ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Sheikhul Islam Mustafa Sabri Efendi (1869 – 1954)

Sheikhul Islam Mustafa Sabri Efendi (1869 – 1954)

Sheikhul Islam Mustafa Sabri, Sheikhul Islam terakhir Khilafah Othmaniyyah.

HAYAT DAN PEMIKIRANNYA

Sheikh Mustafa Sabri dilahirkan pada tahun 1869 di bandar Tokat yang terletak di kawasan Anatolia Laut Hitam. Semasa di Tokat inilah, Sheikh Mustafa Sabri menyempurnakan pendidikan awalnya dan seterusnya menamatkan penghafalan al-Quran pada usia yang begitu muda. Sejurus itu, beliau telah bermusafir ke bandar Kayseri yang pada masa itu merupakan pusat menuntut ilmu Islam yang penting.

Semasa di Kayseri, beliau telah menuntut ilmu daripada seorang Alim yang terbilang di masa itu iaitu Sheikh Hacı Emin Efendi. Rehlah menuntut ilmu Sheikh Mustafa Sabri diteruskan dengan permusafiran beliau daripada Kayseri menuju ke Istanbul.

Kehadiran Sheikh Mustafa Sabri di Istanbul telah menjadi perhatian para Ulama di masa itu disebabkan oleh kecerdasan fikiran, kebijaksanaan dan kekuatan daya hafalan beliau. Di antara Ulama yang mencurahkan ilmu ke dalam diri Sheikh Mustafa Sabri adalah Sheikh Ahmed Asim Efendi yang juga telah mengurniakan kepada beliau ijazah atau tauliahnya.

Ketika Sheikh Mustafa Sabri baru sahaja mencecah usia 12 tahun, beliau telah dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar di Masjid Sultan Muhammad al-Fatih. Ia merupakan “˜universiti”™ yang sangat penting kepada institusi keilmuan Kerajaan Othmaniyyah di waktu itu. Jawatan ini adalah suatu pencapaian yang amat tinggi, lazimnya hanya diperolehi selepas melalui tempoh pengajian yang amat sukar dan panjang.

Sheikh Mustafa Sabri juga pernah bertugas di perpustakaan milik Sultan Abdul Hamid II (1876 ““ 1909) dan perwatakan serta kehebatan beliau telah menarik perhatian Sultan. Masakan tidak, semasa itu Sheikh Mustafa Sabri masih lagi di usianya yang sangat muda, tetapi dengan luas pengetahuan serta keupayaan ilmunya, beliau berdiri bersama-sama sekalian para Ulama”™ terbilang di Istanbul, ibu kota Khilafah.

Pada tahun 1908, Sheikh Mustafa Sabri telah menjadi wakil rakyat bagi bandar Tokat di Meclis-i Mebusan iaitu Parlimen Kerajaan Othmaniyyah. Jawatan ini terhasil selepas kelantangan beliau menyuarakan pendapatnya di Majlis Tempatan Tokat, kampung halaman kelahiran beliau. Semasa itu, Sheikh Mustafa Sabri juga bertugas sebagai ketua editor Majalah Beyân-ül Hâk iaitu majalah Islam yang diterbitkan oleh al-Jam”™iyyah al-”˜Ilmiyyah.

Beliau juga kemudiannya menjadi anggota Dar al-Hikmah al-Islamiyyah. Ia adalah sebuah institusi keilmuan Islam yang ditubuhkan pada tahun 1918 atas arahan Sultan Mehmed Resad (1909 ““ 1918) untuk membuat penyelidikan dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang berlaku di dalam Kerajaan Othmaniyyah dan di seluruh alam berasaskan kepada hukum Syara'.

Apabila Parti Hürriyet ve Itilaf memperolehi kuasa pemerintahan pada tahun 1919, kerajaan telah dibentuk di bawah kepimpinan Damad Farid Pasha. Sheikh Mustafa Sabri telah dilantik pada tahun 1920 menjadi Sheikhul Islam iaitu jawatan agama tertinggi di bawah tradisi kerajaan Othmaniyyah yang boleh dianggap sebagai Mufti Negara. Mustafa Sabri kemudiannya dikenali sebagai Sheikhul Islam Mustafa Sabri Efendi (gelaran Efendi diberikan mengikut tradisi kerajaan Othmaniyyah kepada ilmuan agama).

