ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Putrajaya: Terowong bawah tanah ?

Putrajaya: Terowong bawah tanah

Terowong bawah tanah di Putrajaya?

Susah hendak percaya? Tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan White House yang diduduki oleh presiden mereka. Apalah yang mustahilnya jika dilihat pada pembinaan SMART tunnel (2007), KLCC (1998), KL Tower (1996) malah Adolf Hitler juga pernah mempunyai terowong bawah tanahnya sendiri.

Putrajaya yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamed untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan pada tahun 1995 telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 1999. Projek ini menelan belanja sekitar RM 21 billion.

Putrajaya menempatkan banyak pejabat-pejabat kementerian dan tidak terkecuali pejabat Perdana Menteri (PM). Putrajaya juga merupakan kediaman rasmi PM yang dinamakan Sri Perdana. Persoalannya adakah benar PMO (Prime Minister Office) mempunyai terowong bawah tanah untuk ke KLIA?

Menurut penulis laman web militaryofmalaysia.net, ketika beliau berada di PMO, dia ingin menghisap rokok sebentar, akan tetapi malangnya bangunan tersebut adalah tempat larangan merokok. Setelah itu, beliau pun menuju ke sebuah pintu yang mempunyai tanda 'EXIT' untuk merokok.

Ketika berada disitu, penulis tersebut yang berada ditingkat empat berasa pelik mengapa terdapat anak tangga yang menuju ke bawah. Apatah lagi tangga tersebut terlalu dalam seakan-akan berpuluh tingkat. Jika terdapat parking bawah tanah pun, mustahil ianya berpuluh tingkat. Walau bagaimanapun penulis tersebut tidak berani untuk menurun ke bawah.

Kisah kubu bawah tanah banyak dibina di White House tetapi tidak di Malaysia. Namun pada hari ini terdengar mengenai rahsia terowong bawah tanah di Putrajaya. Yang hanya diketahui umum hanyalah terowong yang menghubungkan PMR (Resident) ke PMO.

Ketika penulis tersebut menghantar saudaranya ke KLIA, beliau sempat menjalankan kajian sendiri selain berbual dengan sumber-sumbernya di situ.

"Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri." Tulisan tangan penulis tersebut di laman web miliknya.

'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'

Mustahil bagi kerajaan Malaysia untuk membina sebuah terowong tanpa dikesan oleh satelit atau apa-apa sekalipun kerana masih tidak didedahkan kepada umum. Tetapi Malaysia telah berjaya mencipta terowong serbaguna iaitu SMART yang antara terowong tercanggih di dunia.

Seorang rakan kepada penulis ini yang pernah menyaksikan pelan pembinaan Putrajaya, menyatakan yang terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya hingga KLIA adalah benar.

"Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan. Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini. Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya. Beliau mencabar saya satu perkara…” Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.

Putrajaya juga dikatakan dilengkapi dengan sistem radar dan meriam anti pesawat. Sesetengah tempat di Putrajaya adalah tempat zon keselamatan yang amat ketat untuk dibolosi. Meriam-meriam yang dikatakan lengkap dengan sistem elektronik dikatakan telah diletak disekitar Putrajaya.

Mengapa ada Terowong bawah tanah ke KLIA ini? Jawapannya adalah, Singapura dan Malaysia pada tahun 1988, hampir terlibat dalam kancah peperangan. Konflik dikatakan berlaku kerana Malaysia tidak mahu memberi Singapura bekalan air mentah. klik
di sini

Satu sebab mengapa Singapura benar-benar serius jika diajak berperang dengan Malaysia kerana ketenteraannya yang begitu hebat hinggakan pernah menjadi persoalan oleh sebuah akhbar Australia "mengapakah Singapura begitu minat membeli sistem ketenteraan yang canggih?"

Sumber@ aku-macjay.blogspot.com