ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Pengenalan kajian 2


JARINGAN INSTITUSI ULAMA SUFI MESIR DI MALAYSIA AWAL ABAD KE-21: SATU KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN KEILMUAN DAN PEMIKIRAN.

I. PENGENALAN
Jaringan ialah suatu kaedah membina rangkaian, hubungan dan ukhuwah bagi mengeratkan, menyebar , mengembang, membimbing, memberi dan kerjasama di peringkat glokal. Kamus Dewan edisi 3 mendefinasikan Jaringan : bahagian-bahagian hidupan yang terdiri daripada sel-sel yang serupa. Jalinan : rangkaian, hubungan dan kaitan. Rangkaian : hubungan, kaitan, sesuatu bersambung-sambung kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain. Dan berangkai-rangkai.

Islam disebarkan ke pelusuk alam atas kecekalan dan keikhlasan para pendakwah sufi yang mewarisi qudwah junjungan Agung Saidina Rasulullah SAW, mereka menyebarkan dakwah Islamiah dengan memenangi hati masyarakat dengan pendekatan yang berhikmah. Bahkan Islam yang dibawa melalui pendekatan sufi lebih mantap dan konsisten. Disamping menyebarkan dakwah mereka juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu, mempertahankan ummah dan watan dari kezaliman dan pencerobohan golongan kuffar sebagaimana tercatat dalam sejarah.

Sejarah membuktikan kewujudan hubungan Mesir yang merupakan ardu kinanah (bumi anbiyaa’ dan auliyaa’) mewarisi peradaban nabawi dan tradisi sunni yang telah mengambil alih peranan Institusi al-Haramain yang pernah menjadi pusat unggul keilmuan Islam dalam tradisi ilmiah dan paksi aliran sunni. Para ulama’nya menjadi rujukan dunia kerana kewibawaan, kealiman dan kesepaduan ilmu, antaranya al-Azhar as-Syarif, Dar al-Ifta’, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam dan Majlis A'la Turuq Sufiah.

Mesir sejak berzaman menjadi tumpuan penuntut Tanah Melayu (Malaysia) bagi mendalami dan mempelajari ilmu agama disamping mempengaruhi pemikiran dan kesedaran agama. Penuntut al-Azhar as-Syarif mengambil peluang dengan mengikuti pengajian secara tidak formal di masjid, markaz tareqat dan dewan serta seumpamanya bersama ulama dan masyayikh. Melalui proses pembelajaran, pendidikan, tarbiah, talaqi dan perguruan kalangan pelajar Malaysia di Mesir membawa pulang ilmu dan didikan dengan mengajar, irsyad dan mendidik masyarakat di tanahair samaada melalui pengajian, tarbiah dan kuliah atau melalui penulisan samada dalam bentuk terjemahan, penulisan dan seumpamanya. Mereka juga membawa pemikiran, jalinan keilmuan dan perguruan.

Mesir yang merupakan pusat terulung perkembangan Tareqat Sufi serta para ulamanya yang bersifat moderat, progresif dan kontemporari menurut faham al-Quran dan Sunnah. Institusi unggul dalam hal ehwal tareqat dan kesufian iaitu Majlis Tertinggi Tareqat Sufi (Majlis A'la Turuq Sufiah) yang dibarisi kalangan ulama yang berwibawa dan kalangan ulama al-Azhar as-Syarif dengan muridnya yang berjutaan bilangannya dan mencakupi ke serata alam. Pengajian, tarbiah dan didikan keilmuan dan pengamalan tareqat tasawuf kalangan pelajar Malaysia ketika menuntut di Universiti al-Azhar merupakan peluang yang amat berharga iaitu tafaqquh ad-din dan mengambil amalan dengan masyayikh yang alim dan barakah bersama ahli bait dan solihin.

Seterusnya hubungan yang berterusan antara murid dan syeikh atas ikatan kerohanian membentuk ukhuwah dan jaringan tersendiri dan berterusan. Yang memaparkan kepentingan hubungan murid dan syeikh. Sistem sanad dan salsilah dalam tradisi Islam dan keilmuan agama menjadi teras dalam amalan tareqat dan kesufian. Jaringan perguruan melalui penerimaan amalan dan jaringan keilmuan melalui penyebaran ilmu dan karya kitab. Bahkan ulama Mesir sentiasa diundang datang ke Malaysia atas jemputan pihak kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan muridnya bagi seminar, muzakarah, majlis multaqa dan lawatan ukhuwah.

Kebangkitan kesedaran dan pembangunan rohani masyarakat Malaysia dan juga penekanan pembangunan modal insan oleh kerajaan menjadi faktor menarik golongan ini yang mencetuskan penghayatan dan amalan kerohanian serta hubungan dengan para ahli bait solihin Mesir ke Malaysia samada secara kerohanian, keberkatan, keilmuan, ziarah ukhuwah dan ziarah ilmiah. Disamping ianya dapat memperkasakan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan menjadi benteng terhadap ancaman aliran fahaman bukan sunni dan pemikiran yang bertentangan dengan fahaman Islam sebenar di Malaysia.

