ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Iringan Zikir & Solawat


Iringan Zikir & Solawat

 I MASJID mana jua akan ada keberkahan Allah SWT selagi dua perkaradilaksanakan, iaitu pertama pelbagai amalan zikr (solat, membaca Quran,
wiridan dan sebagainya) dan kedua,  adanya amalan solawat (misalnyaDibaiíe atau sekadar bermarhaban).
Apabila dua kegiatan asas dalam ruang solat ini dilaksanakan, maka kitaakan merasa ketenteraman dalam sesebuah masjid. Ketenteraman ini bukan saja kerana suasana tenang di dalamnya walaupun masjid itu berada di kawasan sibuk seperti di tengah bandar, tetapi yang utama ialah rasa tenang dalam jiwa jemaah atau pengunjung yang bersolat atau berada dalam jangka masa tertentu (beriktikaf) di dalam masjid tadi.

Zikr dan solawat mempunyai semacam rentak atau ritme (rhythm) yang menenangkan jiwa dan membuka hati insan kepada alam rohani. Konsep rentak ini bak denyutan yang memenuhi alam.  Dalam alam rahim, si bayi didodoikan  oleh denyutan nadi ibunya. Tetapi apakah rentak nadi ibunya itu tidak tenang, ia akan membawa reaksi kepada si bayi. Muzik juga mempunyai rentak yang menenangkan atau menimbulkan gejolak perasaan. Tetapi zikr dan solawat merupakan suatu ëfitrahí iaitu unsur semula jadi yang berasal daripada Allah SWT. Dialah yang menciptakan seluruh alam dan menentukan rentak dalam pergerakan  cakerawala, angin, ombak sehinggalah pada setiap ciptaannya. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah SWT itu berzikr. Dalam atom iaitu unit terkecil yang juga disebut ëzarahí (dalam bahasa Quran) ada zikrnya iaitu pada pergerakan atau harakah elektron. 

DIlmu Akhlak  Bhg 4  2
Rohani kita merupakan unsur ghaib. Keimanan atau rukun Iman merupakan kepercayaan kita kepada hal-hal ghaib iaitu yang terlihat dan terjangkau oleh deria kita. 
Namun maha suci Allah SWT, Dia telah memberikan manusia roh (roh rabbani, sila lihat kuliah-kuliah sebelumnya). Sesungguhnya manusia merupakan ciptaan Allah SWT yang sebaik-baiknya. Alam ghaib dapat dianggap sebagai satu dimensi tidak ketara yang dekat dengan hakikat atau realiti kehidupan. Apabila seseorang Islam banyak melaksanakan zikr dan solawat, dimensi ini akan lebih mendekatinya. Jiwanya akan merasa akrab (taqarrub) kepada dimensi yang membawanya dalam perjalanan menuju Penciptanya. Inilah teras habluminallah).

Hati merupakan pintu yang akan membuka jalan ke arah alam roh. Zikr dan solawat bak kunci pembuka hati atau dalam istilah tasaufnya, miftahus-sudur. Namun sebelum menuju perjalanan tadi, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

SYARAT PERJALANAN
PERTAMA-TAMA seseorang itu hendaklah membebaskan dirinya daripada
belenggu kebendaan sebegai prasyarat sebelum memulakan kembara
menuju jalan Allah SWT.
Sesungguhnya hidup di dunia memerlukan kebendaan ñ makan minum,
pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Namun ini semua adalah keperluan untuk hidup dan BUKAN tujuan hidup. Quran menggalakkan orang Islam berlumba dan bersaing (sabbiqus dan  sariíu) ke arah kecemerlangan dalam mencari kekayaan dan ilmu selepas menunaikan suruhan Allah SWT. Namun, tujuan setiap makhluk hidup kerana hendak mengabdikan diri kepada Allah SWT.
 Apabila kita menolak ketaksuban terhadap kebendaan dan tujuan hidup kita ditujukan kepada dan untuk Allah SWT, fikiran kita akan terhala kepada-Nya.