Beliau mempunyai hubungan baik dengan syeikh-syeikh tariqat sufi kerana mengetahui inilah rahsia kekuatan umat Islam. Mashrabnya adalah dalam tariqat as-Syazuliah.

BUANG DAERAH

Pada tahun 1922, Sheikhul Islam Mustafa Sabri telah dibuang negeri. Beliau telah bermusafir ke Yunan (Greece) dan telah mengumpulkan masyarakat Muslim Turki di kawasan Trakia (Thrace) serta menyatukan mereka. Beliau juga telah menerbitkan akhbar berbahasa Turki Othmaniyyah yang menggunakan huruf Arab dan akhbar tersebut diberi nama “˜Yarın”™ bermakna “˜Esok”™.Akhbar ini penuh memuatkan kritikan terhadap fahaman barat semasa itu terutamanya aliran Kemalisma yang dibawa oleh Ataturk, terutamanya proses menukar keperibadian umat Islam melalui proses pembaratan agresif beliau. Majalah Yarın ini menjadi bahan kajian yang sangat penting kepada ahli sejarah yang mahu mengkaji idea-idea penentangan kepada Revolusi Ataturk.

HIJRAH KE MESIR

Dari Greece, Sheikhul Islam Mustafa Sabri telah bermusafir ke Mesir untuk menyebar luaskan seruan beliau. Kemudiannya beliau ke Hijaz dan seterusnya kembali semula ke Mesir lantas bermastautin di ibukota Kaherah. Semasa di Kaherah, Sheikhul Islam telah menyeru kepada sekalian umat Islam agar kembali kepada perlaksanaan Syariah Islamiyyah dan meninggalkan fahaman sekularisma yang semakin menular di dalam masyarakat. Kehadiran dan seruan Sheikh Mustafa Sabri telah menggusarkan golongan sekular di Mesir yang sebelum ini bergerak aktif menanamkan fahaman pembinasa ini ke masyarakat. Sekularis di Mesir memberikan sokongan yang padu kepada Revolusi Ataturk menjatuhkan Khilafah Othmaniyyah dan mengusahakan “˜kemajuan”™ melalui proses pembaratan beliau.

Semenjak sekian lama, Sheikhul Islam Mustafa Sabri di mata pendokong Kemalisma, adalah seorang penjenayah yang mengancam negara. Beliau bersama sejumlah besar Ulama dan tokoh masyarakat telah dihukum dengan pelbagai peruntukan undang-undang. Ada yang dihukum bunuh, dipenjara dan ada juga yang dibuang negeri seperti Sheikhul Islam Mustafa Sabri. Walau bagaimana pun semasa beliau berada di Mesir, Sheikh Mustafa Sabri bersama-sama dengan 150 orang yang lain telah “˜dikurniakan pengampunan”™ oleh kerajaan Ataturk.

Akan tetapi Sheikh Mustafa Sabri menolaknya dan enggan pulang ke Turki sehinggalah beliau kemudiannya meninggal dunia di Mesir pada tahun 1954. Sheikhul Islam Mustafa Sabri telah meninggal dunia selepas perjuangannya yang panjang. Usaha beliau mempertahan Islam dan berkata TIDAK kepada segenap lapisan masyakarat yang sudah mabuk Kemalisma dan segala yang datang dari Barat.

SHEIKHUL ISLAM MUSTAFA SABRI DAN KITAB-KITAB KARANGANNYA

Beliau juga telah menghasilkan banyak buku di dalam Bahasa Turki dan Arab. Akan tetapi di kalangan hasil tulisan itu, kitabnya yang paling masyhur adalah Mauqif al-”˜Aql wa al-”˜Ilm wa al-”˜Aalam min Rabb al-”˜Alamin wa Ibadihi al-Mursalin (Kedudukan Akal, Ilmu dan Alam di Dalam Hubungannya Dengan Rabbul Alamin dan Para Rasul). Ia diterbitkan di Kaherah pada tahun 1950. Buku ini dikarang oleh Sheikhul Islam Mustafa Sabri pada maksud asalnya adalah untuk menjawab penyelewengan fakta ahli Sejarah Arab Muhammad Abdullah “˜Anan (seorang ahli Sejarah Arab yang terkenal, pakar di dalam Sejarah Andalus tetapi mempunyai pendapat yang buruk dan lemah dari segi akademik terhadap sejarah Othmaniyyah) yang mencela Khilafah Othmaniyyah secara halus melalui tulisannya di dalam majalah ar-Risalah pada tahun 1940. Artikel “˜Anan bertajuk “Serangan Terancang Pendokong Kemalisma ke Atas Islam” telah menyebut ” Sekiranya Islam itu tidak menjadi gagah dan mulia dengan Turki semasa ia berdiri sebagai sebuah negara yang gagah perkasa, bagaimana mungkin pada hari ini Islam itu boleh dimuliakan oleh Turki yang hanya berupa sisa-sisa lemah peninggalan Turki yang lalu!”

