ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Kembara di Bumi Syam


Kembara Di Bumi Syam

Syria ardu kinanah yang dulu dikenali bumi Syam. Barakah bumi Syam berterusan dengan ramainya ahli bait dan para auliyaa’ sepanjang zaman. Syria merupakan sebuah Negara tamadun lama dan menyimpan sejarah yang panjang dan begitu banyak. Kembara di Negara ini akan dapat menyaksikan kesan –kesan sejarah yang masih utuh untuk tatapan generasi kini.

Tanggal 18 Jun, daku kembara ke bumi Syam dan selamat tiba di lapangan Terbang Antarabangsa Hafiz al-Asad, Damsyik. Daku disambut dengan ucapan ahlan wasahlan wa marhaban… Alangkah gembiranya dapat menjejaki bumi Syam yang diimpikan selama ini. Ku terus memulai perjalan ke hotel penginapan dan dalam perjalanaan suasana dan panaroma Syria sebagai bumi bersejarah jelas dapat kelihatan dimana-mana sepanjang jalan.

Hari pertama di Syria, daku dapat mengadakan pertemuan khas dengan para ulama Syam ( kebanyakkannya ahli bait ).makan malama bersmaa para ulama merupakan suatu kegembiraan disamping dapat mendengar danberbual dengan mereka. Keesokkannya daku menziarahi dan pertemuan ramah mesra dengan ulama Syekh Suhaib as-Syami mufti Halab dan juga khalifah tariqat al-Naqsyabandiah. Kemesraaan beliau begitu terasa tambahan beliau juga seorang ahli bait. Di sebelah petang daku mula menziarahi mercu utama Damsyik iaitu masjid Umawi (sebuah masjid lama yang merekod banyak sejarah), berdekatan masjid ini wujudnya makam pahlawan Islam Sultan solahuddin al-Ayubi dan Nuruddin al-Zinki dan Souq al-Hamidiah.

Kecantikan masjid Umawi jelas dengan senibinaa khususnya senibina Byzantium, dikawasan masjid ini terdapatnya baitul Mal iaitu digunalan di zaman saidina Muawiyah dan para khalifahnya. Didalam masjid ini terdapatnya makam Nabi nabi Yahya, Nabi Hud dan makam Saidina Husin dan tempat Khalwat Syeikh Ibn Arabi dan Imam al-Ghazali.

Di masjid ini juga terdapat menara baidha’ yang dikatakan antaaa tempat akan turunya nabi Isa a.s. pada akhir zaman nanti. Uniknya masjid Umawi setiap kali menjelang masuk waktu solat , 5 orang bilal akan melaungkan azan secara serentak. Suasana ini tidak terdapat dilain-lain tempat yang pernah ku kunjungi.

Seterusnya daku melawat ke Souq Hammidiah yang terkenal sebagai bazaar lama di bumi Syam, begitu unik, cantik dan begitu luas dengan pelbagai aneka barangan dan jualan daripada herba, pakaian, barangan perhiasan , kedai makan dan sebagainya. Suasana dalam bazaar ini sesak dengan orang ramai. Ternyata Syam sememangnya terkenal dengan rakyatnya antara manusia yang tercantik di dunia, yang merupakan anugerah kepada bumi ini.

Sememangnya Syam bumi Sufi dimana tariqat dan kerohanian begitu subur dan inilah warisan nabawi yang tetap utuh di bumi barakah ini. Setiap hari di Damsyik daku mengikuti majlis ilmu dan diskusi dengan para ulama’nya( inilah peluang berada di ardu kinanah). Ternyata begitu ramai alim ulama di Damsyik. Suatu peluang dapat bertalaqi dan mengambil barakah dengan mereka. Pada suatu hari daku melawat ke Jabal al-Qasiyyun iaitu kawasan tinggi di ibukota Damsyik, daripadanya dapat melihat panaroma cantik Damsyik. Bukit ini begitu strategik sepanjang zaman dan amat penting bagi pemerintahan khalifah Saidina Muawiah. Lantaran segelintir umat Islam masih sinis dengan sahabat bernama Saidina Muawiah sehingga ada yang lupa dengan pesanan nabi supaya jangan mencerca para sahabatnya. Daku pernah ditegur sapa siapakah pilihan kamu samada Saidina Hussin atau Saidina Muawiah, lantas daku menjawab keduanya daku pilih dan kasihi…

Suatu malam daku dijemput menghadiri majlis perkhahwinan masyarakat Arab Syria, suatu peluang bagi melihat tradisi masyarakat Arab, majlis ini ternyata Islamik dimana para hadirin dipersembahkan dengan hiburan nasyid dan madih lantaran berlainan dengan suasana biasa kalangan arab yang sempena perkahwinan dihiburkan dengan tarian gelek.

