangan Sabilillah. Perjuangan yang didorong oleh WANG bermatlamatkan untuk hidup lebih lama dengan kesenangan sekali pun dengan pengkhianatan dan kekufuran.

Kekuatan ketenteraan Sulu juga pasti akan menamatkan tajaan "perjanjian damai" oleh OIC yang dilakukan oleh Malaysia dan Indonesia kerana MNLF sudah diserap menjadi Tentera Diraja Sulu. Maka, sekiranya sebelum ini Malaysia dan Indonesia tidak memperdulikan "Gerakan Kesultanan Sulu oleh kumpulan Sultan Bantilan II" kerana sibuk dengan perjanjian damai yang mereka taja antara MNLF-MILF dengan Filipina, maka tiada pilihan lain bagi Malaysia dan Indonesia "terpaksa berhadapan" dengan Kesultanan Sulu yang sebelum ini mereka cuba elakkan sejauh mungkin. Bagaimana tajaan perjanjian damai itu dapat dilakukan sekiranya MNLF-MILF sudah bubar?(MNLF sertai Kesultanan Sulu manakala MILF menyokong pula kesultanan Maguindanao).

Persoalannya, bagaimana kalau Malaysia dan Indonesia bersatu memerangi TAUSUG? Hal ini tidak mungkin berlaku kerana Tausug sendiri mustahil menyahut cabaran Malaysia dan Indonesia kerana kekuatan Kesultanan Sulu yang amat terbatas di samping kedua-duanya beragama Islam sebagaimana Tausug. Perkara ini mestilah dilihat berdasarkan sejarah sifat dan sikap Tausug terhadap KERAJAAN ISLAM lain di masa lalu. Sebagai contoh,

  • Kesultanan Sulu membiarkan wilayahnya (Basilan dan Zamboanga) dinamakan sebagai WILAYAH SULTAN QUDARAT di Mindanao kerana faktor KEKELUARGAAN (Sultan Sulu mengahwinkan Puterinya dengan Sultan Qudarat).
  • Satu lagi ialah Kesultanan Sulu membiarkan KESULTANAN BRUNEI "mengkleim" bahawa Kepulauan Sulu adalah wilayah kekuasaan Kesultanan Brunei yang juga disebabkan faktor KEKELUARGAAN (perkahwinan campur antara Brunei dan Tausug).
  • Malah, yang paling dekat dengan kita hari ini ialah pada tahun 1968, KOMANDO JABIDAH TAUSUG/SAMAL yang dilatih oleh Marcos untuk memerangi Sabah, Malaysia ketika dulu sanggup dibunuh oleh tentera Marcos dari merelakan diri mereka dikerah oleh orang kafir menyerang saudara seagama dengan mereka di Malaysia.

Kenyataan di atas menjadi satu bukti bagaimana sifat dan sikap Tausug terhadap saudara seagamanya yang lebih mengutamakan PERSAUDARAAN berbanding kepentingan wilayah. Maka, sekali lagi dinyatakan, sangat mustahil Malaysia dan Indonesia menyerang Kesultanan Sulu kerana Sulu sendiri tidak punya kekuatan untuk melawan. Persoalannya bagaimana kalau Tausug benar-benar diserang oleh saudara mereka dari Malaysia dan Indonesia?


KEKUATAN & PERJUANGAN TERAKHIR TAUSUG

Jawapan kepada persoalan di atas, bagaimana kalau Malaysia dan Indonesia memerangi Tausug sebenarnya mudah. Sekiranya Kesultanan Sulu memperjuangkan Islam dan sistemnya dalam membentuk negara DARUL ISLAM dan kemudian diserang oleh negara lain yang juga mengaku sebagai "NEGARA ISLAM" maka perlulah dilihat "Siapakah yang benar-benar memperjuangkan Islam dan sistemnya"? Mustahil para pejuang Islam berperang sesama sendiri kecuali antara mereka ada yang telah disusupi oleh "pengaruh Dajjal" yang menyebabkan mereka memerangi umat Islam lain. Hal ini bukanlah sukar untuk diadili kerana begitu jelas arah tuju sistem negara-negara yang mengaku dirinya sebagai "Negara Islam".

Satu kenyataan yang tidak dapat disangkal ialah mana-mana negara yang mahu menegakkan Islam dan peraturannya maka mereka perlu "melangkah mayat" GERAKAN FREEMASON SEDUNIA terlebih dahulu, yang mana sejak dulu menguasai Amerika Syarikat, Sistem Kewangan Antarabangsa (Gold Barr) dan United Nation (PBB) hari ini. Menurut para Nasionalis, Modernis, Liberalis, Sosialis yang beragama Islam bahawa hari ini sangat mustahil menegakkan Islam dan peraturannya dalam negara selagi terikat dengan sistem kewangan antarabangsa yang dipegang Freemason.