Kata-kata Muhammad Abdullah “˜Anan ini telah mengguris hati Sheikhul Islam Mustafa Sabri. Padanya, hanya mereka yang memusuhi Islam sahaja yang menjadikan Daulah Othmaniyyah sebagai musuh. Beliau juga berpendapat yang Muhammad Abdullah “˜Anan tidak ikhlas di dalam menyatakan perseteruannya terhadap Ataturk dan Kemalismanya.

Oleh yang demikian, Sheikhul Islam Mustafa Sabri telah menulis makalah yang panjang lebar untuk mempertahan Daulah Othmaniyyah dan seterusnya menjelaskan tentang sumbangan kerajaan Othmaniyyah di dalam membangunkan Tamadun Islam serta mempertahankan agama Allah SWT daripada musuhnya. Tulisannya yang begitu panjang itu akhirnya menjadi sebuah buku yang sangat berharga kepada kita. Bahagian pertama buku tersebut mempertahankan Daulah Othmaniyyah. Manakala bahagian keduanya pula beliau mempertahankan Islam itu sendiri. Sehingga ke hari ini buku Mauqif al-”˜Aql wa al-”˜Ilm wa al-”˜Aalam min Rabb al-”˜Alamin wa Ibadihi al-Mursalin mempunyai kedudukan yang sangat penting di dalam khazanah perpustakaan Islam. Di antara sedutan kata-kata beliau daripada buku ini yang masyhur adalah:

“Sekularisma itu adalah jalan terdekat kepada Riddah!”

TUDUHAN “˜ANAN TERHADAP SULTAN SELIM (1512-1520)

Di dalam makalah yang sama, Muhammad Abdullah “˜Anan menuduh bahawa kedatangan Sultan Selim ke Mesir dan tindakannya menghapuskan pemerintahan Mamalik pada tahun 1517 adalah penjajahan yang kejam. Mesir di bawah pemerintahan Othmaniyyah hanya melihat pertumpahan darah, kekejaman dan penindasan ke atas penduduk Mesir, menurut “˜Anan..

Sheikhul Islam Mustafa Sabri telah menolak tuduhan ini dengan berkata, ” Sesungguhnya Muhammad Abdullah “˜Anan itu, di dalam hatinya terdapat penyakit sehingga tidak dapat membezakan di antara Muslimin dengan Arab dan Yahudi, sehinggakan matanya menjadi buta dengan permusuhan terhadap Daulah Othmaniyyah… Sultan Selim tidak datang ke Mesir melainkan untuk menyatukan Mesir yang Islam itu dengan Turki yang Islam” (Mauqif al-”˜Aql ms. 85)

Abdul Rahman Azam Bek, seorang Mesir yang juga merupakan bekas Pengerusi kepada Liga Arab telah menulis berkenaan Othmaniyyah di dalam majalah al-Ahram bertarikh 22 Januari 1944 di bawah tajuk Akhirul Khulafaa”™ juga telah memperincikan perkara yang sama. Ketika pemerintahan Othmaniyyah datang ke Eropah, manusia pada masa itu hidup di zaman kegelapan di bawah penindasan kuasa-kuasa zalim. Orang awam yang kebanyakannya bertani, menjadi hamba abdi dan terpenjara di bawah sistem cukai dan tekanan yang tidak berperi kemanusiaan. Kedatangan kuasa Othmaniyyah itulah yang sebenarnya telah membebaskan mereka dan memberikan semula nilai diri serta kebebasan asasi sebagai seorang manusia. Rehlah Abdul Rahman Azam Bek ke kawasan Balkan telah meriwayatkan kalam orang ramai yang memuji-muji keadaan negara mereka semasa di bawah pemerintahan Bani Osman.