Daku dibawa melawat banyak masjid di Damsyik bagi menyaksikan majlis ilmu dan pusat tahfiz di Syria yang begitu banyak dan dilaksanakan dengan ikhlas dan percuma berbanding di Malaysia kebanyakan berbayar dan guru pengajar mendapat upah. Budaya Islam iaitu ilmu agama adalah khidmat demikianlah hakikat ilmu adalah secara sukarela dan khidmat dan bukannya upah atau bayaran. Demikian inilah ciri utama menghasilkan barakah. Ulama Melayu silam adalah berbudaya memberi khidmat agama tanpa upah atau bayaran dan semata-mata sukarela.

Begitu juga pusat pengajian agama diuruskan secara bantuan waqaf dan orang ramai termasuk masjid , berbanding di negara kita banyak dibantu poleh pihak kerajaan. Kesedaran memberi bantuan kalangan rakyat Syria masih tinggi dan suatu budaya yang baik. Daku mengunjungi sebuah masjid lama dan didalamnya daku bertemu seorang syeikh sufi tariqat as-syazuliah dan menceritakan peranan ulama sufi dan pengikutnya dalam jihad akhbar dan jihad asghar. Sebagaimana saranan Quran dan sunnah.

Sesungguhnya ulama Syria banyak berkorban dan di dalam pertahankan bumi watan mereka dari penjajahan dan pencerobohan keatas watan mereka. Suatu malam daku menghadiri masjis maulid di al-Qasabiah, budaya masyarakat Syria yang kasih kepada Rasulullah SAW begitu tinggi kecintaannya, dimana sambutan maulid diadakan sepanjang tahun dan bukan setakat bulan maulid sahaja. Di masjid ini juga merupakan markaz tariqat as-Syazuliah yang dipimpini Syeikh Abdul Latif al-Farfur(ulama besar Syria). Malam itu begitu ramai hadirin termasuk tetamu dari kalangan ulama sekitar Damsyik. Begitu asyik dan indahnya majlis ini dengan qasidah dan madih serta selawat burdah beramai-ramai yang begitu merdu dan zauq. Tetamu juga dihidangkan dengan kopi pekat suatu budaya arab meraikan tetamu dan hadirin ketika mengunjungi rumah mereka. Di masjid ini daku berkesempatan bertemu Syeikh Ramadhan al-Bouti dan Syeikh Wahbah al-Zuhaili.

Uniknya rakyat Syria begitu kasih pemimpin mereka lantaran begitu banyak poster dan dimana-mana sahaja dapat disaksikan foto pemimpim mereka, dan mereka begitu benci denga Israel yang ternyata musuh tradisi dan penceroboh. Demikian pemuda Syria diwajibkan menjalani latihan ketenteraan bagi mereka berumur 18 tahun dengan asas ketenteraan. Demikian mereka sentiasa waspada dan siap siaga lantaran Israel adalah dekat mereka. Dan dasar Negara mereka adalah bermusuh dengan Israel dan tiada hubungan diplomatik.

29 Jun Daku melawat Busra, kota dimana sejarah Rasulullah selalu berulang alik berniaga dan dimana kisah rahib Busra dengan nabi dan Pamamnya. Di bandar ini dapat dilihat kesan gereja lama dan tempat persinggahan nabi terus wujud dan dapat dilihat dengan elok. Disini juga terdapatnya kota lama zaman Byzantium iaitu pemerintahan kristian di Syam lama dahulu… Busra dulu terkenal sebagai pusat perdagangan justeru ramai golongan arab serantau datang berniaga termasuk dari Mekah khususnya di musim panas. Syria Negara dua musim iaitu musim sejuk dan musim panas .