Perkembangan pesat tareqat tasawuf kalangan lepasan penuntut Malaysia di Mesir ialah pada awal era millenium yang membangkitkan kembali era kegemilangan jaringan ulama Melayu silam yang berpusat di al-Haramain yang membentuk jaringan ulama (jaringan perguruan dan keilmuan serta ikatan ukhuwah) dan bagi mengembalikan kepada hakikat leluhur Sunni dan pemikiran bagi kemaslahatan kehidupan duniawi dan ukhrawi yang membentuk insan rabbani dan redha Ilahi.

Direkodkan begitu banyak penyelewengan diatas nama tasawuf dan tariqat. Iaitu samada berpunca daripada kejahilan, taksub, penyelewengan guru, tiada sanad, tiada izin, terpedaya serta terpengaruh dengan agenda duniawi. Menyelidik faktor dan ciri penyelewengan ini, agar suatu tindakan yang tepat dapat diambil bagi mengatasi masalah ini daripada berlanjutan dan berleluasa kerana bahayanya kepada akidah, syariat, pemikiran, perpaduan dan keselamatan serta merugikan kepada pihak kerajaan dan negara.

2. KENYATAAN MASALAH
Masyarakat Malaysia dahagakan ilmu agama dan amalan kerohanian. Diatas peluang dan kesempatan sedemikian terdapat segelintir individu dan jemaah yang cuba mengambil kesempatan dengan mendakwa dan menipu dengan bertopengakan agama bagi agenda peribadi, politik dan keuntungan duniawi yang membawa persepsi negatif kalangan masyarakat dan agensi agama terhadap amalan kerohanian dan kedatangan para ulama dari Institusi Ulama Mesir. Lantaran membawa perasaan curiga, kecelaruan, berhati-hati dan fobia. Konsep hubungan dan jaringan ini juga merata kalangan lepasan Mesir.

Isu ini juga tidak dirujuk kepada ahli dalam bidang ini lantaran kesukaran merujuk kepada sumber yang berwibawa dan muktabar serta ketiadaan agensi khas bagi merujuk hal tersebut dan juga ketiadaan Jawatankuasa khas bagi menanganinya.



a. Hipotesis dan Andaian
Tahap keberkesanan jaringan Ulama’ Sufi Mesir dan Institusinya masih belum meluas dan hanya di suatu tempat dan kalangan orang tertentu. Namun perkembangannya membawa inpak positif kepada pemantapan fahaman sunni dan dakwah serta kesedaran kepada fahaman agama dan amalan kerohanian .

Kemunculan ajaran sesat diatas nama tasawuf dan tariqat ditangani dengan pendekatan yang kurang berkesan lantaran tidak dirujuk kepada mereka pakar(ahli) dalam bidang ini dan ketiadaan Jawatankuasa khas bagi menangani isu ini.

b. Perspektif Kajian
i. Bagaimana jaringan Institusi Ulama Sufi Mesir di Malaysia terbentuk, sifat dan ciri jaringan hubungan antara keduanya?
ii. Apakah peranan ulama’ Mesir dalam transmisi tersebut serta peranan pihak di Malaysia.
iii. Apakah kesan pengaruh, perkembangan dan kandungan intektual dari jaringan tersebut ?.
iv. Adakah terdapat hubungan di antara pengaruh dan perkembangan program dakwah, keilmuan, amalan dan pergerakannya.
v. Adakah kualiti dan pengisian di dalam program mempengaruhi kefahaman dan penghayatan sesorang individu dalam kehidupan seharian.
vi. Adakah suasana persekitaran masyarakat mempengaruhi penerimaan ilmu dan pengamalan (konsep keilmuan dan perguruan).
vii.Apakah faktor-faktor lain yang mendorong kepada pemahaman, penghayatan ilmu, amalan dan persepsi serta pengaruh kredibiliti tokoh ulama.
viii.Apakah Faktor yang mempengaruhi penyelewengan dan ciri-cirinya

3. OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Secara amnya penyelidikan ini bertujuan untuk melihat manhaj jaringan dan perkembangannya dalam melaksanakan program dakwah, keilmuan dan amalan kerohanian serta jalinan ukhuwwah. Secara khususnya kajian ini bermatlamat untuk :
i)Meneliti pengaruh dan kesan serta peluang program dakwah dan keilmuan kearah pemantapan faham sunni dan pembangunan kerohanian ( hubungan perguruan dan keilmuan).

ii)Mengenalpasti faktor sebenar yang mendorong kepada penerimaan dan perkembangan keilmuan sufi/tareqat dan kredibiliti tokoh ulama Mesir dalam membina jaringan.

Iii) Menganalisis sistem sanad salsilah dalam jaringan keilmuan dan
pengamalan penghayatan agama antara ulama dan lepasan penuntut.

iv)Mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil oleh agensi kerajaan kearah memantapkan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, pembangunan kerohanian, penghayatan agama dan fahaman sunni serta sebagai alternatif bagi mengatasi ajaran sesat yang bertopengkan agama. Serta pilihan kepada masyarakat mengikuti tariqat yang muktabar dan sahih.

v)Memberi kesedaran bahawa sesuatu perkara hendaklah dirujuk kepada pakar(ahli) sesuatu bidang. Suatu kajian bagi pemerintah dan negara dalam membina jaringan strategik dengan ulama' dan Institusi Ulama' yang bertaraf dunia.