Sesungguhnya serangan Sultan Selim ke atas kuasa Mamalik di Mesir adalah berpunca daripada tindakan mereka bersubahat dengan Kerajaan Safavid Shiah di Iran yang cuba menggulingkan pemerintahan Othmaniyyah dan menyebarkan fahaman Shiah secara kekerasan. Hubungan sulit Mamalik di Mesir dengan Shah Ismail Safavi diketahui oleh Sultan Selim. Mereka yang mengkaji hal ini akan bertemu dengan sejumlah dokumen perjanjian yang diadakan di antara pemerintah Othmaniyyah dengan Shiah di Iran supaya mereka menghentikan tindakan mencaci Abu Bakr, Umar dan Saidatina Aishah RA. (Mauqif al-”˜Aql, jilid 1 ms. 85-86)

SHEIKHUL ISLAM MUSTAFA SABRI DAN MASALAH PEMISAHAN DI ANTARA AGAMA DAN POLITIK

Permasalahan ini adalah di antara permasalahan paling utama yang dibahaskan oleh Sheikh Mustafa Sabri di dalam kitabnya Mauqif al-”˜Aql wa al-”˜Ilm wa al-”˜Aalam min Rabb al-”˜Alamin wa Ibadihi al-Mursalin. Sheikh Mustafa Sabri memulakan perbahasan dengan menerangkan pandangan beliau tentang tulisan Dr. Haikal Pasha di dalam bukunya Hayat Muhammad. Kata Sheikhul Islam Mustafa Sabri, “Walaupun Islam di Mesir telah pun dipisahkan daripada negara dan kerajaan dengan membahagikan mahkamah kepada Mahkamah Syariah dan Sivil, serta mengeluarkan Sheikhul Azhar daripada kabinet menteri dan sebagainya, namun Haikal Pasha mahukan pemisahan itu berlaku di dalam bentuk yang lebih terang iaitu dengan menghapuskan terus Islam daripada kedudukannya sebagai agama rasmi negara sebagaimana yang terjadi kepada Turki Baru (Turki di bawah kuasa Ataturk). Sheikhul Islam Mustafa Sabri Efendi menegaskan bahawa seruan seperti itu adalah seruan yang mengeluarkan negara dari pegangan Islam. Sokongan masyarakat dengan mendokong kerajaan seperti ini juga adalah sokongan yang mengeluarkan mereka dari Islam. Dalam erti kata yang lain, seruan sedemikian rupa adalah seruan kepada murtadnya kerajaan dan murtadnya ummah!

Di bawah isu yang sama, Sheikhul Islam Mustafa Sabri juga telah mengkritik tulisan berbisa Profesor Ali Abdul Razzaq Pasha yang menulis buku al-Islam wa Usul al-Hukm. Ali Abdul Razzaq pada masa itu adalah Qadi Syar”™ie di daerah Mansurah di Mesir. Sheikh Mustafa Sabri mencela tulisan Ali Abdul Razzaq yang menyokong tindakan Mustafa Kemal Ataturk membubarkan Khilafah. Katanya, “celakalah kepada pemerintah yang mubtadi”™ah (membuat bid”™ah munkar) yang tidak mungkin dapat dipertahankan melainkan dengan mencela caci Khilafah Abu Bakr serta sifat-sifat Islam yang ada di dalam pemerintahan tersebut, iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh Qadi Mansurah ini (Ali Abdul Razzaq)”. (Mauqif al-”˜Aql jilid 4 ms. 375)

KESIMPULAN FIKRAH YANG DIPERJUANGKANNYA

Di antara isi penting fikrah yang diperjuangan oleh Sheikhul Islam Mustafa Sabri, adalah seperti berikut:

1. Membangunkan umat Islam untuk bangkit menghapuskan segala anasir sekularisma serta pembaratan tamadun dan akhlak.

2. Berpegang teguh dengan jalan Ahli Sunnah wal Jamaah dan amalan tariqat Sufi.

3. Mengembalikan Khilafah Islamiyyah.


Selain kitab Mauqif al-”˜Aql wa al-”˜Ilm wa al-”˜Aalam min Rabb al-”˜Alamin wa Ibadihi al-Mursalin, di antara kitabnya yang juga terkenal adalah Dini Mucedditleri (Mujaddid-mujaddid Agama), Mes”˜eletü Tercemet-il-Kur”˜an (Masalah-masalah Terjemahan al-Quran), Savm Risâlesi (Risalah Puasa), El-Kavl-ül Fasl (Kata-kata Pemutus) dan lain-lain.


oleh sumber:

Tarikh Daulat Osmaniyyah, Amir syakib Arsalan

al-Ulama' fi Daulat Osmaniyyah

saifulislam.com

wikipedia