P Ilmu Akhlak  Bhg 4  3
Inilah teras zikr iaitu mengingati-Nya dalam setiap detik dan helaan nafas. Hati akan merasa lazat atau nikmat kerana mendekati Allah SWT. Apabila ini berlaku roh dan jasmani manusia menjadi lebih mesra dan begitu juga dengan reaksinya terhadap alam.
 Sekadar contoh, kita menikmati indahnya sinaran bulan purnama, tiupan
bayu, sinar suria dan kicauan unggas. Nikmat ini disampaikan menerusi deria (mata, telinga, bau, rasa dan sentuh) dan tertancap dalam otak kita. Namun nikmat yang lebih besar ialah apabila kehadiran unsur-unsur menyelinap dalam jiwa kita atau rohani. Hasilnya deria dalam jiwa atau roh kita yang dipanggil bashirah akan hidup. 

 Apabila bashirah hidup, keindahan  unsur-unsur alam tadi tidak dilihat
sekadar indah pada luarannya, tetapi betapa indahnya Pencipta-nya.
Keindahahan Pencipta merupakan sebesar-besar nikmat yang diperolehi oleh yang dicipta iaitu manusia.  Peranan bashirah dalam hal ini bak persamaan matematik:  Bashirah = f(deria, hati, rahsia hati).
 Keindahan Allah SWT dalam dua bentuk yang disebut dalam  asma-ulhusna (nama-nama agung Allah) yang kesemuanya 99 yang tercatat dalam alQuran. Dua daripada sifat tadi yang merujuk kepada keindahan ialah Jamal dan Jalal.
Jamal bermakna indah; sedangkan  Jalal bererti agung. Manusia boleh
bersifat jamal dengan berpakaian indah, bersopan santun yang indah, suka pada kesenian yang dibolehkan Islam dan sebagainya. [Namun manusia tidak boleh bersifat  jalal kerana ia merupakan sifat Rubbubiyah. Bab ini akan dijelaskan dalam kuliah selanjutnya, insya-Allah.] 
  [Catatan Berfikir merupakan salah satu ciri kebijaksanaan atau cendekia.
Pengasas falsafah moden Barat, Rene Descartes, berkata ëcorgito ergo sumí (Bahasa Latin yang bermaksud: Aku berfikir maka aku wujud/hidup). Namun Ilmu Akhlak  Bhg 4  4pemikiran Descartes bersifat keperluan dunia dan terputus daripada hala tuju Ilahi.] Manusia Islam adalah insan pasrah yang berfikir atau berakal. Sesungguhnya 'berakal' adalah salah satu syarat bagi melaksanakan rukun Islam (syariat). Hayatilah maksud firman Allah SWT [maksud ayat ini antara lain pernah membuat Nabi Muhammad saw menangis tersedu-sedu:  ëíSesungguhnya pada di sebalik kejadian tujuh petala langit dan bumi dan peredaran siang dan malam itu ada tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah bagi mereka yang boleh berfikir.íí  
Maksud ëmereka yang boleh berfikirí ialah dari frasa Arab:  ulil-al-bab.
Kekata dasar Arab yang digunakan di sini bukan ëbabí yang bererti pintu atau gerbang. Sebaliknya, yang dimaksudkan ialah  ëlubí yang membawa maksud ëlubuk jiwaí atau rahsia hati yang seiras dengan istilah yang amat sering digunakan dalam tasauf iaitu, ësirrí.
Dalam ayat tadi yang sering dibahaskan oleh para ulama tasauf, antara lain
ada dua makna yang tercerna:
!  Sistem alam manusia atau dipanggil ësistem suriaí yang diaturkan begitu rupa sehingga cakerawala tidak berlanggar, siang dan malam berlaku akibat gerakan cakerawala. Ini semua diatur oleh Allah SWT atau dipanggil sunatullah.
!  Yang lebih menarik perhatian para ulama tasauf ialah peranan
golongan berfikir iaitu yang akalnya cuba meneroka rahsia ciptaan
Allah termasuk hukum graviti, peredaran cakerawala dan sebagainya sambil terus berzikr kepada-Nya. Selepas ayat tadi, sambungannya pula Allah SWT menyatakan dengan maksud bahawa golongan berfikir ini ëîberzikir semasa berdiri, rukuk dan baringíí . Sebenarnya kekata yang digunakan penuh perlambangan dan tidak dapat dihuraikan sekali gus di sini, tetapi yang nyata insan yang berakal itu hendaklah berfikir dalam rangka meneroka ilmu Allah SWT, menilai keajaiban Ilmu Akhlak  Bhg 4  5
ciptaan-Nya. Sebagai khalifah (pengurus bumi), ia hendaklah menggunakan
ilmu sebagai amanah tadi demi kebaikan semua ciptaan-Nya.