30 Jun Ke Homs dan ziarah masjid dimana terdapatnya makam pahlawan saidina Khalid al-Walid dan Ibn Omar al-Khattab. Pahlawan agung Islam ini bercita-cita mati di medan perang namun tidak kesampaian tetapi beliau juga tergolong mereka yang mati fisabilillah. Kisah Sahabat nabi ini seorang panglima yang bijak dan berstartegi dalam perang. Beliau seorang strategis dan cekap dengan ilmu perang.

Di Halab daku melawat sebuah Souq lama yang terkenal sebagai pusat aktiviti perniagaan penduduk Halab. Dan Kota sultan solahuddin al-Ayubi yang hebat seni binanya dan berada dikedudukan strategik di atas bukit dan dapat melihat panaroma Bandar Halab.

Dan di sana daku ke kementerian Waqaf Halab dan ramah mesra dengan mufti serta para ulama. Ternya Halab lebih zahir sebagai bandaraya Islam lantaran orangnya lebih Islamik dan banyak pusat pengajian ulum ad-din di kota ini. Di sini daku menghadiri majlis zikr tariqat as-Syazuliah dibawah pimpinan Syeikh Mahmud Huda. Sememangnya dua majlis dimuliakan Rasulullah dan para malaikat iaitu majlis ilmu dan majlis zikir. Di masjid al-Adiliah yang lama ini tradisi majlis ilmu dan zikir telah wujud sejak berzaman dan setiap malam jumaat semamangnya majlis selawat dan zikir. Alangkah indahnya dan zauqnya berzikir masjid ini dengan gema yang hebat dan kuat dengan hadrah zikir sambil berdiri dan secra berjemaah. Lantaran semoga hati yang kotor dapat dipecahkan dan disucikan ,,,,

2 Julai daku melawati kawasan Manbej suatu kawasan daerah yang bersempadan dengan Turki. Saya juga melawat sebuah sekolah agama dimana disitu terdapat beberapa orang penuntut dari Malaysia namun penulis tidak berkesempatan berjumpa dengan mereka kerana musim cuti, pengetua seorang ulama Halab dan khalifah tariqat as-Syazuliah Syeikh Isa dan seterusnya dibawa menziarahi makam auliyaa sekitar Manbej. Saya juga berkesempatan melawat kubu Sultan Solahuddin dan Sungai Furat (sungai utama di Syria yang mengalir sehingga ke Iraq. Di tepi Sungai inilah terbinanya tamadun Byzantium, Mesopotamia dan Baylon .

Keesokkanya kami melawat makam nabi Zakaria dan makam Nabi Ibrahim (iaitu tempat nabi Ibrahim pernah duduk dan terdapat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim di dalam masjid tersebut. Masjid itu merupakan masjid tertua di Halab dan sering menerima kunjungan para ulama dahulu antaranya ulama agung syeikh Ibn Arabi. Seterusnya ke kawasan masjid lama yang terdapat begitu banyak makam para auliyaa;.

Kemesraan masyarakat Syria sememangnya terasa , ukhuwah dan layanan begitu baik serta bahasanya yang begitu lunak dan mengasyikkan. Sememangnya peluang untuk bertalaqi ulum ad-din merupakan suatu peluang disamping sesiapa berkeinginan belajar Bahasa Arab bagi saya Syria Negara terbaik. Di sini begitu ramai ahli bait dan ulama serta para auliyaa; Ternyata ardu kinanah ini menyimpan khazanah dimana sufi dan tariqat terus subur sejak zaman berzaman. Syria juga merupakan antara Negara terbaik untuk bertalaqi ilmu agama lantaran masih ramai masyayikhnya. Keiklasan para ulama nyata begitu ikhlas dalam mencurah khidmat dan ilmu agama tanpa bayaran dan upah. Serta mempunyai semangat juang dan patriotisme yang tinggi..

Hampir sebulan di bumi Syam yang penuh bermakna terasa begitu singkat dan masih banyak yang perlu daku terokai dan kunjungi. Semoga daku dapat kembali rihlah dan jaulah di Syam ini pada masa hadapan. Inilah sekadar nukilan untuk dikongsi bersama para pembaca namun masih banyak perkara penulis tiada kesempatan untuk nukilkan di sini, apa-apapun pengalaman di Syria sangat bermakna buat daku sebagai pengkaji bidang sejarah dan pemikiran.