ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Perpustakaan ISTAC

Perpustakaan ISTAC

Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam (Istac) yang ditubuhkan pada 27 Februari 1987 diasaskan pengarah pertamanya iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Istac sebelum ini kampusnya terletak di Jalan Damansara telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4 Oktober 1991.

Namun pada 4 Ogos 2008, ia telah berpindah di atas tanah seluas 4.6 hektar di Taman Duta, Kuala Lumpur. Institut ini menawarkan 10 program dalam lima bidang utama di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Ph.D) mengenai Islam dan tamadun-tamadun lain yang turut merangkumi bidang falsafah, teologi, etnik dan isu kontemporari, sains Islam, dunia kontemporari Islam dan keagamaan.

Perpustakaan ISTAC menghimpunkan pelbagai koleksi manuskrip, jurnal, monograf dan buku-buku yang menjadi rujukan sarjana Islam dari seluruh dunia. Perpustakaan Istac mempunyai koleksi bahan rujukan beberapa pakar dan ahli penyelidik dalam bidang kajian pemikiran, sejarah, agama, budaya dan tamadun yang kesemuanya berjumlah 40,000 jilid.

Keseluruhan buku yang tersimpan di perpustakaan Istac kini berjumlah 139,801 naskhah. Ia merangkumi 64,237 koleksi am dan rujukan, 26,084 koleksi bersiri, 46,811 koleksi nadir dan khas, 2,554 manuskrip dan 17,922 koleksi dalam bentuk mikrofilem. Perpustakaan ini mempunyai koleksi istimewa lebih 6,000 manuskrip lama.

Perpustakaan Istac juga memiliki jurnal dalam pelbagai bahasa seperti Arab, Parsi, Turki, Urdu dan Melayu serta bahasa-bahasa utama dunia termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia, Belanda, Yunani dan Latin.Dengan koleksi khas yang sarat dengan bahan-bahan bermutu dalam bidang agama, falsafah, metafizik, tamadun, sejarah, bahasa dan budaya

Sumber :IIUM/ISTAC