MENAKLUKI ROHANI
 MENAKLUKI rohani merupakan satu pencapaian penting seorang pengamal tasauf. Pencapaian ini berlaku selepas melalui perjalanan rohani yang amat sukar lagi perih. Hati mesti ditakluki dalam setiap detik dan keadaan. Hanya dengan cara inilah insan dapat mengatasi sifat tabii atau semula jadinya iaitu 'lupa dan lalai' . Tanpa 'lalai dan lupa', seseorang dapat melaksanakan suruhan dan larangan Allah SWT atau diistilahkan dalam kalimat Quran, ammar maaruf nahi munkar. Ammar maaruf  atau perbuatan baik lebih  mudah dilakukan berbanding dengan  nahi munkar. Ini disebabkan perbuatan serong berlaku tanpa disedari kerana adanya unsur lupa menyelinap pada hati atau akal manusia. Keadaan ini dipanggil 'ingatan tidak mendalam' 
[Catatan Dalam ilmu jiwa atau psikologi, ingatan dianggap kesedaran atau
consciousness. Manusia berada dalam keadaan sedar  (conscious), bawah sedar(sub-conscious) atau tidak sedar (unconscios).]
Contoh: Apabila lampu trafik memancarkan warna merah, kenderaan
berhenti. Apatah lagi jika kamera trafik terpasang. Pemandu menyedari ada
undang-undang jalan raya dan ada pula 'mata' memerhatikan, jadi ia
menghentikan kereta. 

Pada hal, sebagai Muslim, kita sedar bahawa kita senantiasa diperhatikan
Allah SWT dan para malaikatnya yang membuat catatan amal baik dan buruk kita. Namun kebanyakan manusia 'lupa' akan hakikat ini. Teras tasauf adalah ihsan yang didefinisikan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis terkenal -- ihsan ialah seolah-olah kita melihat Allah SWT dan jika tidak dapat berbuat demikian, kita tahu Allah melihat kita. Inilah juga yang dimaksudkan dengan melihat menggunakan mata hati atau bashirah.

M Ilmu Akhlak  Bhg 4  6
Kerana ihsanlah, maka kalangan ahli sufi menyebut bahawa ia tidak melihat di kanan, kiri, atas dan bawah sisinya selain daripada Allah SWT.

PERATURAN ALLAH SWT
 alam soal undang-undang manusia, senantiasa ada lubang untuk dibolosi
(loopholes) sehingga peguam yang  licik dapat melepaskan penjenayah
seperti dalam cerita mafia di Amerika Syarikat. Sebaliknya terjadi dengan undang-undang Allah SWT. Tiada satu makhluk
pun yang terlepas daripada proses keadilan-Nya pada akhirat. Saksi manusia bukan saja terdiri daripada para malaikat yang mencatat kebaikan dan keburukannya, bahkan kulit dan anggotanya dapat berkata-kata untuk
mengesahkan atau menafikan dapatan yang sudah dirakamkan. Tiada cacat dan cela pada undang-undang Allah SWT berbanding dengan undang-undang manusia yang senantiasa berubah-ubah. Sesungguhnya manusia tidak sunyi daripada berbuat kesilapan kepada Penciptanya. Demi mensucikan diri, Allah SWT mengizinkan manusia bertaubat(kembali kepada-Nya) dan memohon keampunan-Nya (istighfar). Oleh itu, ciri manusia yang berfikir ialah merenungi kesilapannya dan segera membetulkan
diri. 

Ganjaran bagi  ulil albab ialah  makrifatullah atau pengetahuan mengenai
Allah. Sering hal ini dikaitkan dengan kononnya insan berfikir ini mempunyai kuasa untuk melihat keghaiban atau berinteraksi dengan benda-benda ghaib. Dapat melihat benda ghaib hanyalah suatu pemberian daripada Allah SWT. Hal ini berlaku kepada sesiapa saja menurut pilihan Allah. Hal ini tiada guna dibahaskan kerana Allah SWT bebas memilih makhluknya. Satu lagi perkara yang perlu dihindarkan ialah tanggapan (notion) bahawa makrifat adalah ilmu perkara-perkara pelik. Orang yang bertasauf kononnya menghadap sangat akan ilmu sedemikian. Pada hal jika ahli tasauf

D Ilmu Akhlak  Bhg 4  7
mendambakan sedemikian, ia tidak lagi ikhlas. Walhal, ikhlas merupakan sifat utama untuk mengenal Allah SWT. Jadi, dapat disimpulkan makrifat ialah imbalan kepada ulil albab. Mengetahui hubungan makhluk dan Khaliknya merupakan satu ilmu yang tiada ternilai.

