EMAS PALING SELAMAT SIMPANAN NILAI
Di kalangan pelbagai jenis logam berharga , emas adalah yang paling popular kerana dianggap sebagai instrumen pelaburan yang selamat dalam melindung nilai penurunun nilai wang jika berlakunya krisis ekonomi, politik dan social.
Sejak 5,000 tahun dahulu emas dianggap sebagai logam penyimpan nilai , yang mana ia digunakan sebagai mata wang dan standard sandaran mata wang oleh tamadun Islam dan Negara global yang lain.
Pada kurun ke-19 negara di eropah mengamalkan sistem kewangan yang dikenali ‘Gold standard’ yang mana emas dijadikan sandaran rizab mata wang masing-masing, sebelum ia dirombak susulan krisis kewangan ekoran perang dunia pertama.
Selepas perang dunia ke-2 , sistem kewangan Bretton Woods diamalkan yang mana Dollar Amerika (US) yang mula menjadi mata wang utama dunia ditambat dengan emas pada kadar AS$35 setiap auns.
Sistem itu bertahan sehingga 1971 sebelum masyarakat antarabangsa beralih menggunakan sistem mata wang fiat yang berasaskan nilai sah yang dapat diterima umum dan tidak lagi bersandarkan emas. Switzerland Negara terakhir yang bertukar kepada sistem itu pada tahun 2000.
Bagaimanapun sehingga kkini, emas kekal sebagai logam penyimpan nilai kerana ia memiliki cirri istimewa seperti cantik pada pandangan mata, mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilai, mudah ditunaikan tidak boleh dibinasakan dan sukar diperoleh.
Emas dalam apa jua bentuk termasuk debu sekalipun tetap berharga. Harga syiling emas kijang Bank Negara pada 18 Januari 2001 adalah RM$1,082 satu auns dan harganya pada Jumaat akhir Julai 2010 adalah RM$4,060 satu auns, meningkat 275% atau boleh diterjemahkan sebagai purata pulangan 30.05 % setahun sepanjang tempoh 9 tahun.
Kenaikan tinggi harga emas khususnya sejak 2008 menyebabkan muncul banyak syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas secara meragukan di Negara ini dan sebilangan daripadanya menyebabkan kerugian jutaan ringgit wang pelabur.
Pelaburan emas sebetulnya boleh dibuat secara sendirian dengan membeli emas di kedai emas , membeli wang syiling emas kijang Bank Negara daripada Bank terpilih, membeli emas fizikal di bank yang menawarkan jualan serta menerusi pembukaan akauan simpanan emas yang ditawarkan dibeberapa bank di negara ini.
Pelabur disarankan membeli emas di kedai emas terkemuka bagi memudahkan ia dijual pada masa depan. Untuk tujuan pelaburan emas itu hendaklah jongkong emas 24 karat atau emas 999. Bukannya barang kemas kerana harganya lebih tinggi kerana ada upah tukangan dan keuntungan jualan dan ada potongan apabila emas itu dijual kembali dan lazimnya potongan itu adalah antara 10%-15.
Emas Syiling kijang Bank Negara boleh dibeli di cawangan bank seperti Malayan Banking Bhd (Maybank) terpilih dan maklumat mengenai harga jual beli syiling itu boleh diakses di laman web bank Negara (www.bnm.gov.my dan maybank2u.com. Selain itu pelabur juga membeli emas yang ditawarkan oleh Bank tempatan antaranya Public bank )Gold Investment Account (GIA) dan Maybank saving passbook Account( GSPA.
Melabur emas hendaklah mengetahui cara-caranya dengan betul supaya tidak tertipu dengan pelbagai skim pelaburan yang hanya diwujudkan untuk mengambil kesempatan ekoran kenaikan harga logam berkenaan.
· Penulis pernah hadir suatu forum ekonomi pada yang dibentangkan oleh pakar, penganalisis ekonomi Negara dan Mantan Presiden Bursa Malaysia Dato’ Salleh Majid bahawa pelaburan emas adalah yang paling tinggi keuntungan disamping kurang risiko namun perlu mengetahui cara dan ilmu berkaitannya, dan pesanannya kepada hadirin sekiranya ada wang agak banyak segeralah beli emas atau syling emas dan seumpamnya dan Insyallah banyak untung dan tidak rugi berbanding pelaburan benda lain.
· Melabur dengan Dinar Emas merupakan salah satu alternatif pelaburan yang baik kerana emas merupakan logam yang paling stabil nilainya di dunia.
· Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
· Antara kelebihan Dinar Emas:
· 1. Harganya agak murah dan mampu milik.
· 2. Bebas daripada inflasi.
· 3. Bebas daripada unsur riba'.
· 4. Sebagai alat transaksi pertukaran.
· 5. Sebagai simpanan dan pelaburan, pembayaran zakat, hadiah, maskahwin dan hantaran perkahwinan.
· http://www2.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/04/10_Louis_Ng.pdf