Nampaknya, sekiranya Sulu menjadi satu-satunya negara yang mahukan Islam dan peraturannya tertegak maka bukan sahaja Malaysia dan Indonesia yang "dikerah" melawannya malah negara-negara lain di seluruh dunia. Untuk memerangi Tausug sebenarnya adalah mudah kerana mereka sangat senang dikalahkan kerana tidak punya senjata berat dan jet pejuang sebagaimana Malaysia dan Indonesia. Tetapi sejarah membuktikan, hari ini Tausug kalah, esok mereka menyerang lagi, kalah lagi, menyerang lagi, sehingga berjaya MEMISKINKAN negara penyerangnya menjadi papa kedana dan merempat. Inilah yang mereka lakukan terhadapMajapahit, Spanyol, Amerika Syarikat dan Filipina. Amerika Syarikat bernasib baik kerana bertindak lebih bijak dengan mendalangi Perang Dunia II yang dengan dalam masa yang sama memindahkan Gold Barr Sulu seberat 617,000 Tan Metrik lalu meninggalkan Sulu (menyerahkannya kepada Filipina) maka selamatlah dia dari perang yang berpanjangan dengan TAUSUG.

Tausug bukanlah kuat sebagaimana yang disangka tetapi tersangat degil dan liat ditundukkan kerana sifat dan sikap mereka yang berhati besi selama mana mereka "meletakkan" sesuatu bangsa itu sebagai lawan yang perlu dimusnah dan disengsarakan sekurang-kurangnya mati bersama mereka. Kalau ada negara yang senang lenang yang kemudian berniat untuk "memusnahkan" Tausug perlulah berfikir dua ke tiga kali kerana Tausug dan negaranya itu sudah lama "musnah" maka memusnahkan sesuatu bangsa yang sudah lama musnah bukanlah tindakan yang bijak. Lihat sahaja rupa paras Bandar Jolo hari ini yang sudah kelihatan lusuh tanpa kemajuan dan pembangunan lebih 40 tahun, dan lihat pula keadaan Filipina hari ini yang sudah menjadi papa kedana sehingga rakyatnya menjadi "hamba abdi" (buruh, amah & pekerja sex) di luar negara, inilah kesan dari peperangan yang panjang antara Tausug dengan tentera Filipina. Ternyata Tausug masih berkubu di pedalaman Jolo tidak terkalahkan apatah lagi dilenyapkan dari muka bumi.


Kekuatan Tausug terletak pada adat dan budayanya yang berbeza serta terasing dari adat budaya Melayu apatah lagi Visaya. Tausug sangat menghormati Sultan selama mana Sultan menghormati mereka. Sekiranya Sultan bersekongkol dengan penjajah maka sejak itu Sultan sudah kehilangan kuasa terhadap mereka. Inilah yang berlaku terhadap Sultan Harun Ar-Rasyidyang ditinggalkan oleh Tausug kerana bersekongkol dengan Spanyol demikian pula denganSultan Muhammad Jamalul Kiram II (w 1936) yang ditinggalkan oleh Tausug kerana bersekongkol dengan Amerika Syarikat (sehingga hari ini keluarga Kiram masih terumbang-ambing kerana tidak mendapat sokongan Tausug). Berbeza dengan budaya masyarakat Melayu yang sangat mentaati Sultan walau apa pun keadaannya.


KESIMPULAN

Isu yang cuba diperjelaskan di atas ialah bagaimana mengembalikan kekuatan Tausug & Kesultanan Sulu kembali semula dihormati ialah dengan mengembalikan semula kekuatan ketenteraannya. Kekuatan tentera bukanlah untuk mengugut atau menakluk negara lain tetapi sekadar mengembalikan perhatian ANTARABANGSA terhadap Kesultanan Sulu. Kerana, mengapa MNLF dan MILF "dilayan" oleh OIC dan negara anggotanya adalah disebabkan MNLF/MILF punya tentera militia yang bersenjata penuh. Analisis ini telah pun disuarakan oleh para Wartawan Tausug kepada Sultan Bantilan II untuk dibawa ke mesyuarat Rumah Bichara atau Rumah Nakura' (Nakhoda). Sultan Bantilan II akhirnya berkenan untuk mewujudkan satu mekanisma yang lebih efektif untuk mendapatkan sokongan dan dokongan para Komander MNLF dengan para perajurit mereka bertujuan menguatkan KETENTERAAN TAUSUG dibawah naungan Baginda Sultan.

Dengan berjaya menarik semua komander MNLF masuk ke dalam perjuangan Kesultanan Sulu maka SUARA MERDEKA Tausug akan mula menjadi perhatian. OIC sudah tidak berpeluang lagi "menaja perjanjian damai" yang penuh dengan tipu helah dan kepalsuan yang kononnya ingin membantu "BANGSA MORO" MNLF dan MILF. Satu rahsia yang perlu didedahkan di sini ialah kelemahan Filipina yang takutkan MNLF merubah namanya kepada Tausug Royal Army (TRA). Malah Filipina sangat risau sekiranya Gelaran Moro semakin hilang dan dilupakan kerana gelaran MORO adalah salah satu produk Ferdinand Marcos untuk menghilangkan identiti TAUSUG. Suatu hari nanti pasti akan kelihatan pada muka depan akhbar iaitu,

"TENTERA SULTAN SULU BERPERANG DENGAN TENTERA FILIPINA"

Satu tajuk yang sangat ditakuti oleh Filipina kerana tajuk di atas menandakan Kesultanan Sulu bukan sahaja ingin mendapatkan gugusan Kepulauan Sulu malah wilayah Filipina sendiri seperti Luzon dan Visaya kerana ia masih termasuk dalam wilayah KESULTANAN SULU sebelum kedatangan Spanyol. Persoalannya mampukah Tausug melakukannya? Hanya Allah SWT yang mampu dan berkuasa merelisasikannya. Wallahu a'lam.


Oleh :asreemorro