4. METODOLOGI PENYELIDIKAN
I. Metodologi Pengumpulan Data
Pengumpulan data melalui kajian teks perpustakaan, borang soal selidik, temubual dan sebagainya. Kajian perpustakaan bidang utama akan tertumpu kepada karya sejarah, dokumen majlis, aturcara program, penulisan ilmiah, laman web, tesis dan sebagainya yang berkaitan dengan jaringan, Institusi Ulama dan tokoh ulama.

ii. Wawancara beberapa individu yang berkenaan seperti pegawai agama, pengamal tariqat, pihak Badan Bukan Kerajaan dan tariqat Sufi bagi mengetahui bentuk jaringan dan hubungan.

Iii. Kajian juga melibatkan penyelidikan Cawangan Akidah, Jakim bagi mengenalpasti hujah dan ciri-ciri digunakan sebagai sandaran terhadap penyelewengan ajaran sesat diatas nama tasawuf dan tariqat. Iaitu bagi menilai kecenderungan laporan kajian. Analisis juga akan melibatkan dan mengenalpasti sumber pengambilan dalil dalam laporan kajian Jakim sebagai rujukan dan panduan. Dan menilai sejauh mana proses kajian laporan dan keberkesanan tindakan yang dilakukan melalui proses sedia ada.


iv.Kajian khas melibatkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan terhadap inisiatif mengatasi penyelewengan tasawuf dan tariqat dengan pembentukan Enakmen Tariqat Tasawuf 2005 dan Jawatankuasa Khas yang dinamakan Ahli Jilsah Turuq Sufiah. Dan juga usaha-usaha yang dilakukan dalam memartabatkan tariqat dan tasawuf yang sahih dan muktabar di arus perdana.

v. Metod Analisa Data
a)Menganalisa data melalui kaedah induktif iaitu menganalisa data-data khusus bagi mencari kesimpulan yang bersifat umum.
b)Kaedah deduktif membuat kesimpulan umum terlebih dahulu kemudian dikemukakan data khusus.
c)Kaedah komperatif iaitu membuat perbandingan daripada data samaada yang bersifat umum atau khusus dan dibuat perbandingan untuk mengambil kesimpulan.


5. KEPERLUAN / KEPENTINGAN PENYELIDIKAN
Kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri ke atas jaringan ulama dan institusi ulama Sufi Mesir yang dapat memberi inpak positif kepada masyarakat, kerajaan dan pusat pendidikan negara . Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat pengaruh dan perkembangan program ilmu, amalan tareqat dan tasawuf, sanad keilmuan dan manhaj yang dijalankan, adakah ianya dijalankan benar-benar berdasarkan manhaj sunni ataupun sebaliknya.

Tidak dinafikan juga kajian ini mempunyai kepentingan untuk mempertingkatkan kesedaran di semua peringkat tentang pentingnya membina jaringan dan ukhuwah Islamiah, hubungan sanad dan perguruan (salsilah), pembangunan rohani melalui amalan tasawuf/tareqat dan sebagai alternatif kepada masyarakat bagi mencari amalan kerohanian yang sahih serta sebagai jalan penyelesaian terhadap isu ajaran sesat yang bertopengkan perkara tersebut, justeru membantu menyelesaikan ancaman ajaran sesat yang merugikan ummah, masa, tenaga, harta dan negara. Institusi Ulama Sufi Mesir terus kukuh dengan tradisi dan warisan ilmiah yang memainkan pengaruh dan kesan kepada masyarakat dalam peringkat global dan bersifat alami.

Hakikat leluhur yang menjadi tradisi dan warisan ilmiah dapat membangkitkan kesedaran ummah dalam penghayatan Islam dengan fahaman agama yang betul dari sumber yang sahih berpandukan kepada rujukan yang betul .

6. SKOP PENYELIDIKAN
Kajian ini secara amnya akan dijalankan di agensi Kerajaan Jakim dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Institusi Tareqat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dengan meneliti peranan agensi tersebut di dalam melaksanakan dasar pemahaman, penghayatan, pengamalan agama, jaringan ulama dan institusi ulama’ Sufi Mesir. Bertujuan membantu meningkatkan dan memantapkan pembangunan agama, rohani dan jaringan dunia Sunni khususnya melalui program wacana ilmu, majlis zikir dan multaqa. Di samping itu, kajian juga akan dibuat di bebarapa lokasi program yang diadakan bagi memahami dan menghayati jaringan ulama Sufi Mesir di dalam negara.

7. RANGKA JADUAL KERJA
Kajian Penyelidikan ini dijangka mengambil masa setahun lebih yang merangkumi perkara-perkara berikut :
ix.Analisis kajian terdahulu
ii) Pengumpulan bahan / info program
ii) Kajian teks
iv) Kategori aspek kajian
v) Analisis intipati bahan
vi) Analisis sumber
vii) Analisis wawancara
viii) Penulisan & Pembentangan tesis