Proses makrifat akan membuat seseorang menyedari bahawa dirinya fana'
atau lebur bak debu-debu yang merupakan asal kejadian manusia pertama.
Lihat sajalah taburan bintang pada malam yang cerah. Semua cakerawala
yang bernyala (dipanggil bintang) bertaburan seperti debu. Bandingkan saiz
bintang yang begitu besar berbanding dengan bumi, apatah lagi dengan diri kita. Nyatalah pada Penglihatan Khalik, kita semua hanyalah debu-debu yang berterbangan. 
Rasa lebur tadi membawa rasa lemah sehingga hilang segala daya upaya.
Tingkat rasa (maqam) ini disebut haqaulah (dari kalimat yyang dizikirkan iaitu lahaula wala quwwata illah billah)Rasa lemah mengecilkan manusia, dan jadilah ia insan dhaif (manusia kerdil
-- serba kekurangan dan kelemahan) apabila melihat jalinan hubungannya
dengan Penciptanya.
Terdapat ungkapan sufi yang menceritakan ironi kelemahan tadi:
Lemah di sisi Allah
Diberkati-Nya dengan kekuatan
Takbur di sisi Allah
Dilimpahi-Nya dengan kelemahan
Ungkapan ini menceritakan rahsia atau lub pada diri ulil albab sehinggalah
Allah SWT jua yang menjaganya daripada kelalaian dan kealpaan. Tingkat ini
dipanggil 'mahfuz' yang diberikan kepada manusia biasa (berbanding dengan
ma'sum atau tingkat tanpa dosa yang diberikan Allah kepada para nabi-Nya.)

Ilmu Akhlak  Bhg 4  8
PELENGKAP ZIKR
 SOLAWAT adalah kalimat cinta dan pujian yang ditujukan kepada Nabi
Muhammad saw, manusia unggul yang  diberikan gelar Kekasih Allah. Baginda merupakan makhluk paling mulia (afdhalul makhlukat) dan rahmat seluruh alam (rahmatan lil 'alamin) sehingga Allah SWT dan para malaikat-Nya bersolawat ke atas baginda. Quran menjelaskan bahawa Allah SWT memerintahkan orang beriman agar bersolawat kepada baginda. Perintah solawat ini besar sekali ertinya. Solat merupakan penegak atau pendiri agama. Solat ialah hubungan tegak atau vertikal manusia dengan Penciptanya. Bahkan dalam solat, salah satu daripada lima rukun (perkara yang diwajibkan dan tidak sah solat tanpanya) ialah dengan bersolawat pada bahagian tasyahud sebelum salam pertama.

Pada hari kiamat, manusia meminta bantuan para rasul agar meminta Allah SWT melaksanakan perhitungan atau perkiraan, Hisab. Selepas Nabi Adam dan satu persatu nabi yang menolak untuk berbuat demikian, maka sampailah giliran manusia meminta Nabi Muhammad saw. Ternyata penutup nabi inilah yang berjaya diperkenankan oleh Allah SWT. Bantuan tadi dipanggil syafa'at.

Nabi Muhammad adalah 'pembantu' kepada umatnya. Oleh itu, solawat merupakan bantuan untuk menjadikan zikr lebih berkesan. Tegasnya, zikr dan solawat  seiringan. Menyebut nama Muhammad dengan penuh hormat dan cinta kepadanya sudah merupakan sebahagian daripada solawat. Kalimat zikir tertinggi ialah  lailaha illah  dan dilengkapkan dengan muhammad-ur-rasullah . Terdapat pelbagai solawat dari yang mudah sehingga kepada yang berupa doa panjang. Sesungguhnya pada solawat, terdapat kesan penawar atau penyembuh yang membantu manusia dalam dalam proses atau kembara mengenali Penciptanya.